
Pernah atau tidak anda mengalami situasi tercekik tulang ikan dan akan menggunakan petua makan nasi bergumpal untuk mengeluarkannya.
Ada yang berjaya dan ada yang gagal mengeluarkan tulang berkenaan hingga menyebabkan terpaksa dimasukkan ke hospital gara-gara masalah ini.
Perkongsian di laman twitter Dr Che Puteh Osman yang juga bertugas sebagai Senior Lecture, memberitahu bagaimana dirinya boleh tercekik tulang ikan dan pengajaran daripada peristiwa ini.
Menurutnya, jika tidak pasti tulang apa yang terlekat tak payah makan nasi gumpal kerana boleh menyebabkan sesuatu yang tidak dijangka seperti peristiwa dialami.
Saya baru keluar hospital. Kisahnya saya tercekik tulang ikan hari Khamis yang lepas.
Ceritanya agak kelakar dan sadis juga. Kecuaian saya ketika makan menyebabkan saya terpaksa ditidurkan untuk mengeluarkan tulang ikan yang tersangkut di esofagus.
Pagi Khamis agak sibuk bagi saya. Saya memasak kari ikan awal pagi, sebelum memulakan syarahan. Selesai syarahan dan pastikan anak-anak makan, saya pun makan. Nasi sesenduk, ikan termenung, bendi dan kuah melimpah.
Ketika saya suap kali pertama, terus rasa benda tersangkut.
Saya cuba melepaskan tulang itu dengan makan nasi digumpalkan. Ia membuatkan tulang ikan bergerak lebih ke dalam dan masih tersangkut. Setelah gagal, saya bergegas ke unit kecemasan hospital berhampiran.
Kemudian doktor yang memeriksa tidak dapat melihat tulang. Saya dirujuk ke pakar ENT. Scope juga tidak nampak kedudukan tulang. Doktor ENT cadangkan xray. Barulah nampak tulang tersangkut di cartilage di esofagus.
Maka pakar ENT cadangkan supaya ia dikeluarkan dengan pembiusan am. Saya perlu ditidurkan supaya tulang ini dapar dikeluarkan. Selepas 6 jam dari waktu terakhir saya makan, saya diberi bius penuh. Pukul 8.30 malam ditidurkan dan 9.30 malam terjaga kembali setelah selesai prosedur
Nampak saya kecil, rupanya besar juga. Jadi, ambillah pengajaran kisah saya, jangan berangan semasa makan, jangan tengok handphone atau bergurau ketawa. Mujurlah tulang ini ke esofagus dan bukannya trakea.
Dan janganlah makan nasi gumpal kalau tidak tahu tulang apa yang tersangkut. Saya pernah saya buat sebelum ini berjaya, saya tidak bernasib baik kali ini. Sebenarnya kalau saya tak paksa makan nasi gumpal, ia boleh dibuang tanpa peru pembiusan am.
Artikel Berkaitan:
Tak Rugi Derma Darah. Boleh Selamatkan Nyawa Orang Lain & Kurangkan Risiko Sakit Jantung!
Padah Ubatan Sapuan. Budak 2 Tahun Diserang Sawan 5 Jam Tanpa Henti, Sebelum Meninggal Dunia!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Lebih Cepat Tua Daripada Lelaki, Amalkan Cara Ini Untuk Awet Muda

Isi Kandungan
ToggleBiasanya wanita lebih cepat tua berbanding lelaki, akan timbul garisan kedut sekitar mata dan kulit pula kelihatan kusam berbanding lelaki.
Kalau tak jaga memang ketara sangat perbezaan rupa, nak-nak pula selepas bersalin dua tiga orang anak. Malah beberapa punca ini juga berkait dengan faktor tua sebelum usia:
1. Kelenjar minyak lelaki lebih banyak
Semakin banyak kelenjar minyak, semakin lambat seseorang itu mengalami penuaan. Jadi disebabkan kelenjar minyak lelaki lebih banyak, penuaan yang akan berlaku pada lelaki akan kurang berbanding wanita.
