Tidak dinafikan amalan kekerapan melayan gajet dan menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen menyebabkan waktu tidur anda akan terganggu.
Ketagihan aktiviti ini setiap malam akan menyebabkan masalah jadi berterusan dan menjadi lebih teruk jika tidak dicegah dari awal.
Sebagai manusia normal kita perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Barulah tubuh badan akan kembali cergas untuk bangun keesokan harinya.
Bagi mereka yang sukar tidur malam, ini ada tip boleh dilakukan mengikut saranan Public Health Malaysia. Digalakkan bagi mereka yang ada masalah ini agar melakukan amalan mandian ‘hot shower’ selama 1 hingga 2 jam.
Kredit: Pexel.com
Hasil dari penelitian 5,322 kajian, pengkaji dari University of Texas at Austin menemui, ”hot shower” selama 1 hingga 2 jam sebelum waktu tidurdapat mempercepatkan rasa mengantuk dan tertidur dengan kepantasan 10 minit
Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat tidur yang lebih berkualiti dan sekaligus memberi rasa segar pada esok hari.
Ads
Ini kerana 90 minit merupakan masa optimal yang diperlukan untuk “cooling down” suhu badan sebelum tidur.
Jadi, mandian ‘hot shower’ ini akan dapat merangsang regulasi tubuh yang menyebabkan peredaran darah yang lebih lancar ke tangan dan kaki.
Ads
Sehubungan itu, hasil kajian ini membidas mitos mengenai larangan mandi malam yang sering diperkatakan oleh masyarakat dahulu kala.
Bagi mereka yang sukar untuk tidur malam, boleh amalkan cara ini. Namun begitu, selepas lakukan mandian ini, janganlah pula terus berjaga dengan melihat gajet. Sebaliknya tutup semua gajet dan tidurkan dengan rileks dan tenang.
Masih muda tetapi Farisha Iris tak kedekut kongsi tip cantik yang dia amalkan dalam rutin hariannya kepada umum.
Pernah menjadi peserta Idola Kecil, Ceria Popstar dan Big Stage, Farisha mengakui sebagai selebriti adalah ‘crucial’ bagi dirinya untuk sentiasa tampil cantik dan bergaya.
Yelah, ramai peminat yang menjadikan dirinya sebagai role-model tidak kira dari segi fesyen hinggalah kepada rutin kecantikkan.
Haa… jom ‘gali’ rutin untuk kekal cantik yang sering diamalkan oleh si cantik manis Farisha Iris!
Menurut Iris, perkara yang paling penting untuk mengekalkan kecantikan adalah apabila tubuh badan mendapatkan rehat serta tidur yang mencukupi.
Jelasnya lagi, rehat yang mencukupi serta tidur yang berkualiti bakal memberikan aura yang berbeza kepada tubuh badan seseorang.
“Paling penting adalah kena cukupkan rehat, tidur jangan lambat dan jangan terlalu banyak tengok handphone kerana lambat laun ia akan memberi kesan kepada kulit kita,” ujarnya.
Iris berkata indikator kedua yang perlu dijadikan amalan adalah ambil tahu tentang kadar air dalam badan. Water intake yang cukup amatlah diperlukan untuk memenuhi keperluan badan seseorang.
Dengan cuaca di negara tropikal yang panas dan lembap serta tidak menentu kebelakangan ini. Malah, pengambilan air yang cukup dapat mengelakkan kita dari terkena strok haba!
“Jika nak kekalkan kecantikan harus minum air yang banyak, kerana ia membantu untuk memulihkan kembali tenaga tubuh badan anda,” ulas Iris.
Kecantikan juga kadangkala dipengaruhi oleh persekitaran di sekeliling kita, kerana persekitaran yang baik akan membuatkan mood seseorang menjadi baik, lebih yakin dan ia sekaligus memaparkan persona cantik secara tidak langsung.
Namun, sekiranya seseorang berada dalam persekitaran yang negatif dan buruk. Maka, semangat akan merundum maka pemikiran negatif akan memakan diri seseorang dari dalam. Lantas membuatkan personaliti seseorang itu terlihat tidak cantik.
Tapi Farisha juga rajin pakai mask ya, ini yang dia amalkan.
