Dengan jolokan seperti ‘datang bulan’ , ‘Aunt Flo’, ‘Sharks Week’ atau ‘dai yi ma’, haid masih dianggap topik yang tabu dalam banyak budaya.
Kaum hawa bukan sahaja perlu berhadapan dengan stigma, malah mereka sering ‘disajikan’ dengan maklumat tidak tepat tentang haid.
Sungguhpun haid merupakan proses semula jadi yang dialami oleh kebanyakkan wanita, ia masih diselubungi pelbagai mitos pada zaman serba moden ini.
Menurut laporan Kumpulan Bank Dunia1, sekurang-kurangnya 500 juta wanita dan gadis di seluruh dunia menghadapi ‘kemiskinan haid’, yang bermaksud kekurangan atau ketiadaan kelengkapan sanitasi bagi menguruskan haid.
Kesannya, mereka bukan sahaja kurang pengetahuan tepat tentang haid, tetapi juga kurang cakna tentang cara terbaik untuk menguruskan kebersihan haid.
Justeru, sempena Bulan Kesedaran Haid anjuran Aurelius Healthcare, Dr. Azizah binti Rusly, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Hospital Aurelius Nilai ingin merungkai beberapa mitos tentang haid yang biasa kedengaran.
#1 “Kata ibu, wajib membasuh tuala wanita kerana darah itu najis dan akan ‘menjemput’ kedatangan jin dan makhluk halus!”
Ads
Sebenarnya, darah haid tiada beza dengan darah lain dalam badan kita, dan sudah tentunya tidak kotor! Ia terdiri daripada darah, membran rahim, lapisan mukus, dan bakteria. Sungguhpun ia kadangkala kelihatan bergumpal atau lebih gelap, kejadian sedemikian adalah normal.
Tuala pakai buang hendaklah dibungkus rapi dan dibuang selepas digunakan. Namun, sekiranya anda menggunakan tuala boleh guna semula atau cawan haid, rendamkannya dengan air sejuk dan basuh dengan detergen biasa, soda penaik atau cuka. Pastikan ia kekal kering bagi mencegah jangkitan kuman.
#2 “Ada yang kata, meletakkan tuala yang telah dibasuh pada muka dapat memberikan kulit yang cantik.”
Tidak benar sama sekali, kerana sisa atau produk haid harus dibuang dengan cara yang betul!
Hakikatnya, cara memperoleh kulit yang jelas bergantung pada jenis kulit seseorang. Amalkan diet yang sihat lagi seimbang untuk menjadi versi terbaik anda. Tingkatkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran, dan minum air mencukupi dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu!
Meskipun tampon boleh menyebabkan sedikit regangan atau koyakan pada selaput dara atau himen, namun ini juga boleh berlaku apabila anda melakukan aktiviti lasak.
Pada mulanya, sebilangan wanita mungkin akan mengalami ketidakselesaan ketika memasukkan tampon. Namun, keadaan ini adalah sementara dan akan bertambah baik!
Ads
#4 “Saya harus mengelakkan makanan atau minuman sejuk kerana ia akan memburukkan lagi pendarahan dan senggugut”
Hakikatnya, tiada kajian yang dapat membuktikan atau menyangkal kaitan antara minuman/makanan sejuk dengan senggugut. Haid merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan manakala aktiviti makan atau minum berkait rapat dengan sistem pencernaan. Jadi, kedua-dua sistem ini berfungsi secara berasingan dan tidak menjejaskan satu sama lain.
Sungguhpun demikian, sesetengah wanita lebih sensitif terhadap makanan atau minuman sejuk, yang mungkin akan mencetuskan atau memburukkan lagi senggugut. Jadi, anda haruslah cakna badan anda sendiri dan bertindak sewajarnya.
#5 “Saya pernah menyorokkan produk sanitari saya kerana tidak sopan untuk menunjukkannya di khalayak ramai”.
Sama seperti tisu dan ubat gigi, produk sanitari merupakan produk gaya hidup yang membantu wanita berasa lebih selesa dalam tempoh haid. Oleh itu, setiap wanita harus mempunyai hak dan kebebasan untuk membeli produk kebersihan tanpa rasa malu, kerana haid semata-mata satu proses fisiologi semula jadi yang berlaku setiap bulan.
Untuk maklumat lanjut tentang kepentingan kebersihan haid, ikuti kempen #RespectMyCycle anjuran Aurelius Healthcare di Facebook, Instagram, dan LinkedIn.
Masih ingat pelakon Angeline Tan Yoke Yeah atau Lucy tak? Susuk tubuh ini cukup dikenali pada era 90-an dulu melalui wataknya dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Meskipun sudah hampir tiga dekad drama tersebut berlalu, nama ‘Lucy’ tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Angeline Tan Dah 50-an, Tapi Air Wajahnya Tetap Memukau
Angeline ini memang fasih berbahasa Melayu, malah pakej kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik. Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.
Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an. Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.
Paling terbaru, Angeline Tan ditampilkan dalam drama Hijrah Jannah arahan Feroz Kader menerusi saluran Astro Ria.
Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!
Lama tidak kelihatan pelakon wanita, Raja Farah di kaca TV, rupanya sekarang dia fokus keluarga dengan mendidik anak-anak di rumah.
Jika dulu, dia cukup aktif dalam industri seni apabila berjaya melonjakkan namanya menerusi lakonan, pengacaraan dan juga model.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Raja Farah sudah membintangi banyak drama dan filem. Ini termasuklah drama Durrani, Manjalara, Gadis Dari Bintang serta filem Apa Kata Hati, Anak Halal, Sal dan Aku Masih Dara.
Sejak mendirikan rumah tangga, dia yang pernah popular dalam filem Haq ini seakan sepi daripada karier seni dan lakonan.
Lebih-lebih lagi apabila sudah bertukar status dan galas tugas ibu dan menjadi insan lebih baik serta menikmati bahagia di samping keluarga. Kini tumpuan Raja Farah pastinya kepada anak-anak tersayang dan suami tercinta.
Untuk rekod, Raja Farah dilahirkan pada 5 Julai 1988 dan kini berusia 35 tahun. Dia mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan kehidupan pasangan ini lebih bermakna dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
Tiga anak Raja Farah dan Iskandar Ismail ialah Imran, Ilham yang berusia empat tahun dan anak bongsu juga puteri kesayangan, Intan yang genap berusia setahun pada 17 Jun lepas.
Raja Farah mula dikenali sebagai model iklan komersial TV menerusi iklan Beras Floral. Selain berlakon, dia juga berbakat sebagai pengacara TV dan pernah mengendalikan program Voice Out dan Suara Emas Bintang RTM 2007.
Bagi mereka yang mahu kurus tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan berat badan ideal hanya dengan mengamalkan diet extrem.
Ini hanya akan memudharatkan kesihatan dan gara-gara nak kurus boleh mendatangkan penyakit lain nanti.
Satu perkongsian di laman twitter gadis yang menggunakan akaun nama Raehanas_ berjaya capai misi mendapat berat badan ideal dalam masa singkat menggunakan kaedah diet atkins.
Melalui kaedah ini, dia tidak mengambil sebarang makanan karbohidrat sebaliknya memperbanyakkan sayur serta sumber protein.
Siapa sangka hanya dalam masa tiga minggu berjaya menghilangkan 5 kg dan cara ini berkesan dalam masa singkat.
Untuk memastikan diet atkins menjadi, dia hanya mengambil makanan sebanyak 1000 kcal sahaja sehari.
Berjaya hilangkan 5 kg dalam 3 minggu
Mempunyai ketinggian 170 cm dengan berat pernah cecah 66 kg
Hanya amalkan diet atkins, tak makan apa-apa jenis karbohidrat. Sebaliknya banyakkan protein dan sayuran.
Proses bakar lemak
Hanya ambik 1000 kcal & bersenam 3 kali seminggu
Ini tip kalau betul-betul nak berjaya dalam diet ini. Kena kawal nafsu makan & kalau boleh cari kawan teman diet
Kena rajin bersenam. Boleh cheat day tapi ambik tak lebih dari 1/2 sudu gula saja
Minum air panas/suam dan cubalah untuk tidur seawal jam 10 malam