2. Putus Haid atau menopause
Apabila usia kita semakin meningkat, jumlah hormon estrogen akan menjadi semakin sedikit. Apabila wanita mengalami menopause, tahap hormon estrogen akan menurun, membuatkan kulit lebih kusam, muncul kedutan dan hilang rona segar pada wajah.
3. Wanita Mudah Stress
Kalau nak dibandingkan tugas lelaki dan wanita, wanita lebih banyak berfikir dan lebih banyak tanggungjawab berbanding lelaki. Antaranya bekerja, jaga anak, dan tidak ketinggalan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
4. Penyusutan Tulang
Kajian menunjukkan, wanita lebih mudah mengalami osteoporosis berbanding lelaki. Penyusutan tulang juga terjadi lebih cepat pada wanita. Ini membuatkan wajah akan kelihatan lebih kecil dan kulit mengendur.
Mungkin sebab itu, ramai wanita lebih inginkan lelaki yang lebih berusia berbanding mereka.
Namun kalau anda orang yang jaga pemakanan dan suka amalkan makanan sihat, mungkin usia anda itu hanya sekadar nombor. Tetap ‘bergetah’ dan nampak muda berbanding usia sebenar.
Nak lagi bagus cuba amalkan minuman ini awal pagi waktu perut kosong.
Minuman Awet Muda
Bahan-bahannya:
Madu
Serbuk Kunyit
Madu dan serbuk kulit kayu manis, campuran ini anda boleh minum setiap pagi waktu perut kosong. Yang nak awet muda dan turun berat badan elok amalkan.
Lagi bagus kalau campur dengan perahan lemon. Sebaiknya boleh amalkan senaman ringan juga, tetapi bila minum air ni pun dah cukup buat anda berpeluh.
Boleh buat 600ml air suam, 1 sudu besar madu dan secubit serbuk kulit kayu manis.
Cara Lain Untuk Awet Muda Dan Kulit Cantik
Namun hakikatnya penjagaan kecantikan dan kesihatan kulit itu semestinya bermula dari dalam. Jika cantik luaran, dalaman juga perlu seiring agar tidak dikata usia tua sebelum waktunya.
Artikel Lain: Kulit Memang Jadi Pinkish, Tapi Tomato Ceri Bahaya Dimakan Mereka Yang Ada Masalah Hati
Perfect Glow, produk terbaik dari rangkaian jenama Yatt Beauty by Yatt Shafie menawarkan segalanya yang diperlukan kulit.
Dirumuskan melalui formulasi Korea, Prefect Glow bertindak sebagai supplemen pelengkap untuk memudarkan parut dan kesan pigmentasi, merawat masalah kulit dari dalam serta mencerahkan kulit badan.
Artikel Lain: ‘Dua-Dua Cantik, Tak Jemu Melihat’ – Macam Kembar, Penampilan Fazura & Tengku Permaisuri Selangor Jadi Perhatian
Pengambilan secara konsisten juga berupaya mengatasi masalah Pre-Menstrual dan menaikkan seri wajah di samping bertindak sebagai antioksida.
Menggunakan serbuk campuran buah-buahan dan serbuk tembikai susu, sekotak Perfect Glow mengandungi 15 pek kecil yang cuma perlu diambil setiap hari untuk hasil yang efektif.
Hah, tak susah pun nak cantik dan masuk kategori awet muda, bukan? Anda sendiri boleh pilih mana yang terbaik untuk dapatkan kulit cantik.
Artikel Lain: Buah Asam Jawa Sebagai Snek Kegemaran, Rahsia Kekal Fit & Awet Muda Deanna Yusoff Di Usia 55 Tahun
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Kongsi Pengalaman Hampir Hilang Suami, Lepas 41 Hari Terlantar Di ICU Positif Covid-19 Stage 5

Isi Kandungan
ToggleApabila kes jangkitan Covid-19 semakin meingkat, ramai yang berkongsi pengalaman apabila disahkan positif sepanjang menjalani rawatan di hospital.