Justeru, ini pesan Iris kepada hijabi di luar sana yang mendambakan kecantikan:
“Anda semua perlu kekal positif, sentiasa senyum jangan marah-marah nanti lekas tua!,” selorohnya.
Jangan kata anak dara tak perlu jaga kulit wajah sebab masih muda ya, sebaiknya pembaca Rapi kena mengamalkan tip yang disarankan oleh Farisha Iris ini. Barulah boleh maintain kulit berish tanpa cela biar pun umur dah meningkat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai antara kita yang menggemari hidangan telur. Telur merupakan sumber protein paling mudah dan murah dan sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.
Namun ramai yang keliru adakah pengambilan telur rebus atau goreng lebih baik dan berkhasiat.
Apakah kandungan telur ini serupa dan bagaimana jika diambil secara berlebihan. Perkongsian dari Syaza Nutritionist menjelaskan perihal telur untuk elak keliru.
Telur menjadi salah satu sumber makanan padat nutrien yang paling murah dan paling mudah diakses.
Telur juga boleh dipelbagaikan dari segi masakan, mudah dan boleh digabungkan dengan pelbagai makanan lain.
Cara yang paling mudah dan paling popular adalah telur rebus dan telur goreng.
Pasti anda tertanya-tanya pilihan manakah yang paling bagus jika ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat terutamanya melalui kiraan kalori.
Jika mengikut kadar kalori telur rebus mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding telur goreng. Jadi ia boleh menjadi pilihan terbaik
Bagi yang ingin mengawal kalori sebagai sumber protein.
Manakala dari segi jumlah vitamin, telur goreng memiliki jumlah vitamin akan berkurangan berbanding telur rebus. Dengan makan telur rebus maka anda akan mendapat 15 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk riboflavin, 10 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk vitamin B12 dan 11 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk vitamin D.
Untuk makluman, riboflavin membantu menghasilkan sel darah merah dan menukar karbohidrat menjadi tenaga. Vitamin B12 adalah perlu untuk sistem saraf dan fungsi otak, manakala vitamin D memainkan peranan dalam fungsi imun dan penyerapan kalsium.
Telur goreng mempunyai kandungan mineral yang sedikit lebih tinggi daripada telur rebus. Mineral yang telur goreng yang terkandung dalam kuantiti yang banyak adalah fosforus, di mana satu telur goreng bersaiz besar menyediakan 10 peratus daripada nilai harian yang disyorkan. Manakala telur rebus menyediakan kira-kira 9 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk mineral ini.
Fosforus adalah penting untuk tulang yang kuat, menghasilkan DNA, dan penting untuk fungsi buah pinggang.
Ramai yang mengatakan bahawa kandungan kolesterol dalam telur goreng adalah lebih tinggi, kerana ia digoreng menggunakan minyak. Tetapi, nilai kolesterol dalam telur rebus atau telur goreng sama, iaitu 258 mg.
Diet yang sihat had penggunaan kolesterol adalah 300 mg sehari. Jadi, dengan makan 1-2 telur setiap hari, sama ada direbus atau digoreng, sudah cukup untuk memenuhi keperluan badan untuk kolesterol yang baik.
Walaubagaimanapun, makan telur adalah sihat. Tubuh manusia masih memerlukan kolesterol yang baik. Telur kaya dengan vitamin, mineral protein dan mengandungi semua asid amino yang berguna untuk membuat hemoglobin baru, enzim, hormon, dan sel- sel. Jadi makanlah telur untuk mendapatkan manfaat nutrisi tapi ingat kawalan kuantiti adalah penting.
Nak amalkan corak pemakanan yang betul biar berdasarkan fakta bukan mitos. Barulah diet yang dijalankan akan lebih berkualiti dan tidak stress.
Ramai yang beranggapan bahawa makan telur/udang/kambing dan makanan lain yang mengandungi kolesterol akan meningkatkan kolesterol dalam darah dan seterusnyan menjadi penyebab risiko sakit jantung.
Faktanya : Kolesterol dalam makanan memang boleh mempengaruhi kolesterol dalam darah, tetapi sebenarnya majoriti kandungan kolesterol adalah dihasilkan oleh tubuh kita sendiri.
