Sejak semalam, wakil rakyat yang sedang bersidang di Parlimen membahaskan isu mengenai penggunaan ubat ivermectin untuk mengatasi mereka yang positif Covid-19.
Biarpun dikatakan ada pihak memberitahu pesakit sembuh setelah makan ubat ini, tetapi penggunaanya masih belum mendapat kelulusan pihak berwajib.
Justeru, Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) sangat menyokong proses saintifk dan peraruran semasa dalam meluluskan ubat-ubatan di malaysia. Jadi penggunaan ubatan ivermectin ini perlu melalui proses sama dan standard tinggi.
Bagi tujuan ini pihak MHC menggesa kerajaan supaya mengatasi penjualan ubatan ini di pasaran haram atau gelap.
Ivermctn mesti Mengikuti Proses Kelulusan Standard Malaysia
Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) sangat menyokong proses saintifik dan peraturan semasa meluluskan ubat-ubatan di Malaysia. Seperti ubat-ubatan lain, proses yang sama dan standard tinggi perlulah dilalui oleh Ivermctn.
Proses saintifik dengan standard yang tinggi adalah asas “Evidence-Based Medicine”. Ini adalah kaedah asas bagi profesional kesihatan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan pesakit.
Kami menggesa perkara berikut:
1. Mengatasi penjualan Ivermctn di pasaran haram atau gelap.
Pada masa ini, Ivermctn tidak diluluskan untuk penggunaan manusia di Malaysia. Namun, kerana tuntutan palsu atau mengelirukan di media dan media sosial, kini terdapat pasaran gelap aktif yang menjual Ivermctn yang tidak berlesen dan berpotensi berbahaya.
Ivermctn dari bekalan haiwan atau sumber yang tidak diketahui dijual dengan harga yang sangat tinggi. Kami menyokong tindakan membanteras Ivermctn yang tidak sah atau gelap, kerana kami menyokong preskripsi ubat yang selamat untuk semua rakyat Malaysia.
2. Luluskan Ivermctn hanya melalui proses NPRA.
Terdapat tekanan yang besar diberikan kepada Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM untuk segera meluluskan Ivermctn. Beberapa pendesak ivermctn bahkan meminta ia segera “diedarkan secara besar-besaran” untuk mengelakkan C19.
Kami menyakini proses kerja NPRA iaitu tiada campur tangan politik atau masyarakat. Maka, Ivrmctn mesti diluluskan berdasarkan bukti saintifik perubatan. Ivermctn tidak boleh disetujui berdasarkan “permintaan popular” atau laporan polis.
Tidak ada negara yang meluluskan Ivermctn untuk merawat atau mencegah C19, termasuk Agensi Ubat Eropah atau Pentadbiran Makanan & Dadah Amerika Syarikat.
3. Hanya gunakan ivermctn dalam ujian klinikal.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menasihatkan bahawa Ivermctn hanya boleh digunakan dalam ujian klinikal. Di Malaysia, kajian I-TECH sedang berlangsung pada pesakit C19 berisiko tinggi, dan hasilnya diharapkan pada bulan Januari 2022.
Sekiranya terdapat data yang kuat mengenai Ivermctn, maka harus dipersetujui untuk digunakan melalui proses dan standard yang ditetapkan NPRA.
Sementara itu, penggunaan Ivermctn untuk mengubati diri sendiri atau di luar label(off-label) boleh membahayakan dan boleh menggangu Program Imunsasi C19 Kebangsaan. Kami sangat yakin bahawa vksin jauh lebih berkesan untuk mencegah C19 daripada Ivermctn.
Sebagai profesional kesihatan, kita mempunyai kewajipan untuk melindungi kesihatan Rakyat. Kita mesti hormat dengan undang-undang dan proses saintifik untuk meluluskan ubat-ubatan di Malaysia.
Kami memperjuangkan penggunaan ubat-ubatan yang selamat dan berdasarkan bukti, dan kami menentang penggunaan ubat-ubatan yang tidak sah, tidak selamat atau mengelirukan.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC)
Senarai Tandatangan Penuh di myhealthcoalition.org.
Sumber: Public Health Malaysia
Artikel Berkaitan:
Ini 5 Senaman Paling Sesuai Untuk Yang Alami Sakit Belakang & Tak Mudaratkan Kesihatan
Guna Cuka Epal Hilangkan Masalah Skin Tag. Tak Sakit & Lebih Jimat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI