
Viral baru-baru ini sekeluarga di Dungun yang mengalami mulut berbuih dan berdarah akibat makan cendawan beracun yang diambil di kebun sekitar rumahnya.
Cendawan antara sejenis sayuran yang sedap dimakan terutama jika digoreng tepung atau dibuat sup.
Namun kita diiagtkan supaya berhati-hati dalam memilih pengambilan cendawan untuk diimasak.
Menurut Public Health Malaysia, mengingatkan musim hujan ini agar berhati-hati jangan memetik cendawan yang tidak diketahui dan terus dimakan.

Musim Hujan ini banyak cendawan yang tumbuh di sekitar rumah.. hati hati jangan petik cendawan yang tidak diketahui dan terus makan.
Antara kejadian keracunan yang sering berlaku adalah jenis Chlorophyllum Molybdites kerana sama seperti Cendawan Busut
Toksin atau racun dari cendawan liar apabila dimakan boleh menyebabkan
– Loya, muntah dan cirit birit,
– Celaru fikiran (mental confusion), halusinasi, gangguan kordinasi otot (muscle incoordination) dan sawan serta gejala lain seperti demam dan sakit kepala.
– Sebahagian toksin mempunyai kesan jangka panjang seperti kegagalan buah pinggang (kidney injury).
– Kesan toksin cendawan yang teruk boleh menyebabkan kematian.
Untuk elvakkan kejadian tidak diingini berlaku, ikut tip ini:
– Antara langkah yang boleh di lakukan adalah dengan mengelakkan dari memetik dan makan cendawan yang tidak di ketahui.
– Ketahui reputasi dan penjual cendawan atau lebih selamat beli dari pembekal komersil
Jadi berhati-hatilah sebelum membeli cendawan. Bimbang termakan yang beracun. Beli saja di kedai yang memang diyakini selamat penjualannya.







Artikel Berkaitan:
Elak Ambik Instant & Quick Oat Bagi Pesakit Kencing Manis. Doktor Jelaskan Sebabnya!
Merana Akibat Sakit Tekak. Doktor Kongsi Cara Kumur Air Garam Atau Makan Aiskrim Kurangkan Sakit!
Bahaya Duduk Lama Ketika Bekerja! Wanita Tak Sangka Sakit Bahu, Rupanya Tendon Koyak Habis!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tekanan Makan Banyak, Jadi Sebab Berat Tak Turun Walaupun Seharian Berpuasa

Sebenarnya bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk seseorang itu menurunkan berat badan.
Ini kerana kita hanya makan sekali sehari dan menjaga pemakanan sebaik mungkin.
Namun begitu, ada juga yang tidak berjaya dan kenapa agaknya perkara ini berlaku. Malah berat jadi semakin bertambah-tambah seperti sebelumnya.
Ada sebab kenapa berat badan tidak turun walaupun seharian berpuasa.

1. Anda berdepan dengan tekanan yang terlalu tinggi
Kunci untuk menurunkan berat badan dengan mudah adalah menjalani kehidupan yang tenang dan bebas tekanan.
Sekiranya anda menhadapi tekanan yang tinggi, hormon kortisol dilepaskan ke dalam sistem oleh hipotalamus bagi melawan ‘saraf gembira’ yang dihasilkan.
Kesan sampingan hormon ini adalah peningkatan pengumpulan lemak badan. Ia juga mengurangkan jumlah jisim otot sistem anda, seterusnya menurunkan kadar metabolisme anda.
Satu lagi kesan sampingan tekanan adalah tabiat makan dengan berlebihan. Ada sesetengah orang yang mengalami tekanan kehilangan selera makan, namun ramai juga yang mengakui bahawa tekanan ‘memaksa’ mereka makan dengan lebih banyak.

2. Insomnia atau tidak cukup tidur
Punca kedua mengapa anda tidak kehilangan lemak yang anda harapkan adalah kerana anda tidak cukup tidur pada waktu malam.
Tidur yang cukup adalah penting kerana tidur tidak hanya mempengaruhi kadar metabolisme anda. Ia boleh membantu meningkatkan kepekaan insulin dan membantu anda mengawal tahap kelaparan anda dengan lebih baik sepanjang hari.
Tidur yang cukup sangat mustahak untuk berjaya mengawal berat badan, jadi buatlah ‘janji temu’ dengan tempat tidur anda supaya mendapat cukup tidur selama 8 jam.

