Kalau nak masak daging, masih ada yang suka masukkan ubat paracetamol ke dalam masakan untuk empukkan daging lembu.
Hakikatnya cara ini sangat bahaya dan mendatangkan kesan yang kurang elok. Ini dilihat dalam satu video TikTok yang tular baru-baru ini.
Masukkan Ubat Paracetamol Dalam Masakan
Menerusi video berdurasi 13 saat itu, wanita berkenaan dilihat memasukkan sebiji tablet paracetamol ke dalam kuali berisi daging yang sedang dimasak.
Video tersebut menerima lebih 7 juta tontonan telah mengundang perhatian pengamal perubatan yang memberi amaran agar orang ramai tidak meniru petua itu.
Ini mendapat perhatian pengamal perubatan, yang juga pengguna TikTok, Dr Ayman Alatas.
Ujarnya, zat beracun akan memberi kesan jangka panjang yang berbahaya untuk tubuh badan apabila paracetamol menjadi toksik apabila terkena haba masakan.
“Apabila masakan dipanaskan, akan berlakunya proses-proses tertentu yang membuatkan paracetamol menghasilkan toksik atau bahan beracun.
“Zat beracun akan memberi kesan jangka panjang yang berbahaya untuk tubuh. Justeru, orang ramai dinasihat jangan menggunakan paracetamol dalam masakan. Apatah lagi jika kebiasaan ini dilakukan selama bertahun-tahun,” katanya.
Ads
Ayman turut menyarankan agar orang ramai menggunakan alternatif lain iaitu bahan semula jadi untuk melembutkan daging seperti nanas.
Walaupun paracetamol benar boleh melembutkan daging, awas jangan cuba ya!
Sebenarnya banyak lagi cara lain anda boleh gunakan untuk melembutkan daging. Antaranya seperti berikut:
1. Perapkan bersama enzim
Terdapat beberapa jenis buah-buahan yang mengandungi kandungan enzim, yang boleh membantu melembutkan daging. Antaranya ialah seperti buah pir, betik, kiwi dan juga nanas.
Caranya, kisar buah-buahan ini untuk dijadikan puri terlebih dahulu.
Ads
Kemudian, tambahkan sedikit bahan perapan bersama puri buah sebelum digaul bersama daging.
Jika anda menggunakan buah nanas, pastikan ia tidak diperap terlalu lama.
Ini kerana kandungan bromelain dalam nanas boleh menyebabkan daging anda menjadi terlalu lembik.
2- Gunakan bahan berasid
Asid boleh membantu memecahkan atau melembutkan daging yang keras.
Merendam daging dalam perapan yang dibuat dengan jus lemon, limau, cuka, susu mentega atau yogurt boleh membantu melembutkan protein yang liat pada daging.
Ads
Namun, jangan sesekali membiarkan daging terendam dalam perapan terlalu lama, kerana asid boleh melemahkan struktur protein daging terlalu banyak.
Ini boleh menyebabkannya menjadi terlalu lembut dan lembik. Rendam dalam perapan selama 30 minit hingga dua jam sahaja.
3-Tumbuk atau pukul daging
Menumbuk daging dengan menggunakan penukul khas adalah cara yang sangat berkesan untuk melembutkannya.
Namun, jika ditumbuk dengan terlalu kuat atau lama, daging boleh menjadi terlalu hancur dan lembik.
Anda boleh menggunakan penukul khas yang mempunyai berpuluh-puluh jarum tajam atau mata yang menusuk daging dengan cara yang lebih lembut.
Ini boleh membantu mengurangkan kerosakan pada serat daging.
Sumber: TikTok anggiiewijayanti, aymanalts
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sering kali kita baca yang minum air detoks sangat bagus untuk membuang segala toksin di badan.
Campuran pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran seperti pudina, epal, timun, halia, serai, dan lemon membantu membersihkan badan serta dapat meningkatkan tenaga.
Malah dikatakan juga amalan minum air detoks ini dapat membantu menurunkan berat badan secara drastik.
Namun begitu, air detoks sebenarnya tidak boleh diambil secara kerap terutamanya detoks lemon.
Laman web heathline.com memberitahu, pengambilan detoks lemon setiap hari atau berulang kali akan menyebabkan seseorang itu menerima kesan yang buruk untuk kesihatan.
Kredit: Pexeol.com
Jadi, untuk mengelakkan sesuatu buruk berlaku, anda perlu kurangkan pengambilan detoks lemon.
Ini antara kesan sampingannya yang ramai tak tahu.
1. Gigi Terhakis
Lemon adalah buah yang berasid. Oleh yang demikian, jika diambil secara kerap, asid lemon akan menghakis enamel gigi dan membuatkan gigi sangat sensitif dan mudah ngilu pada makanan sejuk dan panas.
2. Pedih Ulu Hati
Rasa masam yang melampau akan menyebabkan masalah pedih ulu hati. Bukan itu sahaja, rasa berkenaan apatah lagi diambil setiap hari akan memberi kesan kepada kesihatan perut seperti mengalami sakit perut dan berasa pedih.
3. Kerap Buang Air, Dehidrasi
Air lemon sebenarnya mempunyai vitamin C yang tinggi. Namun, pengeluaran air kencing meningkat disebabkan nutrien itu terkenal dengan sifat diuretik yang membuatkan anda kerap membuang air kecil. Pun demikian, dehidrasi akan berlaku apabila mulut mula dan kulit mula kering serta sakit kepala.
