Jom Deko Langsir Kabinet Dapur, Guna 3 Bahan Saja

Share

Mood raya masih ‘on’, jadi jom sambung deko langsir kabinet dapur rumah dengan menggunakan tiga bahan ini.

Sesuai untuk anda yang nak jimat tetapi nak rumah cantik, boleh cedok idea yang dikongsikan daripada Puan Ayza Nur yang telah ‘dipanjangkan’ oleh Puan Suzana Asmazul. 

Deko Langsir Kabinet Dapur, Guna 3 Bahan Saja

Kabinet dapur bawah sinki nampak kurang kemas kalau dibiar terbuka tanpa langsir, malah semua barang yang tersimpan dibahagian ini akan terdedah dengan habuk dan binatang juga boleh masuk.

Akan kelihatan buruk juga bila tidak disusun dengan elok, jadi lebih cantik jika anda cuba buat tirai.

Mak-mak yang ada anak kecil pun boleh buat ni, sesambil main dengan anak. Hasilnya barang-barang di ruang ini terlindung dan dapur nampak teratur dan bersih. Selain itu langsir table top ini juga menceriakan suasana dapur.

Paling best modalnya jimat poket,

tak sampai RM20 dan semua barang-barang ini boleh di dapati di kedai Mr DIY.

Caranya ikut langkah di bawah.

DIY LANGSIR TUTUP RUANG BAWAH SINKI (TABLE TOP)

BARANG-BARANG DIPERLUKAN:

  • 2 keping shower curtain sekali dengan ring (2 keping x RM 14. 90)
  • 4 batang curtain bar (4 batang × RM 3. 30)
  • Penyangkut jenis sticker (2 paket × RM 1. 30)

CARA MEMBUATNYA:

  1. Potong shower curtain ikut ketinggian table top.
  2. Lekatkan penyangkut jenis sticker. Gamkan jika rasa tidak kukuh.
  3. Selaraskan panjang curtain bar.
  4. Masukkan curtain bar/rod tadi ke dalam curtain ring.
  5. kemudian sangkut langsir siap dipasang pada rod tadi pada penyangkut.
  6. Kemaskan dan siap!

Selamat mencuba! Kongsikan andai bermanfaat untuk korang.

Sumber: Ayza Nur

 

IKLAN