Pantai Hospital Klang lancar makmal kateterisasi terbaru dengan sistem pengimejan jantung terkini untuk penjagaan jantung yang lebih baik. (Memajukan Kesihatan Jantung dengan Teknologi Pengimejan Terkini untuk Diagnosis dan Rawatan yang Tepat)
Kesejahteraan jantung bukan main-main, terutamanya untuk wanita. Memahami simptom yang sering diabaikan adalah kunci untuk menjaga kesihatan diri dengan baik.
Jantung Wanita Ada Ciri Unik
Jangan biarkan jantungmu jadi “kekasih tak setia” yang dipinggirkan. Berilah perhatian pada simptom yang diberi. Kenali tubuhmu dengan baik dan terima tanda-tandanya dengan bijak.
Jantung wanita punya ciri-ciri unik yang perlu diperhatikan. Jadi, jangan sampai simptom-simptom ini diabaikan!
Sakit atau Tekanan di Dada: Wanita mungkin mengalami rasa tekanan, sakit atau ketidakselesaan di dada, yang boleh dirasakan seperti tekanan atau sesak.
Ads
Nyeri Lengan, Leher, atau Punggung: Simptom ini boleh berlaku di mana-mana bahagian atas badan, tidak hanya di dada. Wanita mungkin mengalami rasa sakit yang menjalar ke lengan kiri, leher, rahang atau punggung.
Kesukaran Bernafas: Wanita mungkin merasa sesak atau sukar bernafas, walaupun tanpa melakukan aktiviti fizikal yang berat.
Keletihan yang Tidak Lazim: Wanita mungkin merasa keletihan yang tidak dapat dijelaskan atau berlebihan, walaupun selepas rehat yang mencukupi.
Mual atau Muntah: Simptom ini sering kali diabaikan atau dianggap sebagai masalah pencernaan, tetapi boleh menjadi tanda serangan jantung pada wanita.
Ads
Adalah penting untuk mengambil berat terhadap simptom-simptom ini, terutama jika wanita mempunyai faktor risiko seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, atau salah silah keluarga dengan masalah jantung.
Pantai Hospital Klang
Pantai Hospital Klang, penyedia penjagaan kesihatan yang dipercayai di Klang selama lebih 43 tahun, dengan bangganya mengumumkan pembukaan Makmal Kateterisasi (Cath Lab) baru.
Fasiliti ini dilengkapi dengan sistem pengimejan jantung canggih dengan detektor 20 inci yang moden. Detektor 20 inci ini adalah penambahan yang inovatif kepada Cath Lab hospital, menjadikan Pantai Hospital Klang yang pertama di Daerah Klang menawarkan teknologi maju ini.
Ads
Sistem pengimejan jantung canggih di Cath Lab baru Pantai Hospital Klang menangani isu kritikal penyakit jantung dengan memberikan kualiti pengimejan yang luar biasa. Ini penting untuk diagnosis yang tepat dan rawatan yang berkesan terhadap penyakit kardiovaskular.
Teknologi ini memudahkan prosedur invasif minima seperti angioplasti dan pemasangan stent, yang penting untuk merawat serangan jantung dan arteri tersumbat. Akibatnya, ini menawarkan hasil yang menyelamatkan nyawa dengan masa pemulihan yang lebih pendek.
Cath Lab beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, dan disokong oleh pasukan profesional berdedikasi yang diketuai oleh Dr. Suhaimi B. Osman, seorang pakar kardiologi yang sangat berpengalaman. Ketersediaan ini memastikan bahawa pesakit dengan penyakit jantung koronari menerima penjagaan yang tepat pada masanya dan berkesan setiap kali diperlukan.
Jadi, jangan pernah remehkan apa yang jantung kita cuba sampaikan. Kesihatan jantung wanita memang perlu diberi perhatian khusus. Jaga jantungmu hari ini untuk hari esok yang lebih bertenaga dan bahagia. Dengan kesedaran dan tindakan yang tepat, kita boleh menjaga kesihatan jantung kita dengan lebih baik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini kita baru saja meraikan sambutan Tahun Baru Cina dan pastinya buah limau jadi kemestian dihidangkan buat tetamu bagi memeriahkan perayaan ini.
Namun ada yang memberitahu jika makan terlalu banyak iimau mandarin akan menyebabkan seseorang itu batuk. Benarkah perkara ini dan apa penyebab sebenar seseorang boleh mengalami batuk.
Perkongsian Dr Fatimah Salim di Grup Makmal Makanan (MaMa) memberitahu secara terperinci mengenai perkara ini. Menurutnya benar makan limau mandarin boleh menyebabkan batuk kerana kandungan bahan kimia SO2 yang digunakan sebagai pengawet.
Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa mengenai benarkah memakan limau Mandarin boleh menyebabkan batuk dan apakah puncanya?
Jawapannya adalah YA, boleh.
Saya sudah pernah kongsikan dulu, namun tidak salah dikongsikan semula. Jom baca
Kulit limau Mandarin (juga sesetengah buah segar lain juga) mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan menghalang pertumbuhan kulat pada buah.
Sebenarnya dalam kuantiti yang sedikit, ianya tidak mendatangkan bahaya kerana badan kita boleh bertoleransi dan mampu untuk detox secara semulajadi. Sebab itu FDA membenarkan ianya sebagai pengawet pada makanan. Untuk sistem badan normal, ianya tidak akan terkumpul dalam badan ya. Tiada istilah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam makanan (contoh buah kering seperti kismis, prune…) dan minuman (minuman berkarbonat dan beralkohol). Jika tidak, mudah saja buah kering ini ditumbuhi kulat dan tidak tahan lama.
Jika mahu membuang bahan pengawat ini, eloklah direndam seketika dan dibasuh beberapa kali dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan. Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air membentuk bahan kimia asid sulfurik (yang cair).
Merendam seketika dengan air garam/ baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.
Adakah semua individu akan terkesan dengan SO2 sebagai pengawet ini?
Tidak. Hanya sesetengah individu sensitif kepada bahan kimia ini yang mana boleh menyebabkan gejala seperti sakit tekak dan batuk. Dan bagi mereka yang mempunyai penyakit asthma pula berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.
Untuk saya dan anak-anak, yang tidak mempunyai masalah kesihatan, kami kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Tidak semestinya jika kita terkesan, orang lain terkesan sama. Maka, seperti yang saya selalu pesan, ambil tahu tahap kesihatan dan fahami badan sendiri.
Beringatlah…, jika badan sudah mula menunjukkan tindakbalas (gejala), maka sedarlah dan berhentilah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Nota: Tahap toleransi ini boleh berubah dengan peningkatan usia. Maka tidak hairanlah jika dulu kita tiada masalah dengan pengawet SO2, kini boleh terkesan pula.
Masih ramai yang memandang remeh tentang sakit belakang, anggap cuma perlukan rehat namun sebenarnya ini berkait rapat dengan slipped disc.
Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Bagi yang tertanya-tanya tentang punca dan cara rawatannya, anda boleh mengetahui lebih jelas menerusi perkongsian ilmu daripada Dr Syid ini.
Aduh sakitnya belakang! Terus ada yang jadi doktor segera kata ‘ha itu mesti masalah slipped disc’. Sebenarnya banyak punca sakit belakang yang sebenarnya bukan berpunca daripada slipped disc.
Jadi untuk ketahui adakah benar itu slipped disc ataupun tidak perlu dapatkan nasihat doktor yang bertauliah. Bukannya doktor segera kedai kopi.
70% daripada kita semua pernah sakit belakang. 50% pernah sakit sedikit sahaja mungkin disebabkan oleh salah duduk dan boleh sembuh dalam masa seminggu. Manakala 90% sakit belakang mengambil masa untuk sembuh sekitar 1-3 bulan manakala 10% perlukan rawatan invasif iaitu pembedahan (ini kategori serius).
Apa itu disc?
Secara generalnya tulang belakang setiap manusia itu mempunyai 33 vertebra (tulang).
Di antara tulang itu pula mesti ada satu benda yang memainkan peranan seperti kusyen yang akan menyerap setiap hentakan pada tulang supaya setiap tulang itu tidak bertemu apabila berlaku hentakan.
Rupa bentuknya adalah bulat dan mempunyai dua bahagian utama iaitu bahagian “inti” yang dinamakan sebagai Nucleus Pulposus manakala bahagian luarnya adalah gentian-gentian elastik yang terdiri daripada kolagen yang dinamakan sebagai Annulus Fibrosus.
Apa yang berlaku hingga menyebabkan terjadinya masalah Slipped Disc?
Tulang belakang fungsinya untuk menstabilkan tubuh kita. Peranannya juga adalah untuk memegang unsur utama iaitu saraf tunjang.
Apa yang berlaku membawa kepada slipped disc yang mana disebabkan oleh hentakan ataupun salah pergerakan adalah keran disc berbentuk bulat. Apabila terkena hentakan, ia akan menyebabkan terhasilnya benjolan yang akan menghimpit saraf akar yang letaknya berhampiran saraf tunjang.
Apabila saraf akar tertekan akan menyebabkan terjadinya lenguh-lenguh, tak selesa dan sakitnya akan menjalar hingga ke kaki. Simptom lain yang sering terjadi ialah terasa seperti adanya letrik, panas dan kebas.
Slipped disc ini mempunyai banyak peringkat dan kesakitannya bergantung kepada tahap seriusnya benjolan yang menghimpit saraf akar tadi.
Peringkat Slip Disc
Peringkat pertama – Hanya terdapat benjolan tetapi fiber atau Annulus Fibrosus masih tidak pecah. Pada tahap ini ia masih boleh cepat sembuh dan tiada masalah. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Protrusion.
Peringkat kedua – Apabila disc sudah mengalami luka ataupun ianya sudah pecah akibat benjolan dari Nucleus Pulposus. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Extrusion.
Peringkat ketiga – Sudah pecah dan bahagian “inti” atau Nucleus Pulposus tadi sudah keluar dan masuk ke dalam rongga lain. Ia merupakan peringkat slipped disc yang serius dan saraf terhimpit dengan teruk. Kebiasaannya pada tahap ini, individu akan memerlukan pembedahan. Keadaan ini dipanggil Disc Sequestration.
Punca membawa kepada Slipped Disc
1) Angkat barang berat
– Angkat berat mesti dengan postur yang betul. Iaitu duduk, peluk, berdiri dan baru pusingkan badan.
– Slipped Disc mudah berlaku kepada lelaki yang berusia 35-50 tahun. Apabila usia melebihi 50 tahun, slipped disc jarang berlaku tetapi masalah spinal stenosis pula yang menyerang.
2) Obes
– Individu obes mudah mengalami masalah slipped disc. Ini kerana, berat badan berlebihan akan memberi beban yang tidak sepatutnya.
– Walaupun slipped disc dirawat, individu ini juga berisiko 12 kali ganda untuk mendapat slipped disc ini semula. Jadi, penting untuk turunkan berat badan.
3) Pekerjaan
– Kerja-kerja berat seperti buruh kasar atau pekerjaan yang sentiasa mengangkat benda berat boleh menjadi punca kepada masalah slipped disc.
– Pekerjaan yang terlalu duduk lama seperti driver juga mudah terkena slipped disc. Individu ini memerlukan lumbar support. Bila duduk lama tulang akan terbeban.
4) Sejarah keluarga
– Jika dalam keluarga mempunyai sejarah slip disc, ahli keluarga lain juga berisiko mengalami slipped disc.
5) Tumit tinggi
– Wanita harus berhati-hati. Pada bahagian kaki mempunyai 28 tulang dan 44 sendi.
– Pemakaian kasut tumit tinggi yang lama akan menganggu paksi tulang menyebabkan tulang melengkung. Malah, ia meningkatkan risiko sakit belakang.
– Penggunaan kasut tumit tinggi seperti stiletto adalah tidak digalakkan. Jika ingin memakai kasut tumit tinggi, haruslah memilih kasut yang mempunyai tapak belakang yang lebih besar agar dapat mengimbangi berat badan seseorang.
Bagaimana untuk mengenal pasti adakah anda mempunyai masalah slipped disc?
1. Satu ujian mudah boleh dilakukan, iaitu dengan luruskan kaki dan angkat kaki anda hingga 90 darjah.
2. Jika anda tidak mempunyai sebarang kesakitan, anda bebas slipped disc.
3. Jika angkat kaki dan terasa sakit pada bahagian belakang, anda perlu ke klinik dan membuat pemeriksaan lanjut.
4. Sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain, contohnya seperti jangkitan kuman yang membawa kepada penyakit tuberculosis (TB), kanser, osteoporosis atau faktor penuaan. Sakit belakang juga boleh disebabkan oleh penyakit batu karang.
5. Oleh itu, pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital perlu dilakukan. Jika benar ia adalah disebabkan oleh slipped disc, rawatan susulan seperti X-ray dan MRI akan dilakukan.
Rawatan Slipped Disc
1) Gaya Hidup
– Individu yang mempunyai slipped disc perlu tahu bagaimana cara terbaik untuk baring, duduk atau berdiri dengan betul. Jika perlu berdiri lama, elakkan lenguh dengan mengangkat sebelah kaki dan gilir-gilirkan di antara kanan dan kiri.
– Cara duduk – Elakkan duduk di atas sofa secara sembarangan. Sofa atau kerusi hendaklah mempunyai lumbar support.
– Cara tidur – Perlu teliti pada pemilihan tilam yang betul. Tilam tidak boleh terlalu lembut (spring) dan tidak boleh terlalu keras. Sebaiknya perlu ada lumbar support.
– Berjalan kaki – Elakkan jalan secara mendaki. Jika banyak berjalan dan terasa sakit pada bahagian belakang, perlu berhenti dan berehat seketika. Ia bertujuan untuk merehatkan otot.
– Elakkan letak dompet pada bahagian belakang seluar. – Elakkan kasut tumit tinggi. – Angkat benda berat dengan cara yang betul.
2) Senaman
– Senaman paling disyorkan untuk individu yang ada masalah slipped disc adalah berenang iaitu ‘frog style’. Ini adalah sangat bagus untuk menguatkan tulang belakang. Yoga juga sesuai untuk slipped disc.
– Selebihnya, dinasihatkan untuk berjumpa pakar fisioterapi bertauliah untuk dapatkan nasihat mengenai senaman yang sesuai.
3) Ubat
– Jika terasa sakit jangan sekali-kali untuk tunjuk hero/kuat. Segera dapatkan rawatan dan ubat.
– Ubat yang biasa diberi adalah seperti NSAID iaitu sejenis ubat tahan sakit. Namun, pengambilan ubat tahan sakit tidak boleh diambil secara berterusan selama 6 bulan kerana ia boleh memberi kesan sampingan seperti ulser perut, gastrik dan masalah buah pinggang.
– Selain itu, koyok juga boleh digunakan bertujuan untuk dapatkan muscle relaxion.
4) Kuruskan badan
– Obesiti menyebabkan bebanan berlebihan pada tulang belakang. Oleh itu, individu ini dinasihatkan untuk menurunkan berat badan.
5) Urut
– Kiropraktik boleh dilakukan.
– Selain itu, acupuncture juga disyorkan untuk mengatasi masalah slipped disc.
6) Pembedahan
– Microdiscetomy – Kaedah dimana doktor hanya akan membedah keluar bahagian disc yang terkeluar dari tempat asalnya dan bukan keseluruhan disc tersebut.
– Laminectomy – Potongan bahagian tulang belakang untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf atau memberi ruang kepada saraf tunjang.
– Foraminotomy – Pembedahan untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf yang ditekan oleh intervertebral foramina.
– Spinal fusion- Pembedahan yang dilakukan untuk menghubungkan satu atau lebih vertebra di bahagian tulang belakang.
– Pembedahan biasanya disarankan bagi individu yang mula mengalami kesan neurologi yang serius (Neurological Deficit). Sebagai contoh, seperti kesan sakit yang amat sangat hingga menyebabkan kaki mula lumpuh atau kebas yang serius. Juga pada situasi apabila buang air kecil dan air besar sudah tidak terasa. Pada tahap ini, pembedahan amatlah diperlukan. Perlu rujuk pakar ortopedik.
7) Nutrisi
– Bahan yang memegang atau menguatkan disc itu sebenarnya adalah kolagen. Dan kolagen ini pula akan menurun sebanyak 1.5 peratus setahun bermula usia individu itu mencecah 25 tahun. Pengambilan kolagen adalah digalakkan untuk menampung dan mengelakkan kemerosotan disc.
– Selain itu, pengambilan nutrisi anti-oksidan semulajadi seperti AstaREAL adalah disyorkan. Ini kerana ia mempunyai unsur yang hebat untuk melindungi disc daripada radikal bebas yang meyebabkan kepada kemerosotan diri.
– Ini boleh diambil sebagai suplemen untuk mencegah dan merawat masalah slipped disc pada tahap awal untuk sembuh.
BONUS untuk anda. KOMPLIKASI PEMBEDAHAN.
– Setiap pembedahan yang dilakukan sememangnya mempunyai risiko dan komplikasi.
– Journal yang membuat meta-analysis menyatakan antara komplikasi pembedahan slipped disc adalah:
a) 1-2 peratus pembedahan mempunyai risiko pendarahan dan menyebabkan jangkitan kuman.
b) 1-3 peratus mungkin boleh menyebabkan saraf calar, rosak atau terpotong.
c) 4-10 peratus yang telah dibedah juga mempunyai risiko untuk tak pulih sepenuhnya.
d) Namun kadar berjaya dalam pembedahan adalah tinggi.
Jadi, ambil langkah pencegahan awal sebelum ianya parah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kerap bersin petanda resdung. Tak payah risau, nak cepat sembuh rawat guna petua tradisional Cina. Salah satu tanda mengalami resdung adalah apabila seseorang kerap bersin terutama waktu pagi.
Jika situasi ini berlaku, hidung akan jadi merah, berair dan ada kalanya sampai mengeluarkan air mata.