Nampaknya penularan virus Covid-19 kembali mencecah angka lebih dua ribu sejak seminggu yang lalu.
Dan salah seorang rakan selebriti yang turut disahkan positif adalah pelakon Sweet Qismina.
Berita tersebut dikongsi Sweet atau nama sebenarnya, Farhana Qismina Supandi, 24, menerusi satu kenyataan media daripada syarikat pengurusannya, Warner Music Malaysia di laman Instagramnya semalam.
“Sweet berada di Kuala Kangsar, Perak untuk menjalani penggambaran filem Tariandi sejak 15 April lalu telah memberitahu berasa tidak sihat pada 16 April.
“Sweet mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi keadaannya masih belum pulih dan sukar untuk bernafas.
“Menyedari keadaan itu, Sweet mengambil langkah untuk membuat ujian calitan RTK di Hospital Columbia Taiping dan keputusannya adalah positif,” ujar Warner dalam kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin dan menjalani ujian saringan PCR sebelum mendapati keputusannya adalah positif.
“Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Keadaan semasa Sweet sekarang tidak mempunyai sebarang komplikasi, cuma hilang deria rasa dan bau,” jelasnya.
Sementara itu, pelakon Pink Smile itu turut memuat naik foto terbaharunya ketika berada di pusat kuarantin.
Ads
“Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh.
“Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri,” tulis Sweet dengan memetik sepotong doa untuk dikongsikan pada kapsyen foto tersebut.
Kita doakan semoga Sweet Qismina akan cepat sembuh dan boleh meneruskan rutin harian seperti biasa.
Tular satu video daripada Selena Gomez yang menggunakan penyepit bulu dan maskara untuk cantikkan bahagian matanya. Jadi kalau anda jenis bulu mata pendek, boleh lah cuba!
Dia menggunakan TikTok sebagai platform untuk berkongsi petua dan helah kecantikan dalaman yang dibinanya sepanjang kerjaya dalam industri hiburan.
Selena Gomez Guna Penyepit Dan Maskara Lebatkan Bulu Mata, Senang!
Salah satu rutin solekan yang mencuri tumpuan sehingga viral adalah trik menggunakan maskara dan penyepit bulu untuk membentuk mata yang lebih galak dan lebar.
Dalam video, Selena mengambil penyepit, hujungnya disalut dengan maskara, kepitkan di bulu mata biar bergumpal untuk menghasilkan kesan bulu mata anak patung.
Baru-baru ini, Selena Gomez berkongsi video pakai toner menerusi laman TikTok dan ramai yang teruja apabila melihat penyanyi cantik manis ini tampil dengan rutin yang diamalkan sebelum bersolek.
Lagi pun ramai mengakui keberkesanan Paula’Choice, lebih-lebih lagi untuk Skin Perfecting 2% BHA Liquid Salicylic Acid Exfoliant. Bagus untuk melindungi skin barrier dan menyembuh serta menenangkan jerawat. Memang love!
Toner Selena Gomez Pakai, Ini Cara Prep Muka Sebelum Bersolek
Rutin Selena tak rumit, tapi nak di-highlight pada langkah toner, yang mana Selena meggunakan produk hype Paula’s Choice Advanced Replenishing Tonerwith Hyaluronic Acid (botol berwarna biru).
Apa kelainan toner ini?
Advanced Replenishing Toner ialah formula super penghidratan yang diperkaya dengan asid lemak omega penting dan kuat. Kajian antioksidan menunjukkan boleh membantu kulit kelihatan lebih muda sambil melindungi dan menyuburkan penghalang kulit (skin barrier).
Ini adalah langkah penting dalam mana-mana rutin penjagaan kulit untuk memperbaharui kulit selepas pembersihan. Juga boleh membantu menghilangkan kesan solekan terakhir. Patutlah menjadi pilihan Selena, produk holy-grail rupanya.
Toner unik ini menyediakan elemen penting yang diperlukan oleh penuaan kulit untuk membantu mengurangkan penampilan kedutan, meningkatkan keanjalan dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.
Macam mana nak guna?
Selepas pembersihan, sapukan toner pada pad kapas dan sapukan perlahan-lahan pada muka dan leher. Ikuti dengan baki rutin penjagaan kulit pagi atau malam. Untuk waktu siang, pakai dengan krim pelindung matahari spektrum luas SPF 30 atau lebih tinggi.
Jadi kalau anda berminat nak bersolek wajah bagi nampak glowing macam Selena Gomez, pastikan ada sebotol toner. Salah satu yang terbaik adalah Paula’s Choice Advanced Replenishing Toner with Hyaluronic Acid.
Jangan skip langkar sapu toner untuk kunci kelembapan pada kulit ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan sangat asyik mengorek telinga guna cotton bud untuk membersihkan telinga terutama apabila selepas mandi.
Namun sebenarnya amalan ini sangat tidak elok diamalkan kerana boleh mendatangkan bahaya apabila gegendang telinga jadi pecah.
Perkongsian wanita ini Faridah Arshad yang melakukan tabiat ini selepas mandi rupanya mengundang padah.
Melalui perkongsian di aplikasi TikTok dia memberitahu kesan di atas perbuatannya menjadi punca mengakibatkan gegendang telinga pecah dan merasa sakit teramat sangat hingga tidak dapat tidur semalaman sebelum mendapatkan rawatan di hospital.
Dia turut memberitahu mengalami tanda-tanda awal yang dia rasa sebelum benar-benar sakit adalah apabila dengar bunyi meletup di telinganya.
“Pada hari kejadian yang benda letup-letup itu macam bergerak mula rasa tak selesa. Saya korek dengan cotton bud sebab nak tahu.
Bila saya korek yang keluar bukan tah telingan tetapi cecair macam nanah. Saya pelik juga sebab keluar nanah tak sakit, saya korek lagi dan korek makin dalam.
“Malam itu tiba-tiba saya terdengar bunyi tup dalam telinga dan trus sakit sangat hingga tak boleh tidur. Sakit yang teramat sangat,” katanya yang terus berjumpa doktor dan menjelaskan kepadanya bahawa gegendang telinga pecah.
Oleh sebab itu dia telah dibekalkan dengan beerapa jenis ubat, namun Faridah akui telingannya masih ada nanah yang meleleh.
Malah dia terpaksa menyumbatkan kapas buat sementara agar cecair tersebu tidak terus keluar dari telinganya.
Disebabkan kejadian ini, dia juga turut menasihat kepada orang lain supaya tidak lagi menggunakan cotton bud kerana tidak mahu kejaian sama berulang pada orang lain.
Dalam hal ini lebh baik elakkan terus membersihkan telingan menggunakan cotton bud sebaliknya ikut saranan doktor dengan melakukan cara dengan mengalirkan air bersih pada telinga.
Ataupun dengan membeli ubat titis bagi melarutkan kotoran, boleh juga untuk lebih bagus membuat rawatan pembersihan bersama doktor yang profesional di klinik berdekatan.