Namun sebenarnya kita sebagai pengguna perlu berhati-hati menggunakan bekas makanan jenis ini kerama boleh mengundang bahaya.
Ikuti kupasan lanjut Dr Mazliana Mazlan berkenaan penggunaan bekas jenis styrofoam ini.
Ads
Bekas makanan styrofoam macam ni, tak boleh ada kat rumah kita.
Kadang ada jamuan harijadi anak, kita guna.
Kadang buat kenduri, kita beli untuk tetamu guna.
Karang pergi berkelah, kita guna makan tepi pantai.
Kadang kita tapau dari kedai, makanan letak dalam ni.
Ads
Dalam styrofoam, ada styrene. Tak kisah makanan dan minuman panas, sejuk, atau suhu bilik sekalipun, tetap akan berlaku tindakbalas dengan permukaan styrofoam bila ia digunakan.
Kadang pergi berkelah kita bawak pinggan macam ni untuk makan ayam BBQ. Elakkan kalau boleh yaWaktu kenduri kalau ada cawan macam ni untuk minum, kita elakkan k.
Styrene dalam styrofoam ni, antara penyebab ketakseimbangan hormon pada badan kita dan anak-anak.
Badan kita ni main banyak sangat dengan hormon sebenarnya, terutama yang wanita.
Ads
Masalah paling utama buat kanak-kanak perempuan yang beri kesan seumur hidup, haid yang tak teratur.
Terlalu ramai. Tak kira umur. Dari seawal usia 10 tahun pun dah ada masalah haid tak regular.
Biasanya ada dalam makanan yang dijual di pasaraya. Elakkan ya.Bungkusan nasi goreng selalunya dalam bekasa macam ni.Waktu kenduri letak bubur kacang hijau pun kerap kita jumpa kan.
Perhatikan, bukan setakat makanan yang anak-anak makan. Tapi bekas makanan yang kita guna untuk letak makanan anak pun, sangat penting untuk diambil kira.
Kita cuba sama-sama ya, cari ilmu baru setiap hari, untuk sediakan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga.
Mazliana Mazlan Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak instagram.com/mazliana.mazlan t.me/sembangsihat
Farah Lee atau Nurfarahin Romli membuktikan kemampuannya walaupun berstatus ibu tunggal dan mempunyai seorang anak apabila berjaya menggenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University Of Leeds, United Kingdom. Farah juga merupakan selebriti popular di media sosial serta mempunyai bisnes sendiri.
Membesarkan anak sebagai seorang ibu tunggal bukanlah satu tugas yang mudah. Beban yang dipikul menjadi berganda kerana peranan seorang ‘ayah’ juga turut dipikul bersama.
Namun begitu, berbekalkan ketabahan hati dan semangat yang tidak pernah luntur, ibu tunggal juga mampu mencapai kejayaan yang luar biasa.
Farah Lee Tak Sibuk Cari Pengganti, Ibu Tunggal Yang Berjaya Genggam Master
Pernah berkongsi kisah hidupnya menerusi kapsyen laman media sosial, terlihat jelas dia seorang yang wanita yang berjaya.
“Pada 11.09.2018, seorang ibu tunggal bersama anaknya yang baru berusia empat tahun melangkah keluar dari kapal terbang di tempat asing, meninggalkan semua orang yang mereka kenali, gaya hidup selesa demi ilmu.
“Dunia baru, wajah baru, kehidupan baru. Kenangan, keringat, air mata, kesakitan, senyuman, tawa dan kasih sayang, semuanya membuatkan ia menjadi hari terindah!”
Begitulah tulisan Farah Lee yang juga mesra dipanggil Omma oleh anaknya, Mariam Esabel. Dia juga turut membuat dedikasi istimewa buat Maream yang sentiasa sabar dan menyokong ibunya dalam usaha menuntut ilmu sehingga menamatkan pengajian.
Dedikasi Buat Anak
“Alhamdulillah Maryam, kita berjaya lakukannya! Terima kasih atas kesabaran dan sokongan kamu sejak hari pertama kita berada di sini. Ketika itu, kamu masih kecil tetapi sangat memahami, suka menolong dan tabah.
“Saya tahu, ia bukan perkara mudah bagi kamu. Kamu sangat gembira dan menunggu hari graduasi saya. “Omma, hari ini hari awak” dan kejayaan ini adalah untuk kamu Maream,” ujarnya.
Kejayaan yang dicapai beliau wajar dijadikan inspirasi untuk semua wanita di luar sana. Tiada apa yang mampu menghalang kita daripada mencapai kejayaan selagi mana kita mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali datang bulan atau haid, pasti seseorang itu akan mengalami masalah kram atau sakit di beberapa bahagian tubuh badan.
Rasa sakit terutama di bahagian perut, pinggang dan belakang badan ini akan menyebabkan rasa tidak selesa terutama untuk melakukan aktiviti harian.
Hal ini kerana berlakunya tindak balas pada bahagian otot yang menjadi punca berlakunya kekejangan.
Memang benar kesakitan yang dialami itu bersifat semula jadi, namun terdapat beberapa hal lain turut boleh dikaitkan kekejangan menjadi lebih teruk.
Berikut empat punca boleh menyebakan kesakitan ketika period:
1. Stres
Tekanan emosi atau stres boleh mengakibatkan rasa kejang ketika haid menjadi lebih teruk. Menurut kajian, wanita yang mengalami stres sekitar dua minggu sebelum haid akan mengalami masalah kekejangan ketika haid berbanding tidak stres.
2. Gula
Sebaiknya cuba elakan daripada mengambil makanan yang mengandungi gula tambahan. Hal ini kerana makanan manis seperti coklat, kek dan biskut akan menyebabkan masalah kembung perut dan angin.
3. Makanan Segera
Disebabkan rasa mudah letih dan penat, pengambilan makanan segera pastinya akan menjadi pilihan kerana lebih cepat dan mudah. Namun, makanan segera, bergoreng dan berlemak akan menyebabkan rasa kejang pada bahagian perut dan anggota badan bertambah.
4. Kafein
Minuman kafein seperti kopi memang menjadi kegemaran ramai orang. Bagaimanapun, pengambilan makanan yang mengandungi kafein yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan kadar estrogen atau hormon wanita. Oleh itu, disarankan agar tidak mengambil minuman kafein yang tinggi.
Tahu tak, sebenarnya teh hijau padat dengan antioksidan yang melawan bakteria, bertindak sebagai pengelupasan yang akan membantu menghilangkan minyak berlebihan, mengecilkan pori-pori dan merawat jerawat sederhana.
Bahan-bahan:
1 sudu kecil serbuk daun teh hijau kering
1 sudu kecil Yogurt
Cara membuat dan menggunakan:
Campurkan 1 sudu kecil serbuk teh hijau, 1 sudu kecil yogurt. Sapukan pada muka anda secara merata dan gosok perlahan-lahan.
Biarkan selama 10 minit dan kemudian basuh dengan air. Gunakan skrub ini sekali dalam seminggu untuk hasil terbaik.
Ini berfungsi sebagai pengelupasan lembut yang membuang sel kulit mati kerana tekstur daun hijau kering.
Hah, jangan lupa cuba sapu teh hijau pada kulit wajah ya. Kalau konsisten pakai, elok semula kulit wajah anda yang ada masalah liang pori terbuka dan jerawat.