Setiap pengalaman itu berbeza-beza, kerana masing-masing dalam tahap kondisi tertentu. Namun apa juga kisah dikongsikan memberi kita peringatan agar sentiasa menjaga kesihatan kendiri bagi mengelak menjadi pesakit seterusnya.
Seperti perkongsian wanita ini Juliana Herni Jobli yang memberitahu berdepan saat getir apabila suami tercinta disahkan positif hingga terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Menurutnya, perkongsian ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana supaya lebih berhati-hati dengan virus yang boleh membunuh ini.
Namun selepas 41 hari, suaminya berjaya melepasi tahap kritikal dan dibenarkan pulang walaupun masih perlu menjalani rawataan kendiri.
Sana sini hentam di soc med. Terpanggil berkongsi pengalaman sebenar suami dijangkiti Covid19, Tahap 5. Sekelip mata nak jadi. Percayalah, covid struggle is real. Jangan ambil mudah. Jangan kata tak bahaya. Tak bahaya pada kita, mungkin bahaya pada org lain. Kita hambaNya. Kita tak tau mungkin kita seterusnya dipilih sebagai pesakit Covid?
Sebelum cerita panjang lebar, saya a\mohon maaf awal awal. Harap Posting ini dapat create awareness. Bukan untuk menuding jari pada sesiapa pun. Baca dengan hati yang terbuka. Malah saya berterima kasih pada semua Dr., Nurse dan petugas Hospital Sungai Buloh, Hospital Sabak Bernam serta Klinik Klinik yang berkaitan.
Saya mulakan cerita 7 hari sebelum suami masuk Wad ICU, HSB
– Isnin
Ke Klinik sebab rasa tak sihat tapi tak demam, tak selsema, & tak batuk. Suhu 36.5 Normal Temperature. Suami makan ubat & Selasa keja macam biasa.
– Rabu
Ke Emergency Hospital sebab sesak nafas sampai cramp masa tengah solat Isyak. Dapat neb asthma. Lega sikit katanya dan balik rumah dalam jam 1 pagi.

– Khamis
Pergi keja macam biasa. Balik tu start tak sihat.
– Jumaat
Suami mula demam, hilang selera makan dan badan lesu.
– Sabtu
Rasa pelik sbb nampak demam suami tak kebah dan terus bawa ke Klinik untuk Swab test tapi appoinment esok pagi jam 9:00 pagi. Dr. bagi neb asthma 2 kali tapi nafas masih tak elok. Dr. bagi surat refer ke Hospital. Sampai hospital, Buat X-ray, suspek jangkitan kuman & buat swab test. Kena tahan Wad Sari. Last jumpe sebelum dia masuk Wad. Balik rumah 2 kali ambik baju dan patah balik ambik ubat. Otak jem dah masa ni. Tak cukup rehat.
– Ahad
Kemuncak kepada semua. Petang dapat result positif. Suami makin sesak nafas & kena pindahkan ke Hospital Sungai Buloh, ringkasnya kena koma dan masuk tiub ventilator. Peluang untuk hidup tipis lagi lagi bagi dia yang hidap kencing manis. High risk.Luluh hati dengar. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami semua. Nangis masa video call before masuk tiub. Jam 1 pagi Dr call bagi tau berjaya masukkan tiub after try 5 kali dan akan hantar suami ke Hospital Sg Buloh. Apa apa Wad ICU East Wing HSB akan maklum.
Sambung Cerita di Wad ICU
-Day 1, jam 12:30 tenghari Dr. call update keadaan suami yang sampai hospital jam 5 pagi & pakai alat bantuan pernafasan 100% dengan paru paru teruk dijangkiti kuman ( kuman & covid19 aktif). Dr terangkan 1 persatu keadaan suami. Jelas dan tepat. Dr tanya sejarah dia merokok ke tak? Bila last kena asthma? Dia last merokok (social smoker) & asthma masa panjat Kinabalu Tahun 2017.
