Jika sebelum ini dikatakan mereka yang positif dijangkiti virus covid-19 hanya akan menerima balik tarikh temujanji dalam masa sebulan.
Tetapi rupanya lebih cepat dari tarikh itu. Dalam perkongsian di laman Instagram pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu pihak KKM mengatakan mereka yang positif Covid-19 sebelum itu boleh menerima tarikh baru temujanji hanya dalam masa 14 hari.
Dia yang memberitahu dirinya yang positif sebelum ini telah berjaya menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Ada tak orang yang excited kena vaccine macam i . 38 days after positive. So today i dapat Sinovac vaccine.
Yeaaayyy nak share dengan semuaaa. Ada berita baik dari KKM, whoever yang pernah Positive covid dan selepas 14 hari, takda symptoms , sihat , boleh vaccine !!!!!!
Ads
So apelagi guys. Cepat, cepat update your My Sejahtera and check ok, kot2 dah dapat date
Jadi kepada mereka yang positif sebelum ini jangan risau untuk menerima tarikh baru. Hanya update di MySejahtera dan pasti akan diberi tarikh untuk suntikan.
Masih ramai lagi yang masih mencari suplemen tambahan untuk pulih daripada jangkitan Covid-19. Malah tular pula di media sosial mengenai vitamin C sebagai antara kaedah pencegahan dan rawatan pandemik itu.
Namun menurut kata Doktor Arisman, mereka yang positif Covid-19 atau kuarantin boleh amalkan diet tertentu untuk kuatkan sistem imun. Pilih yang kaya dengan fungsi sebagai antioxidant, anti-radang, tinggi vitamin dan mineral.
1. “Keluarga saya kuarantin, suplemen apa yang bagus?” Tak perlu beli suplemen. Tapi belilah banyak buah dan sayuran adalah lebih baik. Kita akan dapat lebih banyak khasiat dengan pelbagai vitamin & mineral.
Dan mengenyangkan.
2. Buah apa yang bagus? Ambil pisang 1-2 biji setiap hari, tembikai, buah-buah sitrus (misalnya oren, grapefruit, lemon), betik, buah kiwi, dan lain-lain.
Kalau ada semua ni, maka tak perlu lagi suplemen luar.
3. Sayur apa yang bagus? Boleh amalkan broccoli, bayam, bawang, halia. Bijian-bijian macam kacang almond dan kuaci (sunflower seed) juga bagus. Beli kalau anda ke pasar nanti ya.
4. PISANG boleh bantu sistem imuniti kita. Low calorie, tinggi vitamin C dan mineral, high fibre bagus untuk penghadaman. Saranan ambil 1-2 biji sehari cukup! Bahaya pada jantung jika berlebihan kerana tinggi garam potassium.
5. Suka minum teh? Pilihlah teh hijau. Kurangkan gula. Pastikan mereka yang ada kencing manis perlu kawal bacaan gula mereka setiap hari. Penting!
6. Budak-budak suka aiskrim? Jangan bagi tapi gantikan dengan Yogurt. Bagus untuk sistem imun badan semasa kuarantin dan juga selepas.
7. Buah-buah sitrus seperti oren, lemon, mandarin, grapefruit, lime. Paling senang nak jumpa kat market adalah buah oren. Budak-budak pun suka.
Malangnya yang ada gastritis tak boleh makan buah-buah sitrus ya.
8. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan peradangan lebih teruk seperti
A. Manis
B. Minyak dan berlemak tinggi.
C. Daging olahan contoh Sosej, nugget.
D. Organ dalaman
E. Fast food.
Kena ingat:
“No supplement proven will cure or prevent disease”.
Amalkan diet sihat, kurangkan berat badan, lakukan exercise ringan setiap hari dibuktikan mampu tingkatkan sistem imun kita.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalunya sipmtom mereka yang dijangkiti Covid-19 adalah seperti demam, selesema, batuk, sakit sendi atau sakit kepala.
Ada juga gejala lain seperti muntah, hilang deria bau, tiada selera makan dan ada juga yang mengalami masalah ruam pada kulit.
Dalam artikel oleh Mstar Menurut pakar Dr Joseph Khabbaza, gejala tersebut merupakan reaksi normal yang dialami penderita Covid-19.
Namun, masih banyak gejala lain yang muncul dan sedang dikaji oleh para pakar.
“Pesakit Covid-19 kebiasaannya menunjukkan simptom serupa bagaimanapun ada sesetengah orang mengalami gejala luar biasa,” katanya lagi.
Terdapat pesakit Covid-19 mengalami brain fog, kebingungan, halusinasi, atau delirium. Brain fog merupakan keadaan yang menyebabkan penderitanya tiba-tiba lupa perkara atau perkara yang ingin dikatakan.
Sementara halusinasi dan delirium pula boleh terjadi kepada pesakit yang mengalami penyakit kronik. Gejala ini biasanya berlaku pada orang tua kerana tubuh mereka berusaha melawan jangkitan. Ia juga berlaku disebabkan tindak balas antibodi yang menyerang sistem saraf dan melumpuhkan kemampuan otak untuk berfikir.
Beberapa pesakit Covid-19 juga ada yang mengalami peningkatan degupan jantung walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal. Gejala ini biasanya seiring dengan peningkatan suhu badan. Ia berlaku disebabkan tindak balas sistem kekebalan badan yang menyerang saraf otonom yang bertindak mengatur degupan jantung dan suhu badan.
