Ada antara bahagian pada anggota badan kita yang perlukan penjagaan rapi agar tidak mendatangkan bauan tidak enak pada orang sekeliling.
Bahagian ini memang agak sensitif dan paling susah untuk dibersihkan jika tidak kena caranya.
Malah ada juga sebahagian dari kita mempunyai ketiak hitam, tetapi diingatkan jangan suka-suka mengejek kerana ia juga boleh disebablan penyakit berbahaya.
Perkongsian info @Farmacora di laman twitter memberitahu mengenai ketiak hitam ini.
Ketiak Hitam, Salah Satu Petanda Kanser
Biasanya, bahagian bawah lengan atau ketiak akan sama warna je dengan bahagian lain di badan.
Tapi, ada satu keadaan yang akan menyebabkannya berubah warna menjadi gelap dan keadaan itu dinamakan acanthosis nigricans.
Ini adalah keadaan kulit yang boleh menyebabkan perubahan pigmentasi dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
Acanthosis nigricans merupakan keadaan yang disebabkan oleh genetik.
Ads
Tapi, AN juga petanda awal jika seseorang mungkin penghidap penyakit berbahaya, iaitu:
1. Individu yang mempunyai obesiti selalunya turut menghidapi diabetes terutamanya diabetes type 2.
Sesiapa yang ada kedua-dua kondisi ini kena berhati-hati kerana boleh meningkatkan risiko acanthosis nigricans.
2. Ada beberapa kes yang membuktikan bahawa perubahan warna kulit pada ketiak merupakan petanda awal kanser.
Kalau ini berlaku, selalunya kanser tersebut akan menyerang perut, hati atau kolon.
Pertumbuhan tumor pada kawasan ini adalah punca pigmentasi kulit berubah warna.
Ads
3. Sesiapa yang berat badan berlebihan atau obesiti lebih mudah terdedah kepada kesan insulin.
Kandungan insulin yang tinggi dalam darah akan menyebabkan pertambahan dalam penghasilan sel pigmentasi kulit & boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap.
4. Terdapat beberapa keadaan yang boleh mengubah paras insulin & mengakibatkan acanthosis nigricans.
Kondisi tersebut termasuklah sindrom ovari polisistik, sindrom Cushing, sindrom Acromegaly, dan sindrom Hypothyroidsm.
Ads
5. Ketiak hitam juga mungkin kesan daripada pengambilan ubat-ubatan, seperti insulin, hormon pertumbuhan, pil perancang, corticosteroids seperti prednisone (Rayos) & Niacin (Niacor) yang berdos tinggi.
Jadi, apa yang perlu dibuat kalau ketiak hitam?
Boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan untuk mengetahui jika ada menghidapi penyakit-penyakit seperti yang dinyatakan.
Kalau tak dan ketiak jadi hitam disebabkan faktor kebersihan, pilih produk kesihatan yang sesuai dengan kulit.
Boleh juga jumpa pakar kulit untuk membantu mengatasi masalah ketiak hitam ini. Kita juga perlu menjalani gaya hidup yang sihat agar kesihatan, kebersihan dan kecantikan sentiasa pada tahap yang baik.
Boleh follow @Farmacora untuk info & tips kesihatan setiap hari.
Ini punca gemuk! Rupanya duduk di hadapan komputer atau memandu kenderaan dalam tempoh yang lama boleh membawa risiko kesihatan kepada badan anda.
Punca Gemuk, Duduk Lama Sangat
Selain mengalami sakit-sakit badan, anda juga berdepan banyak lagi komplikasi penyakit lain, antaranya:
1. Lemah otot
Posisi duduk yang terlalu lama boleh mengakibatkan otot badan terutama kaki dan bahagian punggung menjadi lemah.
Perkara ini disebabkan kedudukan duduk yang membuatkan otot fleksor pada bahagian pinggul menjadi lebih pendek dan tegang
Seterusnya, ini boleh menyumbang ke arah hilang keseimbangan badan.
Ini boleh mengakibatkan kita lebih mudah mengalami kecederaan akibat terjatuh terutama ketika melakukan aktiviti fizikal atau bersukan.
2. Obesiti
Lemak dan gula dalam badan boleh dicerna melalui aktiviti-aktiviti seperti joging, berbasikal atau berjalan.
Namun sekiranya kita menghabiskan masa dengan duduk dalam tempoh lama, secara tidak langsung ia menyumbang kepada masalah penghadaman yang tidak cekap.
Keadaan ini boleh menyebabkan lemak dan gula daripada makanan yang diambil mendap di dalam darah atau tidak digunakan oleh badan.
Jika dibiarkan, berisiko menyebabkan berat badan naik mendadak sehingga mengalami obesiti.
3. Masalah tulang belakang
Duduk terlalu lama juga menyebabkan sakit belakang kerana otot dan tulang menjadi kaku.
Ini boleh menjadi lebih rumit jika postur duduk tidak sesuai kerana ia memberi tekanan yang berlebihan pada tulang belakang.