Dr bagi tau keadaan suami masa tu meniarap untuk make sure lebih banyak oksigen dia terima. Dr pesan apepun percaya dengan ketentuan Allah. Dorang akan sedaya upaya selamatkan suami. Dr maklum akan update keadaan suami bila bila (kritikal) atau setiap hari jam 12 tengahari sampai 2 petang (if tak ada apa-apa). Bermulalah episod tak tido malam. Tak boleh tido. Masuk toilet pun bwk HP. Asalkan bunyi HP debar.

– Day 2, Dr bagi tau suami dalam keadaan tiarap dari semalam dan akan terlentangkan semula. Prosedur tiarap tak boleh lebih 16 jam. Kalau terlentang dia ok akan terus terlentang. Dia masih tak sedar. Tiap kali tunggu Dr call memang berdebar debar.
– Day 3, after terlentang dia masih tak stabil. Pakai alat bantuan pernafasan 100 % dan manage untuk tiarapkan semula. Masa tiarap oksigen reduce ke 45%.
– Day 4, Dr bagi tau akan buat CT Scan which is pun ada risiko. Cecair akan effect buah pinggang. Kita tahu Dr lebih pakar dan Allah maha Penyembuh. Akur saja dengan apa yg Dr maklumkan.
– Day 5, after buat CT Scan Dr maklum suami kena jangkitan Pnuemonia teruk akibat Covid ni. Darah beku dalam Lung dia. Dr on kan ubat cair darah 2 kali sehari untuk treatment. Dr maklum no specific rawatan atau ubat untuk Covid. Dr terangkan 1 persatu keadaan suami. Kalo ada ayat ayat ni tak betul bukan salah Dr terangkan tapi salah i yang tak paham term medic.
Biarpun ko belajar biologi masa SPM. Mmg tak faham. Banyak refer pada ipar duai. Suami dah sedar sikit masa ni. Then mtk tlg Dr pesan kat suami yg kami semua sihat &negative. Risau dia risaukan kami semua. Request Dr nak video call & Alhamdulilah dapat cakap dgn suami even dia xleh cakap apa apa (ada tiub ventilator). Biarpun dia taak boleh cakap dapat tgk dia kelip-kelip mata tanda faham apa kita cakap lega sikit. Cakap kat dia terus kuat semangat,Yakin pertolongan Allah sangat dekat & zikir Ya Latif.
– Day 6, keadaan suami mula stabil. Masih pakai tiub. Dr cakap muscle dia strong. Suami bg respon bila Dr panggil. Alhamdulillah.

– Day 7, Dr update bagi tau perkembangan suami makin stabil. Which is perkembangan positif. Now dah pakai oksigen kedua rendah. From 1st day suami masuk wad ICU, keadaan suami much better. Clinically OK. Mkn susu melalui tiub. Dr plan untuk cabut tiub if condition betul-betul ok. Ada risiko jugak takut cabut then kena pasang balik.
– Day 8, Dr maklum dah cabut tiub mulut gantikan dengan tiub kat hidung. Masih lagi di wad ICU. Clinically OK. Kami plak buat 2nd swab test.
– Day 9, Anggota IPD Sabak Bernam tempat suami bertugas tolong hantarkan surah yassin ke HSB tapi sampai Lobi. Guard yang akan hantar ke wad.
– Day10, Dr maklum antibiotik off & steroid masih on. Kalau ikut Dr jangkitan suami dah kira hari ke 15. Dia masih pakai tiub oksigen kat hidung. Lain lain Dr setiap hari atau Dr yang sama akan report condition, Dr Kevin, Dr Chaterine, Dr Asyraf, Dr Afiqah, Dr Khadeeja. Seriously Semua Dr ni tenang & terangkan condition suami sampai kita faham. Apa ubat , apa treatment, apa keadaan. Then jangka akan transfer ke wad lain (masih wad covid). Malam tu jam 8:30 malam suami transfer ke Wad 5 D.
