Jangan suka-suka letak kaki pada ‘Dashboard’, jika kemalangan boleh cacat seumur hidup. Ada macam-macam cara untuk hilangkan rasa bosan sepanjang perjalanan dalam kereta. Lagi-lagi jika memakan masa berjam-jam lamanya.
Salah satunya adalah tabiat dengan meletakkan kaki depan dashboad. Walaupun nampak santai tetapi rupanya ada bahaya menanti jika anda gemar bersikap begini.
Ini kerana sikap begini boleh mendatangkan kecacatan seumur hidup jika berlaku kemalangan.
Seperti perkongsian Public Health Malaysia yang turut memberi ingatan untuk menghentikan tabiat meletakkan kaki di dashboard.
Ads
Bahaya Letak Kaki Pada Dashoard
Allahu.. bahayanya.
Perempuan-perempuan atau segelintir lelaki yang suka letak kaki di dashboard sudah boleh hentikan tabiat meletakkan kaki di dashboard.
Ini kerana perbuatan ini merbahaya dan anda mungkin cacat seumur hidup.
Ads
Air bag merupakan komponen keselamatan yang boleh menyelamatkan nyawa anda ketika kemalangan. Kereta-kereta moden biasanya mempunyai airbag. Jika kemalangan impak dari depan, airbag dashboard akan terbuka.
Seorang ibu anak tiga meletakkan kakinya di atas dashboard semasa dalam perjalanan. Apabila kemalangan dari arah hadapan berlaku, Airbag mengembang dan terus menolak kaki mangsa ke atas dan mengepit ke muka.
Ads
Mangsa lumpuh selepas tulang pinggulnya patah dan terkeluar dari soket. Hidungnya patah disebabkan kepala lutut kakinya menyentuh hidung.
Agensi keselamatan menyarankan agar tidak meletakkan kaki di atas dashboard. Kerana anda mungkin mengalami perkara sama atau kepala lutut tersebut tembus ke lubang mata.
Kebiasannya kita melihat kaum lelaki yang memiliki bulu berlebihan atau lebat di bahagian tertentu seperti dada, bulu misai serta anggota badan lain.
Namun agak janggal jika melihat wanita yang mempunyai masalah bulu berlebihan ini terutamanya di bahagian muka, dada dan belakang badan.
Masalah ini dinamakan sebagai hirsutisme. Jika anda mengalami ini, adakah ia normal dan bagaimana daya konfiden seseorang itu untuk bersosial.
Perkongsian Dr. Iskandar Mirza di laman sosial twitter memberitahu secara terperinci mengenai masalah ini termasuk punca, kesan dan rawatan terbaik mengatasinya.
Pertumbuhan bulu berlebihan ini disebabkan oleh penghasilan hormone lelaki (androgens) terutamanya testosterone pada wanita.
Bulu biasanya bewarna hitam dan berlak di mana perempuan kebiasannya tiada seperti di muka, dada, bahagian perut, celah kangkang dan belakang badan
Simptoms Lain Hirsutism
– Suara garau – Botak kepala – Berjerawat – Payudara mengecil – Otot semakin membesar – Pembesaran clitoris
Bila Untuk Berjumpa Doktor?
Jika terlalu banyak bulu di badan, berjumpalah dengan doktor dan berbincang mengenai cara mencegah dan rawatan terbaik.
Ada masa anda akan di rujuk kepada pakar endocrine untuk rawatan susulan
– Masalah emosi – Masalah depressi – Period yang tidak sekata
Cara Mencegah Hirsutism
Jika anda mempunyai polycystic ovarian syndrome, pengurangan berat dapat mengurangkan masalah hirsutism.
Cara Rawatan
– Jika bukan disebabkan oleh masalah endocrine, tiada rawatan perlu diberikan. Penjagaan sendiri sudah memadai (pembuangan bulu sendiri) – Jika ada masalah endocrine, Doktor akan memberi pilihan rawatan terbaik kepada anda.
Prosedur Membuang Bulu Berlebihan
Laser therapy -> merosakkan follicle rambut Electrolysis -> elektrod dicucuk di bahagian follicle rambut dan renjatan electric minimal diberi untuk merosakkan follicle rambut.
Kena Lebih Peka, Kaum Wanita Rupanya Lebih Mudah Diserang Penyakit Autoimun Seperti SLE. Ramai tidak tahu sebenarnya kaum wanita adalah golongan yang sangat mudah mendapat penyakit autoimun berbanding lelaki.
Namun begitu, ramai yang tidak begitu arif dan faham apa sebenarnya penyakit ini yang biasanya menyerang kaum wanita sahaja.
Pakar Perundingan Perubatan Hospital Columbia Asia Puchong, Dr. Muhammad Bin Shahruddin berkata secara umumnya penyakit autoimun ini adalah di mana badan manusia itu menghasilkan antibodi sendiri yang menyerang sel-sel badan atau organ manusia itu sendiri.
Sepatutnya sistem keimunan dan antibodi kita ini adalah untuk menyerang penyakit seperti contohnya bakteria, fungus dan virus dari luar.
Tetapi dalam kes penyakit autoimun ini, badan kita menghasilkan antibodi yang sama dan menyerang organ dalam diri sendiri.
Kena Lebih Peka, Kaum Wanita Rupanya
Ini kerana sistem imun badan tidak dapat membezakan sel atau tisu badan sendiri dan menganggapnya sebagai sel atau tisu asing.
Ada banyak jenis penyakit autoimun yang dikenalpasti setakat ini. Jumlah penyakit adalah lebih 80 jenis di dalam spektrum penyakit autoimun ini. Biasanya dalam sesuatu penyakit autoimun itu dari segi insidennya 80 hingga 90 peratus dihidapi oleh wanita.
Kenapa Menyerang Wanita
Kebiasaanya penyakit autoimun ini akan menyerang umur wanita yang sedang dalam jangka waktu subur.
Contohnya di antara usia 15 hingga 45 tahun. Namun, ada juga kes yang melibatkan wanita berusia 45 tahun dan ke atas, tetapi ia jarang berlaku.
Ia masih dalam kajian yang dilakukan oleh para saintis. Salah satu teori yang saintis terangkan adalah wanita ini sistem keimunannya lebih kuat sedikit daripada lelaki.
Oleh itu dari segi jangkitan penyakit berjangkit, lelaki lebih senang mendapat kuman berbanding wanita.
Mungkin juga disebabkan keimunan wanita itu lebih kuat daripada lelaki itu telah menyebabkan risiko mendapat penyakit autoimun lebih tinggi.
Tetapi kebanyakan saintis mengatakan bahawa penyebab autoimun ini adalah kombinasi dari faktor genetik dan persekitaran.
Selain daripada itu, penyakit autoimun itu juga berkait rapat dengan genetik.
Sebagai contohnya jika ada ahli keluarga seperti ibu dan nenek menghidap penyakit autoimun, seorang wanita itu boleh mendapat penyakit yang sama.
Bagi mengesan secara genetik, tidak ada ujian khusus yang boleh dilakukan. Secara asanya, bila doktor bertemu pesakit, dia akan bertanya sejarah penyakit yang menyerang keluarganya.
Genetik itu bukannya semestinya mendapat penyakit yang sama. Ia boleh menghidap penyakit dalam spektrum penyakit autoimun itu.
Dalam penyakit autoimun ini, contohnya jika ibu menghidap penyakit tiroid, tidak bermakna anaknya akan mendapat penyakit tiroid.
Ada kemungkinan jika ibu mendapat penyakit SLE, anaknya mungkin akan mendapat penyakit yang lain berkaitan dengan autoimun contohnya penyakit tiroid, psoriasis atau rheumatoid arthritis.
Jenis-Jenis Penyakit Autoimun Yang Menyerang Wanita
Apabila penyakit autoimun berlaku, antibodi ini akan menyerang organ tubuh badan yang tertentu.. Contoh-contoh adalah seperti berikut;
1. Sendi-Sendi
Sendi-sendi akan sakit dan membengkak. Contoh penyakit sendi ini adalah rheumatoid arthritis.
