Belum habis dengan penularan Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD), muncul pula amaran wabak Monkeypox di beberapa negara.
Perkara ini dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Facebook yang mahu mengingatkan kita bahaya wabak ini dan memberi kesedaran mengenainya kepada orang ramai.
KKM memberitahu bagaimana virus ini ditularkan kepada manusia dan apakah tanda dan gejala jangkitan wabak ini.
• KKM ingin merujuk kepada berita penularan wabak monkeypox di beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. • Sehingga 20 Mei 2022, lebih 100 kes telah dilaporkan dijangkiti virus monkeypox, sama ada kes disahkan mahupun yang disyaki.
Dikongsikan cara penularan serta tanda-tanda jangkitan Monkeypox. • Tempoh inkubasi virus biasanya antara 6 hingga 21 hari dan pesakit akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu. • KKM juga telah menyediakan Soalan Lazim (Frequently Ask Questions – FAQ) mengenai jangkitan monkeypox yang boleh dimuat turun dari laman Facebook CPRC Kebangsaan di: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1893056120887063&id=187891761403516
Menurut KKM juga sehingga 20 Mei 2022, leih 100 kes telah dilaporkan dijangkiti monkeypox atau cacar monyet ini sama ada disahkan mahupun yang disyaki telah dilaporkan di beberapa benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.
Ads
Penyakit cacar monyet adalah mirip penyakit cacar (smallpox) yang telah dibasmikan pada tahun 1980 berikutan program imunisasi cacar yang berjaya di seluruh dunia. Berikut adalah soalan lazim mengenai jangkitan monkeypox bagi menjelaskan lagi mengenai penyakit ini.
Ads
Ads
Ini pula amaran untuk pengembara yang mengunjungi negara mengalami wabak ini.
Dengan jolokan seperti ‘datang bulan’ , ‘Aunt Flo’, ‘Sharks Week’ atau ‘dai yi ma’, haid masih dianggap topik yang tabu dalam banyak budaya.
Kaum hawa bukan sahaja perlu berhadapan dengan stigma, malah mereka sering ‘disajikan’ dengan maklumat tidak tepat tentang haid.
Sungguhpun haid merupakan proses semula jadi yang dialami oleh kebanyakkan wanita, ia masih diselubungi pelbagai mitos pada zaman serba moden ini.
Menurut laporan Kumpulan Bank Dunia1, sekurang-kurangnya 500 juta wanita dan gadis di seluruh dunia menghadapi ‘kemiskinan haid’, yang bermaksud kekurangan atau ketiadaan kelengkapan sanitasi bagi menguruskan haid.
Kesannya, mereka bukan sahaja kurang pengetahuan tepat tentang haid, tetapi juga kurang cakna tentang cara terbaik untuk menguruskan kebersihan haid.
Justeru, sempena Bulan Kesedaran Haid anjuran Aurelius Healthcare, Dr. Azizah binti Rusly, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Hospital Aurelius Nilai ingin merungkai beberapa mitos tentang haid yang biasa kedengaran.
#1 “Kata ibu, wajib membasuh tuala wanita kerana darah itu najis dan akan ‘menjemput’ kedatangan jin dan makhluk halus!”
Sebenarnya, darah haid tiada beza dengan darah lain dalam badan kita, dan sudah tentunya tidak kotor! Ia terdiri daripada darah, membran rahim, lapisan mukus, dan bakteria. Sungguhpun ia kadangkala kelihatan bergumpal atau lebih gelap, kejadian sedemikian adalah normal.
Tuala pakai buang hendaklah dibungkus rapi dan dibuang selepas digunakan. Namun, sekiranya anda menggunakan tuala boleh guna semula atau cawan haid, rendamkannya dengan air sejuk dan basuh dengan detergen biasa, soda penaik atau cuka. Pastikan ia kekal kering bagi mencegah jangkitan kuman.
#2 “Ada yang kata, meletakkan tuala yang telah dibasuh pada muka dapat memberikan kulit yang cantik.”
Tidak benar sama sekali, kerana sisa atau produk haid harus dibuang dengan cara yang betul!
Hakikatnya, cara memperoleh kulit yang jelas bergantung pada jenis kulit seseorang. Amalkan diet yang sihat lagi seimbang untuk menjadi versi terbaik anda. Tingkatkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran, dan minum air mencukupi dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu!
Meskipun tampon boleh menyebabkan sedikit regangan atau koyakan pada selaput dara atau himen, namun ini juga boleh berlaku apabila anda melakukan aktiviti lasak.
Pada mulanya, sebilangan wanita mungkin akan mengalami ketidakselesaan ketika memasukkan tampon. Namun, keadaan ini adalah sementara dan akan bertambah baik!
#4 “Saya harus mengelakkan makanan atau minuman sejuk kerana ia akan memburukkan lagi pendarahan dan senggugut”
Hakikatnya, tiada kajian yang dapat membuktikan atau menyangkal kaitan antara minuman/makanan sejuk dengan senggugut. Haid merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan manakala aktiviti makan atau minum berkait rapat dengan sistem pencernaan. Jadi, kedua-dua sistem ini berfungsi secara berasingan dan tidak menjejaskan satu sama lain.
Sungguhpun demikian, sesetengah wanita lebih sensitif terhadap makanan atau minuman sejuk, yang mungkin akan mencetuskan atau memburukkan lagi senggugut. Jadi, anda haruslah cakna badan anda sendiri dan bertindak sewajarnya.
#5 “Saya pernah menyorokkan produk sanitari saya kerana tidak sopan untuk menunjukkannya di khalayak ramai”.
Sama seperti tisu dan ubat gigi, produk sanitari merupakan produk gaya hidup yang membantu wanita berasa lebih selesa dalam tempoh haid. Oleh itu, setiap wanita harus mempunyai hak dan kebebasan untuk membeli produk kebersihan tanpa rasa malu, kerana haid semata-mata satu proses fisiologi semula jadi yang berlaku setiap bulan.
Untuk maklumat lanjut tentang kepentingan kebersihan haid, ikuti kempen #RespectMyCycle anjuran Aurelius Healthcare di Facebook, Instagram, dan LinkedIn.
Pedihnya kalau diserang ulser mulut atau juga popular dengan panggilan mata ikan.
Selalunya masalah ini berlaku apabila mengalami gangguan ketika menggosok gigi.
Ulser mulut ini akan menyebabkan selera untuk makan terbantut, lagi-lagi kalau makan makanan pedas.
Daripada bentuk kecil, ulser akan jdi lebih besar dan lebig parah akan tumbuh merata-rata dalam mulut. Lebih menakutkan, ulser jika dibiar berlarutan boleh jadi petanda awal kanser.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin memberitahu cara terbaik untuk mengatasi mata ikan ini menggunakan ubat bersesuaian yang boleh dibeli di farmasi.
Ulser mulut atau serawan atau mata ikan
Ulser mulut. Semua orang pernah alami keadaan ini. Walaupun ulser mulut ini selalunya bermula dengan saiz kecil namun ia adalah luka yang pedih di bahagian dalam mulut.
Nak makan pun susah kadang kala mood untuk menikmati makanan pun hilang. Betul tak?
Ulser pada kebiasaanya terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan di bahagian bawah atau tepi lidah. Bagi saya ulser di bahagian tepi lidah dan bahagian dalam bibir paling sakit dan menyebabkan susah untuk makan.
Kalau nak diikutkan ulser mulut ini sebenarnya boleh sembuh dengan sendirinya dalam masa 7-14 hari. Namun dalam keadaan sakit disebabkan ulser ini,ada tak sebarang sediaan ubat yang boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan dan membantu ulser mulut ini untuk sembuh cepat.
Ubat dalam bentuk “Pastes” & spray
• Membentuk satu lapisan pelindung dan memberi kesan melegakan ke atas ulser di dalam mulut
• Terdapat juga beberapa jenis ubat dalam bentuk pes & spray ini yang mengandungi tambahan ubat anti-radang untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. ubat-ubatan ini boleh mempercepatkan penyembuhan, terutamanya jika digunakan secepat mungkin pada ketika ulser dalam mulut baru bermula.
Contoh ubat/produk:
Oralon
Oralon-Extra
Aloclair Plus Spray
Difflam Forte
Gengigel Gingival Spray
Dan lain-lain
———————————————–
Ubat kumur
• Selalunya akan mengandungi antiseptik untuk menghalang bakteria di dalam mulut daripada menjangkiti ulser.
• Terdapat juga beberapa produk yang mengandungi ubat untuk mengurangkan sakit dan bengkak
• Ubat jenis kumur dan lozenges ini berguna untuk dalam situasi merawat ulser mulut yang berada di lokasi yang sukar untuk dicapai
• Boleh juga membantu menjaga mulut agar bersih jika kehadiran ulser menyebabkan terlalu sakit untuk memberus gigi dengan betul
Contoh ubat/produk:
———————————————–
Ubat jenis gel dan lotion
• Selalunya ubat jenis ini mengandungi ubat untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak
• Terdapat beberapa produk juga mengandungi anestetik setempat untuk beri kesan kebas pada ulser (cth: lignocaine, benzocaine)
• Terdapat juga beberapa produk mengandungi antiseptik untuk menghalang bakteria daripada menjangkiti ulser
Contoh ubat/produk :
Semua cadangan ubat-ubatan di atas boleh didapati di premis Komuniti Farmasi dan boleh dibeli tanpa preskripsi.
Berikut adalah antara beberapa tip untuk membantu penyembuhan serta mengelakkan daripada tekena ulser mulut. Mungkin boleh kita amalkan dan kongsikan ilme ini dengan rakan-rakan yang lain.
● Untuk menjaga mulut yang bersih semasa ia tidak selesa disebabkan kehadiran ulser mulut, gunakan ubat kumur antiseptik.
● Jika terlalu sakit disebabkan ulser mulut, gunakan ubat untuk melegakan kesakitan sebelum makan.
● Cuba hisap ais untuk membantu mengurangkan kesakitan ulser mulut.
● Berus gigi secara perlahan-lahan, dengan menggunakan berus gigi yang lembut.
● Elakkan makanan dan minuman yang boleh menyebabkan atau merengsa ulser mulut.
● Pastikan gigi palsu diperiksa secara berkala untuk memastikan ia masuk pada kedudukannya di gusi dengan baik.
● Minum sekurang-kurangnya dua liter (lapan gelas) air sehari (kecuali doktor menasihatkan agar menghadkannya).
● Makan makanan yang sihat dengan kerap, perbanyakkan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berunsur gandum. Hadkan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam.
● Boleh ambil vitamin dan mineral tambahan.
● Belajar dan mengamalkan teknik relaksasi dalam membantu mengurangkan tekanan.
● Berhenti merokok.
Ulser mulut memang memberi kesan dalam kualiti hidup harian kita. Kadang-kadang tu sakit sampai nak buat kerja pun susah. Sampai buat kita pening pun ada.
Harap dengan perkongsian saya ini, sekurang-kurangnya kita boleh ke premis Farmasi Komuniti untuk membeli ubat atau produk yang boleh membantu melegakan rasa kesakitan dan mempercepatkan penyembuhan user mulut.
Bincang dengan ahli farmasi komuniti anda untuk pemilihan produk yang sesuai dengan keadaan ulser mulut anda
Laju viral manisan tanghulu di media sosial, ramai yang berkongsi cara buat malah ada yang gemar makanan tinggi gula ini.
Nampak menarik, makanan yang popular di China dan Korea ini dibuat dengan menyalut buah-buahan seperti strawberi, anggur atau limau dengan air yang tinggi kandungan gulanya.
Kemudian, manisan ini perlu dicelup ke dalam air sejuk bagi menghasilkan gula yang rangup.
Namun, kandungan gula yang tinggi ini mula menimbulkan kebimbangan sesetengah rakyat Malaysia yang bimbangkan tentang masalah kesihatan.
Memetik laporan Hellodoktor, terdapat lima kesan akibat pengambilan gula yang terlalu tinggi.
Minuman manis tidak menyekat rasa lapar, sekali gus menjadi punca pertambahan berat badan.
Ia juga meningkatkan jumlah lemak viseral (lemak dalam perut) yang dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung.
Pengambilan gula berlebihan untuk tempoh panjang mendorong kepada rintangan insulin (hormon dihasilkan pankreas untuk mengawal glukosa).
Keadaan tersebut boleh menyebabkan paras gula dalam darah naik mencanak dan meningkatkan risiko diabetes.
Makanan tinggi gula tambahan dalam makanan dan minuman boleh meningkatkan peluang untuk mengalami kemurungan.
Ini bertentangan dengan makanan diet sihat yang membantu meningkatkan emosi seseorang.
Kadar insulin dan gula dalam darah yang naik mendadak boleh meningkatkan kadar tenaga.
Namun, lonjakan tenaga ini adalah untuk tempoh sekejap saja dikenali sebagai sugar crush.
Kesannya, individu itu akan lebih kerap mengantuk.
Pengambilan fruktosa tinggi secara konsisten dikaitkan dengan peningkatan risiko hati berlemak kerana karbohidrat sederhana atau gula ini hanya dicernakan oleh hati.
Selain kesan dinyatakan di atas, terdapat beberapa masalah kesihatan lain disebabkan pengambilan gula seperti penyakit buah pinggang, kesihatan gigi dan risiko gout.
Hah, fikir-fikir lah sebelum nak ikut mencuba makan viral. Rasanya lebih selamat amalkan pengambilan buah-buahan yang jauh lebih sihat dan tidak memudaratkan kesihatan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!