Jadi adakah badan kita sebenarnya memerlukan air detoks ini?
Jawab penyelidik makanan dan bekas jurucakap Akademi Pemakanan dan Dietetik, Joy Dubost, badan manusia tidak semestinya memerlukan air detoks.
“Cara terbaik untuk membersihkan sistem badan adalah dengan meminum banyak air dan mendapatkan serat yang mencukupi bagi memastikan sistem pencernaan anda berfungsi seperti biasa.
“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik bahawa air detoks dapat memberi manfaat kesihatan, malah dengan hanya meminum air lemon detoks akan membuatkan individu yang mengamalkannya akan kelesuan dan hilang tenaga kerana tidak mendapat nutrien dan kalori yang diperlukan selama beberapa hari,” beritahunya.
Ada banyak cara pudarkan jeragat dengan mudah, tetapi biasanya memrlukan kos yang tinggi untuk membeli beberapa produk yang sesuai tanpa bahan kimia yang tinggi.
Begitu juga dengan masalah jerawat, ada banyak yang cadangkan produk macam-macam namun belum tentu serasi dengan kulit wajah.
Cara Pudarkan Jeragat Dan Hilangkan Jerawat, Sapu Dua Bahan Saja
Bagi anda yang nak cantik cara jimat poket, boleh cuba petua orang lama ini, nampaknya Puan Iryani Zaki sudah mendapat hasilnya setelah konsisten amalkan. Nah, jemput baca ya.
Bahan-bahan:
Bedak sejuk
Asam jawa.
Cara- Cara:
1. Jadikan asam jawa sebagai pes.
2. Campurkan bedak sejuk sehingga sebati dalam pes asam jawa
3. Sapu di muka sehingga sekata.
4. Biarkan selamat 15-30 minit Dan bilas.
5. Lap kering dan sapu moisturizer atau olive oil.
Haa.. senang, nak kulit cantik tanpa jerawat dan jeragat kan? Tengok tu, anak kecil pun sibuk nak kulit cantik.
Jemput ‘panjangkan’ rahsia cantikkan kulit ini dengan rakan-rakan yang lain ya. Yang penting, jimat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita ini sapu 3 bahan je, kulitnya glowing macam orang yang buat rawatan di Spa. Betul, tak semestinya guna barang yang mahal untuk wajah cantik, tetapi anda wajib rajin!
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah disiplin diri dalam perawatan kulit wajah, sama ada memilih cara moden atau petua orang lama.
Namun asa yang patut anda tahu, pemakaian masker amat penting bagi memastikan kulit wajah kekal lembap, lembut dan berseri.
Jika anda memilih untuk melakukan perawatan wajah menggunakan bahan semula jadi, bolehlah cuba cara ini.
Wanita Ini Sapu 3 Bahan Je, Hasilnya Kulit Glowing Sungguh!
Mudah sahaja hendak buat masker ini. Bahan-bahan pun guna bahan di dapur sahaja. Masker ini bagus untuk untuk awet muda, kempiskan jerawat dan tegangkan kulit. Jika diamalkan selalu memang akan nampak kesannya.
CARA-CARA:
1. Campurkan semua bahan hingga jadi likat. Kalau cair, boleh campur lagi tepung. Ia bagi memudahkan sapuan pada kulit wajah.
2. Sapu rata pada seluruh kulit wajah. Tunggu hingga kering atau 15 minit. Bilas.
FUNGSI TIGA BAHAN INI IALAH UNTUK:
*Putih telur untuk menegang dan buat kulit jadi awet muda.
*Tepung beras pulak adalah agen untuk putihkan dan atasi kulit berminyak.
*Serbuk kunyit merupakan agen antiseptik semula jadi untuk kempiskan jerawat dan memudarkan parut pada kulit wajah.
DIKONGSIKAN JUGA LIMA PILIHAN MASKER BUAT ANDA YANG LEBIH SUKAKAN CARA PERAWATAN YANG MUDAH
Anda boleh mendapatkan masker yang kuat ini di pelbagai rak drugstore. Formula berkrim tidak kering seperti masker tanah liat tradisional tetapi menjadikan kulit anda berasa bersih dan terhidrat.
Masker ini mempunyai kepingan kecil dari gunung berapi dari Kepulauan Jeju, yang bersatu dengan tanah liat kaolin untuk menyedut minyak dan kotoran yang berlebihan dari liang-liang anda. Ia juga mengelupas dengan lembut, sehingga kulit menjadi lebih cerah serta merta.
Cukup lembut untuk kulit sensitif, namun menjadikan wajah anda terasa lebih lembut dan lebih halus pada ketika mencucinya. Sesuai untuk merawat jerawat pada kulit wajah.
Masker berfungsi untuk membersihkan kulit, mengurangkan saiz pori, dan menyerap minyak kulit yang membuat anda kelihatan berkilau.
Jadi kalau anda nak kulit bersih daripada masalah jerawat dan jeragat, nanti cubalah tip yang dikongsikan ini. Boleh pilih dua cara, nak guna petua jimat poket atau yang lebih mudah benda tinggal nak pakai sahaja.