Keterujaan orang kita‘membalas dendam’ meraikan perayaan Aidilfitri berpotensi mengubah corak pemakanan mereka secara drastik terutamanya ketika aktiviti ziarah lebaran atau menghadiri rumah terbuka.
Apabila berkumpul bersama, tentulah pelbagai cerita ingin dikongsi menjadikan kegembiraan melebihi daripada kebiasaan sehingga tidak sedar suapan terus ke mulut berturut-turut tiada henti.
Sedarkah anda amalan perlu dielakkan kerana mampu mencetuskan penyakit sama ada sedar atau tidak berikutan menu yang terhidang ketika Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya tinggi kandungan gula, garam atau lemak berlebihan.
Pegawai Dietetik SALAM Shah Alam Specialist Hospital, Laila Fadhilah Omar, turut berkongsi pandangan dan kesan-kesan buruk daripada amalan tidak sihat ini. Sila beri perhatian kerana bimbang penyakit lain yang datang nanti.
Menurutnya, disebabkan raya itu disambut setahun sekali jadi ia tidak patut seseorang itu jadikan alasan untuk mengelak dari menjaga pemakanan yang sihat.
Ads
“‘Setahun sekali’ tidak seharusnya dijadikan alasan kerana setiap individu amat disarankan untuk mengamalkan pemakanan sihat sepanjang masa dan bukan bermusim terutamanya golongan berisiko bagi mengelakkan kesihatan mereka semakin merosot.
“Alasan begini sangat bahaya kerana risikonya lebih tinggi terutamanya kepada penghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolestrol atau hati berlemak.
“Keadaan tersebut akan bertambah buruk lebih-lebih lagi jika pengambilan ubat diabaikan kerana boleh mencetuskan situasi lebih buruk contohnya kemerosotan buah pinggang, kerosakan saraf, serangan jantung atau strok,” ujarnya panjang lebar.
Tambahnya bagi yang sihat pula, jangan terlalu gembira makan tanpa sukat kerana mereka juga berisiko mengalami pertambahan berat badan secara drastik menjurus kepada obesiti sekaligus mengundang pelbagai penyakit.
Ads
“Katakan anda makan lebih daripada yang perlu selama sebulan, ia dah cukup untuk beri perubahan kepada berat badan dan bentuk fizikal menjurus kepada obesiti sekaligus mengundang pelbagai jenis penyakit.
“Selain itu, ia berisiko mencetuskan masalah kesihatan seperti simptom pedih hulu hati atau dikenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease (GERD), berpunca daripada pengambilan makanan berterusan terutamanya yang pedas, berasid dan berlemak.
“Tidak salah kalau nak nikmati pelbagai menu raya cuma berpada-padalah. Ambil kuantiti sedikit lebih-lebih lagi jika banyak jemputan atau rumah terbuka yang perlu dihadiri. Minum air kosong dan bersenam secara rutin.
Ads
“Kepada tuan rumah pula, usah desak tetamu untuk menikmati juadah yang anda sediakan kerana mereka elak mungkin bersebab. Jangan kerana ingin mengambil hati, mereka terpaksa melanggar ‘pantang’,” ujarnya yang berkata semua masyarakat perlu main peranan dalam memberi ingatan.
Tambahnya, peranan segenap lapisan masyarakat sangat penting dalam membentuk kesedaran betapa perlunya amalan diet sihat sepanjang masa terutamanya di musim perayaan.
Selain pemakanan dan senaman, jangan lupa lakukan rutin pemeriksaan kesihatan dua kali setahun selain menyokong usaha-usaha agensi kerajaan dan swasta yang menganjurkan aktiviti sihat atau kempen seperti berjalan 1,000 langkah sehari.
Gembira, kenyang dan sihat atau gembira, kenyang dan merana. Mana satu anda pilih?
Baru-baru ini tular dengan kisah air mineral yang dikatakan mahal berbanding jenama biasa.
Harganya sebotol berharga RM4.50 dan dianggap harga ‘kayangan’ yang hanya diminum oleh golongan atasan.
Kenapa agaknya air mineral jenama Evian ini mahal dan jadi pilihan ramai berbanding jenama lain.
Dikatakan air mineral ini mahal kerana qualiti yang baik dan bagus untuk kesihatan.
1. Baik Untuk Tulang, Jantung & Mampu Turunkan Berat Badan
Ia kaya dengan kalsium dan magnesium yang akan membuatkan tulang kuat, peradaran jantung yang baik dan membantu untuk menurunkan berat badan.
2. Dari Sumber Semula Jadi
Ia adalah daripada sumber air semula jadi yang bukan sahaja menghilangkan dahaga malah membantu tubuh menjadi lebih sihat.
3. Pengiktirafan Dari Segi Kesihatan & Brand ‘Awareness’
Air mineral Avian mendapat pengiktirafan dari segi kesihatan dan brand awareness tidak seperti jenama lain. Bukan sahaja dia melabur dalam pemasaran, namun dalam pelbagai acara termasuk Terbuka AS dan Wimbledon.
4. Air Dari Perancis
Ia datang dari wilayah tenggara Perancis, Rhone-Alpes. Harga air sedikit sebanyak meliputi kos pengedaran global.
Jika di Perancis atau bahagian lain negara Eropah, air ini mungkin lebih murah daripada harga di Malaysia. Namun untuk sampai ke negara-negara di Asia Tenggara, kos untuk mengedar jenama air Evian ini akan menjadi lebih mahal.
5. Botol Dari Bahan Kitar Semula
Demi melindungi bumi, Evian menggunakan botol dari bahan yang mudah dikitar semula. Website mereka mengatakan botol diperbuat daripada polyethylene terephathalate (PET) yang mempunyai proses pembuatan kompleks. Kosnya juga agak mahal untuk menghasilkan botol dengan kualiti 100% PET.
Selain suplemen ubatan yang sesuai, mengamalkan petua tradisional juga sangat baik untuk kesihatan tubuh.
Antaranya adalah minum air rebusan bahan-bahan herba seperti red dates (jujube) atau kurma merah yang merupakan adalah salah satu makanan kesihatan popular di China.
Bukan sahaja dijadikan ubat-ubatan, malah kurma merah ini turut digunakan dalam pelbagai jenis makanan harian mereka di sana.
Ternyata, kurma merah ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri kerana dikatakan mampu untuk menurukan tekanan darah tinggi dan juga sangat bagus untuk wanita.
Kurma merah atau yang disebut juga dengan Red Dates dapat memulihkan tubuh setelah sakit, baik bagi wanita yang menopause, period dan yang sedang berpantang.
Buah ini juga melindungi fungsi hati, dengan kandungan antioksidan yang berlimpah kurma merah juga baik untuk mencegah pertumbuhan sel kanser.
Dan masih banyak lagi manfaat dari kurma merah ini sehingga dalam rawatan china buah ini sering dimasukkan dalam resipi sinshe.
Tips yang Bos (Chinese) bagi:- -Masak Red dates lebih sedap. -Biasa orang cina masukkan dalam sup -Koyakkan red dates untuk seimbangkan rasa manis dalam masakkan atau minuman. -Buang biji red dates sebab menurutnya biji dia bersifat boleh memanaskan badan. -Nak lebih sedap dan elok boleh letak gingko biloba dan longan kering. -Minum red dates lepas makan dalam keadaan suam sangat elok.
Best tau kalau amalkan kurma cina ni. Terutama time datang bulan. Elok sesangat