Kulit adalah organ terbesar dan memiliki jumlah pembuluh darah terbanyak. Ketika virus menjangkiti tubuh, aliran darah juga terganggu. Secara automatik, kulit juga mengalami gangguan seperti kegatalan atau ruam.
Hilang suara juga boleh terjadi ketika virus mula memasuki tubuh manusia. Ini kerana, virus tersebut juga boleh menjangkiti saluran peernafasan dan menyebabkan suara serak, sukar bercakap, sesak nafas dan sukar menelan makanan dan minuman.
Alangkah takutnya apabila kita membuang air besar turut keluar najis berdarah. Sebelum ini kejadian sebegitu tidak pernah berlaku dan timbul rasa panik seketika berdepan masalah ini.
Apakah yang menyebabkan masalah najis berdarah dan bagaimana kesannya dalam jangka masa panjang. Adakah ia membahayakan kita dan cara untuk mengatasi.
Lebih mengejutkan perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu bahawa najis berdarah ini adalah tanda awal barah.
Rasa seperti hendak membuang air besar tetapi apabila ke tandas, tiada najis keluar adalah antara gejala barah usus besar atau kolon.
Ini berlaku apabila terdapat bengkak atau ketumbuhan di pangkal rektum seakan-akan najis yang menyebabkan rasa seperti hendak membuang air besar.
Bagaimanapun, kebanyakan barah kolon tidak menunjukkan gejala kecuali selepas berada pada tahap lewat termasuk pendarahan ketika membuang air besar.
Perubahan tabiat membuang air besar adalah antara petanda yang perlu diberi perhatian. Sekiranya biasa membuang air besar sekali sehari tetapi berubah kepada tiga hingga empat kali, sembelit atau ada pendarahan, perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan usus menerusi prosedur endoskopi.
Sekiranya terdapat barah sebelah kanan, biasanya darah tidak kelihatan kerana bercampur dengan najis yang kelihatan kehitaman dan perlu dihantar ke makmal untuk ujian lanjut.
Dinasihati supaya menjalani pemeriksaan menerusi endoskopi atau skop bagi mengesan kewujudan sebarang ketumbuhan atau polip di dalam usus sekurang-kurangnya lima tahun sekali.
Ini kerana, sekiranya polip tidak dikesan, ia boleh berkembang secara tidak normal dan seterusnya menjadi barah di dalam kolon.
Bagaimanapun, polip di dalam kolon sukar untuk dikesan kerana boleh tumbuh di dalam lipatan usus atau di belakang usus.
Polip terbentuk pada permukaan membran kolon tetapi tidak semua polip di dalam usus kanser tetapi berisiko untuk berkembang menjadi kanser selama beberapa tahun.
Oleh itu, amat penting untuk mengesan awal sebarang polip yang tumbuh di dalam usus kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi boleh memberi kesan ke atas corak pembuangan air besar seperti sembelit, cirit birit, najis berwarna gelap atau merah, darah di dalam najis atau sakit perut.
Pemeriksaan usus perlu dilakukan sekiranya mengalami gejala disebutkan selama lebih seminggu, menggunakan kaedah skop kamera iaitu endoskopi kolonoskopi.
Sekiranya ketumbuhan atau polip besar, ia boleh menghalang usus dan terjadi pendarahan apabila najis melaluinya.
Bagaimanapun polip sukar dikesan kerana kedudukannya kadang-kala terletak di celah lapisan usus atau di bahagian usus.
Risiko untuk terlepas pandang polip adalah antara 30 sehingga 40 peratus sekiranya menggunakan skop dengan satu kamera.
Justeru, penggunaan skop dilengkapi tiga kamera dengan penglihatan 360 darjah boleh meninjau setiap ceruk usus dan mengesan polip dan mengeluarkannya walaupun bukan kanser.
Polip yang dikeluarkan daripada usus itu akan dihantar ke makmal untuk dikaji dan mengesan sebarang sel tidak normal.
Terdapat dua bentuk polip dan empat jenis polip berbeza yang mungkin adalah benigna atau malignan (kanser).
Kebanyakan barah kolon tidak ada kaitan dengan keturunan tetapi mereka yang mempunyai ibu bapa dengan sejarah penyakit ini pada usia muda, masing-masing dinasihat menjalani ujian skop sepuluh tahun lebih awal berbanding masa ibu bapa mengalami barah berkenaan.
Barah kolon adalah barah nombor satu dalam kalangan lelaki dan kedua berlaku ke atas wanita selepas barah payudara.
Ramai takut dan malu untuk menjalani prosedur skop, sebaliknya, tidak menyakitkan malah pesakit dibius dan tidak sedar ketika pemeriksaan dijalankan.
Seluar khas juga disediakan untuk dipakai pesakit ketika menjalani skop bagi menjaga aurat pesakit terutama wanita.
Dua jenis yang biasa ditemui: 1. Polip Hiperplastik dan radang: – biasanya tidak berisiko menjadi barah. – polip hiperplastik terutama di belah kanan usus perlu dibuang. 2. Polip Adenoma atau adenomtus – jika dibiarkan boleh bertukar menjadi barah. – disifatkan sebagai pra barah.
Gejala lain termasuk: 1. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan. 2. Anemia
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.