3. Diet tidak cukup dinamik
Sebab ketiga mengapa usaha anda mahu menurunkan berat badan boleh gagal adalah kerana diet yang terlalu seragam.
Diet perlu berbeza dalam nilai kalori untuk menjaga metabolisme pada tahap yang optimum.
Sekiranya anda mengambil makanan yang serupa setiap hari, badan anda perlahan-lahan akan terbiasa dengan tahap kalori sama setiap hari, hingga boleh menurunkan kadar metabolisme.
Untuk mengatasi keadaan itu, anda perlu lebih dinamik mengenai pengambilan makanan. Ini dapat dicapai dengan cara mempelbagaikan jumlah kalori dan jenis makanan yang anda makan setiap hari.

Sumber: Awani
Artikel Berkaitan:
Berat Pernah Cecah 100 KG, Nurul Zahid Dedah Buat Kaedah ‘Potong Usus’ Demi Kesihatan
Mandi Air Sejuk, Antara 7 Tip Elak Rasa Sering Mengantuk Di Bulan Puasa
Nak Hasil Solekan Jadi Wow, Elak Lakukan 10 Kesalahan Ini Waktu Mekap
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita Kongsi Guna 23 Produk Drugstore Paling Sesuai, Elak Wajah Bebas Cela & Alami Breakout

Bagi mereka yang sangat menjaga kecantikan wajah akan memilih produk bersesuaian untuk kulit mereka.
Walaupun rutin penjagaan sama, tetapi produk digunakan berbeza mengikut jenis kulit.
Apa yang penting adalah untuk mandapat hasil diingini apabila kulit jadi lebih halus, berseri dan flawless.
Perkongsian Aida Azman memberitahu cara penjagaan wajah hanya dengan gunakan produk drugstore bagi mengelak wajah jadi cela dan bermasalah.
Turut berkongsi jika mahu membeli semua produk disarankan bukan sekaligus tetapi mengikut bajet dan kemampuan masing-masing.
Dia juga turut memberitahu sebelum membeli produk, kena banyak buat carian tentang kandungan sesuatu produk itu.
Skincare yang mahal tak semestinya berkesan dan begitu juga sebaliknya. Ia bergantung kepada kesesuaian kulit muka individu.
23 Produk Drugstore Untuk Penjagaan Wajah Elak Cela
Langkah 1 : Buang Mekap (makeup remover)
Perkara paling penting sebelum memulakan rutin mencuci muka ialah dengan membuang kesan mekap pada kulit wajah. I always believe the amount of time you spent putting on makeup should be the same amount of time you spent removing it. Those who knew me dah sedia maklum, cara saya remove mekap memang agak teliti sampaikan mascara on each strand of lashes pun saya bersihkan elok-elok guna cotton tip haha…
Kalau tak pakai mekap pun, segala produk seperti face cream, moisturizer, sunscreen yang dah ditepek pada muka wajib dibersihkan terlebih dahulu. Untuk langkah ini, saya gunakan Garnier Micellar Cleansing Water in Oil. Saya lebih gemar menggunakan makeup remover yang mengandungi campuran minyak kerana ianya lebih efektif dalam menanggalkan kesan mekap yang kalis air seperti waterproof mascara atau eyeliner.
Ini kerana produk mekap yang kita gunakan biasanya berasaskan minyak jadi tentu sekali makeup remover yang oil-based lebih berkesan untuk menanggalkan mekap daripada makeup remover jenis air (micellar water). Garnier has always been innovative by producing makeup remover that not only does the job well, but at the same time it’s affordable, doesn’t irritate contact lens user like me and it has refreshing scent of argan oil that lingers around, sumpah sedap giler bau dia haha..
Garnier Micellar Oil-Infused Cleansing Water (RM19.90)
Biore Makeup Remover Wipes Refill Pack (RM24.50)

Langkah 2: Double Cleanser
Yes, I use 2 (eh, actually 3) types of cleanser for washing up my face. One is oil cleanser (Senka Perfect Watery Oil) and another one is foam cleanser (Hada Labo AHA/BHA Foaming Wash). Why? Because oil cleanser helps to remove makeup residue that may be left behind after makeup removal. Besides I love how oil cleanser moisturizes my skin after every wash.
Senka Perfect Watery Oil (RM29.47)

Langkah 2: Double Cleanser
Now after oil cleansing, use any foam wash of your choice to further cleanse and prep your skin for the next step. Saya guna pencuci muka jenis AHA/BHA kerana ianya juga bertindak sebagai pengelupas (exfoliant) untuk kulit muka. Yang ni saya guna untuk sebelah malam, manakala pagi biasanya saya guna pencuci yang lebih lembut seperti Cetaphil Gentle Cleanser.
Hada Labo AHA/BHA Facial Foaming Wash (RM30)

Langkah 2: Double Cleanser
Sebenarnya Cetaphil cleanser saya dah guna lama sebelum ianya viral dalam fb memandangkan anak-anak saya ada eczema jadi Cetaphil memang sentiasa ada di rumah. Tambahan pula, brand inilah yang saya sentiasa bawa sebagai pencuci muka sekaligus sabun mandi ketika bertugas outstation kerana fungsinya sebagai multipurpose cleanser yang juga sesuai digunakan bukan setakat untuk kulit muka malahan pada tubuh badan.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser (RM22)

Langkah 3: Pengelupasan (exfoliator)
Tujuan pengelupasan (exfoliation) ialah untuk membuang sel-sel kulit mati yang menghalang liang pori pada muka. Produk-produk seterusnya akan menyerap dengan lebih berkesan apabila liang pori telah dibersihkan. Ada 2 jenis teknik pengelupasan yang saya amalkan iaitu physical and chemical exfoliation. Untuk physical exfoliation, ianya lebih kepada pengelupasan di atas epidermis kulit, maka pencuci berbentuk scrub sering digunakan.
For this, I use Clarins One Step Gentle Exfoliating Cleanser twice a week. You can use any type of scrub which suits you, I just happen to have this since it was given to me by mom. Good brands like St Ives and Freeman also offer great range of scrub in local drugstores at Watsons and Guardian. Do remember that excessive exfoliation can also trigger your oily skin to produce more oil. So use it sparingly.
Clarins One-Step Gentle Exfoliating Cleanser (RM128

Langkah 3: Pengelupasan (exfoliator)
As for chemical exfoliator, I use Cosrx AHA 7 Whitehead Power Liquid and Cosrx BHA Blackhead Power Liquid, alternately 2 times a week.
Pengelupasan secara kimia (chemical exfoliation) bertindak jauh ke dalam sel-sel kulit dan hasilnya ialah kulit yang lebih sihat, cerah dan bermaya. Penggunaan Alpha Hydroxy Acid (AHA) dan Beta Hydroxy Acid (BHA) membantu menghaluskan kulit wajah sekaligus memudarkan kesan parut, mengecilkan liang pori dan mencerahkan wajah.
Cosrx BHA Blackhead Power Liquid (RM76.32)

Langkah 3: Pengelupasan (exfoliator)
Cosrx AHA Whitehead Power Liquid (RM62.54)

Langkah 4: Toner
Ok, yang ni saya tak guna sebab malas. Lagi satu, sebab saya rasa dgn kaedah double cleansing yang diamalkan, kulit wajah dah pun bersih sebersih-bersihnya maka boleh lah kot skip toner hehe… Untuk langkah ini, saya gantikan dengan Hada Labo Hyaluronic Acid (Moist/Light) Lotion.
Kebanyakan produk skincare yang saya amalkan mengandungi Hyaluronic Acid (HA) kerana sel-sel HA dikatakan mampu membekalkan 6x ganda hidrasi (air) pada sel kulit sekaligus menghasilkan kulit wajah yang lembap dan inilah rahsia awet muda sebenarnya hehe…
Ramai di kalangan wanita Malaysia suka memilih produk yang mengandungi agen pemutihan (whitening/brightening) tetapi secara peribadi bagi saya, sekiranya kita jaga kulit muka dengan baik, secara tidak langsung ianya akan terhasil mulus, putih dan cerah dengan sendirinya. Permasalahan kulit seperti jerawat, kulit kusam dan lain-lain sebenarnya berpunca daripada masalah dehidrasi iaitu kekurangan air. Sel-sel kulit yang lembap dan cukup kandungan airnya Insha Allah akan menghasilkan kulit muka yang bebas cela, sihat dan bermaya.
Hada Labo Hydrating Lotion (Light) RM55

Langkah 5: Essence
The Koreans have always been at the forefront of beauty innovation (essence, bb cushions, anyone?). I remember seeing the bb cushion trend from korean brands waayy before Maybelline, L’oreal etc come up with their own bb cushion. In terms of skincare, dorang pun sebenarnya 10 tahun lebih ke hadapan berbanding brand dari US. Maka tak hairan lah kalau trend dorang menjadi ikutan.
OK berbalik kepada essence, ianya bertujuan menghidratkan dan mengoptimumkan keadaan kulit untuk penyerapan bahan-bahan seterusnya. Time Revolution: The First Treatment Essence (FTE) from Missha is my definite holy grail (ni dah botol ke-3). Yang ni hanya boleh didapati secara online (Hermo, Althea, Shoppee dll) dan kebanyakkan review membandingkan FTE Missha ini setanding dengan SKII namun pada harga yang lebih mampu milik.
Mula-mula guna memang saya agak skeptical tetapi selepas 3 bulan, parut jerawat semakin pudar dan yang paling ketara, liang pori semakin mengecil (woohoo…!). Kalau nak baca lebih lanjut tentang perbandingan antara FTE Missha dan FTE SKII boleh rujuk skinandtonics.com. Ianya sangat berkesan untuk kulit muka saya yang jenis combo dan saya memang setia guna sampai sekarang. Essence ini saya guna sebelah pagi dan malam.
Missha Time Revolution FTE (RM155.88)

Langkah 5: Essence
Selain daripada Missha, saya juga selang selikan penggunaannya dengan satu lagi essence daripada L’Oreal iaitu Youth Code Boosting Essence. Yang ni saya baru guna selama 2 minggu jadi kena tunggu lagi samada berkesan atau tidak. Saya beli essence ni semasa warehouse sale dengan harga RM20 sahaja.
L’Oreal Youth Code Boosting Essence (RM151.50)

Langkah 6: Serum/Ampoule
Penggunaan serum/ampoule penting sebagai ‘zat tambahan’ kepada kulit kita. Biasanya serum mengandungi molekul-molekul yang sangat halus dan ini memudahkan ianya diserap oleh sel kulit. Ada banyak jenis serum yang ada di pasaran, bergantung kepada permasalahan kulit anda. Untuk serum (malam sahaja), saya guna Night Repair Science Activator Borabit Ampoule, juga daripada Missha.
This serum has been said to be almost an exact dupe to Estee Lauder Advanced Night Repair but with more affordable price tag.
Missha Time Revolution Night Repair Borabit Ampoule (RM100)

Langkah 6: Serum/Ampoule
Besides this, I also use Tiam C21.5 Vitamin C Serum to combat wrinkles and as anti-aging property.
Tiam C21.50 Pure Vitamin C Serum (RM68.90)

Langkah 7: Mask
Watsons dan Guardian ada banyak pilihan sheet mask yang murah dan berkualiti. Dalam gambar ini antara sheet mask yang saya ada (stok dah berkurang), beli masa sale kat Elianto harga RM1 lebih je sekeping

Langkah 7: Mask
Topeng muka jenis sheet mask saya guna 1x seminggu dan saya suka simpan dalam peti sejuk sebelum digunakan. Selain daripada sheet mask, saya juga gemar menggunakan clay mask seperti Freeman Anti Stress Clay Mask (juga hadiah pemberian rakan) 1x seminggu.
Freeman Dead Sea Minerals Anti-Stress Mask (RM22)

Langkah 8: Eye Cream
Eye cream yang saya gunakan ialah Super Hyaluronic Acid Moist Eye Cream daripada Hada Labo. Walaupun agak mahal, tetapi disebabkan dah obses sangat dengan produk yang mengandungi HA maka ahkak butakan mata pekakkan telinga sahaja hahah…
Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moist Eye Cream (RM58.57)

Langkah 8: Eye Cream
Selain eye cream, sebenarnya saya juga baru saja mencuba Garnier Brightening Eye Roll-On yang dibeli semasa sale di Guardian. Kadang-kadang kalau tak cukup tidur memang ketara eyebag saya (nasib baik kedut bahagian mata belum ada lagi), jadi kita tengok dulu samada berkesan atau tidak eye roll-on ni okay?
Garnier Brightening Eye Roll On (tak ingat harga tapi rasanya dalam RM11 mcm tu, watsons sale. Again haha…)

Langkah 9: Moisturizer (siang) / Sleeping Pack (malam)
Untuk pelembap pada waktu malam, saya baru sahaja mencuba L’Oreal RevitaLift Filler (HA) Revolumizing Cushion Cream yang dibeli semasa warehouse sale. Jadi, kesannya belum nampak lagi, kena tunggu lagi 2 minggu baru boleh bagi review okay?
L’Oreal RevitaLift Filler (HA) Revolumizing Cushion Cream (RM80.75)

Langkah 9: Moisturizer (siang) / Sleeping Pack (malam)
Manakala untuk pelembap siang, sekiranya anda mempunyai jenis kulit muka berminyak, seeloknya gunakan pelembap jenis gel berbanding krim. Saya pengguna setia pelembap Perfect Gel daripada Hada Labo kerana ianya ringan, mudah diserap kulit dan turut mengandungi HA yang baik untuk kelembapan kulit.
Hada Labo Perfect Gel (RM85)

Langkah 9: Moisturizer (siang) / Sleeping Pack (malam)
Pelembap siang juga, diselang seli penggunaannya dengan Perfect Gel Hada Labo. Yang ni lebih kepada jenis matte, sesuai kalau nak mekap.
L’Oreal RevitaLift Magic Blur (RM85)

Langkah 10: Sunscreen
Kesalahan besar bagi wanita ialah apabila tak pakai sunscreen bila keluar dari rumah. Walaupun hanya di pejabat tak berjemur pun, jangan skip ye adik2 kakak2. Saya sangat suka guna Aqua Rich Watery Essence Sunscreen daripada Biore ini sebab ianya memang ringan, tak berminyak dan cepat meresap ke kulit. Tambahan pula ada SPF 50 PA++++ (so far Biore ni yang paling banyak tanda + saya tengok hehe…). Tak hairan lah produk ni merupakan sunscreen yang paling laris di Jepun.
Biore UV Aqua Rich Watery Essence (RM32.36)

Extra Treatment:
Yang ni saya gunakan hanya apabila perlu (especially time of the month). Bagus untuk mengeringkan parut jerawat tapi kena konsisten pakai ye…
Hiruscar Gel (RM30)

Extra Treatment:
Spray muka yang berguna untuk mengekalkan kelembapan wajah, boleh digunakan sebelum dan selepas mekap juga. Kalau mengantuk semasa memandu, sembur sikit agar segar mata hehe… Lagi satu ingredient favourite saya yg ada dalam spray ni: hyaluronic acid! Ya betul
Watsons Water 360 Mineral Spring Hydrating Spray (RM15)

Artikel Berkaitan:
Jangan Sesekali Skip Cuci Muka Setiap Pagi, Cara Terbaik Cegah Jerawat Timbul Di Wajah
Pakar Pemakanan Kongsi 4 Mitos Soya Yang Ramai Keliru Khasiatnya Untuk Kesihatan
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan, Ini Panduan Pemakanan Sihat Disarankan

Puasa adalah bermakna kita perlu menahan diri dari makan dan minum sepanjang hari sehinggalah waktu berbuka.
Bagi memastikan kita kekal bertenaga kita digalakkan untuk bersahur dengan sesuatu yang mehyihatkan.
Memilih makanan yang sesuai pada bulan Ramadan adalah penting. Ini bagi membolehkan kita menikmati makanan yang sedap dan berkhasiat, di samping memperoleh semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga membantu mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.
Antara amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa bulan puasa adalah :
1. Amalan Sewaktu Bersahur
Amalan bersahur amat penting untuk membantu menambahkan tenaga ketika seharian berpuasa. Waktu bersahur yang digalakkan adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak.
Semasa bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut mil penuh dan oat.
Makanan jenis ini memerlukan masa yang lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar. Karbohidrat kompleks mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya.
Di samping itu, sertakan juga makanan daripada protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan.
Pilihlah protein yang rendah Biological Value (BV) kerana semakin rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antara yang disyorkan adalah :
– Kekacang (49)
– Soya (74)
– Ayam (79)
– Kasein/ Protein susu (80)
– Daging (80)
– Ikan (83)
Pengambilan buah-buahan dan air juga perlu mencukupi sewaktu sahur. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi yang boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.

2. Amalan Sewaktu Berbuka Puasa
Semasa berbuka puasa, adalah digalakkan kita mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.
Mulakan dahulu dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga segera. Selain itu, buah kurma juga mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya.
Pelbagaikan pengambilan jenis makanan seperti bihun sup, sepinggan mi, atau nasi bersama ikan/ayam dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang diambil berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
Selain itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup untuk mengelakkan dehidrasi. Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan semasa berbuka kerana dikhuatiri akan menimbulkan ketidakselesaan kepada perut kita pada siang hari.

3. Amalan Sewaktu Moreh (Makan Lewat Malam)
Mengambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich atau kuih-muih juga dibenarkan selepas bersembahyang tarawih tetapi jangan keterlaluan. Elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi/mi goreng kerana pada waktu malam kita tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Di samping kuantiti, kualiti makanan juga perlu dititik beratkan. Ini bagi memastikan tubuh kita menerima kembali tenaga yang telah digunakan sepanjang hari dan semua vitamin serta mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Pemilihan makanan daripada produk-produk tempatan sebenarnya mempunyai nilai pemakanan yang baik asalkan cara kita menyediakannya adalah mengikut resepi atau panduan makanan sihat. Sekarang inilah masanya kita cuba mengubahsuai diet kita supaya kita dapat makanan yang berkhasiat, murah dan dapat mengurangkan belanja.

Panduan pemilihan makanan untuk menjamin kita agar kekal sihat dan cergas.
1. Kurangkan penggunaan lemak
Terutama lemak tepu seperti minyak sapi, mentega dan keju. Semasa menggoreng dan menumis, minimumkan penggunaan minyak supaya makanan lebih sihat di samping kita dapat berjimat-cermat.
2. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan vitamin, mineral dan serat.
Bagi menjimatkan perbelanjaan, pilihlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang mampu dibeli, sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran diimport atau keluaran tempatan.
Kebanyakan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku dan pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai.
Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin.

3. Lebihkan pengambilan air
Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkan daripada meminum minuman bergula seperti minuman kordial.
Minuman yang berkafein seperti kopi dan teh juga tidak digalakkan. Tingkatkan pengambilan air melalui makanan seperti sup, bubur dan puding.
4. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam (masin) terutamanya ketika bersahur.
Pengambilan makanan yang masin boleh meningkatkan rasa dahaga semasa berpuasa. Oleh itu, kurangkan makanan masin seperti ikan masin, jeruk, belacan dan kicap.
Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam juga boleh meningkatkan risiko kita untuk mendapat penyakit kronik seperti hipertensi.
5. Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang tinggi kandungan gula (manis)
Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kegemukan yang merupakan faktor risiko kepada penyakit-penyakit kronik seperti diabetes dan hipertensi.
Bulan Ramadan juga memberikan kita peluang untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta mengurangkan makanan yang tinggi lemak dan gula.
Perlu diberikan perhatian kepada saiz hidangan kerana kecenderungan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak juga akan terjadi apabila kelaparan.
Aktiviti fizikal tetap boleh dijalankan secara sederhana pada bulan Ramadan dan tiada alasan untuk tidak kekal aktif walaupun kita berpuasa.
Walau bagaimanapun, elakkan aktiviti berat atau melakukan aktiviti di bawah panas terik yang boleh mengakibatkan dehidrasi.

SUMBER: MYHEALTH.GOV.MY
Artikel Berkaitan:
Jangan Minum Kopi Elak Rasa Dahaga Melampau, Semak 3 Lagi Tip Kekal Cergas Sepanjang Berpuasa
Berjaya Hilang 10KG, Gadis Ini Kongsi Tip Diet Cara Sihat Sepanjang Ramadan
Makan Sebiji Pun Dah Memadai. Ini Antara 8 Khasiat Kurma Ramai Tak Tahu!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!