Kolesterol yang tinggi selalunya disebabkan oleh diet dan hidup yang tidak sihat seperti stress, kurang tidur, merokok, kurang senaman dan lain-lain, bukan sekadar disebabkan oleh makan telur, udang, kambing semata.
Buktinya: Ramai je yang dah jadi anti telur, anti udang, anti kambing tapi kadar kolesterol masih tinggi.
Ramai yang beranggapan pengambilan telur mentah boleh membantu mendapatkan kadar protein yang lebih tinggi.
Faktanya: kadar protein dalam telur adalah sama walaupun telah dimasak. Yang berkurangan hanyalah dari segi vitamin dan mineral.
Walaubagaimanapun, kita tidak digalakkan untuk makan telur mentah ini adalah untuk mengelakkan risiko jangkitan salmonella.
Selain itu, penyerapan protein melalui telur yang telah dimasak adalah lebih tinggi berbanding telur mentah.
Ramai yang beranggapan telur putih adalah lebih baik berbanding telur kuning.
Faktanya: vitamin dan mineral pada telur lebih banyak terkandung dalam kuning telur. Antara vitamin yang ada ialah: vitamin D, vitamin A, vitamin E, Choline, Lutein, Zeaxanthin yang berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Jika tidak makan kuning telur, maka sebahagian mineral dan vitamin ini tidak diperolehi.
Beberapa orang takut nak makan telur kuning sebab risau naik berat.
Faktanya: kuning telur mengandungi protein dan zat bermanfaat seperti vitamin D dan choline dimana membantu menyerap kalsium dan meningkatkan fungsi hati. Ini dapat mengelakkan kejadian hati yang berlemak. Selain itu, menurut The American Heart Association menyatakan 1 biji telur sehari bagus untuk amalan diet yang lebih sihat.
Ini sering menjadi dilema buat semua wanita hamil kerana ada larangan untuk pengambilan telur. Ini hanyalah mitos!
Faktanya: telur adalah sumber protein yang tinggi, vitamin, mineral dan asid amino. Jadi wanita hamil amat digalakkan untuk makan telur, ikan dan kekacang. Cuma wanita hamil perlu mengelakkan pengambilan makan telur yang mentah untuk elak risiko jangkitan samonella.
Bukan senang nak rawat kulit breakout, nak-nak pula kalau sampai keluar jerawat dan jadi pedih kemerah-merahan. Terus jadi tak kurang yakin nak beli produk untuk pulihkan muka.
Inilah yang dilalui oleh Puan Sheena Rashid Kamsiran setelah salah pakai produk muka. Jemput baca perkongsian ini, yang mana dia akhirnya jumpa skincare yang serasi buat kulinya sihat kembali.
Cerita sebelum kahwin. Majlis lagi 2 minggu, muka tiba-tiba breakout sebab period. Jerawat yang keluar pula besar dan meah-merah. Mula rasa stress, makin banyak keluar jerawat.
Kawan suggest mugwort mask ni. Pakai lah malam tu. Lepas pakai mask, bilas muka dan sapu moisturizer sekali sebelum tidur.
Esoknya bangun tak ada lah hilang terus ye, itu tipu namanya. Tapi memang nampak merah-merah jerawat tu ada kurang.
Jadi teruskan pakai 3x dalam minggu tu, dan moisturizer pakai hari-hari siang dan malam. Dan lepas seminggu lebih kecut terus ya jerawat semua. Muka bersih ngam-ngam sebelum majlis.
Dan lepas kejadian tu, teruskan pakai produk ni. Dan sekarang dah pakai whole set skintific skincare.
Moisturizer pakai hari-hari tau, serius best sebab dapat improve our skin barrier. Buat tona kulit sekata, lembap, tak kering dan paling penting bila pakai makeup, nampak flawless dan tak crack pun. Pakai pula dengan serum. Memang keadaan kulit sekarang lagi cantik banding sebelum ini.
Nampaknya selamat untuk kulit, jadi kalau anda rasa nak pulihkan kulit yang tengah ‘sakit’, boleh cuba tips yang wanita ini kongsi.
Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!