Perasan atau tidak apabila lepas waktu berbuka kita akan terasa badan lemah dan seperti tidak bertenaga.
Situasi ini menyebabkan kita rasa malas untuk melakukan pelbagai urusan lain termasuk solat tarawih.
Jika dilayan, memang semua benda tak boleh buat dan hanya mahu duduk berehat saja di rumah.
Sebenarnya, keadaan itu berlaku disebabkan faktor makan berlebihan selain pengambilan gula yang tinggi.
Pengambilan makanan dan minuman manis ketika berbuka boleh menyebabkan badan lemah kerana gula mendorong pankreas untuk menghasilkan insulin bagi menurunkan kadar gula dalam darah.
Insulin yang berlebihan pula akan menurunkan gula dalam darah tetapi kesannya badan menjadi lemah dan lesu.
Makan berlebihan membuatkan sistem penghadaman yang seharian berpuasa dipaksa bekerja lebih keras. Kesannya, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak tenaga untuk mencerna makanan.
Ads
Tidak hanya membuatkan badan terasa lemah dan lesu, perut juga boleh mengalami masalah seperti sakit perut, mual, kembung dan sembelit.
Bagi mengelakkan masalah itu, sebaik-baiknya amalkan pemakanan seimbang ketika berbuka puasa dan bukannya mengikut nafsu.
Paling baik, hindari makanan bergoreng dan pilih hidangan yang direbus, dikukus atau dipanggang. Ingat, puasa bukan bererti tiket emas untuk memanjakan diri dengan pelbagai hidangan menyelerakan.
Ini pula antara tip bagi menjaga sistem penghadaman adalah:
Ads
1) Pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang membantu pergerakan usus seperti pisang, kurma, betik dan brokoli.
2) Meminum air yang cukup iaitu secara puratanya sebanyak dua liter air sehari. Badan yang kekurangan air akan menjadi lesu, tidak bermaya dan mudah hilang tumpuan semasa melakukan kerja harian.
3) Elakkan makan pedas dan berminyak yang boleh membuatkan perut kita rasa tidak selesa atau sakit.
4) Pengambilan makanan seperti susu atau yogurt mampu mengurangkan masalah sistem pencernaan kerana probiotik yang wujud di dalam makanan ini mampu mmengurangkan masalah sistem pencernaan.
Ads
5) Elakkan makan terlalu banyak ketika berbuka puasa dan bersahur kerana tindakan itu akan membuatkan badan menjadi letih kerana proses pencernaan. Sebaliknya, ambil makan secara bersederhana.
Sumber: Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kodiang, Kedah, Dr Mohamad Suaidi Mohamad Sazali
Selalu Sakit Perut & Muntah Wanita Nekad Diet Air Kosong. Lepas 41 Tahun Kekal Sihat Bertenaga! Selain mengambil pemakanan yang berkhasiat dan menyihatkan, minum air kosong juga sangat bagus untuk memastikan tubuh kita kekal sihat & bertenaga.
Biarpun usia sudah menjagngkau warga emas, jika dua perkara ini dititikberatkan pasti seseorang itu tidak akan berdepan dengan masalah kesihatan.
Seperti laporan dari Oddity Central di mana seorang wanita mendakwa dia sudah mengamalkan diet air selamat lebih 41 tahu dan sehingga kini tidak mempunyai masalah kesihatan.
Wanita yang hanya dikenali dengan Ngona itu memberitahu, sepanjang empat dekad lalu, dia hanya menikmati air yang dicampur sedikit dnegan garam, gula dan perahan lemon sebagai rutin makanan hariannya.
Siapa sangka dalam usia 63 tahun, wanita ini kelihatan sihat dan seperti tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius.
Bukan itu sahaja, Ngon juga mendakwa dia lebih bertenaga dan jarang ditimpa sakit, termasuk demam.
Wanita itu memberitahu, dia sebelum ini menikmati makanan sama seperti orang lain iaitu makan nasi dan pelbagai juadah enak sehingga dia berusia 21 tahun.
Ketika itu dia berdepan masalah kesihatan yang menyebabkan penglihatannya semakin kabut, sering sakit perut dan muntah.
Lepas 41 Tahun Kekal Sihat Bertenaga
Malah keputusan makmal dibuat menunjukkan dia mengalami penyakit berkaitan darah dan ubatan yag diberikan tidak mampu mengurangkan kesihatannya, menyebabkan wanit itu mengamalkan diet air.
Sejak itu kesihatannya semakin baik, menyebabkan dia tidak mahu lagi menukar dietnya walaupun mengakui ada kalanya berasa bosan dengan rutin sama setiap hari.
Sempena kedatangan Ramadan tak lama lagi, pastinya buah kurma menjadi pilihan paling popular.
Tidak kira sama ada untuk berbuka puasa atau jadi juadah tambahan ketika bersahur.
Buahnya memang nampak kecil dengan pupa yang tidak menarik, tetapi mengandungi banyak khasiat.
Jadi rugi sangat bagi mereka yang tidak menggemarinya. Ayuh, kita periksa kelebihan makan kurma. Makan sebiji dua atau lebih untuk tubuh kekal bertenaga sepanjang berpuasa.
1. Kandungan Nutrien Yang Tinggi
Fizikal luaran kurma yang kecil dan berwarna gelap mungkin menjadi antara persoalan apakah khasiatnya. Namun, jangan biarkan ia menipu anda kerana ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya gula, serat, kalsium, zat besi, serta vitamin
2. Tenaga Segera
Bagi individu yang melakukan rutin senaman yang memerlukan tenaga yang banyak dan cepat mungkin boleh menjadikan kurma sebagai ‘power bar’ yang baru ni kerana kandungan gula semula jadi (fructose,glucose, sucrose ) yang tinggi dalamnya mampu memberikan tenaga segera apabila letih bersenam.
3. Diet Sihat
Kurma juga mampu membantu dalam kita melalui diet yang sihat. Untuk individu yang sedang berusaha menurunkan berat badan mungkin boleh memasukkan kurma kedalam senarai makanan mereka.
Ini kerana pengambilan kurma mampu mengenyangkan perut dengan cepat jadi membantu kita supaya tidak makan dengan banyak. Caranya dengan melecekkan kurma dan digaul dalam segelas susu rendah lemak. Campuran ini sudah cukup untuk membantu menurunkan berat badan.
4. Bantu Mengurangkan Sembelit
Pengambilan kurma secara konsisten juga mampu menyelesaikan dan menghindarkan kita dari masalah sembelit. Umum mengetahui masalah sembelit sangatlah menyeksakan dan seterusnya boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih kronik, iaitu buasir!
Jadi, pengambilan kurma yang kaya dengan serat ini amatlah baik bagi menyembuhkan dan mengelakkan masalah sembelit.
5. Menyihatkan Jantung
Jantung merupakan enjin dalam kehidupan manusia. Jadi adalah menjadi satu faktor penting mengapa ia perlu dijaga dengan rapi. Kurma mengandungi kandungan potasium yang tinggi lantas dapat membantu menurunkan kadar kolesterol yang menyumbang ke arah strok dan serangan jantung.
Caranya mudah rendamkan ia semalaman, kemudian lecekkan pada waktu pagi dan makan.
6. Kawal Gula Dalam Darah
Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah. Kandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak terlalu tinggi selepas makan.
7. Meningkatkan Kesihatan Otak
Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.
8. Menjaga Kesihatan Tulang
Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma! Ini kerana ia mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.
Wanita kalau nak kulit cantik, pastikan anda baiki cara waktu tidur dengan tutup lampu dan tidur awal.
Ya, tak guna pakai produk mahal kalau anda jenis tak jaga waktu tidur dan suka tidur dengan lampu menyala. Nak tahu kenapa? Jom baca lagi!
Nak Kulit Cantik, Tidur Awal
Melalui satu klip video yang tular di Facebook hari ini, pakar tersebut menjelaskan mengenai melatonim iaitu hormon semula jadi yang dihasilkan oleh kelenjar pineal.
Kelenjar tersebut ada dalam otak, berfungsi dalam mengatur pola tidur manakala pada malam hari jelasnya, tubuh menghasilkan lebih banyak melatonin untuk membantu kita tertidur.
@annisa_hd 1. Ramai orang sangka : tutup lampu gelap untuk badan hasilkan melatonin atau kita kata powerful hormon untuk tidur. YES dan NO sebenarnya. 2. Nota ni serius sikit bunyinya dan panjang but worth to read. ❤️ Penghasilan Melatonin Ia sebenarnya dihasilkan pada waktu siang. Pagi-pagi bila mata kita kena cahaya matahari, ia bagi isyarat kepada otak kita untuk mula menghasilkan melatonin. DONT MISS YOUR MORNING SUN YA. ❤️ Penyimpanan Melatonin yang dihasilkan semasa berjemur ni disimpan dalam badan kita di beberapa tempat, macam stor simpan barang. ❤️ Masa bila ia dirembes? Apabila diperlukan, contohnya untuk membuatkan kita mengantuk, melatonin ni akan mula dirembeskan menjelang matahari terbenam. Which is MALAM. Ya waktu malam, kita start mengantuk sebab melatonin yang dihasilkan masa berjemur siang tadi : dikeluarkan. “Hey, masa untuk tidur dah dekat.” Gitu. TAPI AWAS OK. Hati-hati, cahaya terang/artificial light, terutamanya cahaya biru dari telefon atau komputer, melatonin ni jadi keliru dan terganggu. 3. Nak tidur berkualiti? ☀️Tengok Matahari Terbit – Cahaya pagi bantu set jam biologi kita dengan betul. ☀️ Elakkan Cahaya Biru – Gunakan penapis cahaya biru pada peranti elektronik atau elakkan guna sebelum tidur. ☀️ Tetapkan Waktu Tidur/Waktu Bangun yang Konsisten – Walaupun hujung minggu, cuba bangun dan tidur pada waktu yang sama. ☀️ Jangan Tukar Zon Masa Selalu – Ini boleh kacau jam biologi kita. ☀️ Elakkan Cahaya Terang Lepas Matahari Terbenam – Gunakan lampu yang lebih malap waktu malam. Maksimumkan Pendedahan kepada Cahaya Inframerah Dekat (NIR) + Cahaya NIR dari matahari boleh bantu kesihatan kita. ☀️Jangan Selalu Ambil Suplemen Melatonin – Biarkan badan kita hasilkan melatonin secara semula jadi. 4. Hormon Tidur: Melatonin: Buat kita rasa mengantuk. Serotonin: Bantu kawal mood dan diubah jadi melatonin. Cortisol: Tinggi waktu pagi untuk bantu kita bangun dan bertenaga. Jadi jangan tinggikan cortisol waktu malam ye? Jangan buat melatonin rendah. Sebab hasilnya : jenuh nak lelap. Tak boleh nak tidur. Bila kehadiran cahaya buatan manusia (artificial light) ia akan boleh terencat perembesannya sebab mata dan otak pineal gland kita ingat “eh siang lagi. 5. Melatonin adalah seperti guru yoga untuk tidur anda; dia mengatakan, “Sekarang, semua orang buka mata anda… dan kemudian tutup mata anda dan pergi ke tidur!” Ketika melatonin berfungsi, tidur anda seperti tidur seorang bayi. Kredit : TIBU #HormoneDiet#IFHD#REVERSEKEPUTUSANDARAH#awetmuda♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Malah jelas pakar tersebut lagi, dengan tidur bergelap, beberapa penyakit lain juga boleh diturunkan.
“Belajar tidur awal dan matikan semua lampu, skrin atau gajet. Tidur bergelap kalau bagi yang nak kurangkan diabetes. Kalau faham tugas melatonim, kita tidak akan sia-siakannya,” jelas pakar itu dalam klip video tersebut.
Katanya lagi, melatonim merupakan satu kelenjar yang ada dalam tubuh badan manusia mempunyai banyak kelebihan.
“Anda dilarang keras tidur pasang lampu. Kalau anda ada mak ayah pun, jika mereka tertidur pergi la tutup lampu. Awak cakap nak muda, nak cantik semuanya ada dengan melatonim tu, jadi tidur lepas ni tutup lampu,” jelasnya.
Jadi buat anda yang nak cantik dan awet muda, pastikan anda tidur dalam keadaan gelap ya!