– Day 11, Dr masih update keadaan suami di. Wad.Masih perlukan tiub. Kat sini dah mula makan sendiri. Bubur.Tapi masih ada yang papah ke toilet dan mandikan.

– Day 12, hantar HP dan ubat cair darah suami ke Hospital. Sampai Lobi sahaja. Bab ubat ni Dr bagi option nak on Warfarin (Hospital) or Dabigatran(Farmasi Luar). Ada pro & kontra. So sy pilih Dabigatran. Pharmacist call dekat sejam nak terangkan penggunaan ubat ni. Cannot skip. Kena makan stp 12 jam. Ada effect kalau lupa makan ubat.
– Day 13, 14, 15, 16, 17 Lega dapat call suami bila-bila untuk tahu keadaan dia. Tapi dia cepat penat dan banyak tido. Suara dia masih tak kuat. Suami bag tahu Dr benarkan discharge esok jam 3 petang. Day 16 dah off tiub. Bernafas seperti biasa tanpa alat bantuan pernafasan. Alhamdulilah.
– Day 18 (Day 19 tak jumpa) Finally, Allah makbulkan doa kami. Dapat jumpa suami. Hanya Allah yang tahu rasanya dari 1st day masuk hospital sampai discharge hospital baru jumpa. Rindu tak tahu nak cakap. Dapat tengik dia dari jauh berjalan, menangis Kesyukuran. Allah maha Besar, Maha Penyembuh.
– Day 19 until now ( Hari 41 after discharge) masih ON ubat (rujuk gambar). Kena makan ikut time. Kesan ubat mungkin buat dia cepat penat. Siang dia rehat malam dia pegi terawih.Alhamdulilah
Panjang kronologinya kalau nak cerita semua. Cuba cerita seringkas mungkin. Dari masuk hospital sampai suami discharge, kita boleh nampak Dr dan petugas bertungkus lumus nak selamatkan patient. Patient bukan suami sorang. Beratus dalam ICU masa kes tak smpi 2000/sehari. Masa dia sedar, ramai je yang meninggal dunia katanya. Ada yang sebelah katil. Bayangkan macam mana dorang handle kes nak selamatkan nyawa orang-orang yang dia tak kenal pun. Nurse nurse yang tukarkan pampers. Mandikan patient. Betapa besarnya jasa para Doktor,Nurse & petugas.

Alhamdulilah saya dan anak-anak, rakan rakan suami semuanya negatif. At 1st dapat tahu suami positif, saya terus set mind yang sy & anak-anak mesti positif. Saya & suami bukan setakat lebih 15 minit. Bukan ada jarak sosial suami isteri. Drive kan dia ke Klinik. Drive kan dia ke Hospital. Sekatil masa dia dah teruk. Allah maha Besar. Kun Faya Kun. Down kejap. Down pikir macam macam.
Rasa ini lah yang buat pesakit atau close contact down. Sebelum dapat result risau macam mana close contact yang lain kalau saya positif. Risau disalahkan. Risau lagi kalau kena hantar ke Maeps or HSB. Then i know after all happen, kalau kita tahu rakan rakan kita sakit.
Kita kena sentiasa ada untuk dia. Paling kuat support moral. Bukan kecam sana sini. Kita belum tahu nasib kita macam mana. Kita pun tak nak jadi macam ni. Alhamdulillah semua rakan rakan tak pinggirkan kami.
Masa suami di ICU 1 st day, PKD tanya pergerakan suami kemana sepanjang 14 hari. Saya screen shot semua history my sejahtera kepada PKD. Diaorang semua baik baik. Tanggungjawab ini. Pentingnya kita scan my sejahtera kemana kita pegi. Tak boleh sorok. Maaf juga pada semua yang terbabit.
Baik saya & baik suami pun tak tahu dia positif. Orang tanya mana dapat? Wallahualam. Saya dan suami kerja. Lagi lagi dia Frontliners. Saya bekerja di PPK( Essential Services). Sentiasa ada risiko. Kalau tak kerja pun kita ke Kedai ke Pasar.