4. Penyakit jantung
Kajian mendapati lazimnya individu yang duduk dan menonton televisyen lebih 23 jam seminggu mempunyai risiko 64 peratus lebih tinggi untuk mati akibat penyakit jantung.
Ini berbeza bagi mereka yang hanya melakukan tabiat ini selama 11 jam seminggu.
Sesetengah pakar turut mengatakan individu yang tidak aktif dan duduk dalam tempoh yang lama mempunyai risiko 147 peratus lebih tinggi untuk mendapat serangan jantung atau strok.
Cegah Rasa Sakit Dengan Jaga Postur Badan
Menurut portal Hello Doktor, anda disarankan untuk menjaga postur tubuh ketika duduk, tidak kira sama ada ketika bekerja di rumah, di tempat kerja ataupun semasa di dalam kereta.
Posisi duduk yang tidak selesa atau canggung boleh menjejaskan tisu lembut pada pinggul yang berfungsi menyokong tulang belakang dan sudah tentu keadaan tersebut akan meningkatkan rasa punca sakit pinggang atau belakang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berwajah cantik dan bertubuh kecil, Adelia Wilhelmina adalah isteri kesayangan Pasha yang juga merupakan vokalis kumpulan Ungu.
Anggun mengenakan hijab sejak tujuh tahun lalu, wanita itu juga memiliki kulit yang licin dan mulus seperti anak dara.
Ditambah pula dengan penampilan diri yang langsing, biarpun sudah bergelar ibu kepada empat cahaya mata.
Adelia Wilhelmina Buat Rawatan Kecantikan Di Rumah
Akui empunya diri, tiada sebarang rahsia kecantikan yang beliau praktikkan.
Sebaliknya, empunya diri yang mesra disapa Adel hanya melakukan rutin biasa di rumah.
“Saya hanya akan berkunjung ke pusat rawatan kecantikan jika ada masa. Selebihnya, saya hanya melakukan rawatan wajah di rumah sahaja menggunakan produk yang bersesuaian dengan kulit,” ujar beliau.
Berat Naik Jadi Punca Amalkan Diet Sihat
Akuinya, selepas kelahiran anak keempat, beliau mengalami masalah berat badan yang kurang memberangsangkan iaitu mencecah 63 kilogram (kg).
Atas saranan doktor, beliau mengamalkan dua rejim diet sihat bagi mengembalikan berat badan ideal.
Hasilnya, tuan punya badan berjaya menurunkan 10kg dalam tempoh tiga bulan.
“Dari segi pemakanan, saya tidak memilih. Cuma apabila rasa berat badan semakin bertambah, saya akan praktikkan ‘clean eat’ dengan amalkan pengambilan makanan kurang berminyak dan karbohidrat.
“Apabila berat sudah turun, saya makan seperti biasa. Nama pun manusia, kan, pasti ada keinginan untuk mencuba makanan yang enak.
“Selain menjaga pemakanan, saya juga melakukan senaman ringan seperti menaiki threadmill, berjalan-jalan di sekitar rumah selama 45 minit hingga 60 minit,” ujar pengedar rasmi jenama Sebawang di Indonesia itu.
Berhenti Kerja Demi Anak-anak
Biarpun sebelum ini beliau bergelar pramugari Lion Airlines, namun demi memberi tumpuan kepada keluarga terutama membesarkan anak-anaknya, personaliti terkenal tersebut sanggup berhenti kerja.
Untuk rekod, Pasha dan Adel mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Kayla Mutiara Pasha.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain mudah ditanam, aloe vera atau dipanggil lidah buaya juga antara tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat.
Rupa bentuk aloe vera yang mana bahagian luar daun agak keras dan tebal berfungsi memerangkap dan menyimpan air.
Antara komponen yang terkandung dalam tumbuhan tersebut ialah air, pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12.
Aloe vera juga mengandungi mineral iaitu kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.
Khasiat aloe vera ini diketahui sama ada untuk disapu secara luaran ataupun dibuat minuman.
Antara perkongsian dari pengguna Nurshuhada Samsuddin yang memberitahu resipi aloe vera jelly untuk dibuat minuman jus.
Cara Mudah Buat Jus Aloe Vera
Sesiapa yang ada tanam aloe vera tu boleh la cuba menu simple ni. Rasa sedap & sangat refreshing
Resepi Aloe Vera Jelly :
Bahan-bahan:
Aloe vera
Gula
Daun pandan
Air
Cara-caranya : 1. Bersihkan aloe vera yang dituai dipokok. 2. Buang duri kiri & kanan serta kulit hijaunya.
3. Potong dadu @ mengikut sukaan anda. 4. Letakkan Aloe vera yang siap dipotong ke dalam penapis & lalukan air sehingga lendirnya hilang. 5. Cuci bersih.
6. Masukkan kedalam periuk + air secukupnya + gula + daun pandan. 7. Masak sehingga gula larut. 8. Matikan api. Setelah sejuk boleh disimpan kedalam bekas & simpan ke dalam peti ais.9. Boleh dinikmati bersama air kegemaran anda.