Lelaki Ini Kongsi 4 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid-19, Abang Ipar Pula Meninggal. Mohon Allah Beri Kesembuhan!

Share

Penularan virus Covid-19 yang memasuki gelombang ketiga ini memang sangat menggerunkan.

Malah kes kematian juga semakin meningkat setiap hari. Situasi ini memang menakutkan apabila sehingga semalam 619 (menurut laporan KKM) telah menjadi mangsa korban virus ini

Terkesan dengan tragedi ini, perkongsian pengguna laman sosial twitter menggunakan akaun nama @Zyxyo yang memberitahu beberapa ahli keluarganya juga turut menjadi mangsa Covid-19 ini.

Menurutnya sebelum ini rumahnya yang ada tujuh orang kini hanya tinggal tiga orang sahaja.

Dari tujuh orang dekat rumah skrng tinggal tiga orang, kakak dengan adik perempuan aku dekat maeps, kakak aku lagi sorang dekat hospital sungai buloh , satu lagi arwah abang ipar aku yang telah meninggal dunia awal pagi tadi di hospital sungai buloh kerana covid.

Biarpun sedang bersedih, lelaki ini turut memohon ahli keluarganya diberi kekatan untuk menempuhi ujian maha sebat ini.

Ya Allah sungguh berat ujian yang kau beri kan pada keluarga kmi di awal tahun 2021ni , Ya Allah beri kan keluarga kami kekuatan untuk menempuhi segala ujian mu. Tabah kan lah ummi aku. Aku tak boleh tengok ummi aku mcm ni ya Allah.

Dengan nama mu Ya Allah kau sembuh kan adik beradik ku keluarga ku jauhi lah mereka dari penyakit covid19. Al fatihah (dibaca)

Perkongsian ini menarik perhatian dan menjentik perasaan warganet. Masing-masing mendoakan agar keluarganya sentiasa dilindungi Allah dan selamat dari bahaya virus ini.

Artikel Berkaitan:

Sangkal Dakwaan Dr Ali, Frontliner Meninggal Bukan Sebab Penat Tangani Covid-19. Ini Penjelasan Dr Noor Hisham!

Tak Perlu Risau, Hukum Guna Vaksin Covid-19 Harus, Wajid Diambil Golongan Ditetapkan” – PM

IKLAN