Masakan kita nampak dan elak. Semua ni Allah dah susun. Even dah pegi klinik dan hospital pun masih tak detect. Saya percaya semua ni kuasa Allah. Tuding jari sana sini tak guna. Kita pun ada khilaf. Apa yang jadi buatkan kami sekeluarga akan lebih berhati hati.
Baca komen kat FB macam macam, ada tuding jari pada Politician, Retis, Instafemes, Bazar Ramadhan, Bazar Raya. Smpikan KKM pun kowang nak hentam. KKM tu sape? Doktor, Nurse yang akan merawat korang atau family korang tau. Kalo diorang merajuk mampu ke kita rawat sendiri. Tak jadi pada keluarga mungkin boleh happy lagi, masih pikir manipulate dan propaganda. Wabak Covid ni bukan main-main. Beza takde simptom & ada simptom.

Dr & petugas berhempas pulas nak sembuhkan patient. Kita pakai baju biasa pun peluh-peluh. Inikan dorang dgn PPE. Baca komen komen makin sakit masyarakat kita. Marah je tulis. Tak puas hati je tulis. Ingat yang Allah dah tulis Rezeki, Jodoh dan Maut kita dari kandungan lagi. Sabar!
Sabar. Suami hadapi ujian sakit, sy dan keluarga hadapi ujian suami sakit. Doktor dan petugas pun hadapi ujian merawat pesakit yg pelbagai latar belakang. Kita semua sedang menghadapi UjianNya.Kalau kami putus asa, macam mana suami yg sedang bertarung nyawa. Masa tu, Kembar kakak ada kat Matrikulasi Arau.Konon tak nak bgtau dia sebab kesian & risau seorang kat sana.
Rupanya dia dapat tahu dari classmate yang sama sekolah di Kuantan. Allahuakbar. Dia nangis. Tenangkan dia mintak kakak doakan Papa. Ujian Papa lebih berat dr kita semua. Alhamdulilah Kakak OK. Bukan dia je nangis. Kembar adik dan adik kat rumah pun meraung raung masa dapat tahu Papa kena hantar HSB.
Hampir putus asa. Tinggal merantau jauh dengan ibu bapa mentua, adik beradik, sedara mara. Masa ni rindu sangat dengan arwah mak. Kalo lah arwah mak ada nak peluk nangis kuat kuat. Tough feeling! Paling dekat ada sedara mara di KL. Tak boleh keluar, tak boleh datang melawat. Rasa sorang, rasa sunyi. Mental up &down. Hilang selera makan. Makan paksa masuk mulut,semata nak bg tenaga. Nak kuat demi anak anak. Alhamdulilah, sy dikurniakan keluarga dan rakan rakan yg baik (they know who they are).
Terharu. Masa saya buntu,Mereka bagi semangat. Bagi nasihat. Pesan baca yassin, sedekah, puasa, berzikir, solat hajat, solat taubat dsbnya. Saya buat semua yang saya mampu. Ustaz2, Keluarga, rakan rakan sy & suami pun banyak bantu buat bacaan yassin &solat hajat di tahfiz dan masjid/surau mohon kesembuhan suami.

Ustaz share doa doa yg kena baca. Buat kan air penawar syifa. Isteri isteri polis byk bantu (pentingnya bergaul & berpersatuan). Ramai bantu hantar barang dapur, Nasi Bungkus, McD, Buah Kelapa dll. Ramai yg hari2 tanya keperluan. Apapun semua yg PM/Call baik yg jauh atau dekat sy mintak drg doakan kesembuhan suami. Terima kasih semua.
Saya tak suka baca buku. Sepanjang kuarantin, kembar adik bag tau mama cuba baca buku. Baca buku kita akan tenang. Jumpa buku Tuhan Menguji Kita by Ustaz Kazim Alias. Petikan buku Yakin yang pertolongan Allah sangat dekat dgn kita. Banyak rupanya buku buku lain elok tersusun tak usik. Sibuk dengan HP selama ni. Ya baca buku rasa tenang. Yakin dgn Allah, segala ujian hadir ni Tanda Allah sayangkan kita. Nak kita sujud padaNya.
