Pernah atau tidak kita perasan seseorang itu nampak sihat tetapi sebenarnya mengalami masalah Bipolar Disorder.
Bukan mudah bagi seseorang individu yang menghidap masalah Bipolar Disorder. Perubahan mood yang ketara antara mania dan murung menyebabkan individu yang alami masalah ini sering di pandang serong.
Kitaran emosi bipolar boleh berlaku dengan mendadak dan ekstreme. Hal ini boleh menganggu kitaran tidur, tenaga, kebolehan membuat keputusan, tingkahlaku dan pemikiran.
Dari luaran, pesakit kelihatan normal dan mungkin tidak menampakkan ciri ciri yang jelas. Hakikatnya, penderitaan yang mereka alami sangat sukar dan mencabar
Apakah yang dimasksudkan dengan Bipolar itu. Bipolar itu akan menyebabkan seseorang individu mengalami perubahan emosi ekstreme mania dan menjadi kemurungan.
Ads
Bagaimana dengan fasa kemurungan bagi pengidap masalah ini. Dan ini yang perlu kita ketahui:
– Kesedihan berpanjangan
– Berubah selera makan
– Rasa ingin bunuh diri
– Lesu dan tidak bertenaga
– Hilang fokus
– Luput ingatan
Mereka juga akan mengalami fasa mania di mana tandanya adalah:
– Terlebih gembira
– Banyak idea
– Pendapat yang banyak
– Mudah terganggu
– Keyakinan berlebihan
– Grandiose
– Berbelanja berlebihan
– Melakukan aktiviti berisiko
Ads
Sempena sambutan hari bipolar sedunia 30 Mac lalu, kita sebagai rakan perlu memberi sokongan jika berkawan dengan mereka yan ada masalah ini.
Sentiasalah jadi pendengar terbaik dan jangan biarkan mereka ini berfikir yang bukan-bukan hingga boleh mencederakan diri.
Manis orangnya dan sekarang terpesona melihat Liza Hanim yang nampak slim berbanding badannya sebelum ini.
Tak mudah tetapi hasilnya memang ketara dan apa yang menarik dia langsung tidak mengambil jalan pintas iaitu tanpa mengamalkan pil langsing dan pembedahan.
Haa… kalau anda teringin nak dapat bentuk badan langsing seperti ini, jemput baca perkongsian Liza Hanim.
Liza mengetahui dirinya mengalami masalah berat badan selepas merasakan dirinya tak selesa ketika berjalan. Malah dengan saiz kaki yang kecil itu, badannya tak dapat menampung berat dan menyebabkan kesukaran untuk bergerak.
“Sebenarnya ketika anak dara dan baru berkahwin, berat saya hanyalah sekitar 58kg. Tetapi selepas melahirkan anak, berat saya mencecah 78kg.”
Tidak mengambil sebarang suplemen termasuklah pil pelangsing, Liza berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kg secara semula jadi dan sihat. Antara perkara yang dilakukan olehnya adalah:
Owh ya, Liza sangat menjaga pengambilan makanan selepas memahami cara untuk kuruskan badan secara teratur mengikut keadaan badan. Bukan itu sahaja, baginya pengambilan makanan perlulah mengikut keperluan dan bukan kehendak diri.
Selain daripada pengambilan makanan, Liza turut bersenam. Baginya senaman dapat memantapkan lagi otot dan mengurangkan berat badan dengan lebih efektif.
Jadi kita pun boleh ikut cara sihat Liza Hanim turunkan berat, baru selesa nak bergerak dan beribadat. Begitulah…
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasan tak kadang-kadang sedang kita berehat santai di rumah, tiba-tiba seperti ada haiwan melintas dan terus masuk di telinga.
Oleh kerana kejadian berlaku sekelip mata, kita tidak dapat pastikan haiwan apa yang sedang menghuni telinga kita.
Jika ini berlaku apa yang perlu anda lakukan. Jangan panik dengan situasi ini dan cubalah untuk bersikap tenang.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman sosial Facebook memberiahu apa perlu dibuat jika ada haiwan seperti lipas masuk ke lubang telinga.
“Doktor, lipas masuk telinga saya!”
Kes serangga masuk dalam telinga ni kes yang lazim berlaku. Kalau ia berlaku pada kau orang, tahu tak apa nak buat? Nak tahu? Jom baca!
Tanda-tanda serangga masuk telinga:
– Berdengung
– Bunyi keritik
– Pergerakan
– Sakit
– Kurang dengar
– Keluar air/nanah
– Berdarah
Memanglah ngeri dan geli geleman bila ssrangga masuk dalam telinga, tapi cubalah untuk bertenang. Pergerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam.
Halakan telinga yang dimasuki serangga, ke bawah dan goyangkan sedikit kepala. Jika serangga itu tidak berada terlalu dalam, ia mungkinakan keluar atau terjatuh keluar dari telinga.
Putik kapas atau pencungkil boleh menyebabkan serangga masuk lebih dalam lagi, terutamanya jika serangga itu masih hidup. Ada risiko serangga itu akan gigit gegendang telinga.
Melainkan serangga tu dah mati, elakkan guna pengepit(twizzers) untuk menariknya keluar. Kaki serangga tajam, jika ia meronta, ia boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.
Jika graviti tak membantu, cuba titiskan minyak zaitun atau baby oil ke dalam telinga yang dimasuki serangga . Minyak akan melemaskan serangga itu, dan ia akan keluar atau mati.
Jika serangga dah mati, selain keluarkan guna pengepit, boleh cuci dengan semburan air sehingga keluar. Gunakan picagari, tapi tak usah sembur kuat sangat. Rosak pula gegendang nanti.
Jika semua langkah di atas gagal, maka pergilah berjumpa doktor. Jika berjaya keluarkan, tetapi selepas itu telinga keluar nanah, masih sakit kuat dan telinga kurang dengar, maka jumpa doktor juga.
– Selepas keluarkan serangga dari dalam telinga, pastikan seluruh serangga tu dikeluarkan. Jangan tertinggal sisa.
– Selepas prosedur keluarkan serangga, kemungkinan anda akan alami pening. Jadi, jangan terus berdiri. Rehat sebentar.
Kanser payudara adalah antara penyakit paling digeruni oleh kaum wanita, Jika tahu menghidapnya, terasa dunia sudah berakhir.
Namun ada juga yang sentiasa bersemangat untuk terus berjuang melawan penyakit ini.
Seperti penglaman yang dikongsi oleh Hazlina Hanif di laman sosial twitter yang menghidap kanser payudara. Walaupun diuji dengan dğugaan itu, dia tetap tabah meneruskan hidup.
Ikuti perkongsiannya
Sedih, sangat sedih. Terasa saat itu umpama penamat buat hidup saya. Saya telah disahkan telah menghadapi breast kanser pada tahun 2012 ketika saya berumur 30 tahun. Pada ketika itu, kanser saya telah berada di tahap 2. Luluh hati bila tahu tentang penyakit yang dihadapi ni.
Seperti biasa, bilamana perjalanan pertama sebagai penyakit kanser bermula dengan air mata. Fikirkan tentang keluarga dan orang orang tersayang, lebih lebih lagi anak. Bagaimana mereka membesar tanpa kehadiran saya nanti?
Tapi itulah, nak tak nak saya perlu kuat. Fikir fikir semula, kesedihan itu tidak mengubah apa apa kerana kesedihan itu akan membuat saya menjadi lebih lemah dan kurang semangat. Doktor menasihatkan saya untuk melakukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan kanser tersebut.
Macam macam dugaan yang timbul, akhirnya, saya berjaya juga melakukan pembedahan. Awal awal ni, keluarga semua tak tahu tentang ini, hanya suami sahaja yang tahu segalanya. Anak anaklah yang menjadi sumber kekuatan saya untuk terus berjuang melawan kanser ini.
Jadi selepas membuat pembedahan, saya perlu menjalani sesi rawatan radio terapi sebanyak 25 sesi dan kimoterapi sebanyak 8 kali. Memang semua penyakit kanser akan menjalani rawatan itu.
Hospital ni pun dah macam rumah kedua dah, ulang alik ulang alik. Jarum dulu mula mula takut juga, lepas tu dah biasa dah. Ada macam gigitan semut je! Bau ubat ubatan itu pun ibarat bau – bauan minyak wangi yang di hirup setiap hari.
Memang setiap hari saya akan berulang alik ke hospital. Anak anak semasa itu dah sedar yang ibu mereka sedang sakit, tapi tidak tahu penyakit kanser itu apa.
Bila sudah membuat kimoterapi yang pertama tu, saya cuba memberanikan diri untuk memberi tahu tentang penyakit saya kepada ahli keluarga. Tapi orang pertama yang saya beri tahu adalah kembar saya.
Alhamdulillah, dokongan dari keluarga saya dan keluarga mertua tersangatlah luar biasa. Sebenarnya, faktor emosi dan psikologi adalah salah satu sumber paling penting untuk seseorang itu melawan penyakit mereka. Alhamdulillah, tuhan kurniakan nikmat tidak terhingga ini.
Sokongan dari mereka ibarat ubat ubatan tambahan untuk saya. Kalau suami sibuk dan saya berada di hospital, ibu bapa saya akan menjaga anak anak.
Kadang kadang kalau suami ada urusan tertentu, keluarga saya yang akan menghantar saya ke hospital, begitulah kehidupan saya sehari hari sepanjang masa.
Kesan daripada kimoterapi ini penuh mencabar. Muntah, loya, lemah, lesu semua ada! Alhamdulillah, saya masih boleh lalui.
Penat sebenarnya berhadapan situasi kesan begitu, tapi nak tak nak perlu kuat juga untuk hadapi.
‘Mama macam Alien lah! ‘, kata anak. Memang kesan daripada kimoterapi itu semakin ketara. Rambut gugur, kening gugur. Memang macam alien la kan? Haha!
Ketawa kecil saya bila mendengar anak anak berkata begitu. Anak anak ini umpama kekuatan saya, menjadi penawar ketika duka, menjadi pengubat di kala derita.
Sebenarnya sampai sekarang saya masih menjalani kehidupan seharian sebagai penyakit kanser. Hidup ini tidak boleh mengalah. Saya nekad menjadikan penyakit saya ini sebagai sumber kekuatan untuk melakukan perniagaan.
Boleh bayangkan tak bagaimana? Seorang penyakit kanser dan terus bekerja keras untuk berniaga. Memang mencabar!
Semoga saya terus kuat untuk menjalani hari hari yang mendatang. Amin