2. Systemic Lupus Erythematosus atau SLE
SLE ia boleh memberi kesan pada lebih dari satu organ dalam seluruh badan dan di antara jenis yang paling kerap di diagnosa.
Ia akan menyerang sendi tetapi tidak seteruk rheumatoid arthritis. Ia juga boleh menyerang kulit sehinggakan kulit naik ruam-ruam, ruam-ruam pada muka, rambut gugur.
Paling teruk apabila SLE ini menyerang buah pinggang. Apabila buah pinggang telah diserang dan kita tidak dapat mengesannya terlebih awal, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang jika tidak dirawat.
SLE juga boleh menyebabkan serangan antibodi ke bahagian otak sekaligus menyebabkan radang otak.
3. Penyakit tiroid
Penyakit tiroid lebih banyak menyerang wanita. Puncanya adalah antibodi menyerang organ tiroid. Dua jenis penyakit tiroid ini adalah Graves disease dan Hashimoto disease.
Graves disease berlaku apabila hormon tiroid berlebihan manakala Hashimoto disease berlaku apabila hormon tiroid terlalu rendah. Punca-punca berlaku adalah sama tetapi rawatan yang akan dilakukan adalah berbeza.
4. Penyakit Psoriasis
Penyakit psoriasis juga adalah penyakit autoimun. Ini berlaku apabila antibodi badan menyerang kulit sehinggakan kulit menggelupas.
Cara untuk mengesahkan penyakit psoriasis ini adalah dengan mengambil sampel dan hantar ke makmal untuk diuji. Cara rawatan adalah untuk menurunkan sistem imum dengan rawatan tertentu oleh pakar kulit.
5. Immune thrombocytopenic purpura (ITP)
ITP ini adalah masalah darah. Apabla berlaku, antibodi menyerang platelet dan menyebabkan bacaan bilangan platelet menjadi rendah.
Ia membuatkan seseorangan itu mudah lebam. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan hidung dan pendarahan gusi.
Bahaya ITP ini pada ibu mengandung adalah jika bacaan platelet itu rendah, ia boleh menyebabkan pendarahan. Penyakit ITP ini biasanya dirawat oleh pakar hematologi (darah).
Lebih Mudah Diserang Penyakit Autoimun Seperti SLE
Selain dari penyakit yang disebut di atas, banyak lagi penyakit autoimun lain yang wujud. Contohnya Celiac disease, Addison’s disease, scleroderma, Myasthenia gravis dan Type 1 Diabetes mellitus.
Bagaimana Penyakit Autoimun Dikesan
Permulaanya, simptom-simptom tidak spesifik dan tidak jelas. Antaranya adalah seperti berikut;
1. Biasanya simptom-simpton itu akan bermula dengan rasa letih, lemah dan badan atau otot-otot rasa sakit.
2. Selepas itu kebiasaanya seseorang itu akan mula demam yang tidak tinggi (suhu badan 37.5 dan 37.8 Celsius). Tetapi demam ini agak lama dan berterusan lebih kurang seminggu hingga dua minggu.
3. Sendi-sendi juga akan rasa sakit dan bengkak. Sukar untuk bergerak sebaik bangun tidur pada waktu pagi.
4. Keguguran rambut yang berlebihan
Jadi Lakukan Segera Pemeriksaan
Mereka yang menghidap simptom-simptom ini agar tidak menganggap simpton-simpton ini normal. Segeralah bertemu doctor bagi memeriksa apa sebenarnya yang berlaku pada tubuh anda.
Sebaik bertemu doktor perubatan atau doktor pakar, pemeriksaan akan dilakukan. Antaranya;
1. Doktor akan melihat simptom-simptom yang pesakit alami
2. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal yang lengkap
3. Doktor membuat ujian darah yang asas
Jika kemungkinan pesakit menghidap penyakit autoimun, doktor perubatan akan merujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
Rawatan penyakit autoimun akan bergantung kepada gejala dan jenis penyakit tertentu.