Sepanjang masa berdoa Moga Allah ampunkan dosa, terima taubat kami & doa agar suami sembuh seperti sediakala. Alhamdulilah stp kali solat rasa makin kuat dan tenang. Sy sedar yg takde nikmat lain dr nikmat kesihatan. Kita selalu lupa, lupa akan nikmat kesihatan yang Allah berikan. Meminta minta. Sedangkan banyak sangat NikmatNya beri pada kita semua.
Betul Covid19 ni sengsara tapi satu persatu jentik hati. Sedarkan kami. Kuatkan hubungan kekeluargaan kami. Mak abah, Adik beradik, ipar duai, rakan rakan sama sama bersatu mendoakan suami sembuh. Merapatkan hubungan kami. Dari call yang jarang jarang jadi hari hari. Kawan yg jauh & lama tak bertegur sape call bg support. Hari hari call mak & abah doakan kesembuhan suami & minta ampunkan dosa. Doa yg takde hijabnya. Allah permudahkanNya segala urusan kami.
Doakan kami sekeluarga terus istiqamah dan kita semua dalam LindunganNya. Saya juga mintak ampun dan maaf atas salah dan silap. Saya takut amalan suami atau sy tak cukup kalo ditarik Allah bila bila. Saya mintak maaf juga kerana tak bgtau pada rakan rakan lain. Hanya fokus kesembuhan suami jek masa tu.

Status suami sedang Cuti Sakit 40 hari + 2 bulan. Kena jaga diet. Masih kena pegi check up. Dia drop dekat 15 kg. From 95 kg to 80 kg. Tangan masih lemah. Suara pun tak kuat. Cepat penat. Amek masa untuk fully recovery. Memang akan ada long term effect. Terima Kasih Allah swt.
Terima Kasih Para Doktor, Nurse, Petugas Hospital, Keluarga, Bos 2, Rakan & Rakan, team PPKBJ dan semua(yg tak sebut) yang mendoakan kesembuhan suami. Jaga diri semua. Patuh je SOP. Bak kata Dr. Ninie, patuh bukan sebab kerajaan suruh atau kena denda. Tapi sebab sayangkan diri kita, keluarga dan masyarakat.
#covidisreal #silentforawhile #timetoshare #positivevibes #referpicture #shareawareness
#plsshareforgood #adasebabAllahpilihkita #covidfighter
Artikel Berkaitan:
Positif Covid-19, Nabila Huda Kongsi Vitamin & Suplemen Diambil Sepanjang 10 Hari ‘Self Quarantine’
“Ayah Stabil Tapi Ibu ‘Dikomakan’ Di ICU” – Tasha Manshahar Mohon Doakan Ibu Bapa Positif Covid-19
GatalnyaTak Boleh Bawak Bincang. Doktor Jelaskan Punca & Kaedah Rawatan Terbaik Kudis Buta!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Yogurt Dah Lepas Tarikh Luput, Masih Lagi Selamat Dimakan. Ahli Kimia Ini Jelaskan Sebabnya!

Selain pengambilan roti wholemeal, ramai juga memilih makan yogurt terutama yang rendah lemak dalam pengambilan harian untuk menjaga diet.
Dan selalunya kita akan membeli dalam kuantiti yang banyak sebagai simpanan di rumah. Namun ada kalanya terlupa untuk memakannya menyebabkan yogurt berkenaan sudah melepasi tarikh luput.
Adakah dibolehkan dan selamat untuk kita makan jika sudah melepasi tarikh luput ini. Dengarkan penjelasan Ahli Kimia, Dr Fatimah Salim berkenaan isu ini.
Bolehkah Yogurt yang melepasi Tarikh Luput (expired) dimakan?
