Pernah ada pengalaman mempunyai berat badan berlebihan dan sepanjang tempoh itu berusaha untuk mendapatkan berat ideal.
Malah bagi bekas penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz, 33 tahun ini dia juga sudah lali apabila sering dikutuk gemuk sepanjang tempoh itu.
Tidak duduk berdiam saja, Zulin turut berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal terutama sebelum menjelang majlis perkahwinan tidak lama lagi.
Dia yang ditemui ketika majlis pertunangan minggu lalu kelihatan sangat berbeza dengan penampilan sebelum ini. Dia dilihat sangat cantik, bergaya dan anggun mengenakan kurung moden rona cerah.
“Seperti yang semua tahu, saya mempunyai produk pengganti makanan, Dmagia dimana terdapat dietician khas yang akan memantau berat badan saya menjelang hari perkahwinan nanti.
“Tentang isu pernah dikutuk gemuk, sejujurnya saya sudah melupakan semua kecaman itu kerana sudah dua tahun berlalu sejak saya berjaya mendapat berat badan ideal,” ujar Zulin yang mengamalkan diet suku-suku separuh dan perlu mengikut jadual pemakanan disediakan.
Menurut Zulin juga dalam program diet dmagia dilakukan, terdapat jadual pemakanan untuk setiap hari yang dibekalkan.
“Saya diwajibkan update apa yg dimakan setiap waktu makan. Untuk meal replacement (dmagia) digantikan pada waktu breakfast dan dinner sahaja dengan sebanyak 150 kalori setiap satu sachet.
“Pada waktu lunch, saya amalkan suku suku separuh. Makan lima kali sehari termasuk dua kali snacking. Zulin jugaterlibat dengan seni pertahankan diri, muay thai setiap dua kali seminggu,” katanya yang kini mempunyai berat 55kg berbanding 86 sebelum itu.
Namun menjelang majlis perkahwinannnya nanti, dia menginginkan berat mencecah 50kg. Dalam majlis pertunangan berkenaan diadakan secara tertutup dan sederhana selain dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di kediaman abang Zulin di Segambut Dalam.
Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, dia dan tunang sepakat memilih untuk melangsungkan pertunangan pada hari ini selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrahhujung tahun lalu.
Pada majlis berkenaan, Zulin turut menerima dua bentuk cincin (merisik dan bertunang) daripada tunangnya.
“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.
“Majlis pada malam ini juga diadakan serba ringkas. Malah atas permintaan keluarga kami hanya menjemput keluarga terdekat sahaja demi menjaga prosedur operasi standard (SOP),” kata Zulin usai majlis selesai.
Menyingkap kembali momen saat pertama kali mereka berkenalan, kata tunangnya, Farhan Norzaini, dia yang memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin menerusi Instagram (IG) selepas menonton rancangan Melodi di TV3.
“Waktu itu saya sedang menonton rancangan Melodi bersama arwah ibu. Kebetulan ada paparan cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas tu arwah ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin. Malah tak semena mena, arwah ibu tiba-tiba cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.
“Seterusnya, adik saya yang mendesak supaya mengirimkan mesej langsung kepada Zulin di IG. Saya memberanikan diri dan tak sangka diamembalas mesej. Masa itu saya fikir tak mungkin Zulin membalas mesej itu keranasaya hanya orang biasa di antara jutaan pengikutnya yang lain,” kata Farhan.
Pasangan ini menetapkan tempoh kurang dari sebulan untuk ikatan pertunangan dan merancang untuk berkahwin pada 20 Februari depan.
Tular satu video Che Ta atau nama penuhnya Rozita Che Wan di Instagram tentang macam mana dia boleh maintain kurus walau usianya sudah 50-an.
Dalam video tersebut, kelihatan Che Ta memakai baju dan seluar denim bewarna biru sedang berjalan dan ditanya oleh perakam video.
Rozita dalam video itu ditanya mengenai dirinya yang kekal kurus dari dahulu. Sambil jalan dengan penuh yakin, dia memaklumkan bahawa dia akan berkongsikan kepada peminat mengenai rahsia dia kekal kurus.
Sambil berjalan berlalu pergi, Che Ta dengan secara selamba memaklumkan dia tidak perlu potong usus walaupun mahu kurus.
Diruangan komen, ramai yang kagum dengan Che Ta. Malah ada juga yang terhibur dengan ayat yang digunakan oleh Che Ta yang mengatakan dia tidak perlukan proses memotong usus.
Bukan itu saja, netizen juga turut memuji dengan kacantikkan yang ditampilkan oleh Rozita yang dikatakan kekal cantik sejak dari muda lagi.
Anda kena ambil tahu cara nak jaga beg kulit, sebab jika jenis berkualiti tinggi harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Namun tak semua beg kulit yang asli mahal sampai anda dah boleh beli rumah. Ada saja yang mampu milik.
Kalau anda ada beg kulit asli yang sederhana mahal, anda masih kena jaga dengan penuh teliti walaupun berkualiti tinggi, sebab beg kulit sensitif dengan persekitarannya. Kalau tak bagi perhatian lebih, nanti ‘merajuk’. Ok, ni cara nak jaga beg kulit yang senang gila:
Guna produk pembersih khusus untuk beg kulit
Produk pembersih khas untuk kulit boleh digunakan. Tapi, elakkan pembersihan yang berlebihan dengan bahan kimia kerana ia boleh merosakkan. Ikuti arahan penggunaan yang ada.
Selain tu, jenis kulit yang berbeza akan bertindak balas secara berbeza bergantung kepada bahan kimia dalam produk penjagaan beg kulit yang digunakan. Jadi pastikan produk yang anda guna tu sesuai dengan jenis kulit beg anda.
Simpan beg kulit di bilik yang sejuk dengan aliran udara yang baik
Sama seperti kulit manusia, beg kulit memerlukan sedikit pengudaraan untuk mencegah kulat dan bau hapak. Simpan di ruangan dengan aliran udara yang baik dan kelembapan rendah. Kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan kulat pada beg kulit. Keluarkan beg beberapa minggu sekali untuk mengelakkan kulat tumbuh.
Jauhkan dari sinaran matahari
Jangan simpan beg kulit yang boleh terkena sinaran cahaya matahari secara langsung, sebab ini boleh mengeringkan dan seterusnya mengecutkan beg.
Jangan simpan beg kulit dalam plastik
Beg kulit pun perlu bernafas, so penyimpanan beg kulit dalam bekas plastik tak digalakkan sebab ia boleh menyebabkan penambahan kelembapan, kulat, atau perubahan warna. Simpan beg anda dalam dustbag atau beg cotton yang boleh salurkan udara.
Ingat semua tips ni tau kalau anda sayang beg kulit anda tu. Kalau pandai jaga, beg kulit boleh tahan bertahun lamanya. Bolehlah anda jimat duit dan tak perlu beli beg baru setiap kali beg lama rosak.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!