Yogurt merupakan makanan separa pejal yang disediakan melalui fermentasi susu oleh bakteria yang baik (aka probiotik) seperti Lactobacillus delbrueckii subspecies bulgaricus dan Streptococcus thermophilus. Dengan kata lain, susu sengaja dibasikan.
Semasa proses fermentasi, bahan kimia lactose (iaitu komponen gula dalam susu) akan ditukarkan oleh bakteria kepada bahan kimia asid laktik. Peningkatan jumlah asid laktik akan membuatkan rasa yogurt menjadi masam dan teksturnya menjadi padat.
Sekiranya anda takut untuk memakan makanan yang telah melepasi tarikh luput, ketahuilah kecuali susu formula bayi, untuk kebanyakkan produk makanan lain, tarikh luput hanya bertujuan menentukan kualiti, bukan isu keselamatan produk berkenaan. Ini bermaksud makanan sebegini adalah SELAMAT untuk dimakan.
Begitulah juga yogurt. Ya, tarikh luput pada yogurt adalah untuk pengeluar menjamin kualitinya sehingga tarikh ini sahaja. Ini benar kerana yogurt yang sudah melepasi tarikh luput, akan berubah menjadi lebih masam dan teksturnya akan menjadi lebih berair disebabkan pertambahan jumlah bakteria yang beraktiviti. Inilah yang dinamakan kualitinya sudah berkurangan.
Apabila dimakan begitu saja, sesetengah sistem penghadaman tidak tahan lalu boleh menyebabkan cirit birit dan sakit perut. Namun jika dicampurkan dalam masakan, tiada masalah kerana bakteria ini akan mati dengan suhu memasak.
Namun, tidaklah bermakna yogurt itu boleh disimpan selama mungkin. Umumnya yogurt kosong (plain yogurt) yang BELUM dibuka boleh dimakan setelah sebulan daripada tarikh luput. Bagi produk yang telah dibuka terutamanya yang telah disenduk ke mulut, biasanya selamat setelah tempoh seminggu. Ini kerana yogurt telah terdedah dengan bakteria luar daripada air liur pada senduk dan udara yang akan mempercepatkan ianya rosak.
Untuk yogurt berbuah atau berperisa pula, biasanya lebih mudah rosak disebabkan pertumbuhan yis dan kulat.
Yogurt yang sudah rosak ini sebenarnya boleh ditentukan melalui deria melalui hidung, mata dan lidah kita. Selain daripada yogurt menjadi lebih masam dan berair, perubahan lain dari segi rupa, warna, bau dan rasa adalah indikasi ianya sudah tidak selamat dimakan.
Makanan yang telah dicemari bakteria luar, berkulat atau beryis boleh menyebabkan keracunan makanan. Antara gejala keracunan makana ini adalah cirit birit, sakit perut dan muntah-muntah. Sekiranya gejala berterusan, dapatkan rawatan dengan segera.
Tips untuk memanjangkan jangka hayat yogurt:
• Setelah dibeli, cepat-cepat simpan dalam peti sejuk. Suhu yang sejuk boleh memperlahankan aktiviti bakteria sedia ada dalam yogurt.
• Tidak perlu membuka bungkusan yogurt selagi belum dimakan atau digunakan.
• Sekiranya anda menyenduk yogurt, pastikan senduk adalah bersih termasuklah tidak terdedah dengan air liur. Ini boleh mengelakkan kontaminasi bakteria luar daripada udara dan air liur.
• Dan pastikan tutup rapat yogurt bagi mengelakkan cemaran silang dari peti sejuk dan udara disebabkan aktiviti kerap membuka peti sejuk.
• Untuk simpanan yang lebih lama, bekukan yogurt dalam peti sejuk beku. Suhu beku akan merencatkan aktiviti bakteria dalam yogurt. Cuma mungkin teksturnya sedikit berubah apabila dinyahbeku kelak.
Kesimpulannya, yogurt yang sudah melepasi tarikh luput masih lagi boleh dan selamat dimakan. Cuma pastikan rupa, warna, bau dan rasa yogurt masih berkeadaan elok.
Artikel Berkaitan:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI