Gegendang Telinga Boleh Rosak Akibat Suka Tahan Bersin. Elak Buat Tabiat Ini!

Share

Tahukah kita bersin merupakan salah satu perkara semula jadi yang biasa berlaku pada manusia normal.

Ini adalah sebagai cara tubuh untuk mengeluarkan bakteria, dębu dan kotoran lain daripada hidung dan tekak.

Setiap kali bersin, akan keluar sekali cecair semburan serta bunyi kuat yang ada kala sedikit mengganggu orang di sebelah.

Artikel Lain: Hasil Setahun Tak Makan Manis, Akhirnya Dapat Berat Ideal. Kisahnya Beri Inspirasi!

Namun waktu pandemik ini, ramai yang cuba menahan diri dari bersin di tempat awam atau ramai orang kerana akan menyebabkan orang di sekeliling merasa tidak selesa.

Maklumlah bimbang sekiranya cecair yang keluar akan berjangkit pada orang lain. Walaupun begitu, sebenarnya tabiat menahan bersin ini memberi kesan tidak baik pada kesihatan.

Menurut kajian dilakukan American Journal of Rhinology & Allergy, menahan bersin memberi tekanan sebanyak 20 kali lebih besar berbanding melepaskannya.

Perkara ini boleh memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan seseorang dan ini antaranya;

1. Sakit Dada

Menahan bersin boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada bahagian dada kerana ia menekan bahagian diafragma dan otot di dada yang membantu seseorang bernafas.

Tidak hanya itu, ketika seseorang menahan bersin, ia juga akan memberi tekanan kepada tulang rusuk.

2. Gegendang Telinga Rosak

Meskipun jarang berlaku, tetapi tabiat itu boleh memberi kesan kepada gegendang telinga memandangkan hidung dan telinga terhubung melalui saluran eustaschius.

Ketika menahan bersin, ada kemungkinan terjadi peningkatan tekanan di hidung yang kemudian mengalir ke telinga melalui saluran tersebut yang boleh menyebabkan trauma kepada telinga anda.

3. Jangkitan Telinga

Ketika seseorang mengalami demam, bersin boleh menyebabkan virus atau bakteria yang ditahan keluar akan mengalir ke bahagian telinga melalui saluran eustachius dan menyebabkan jangkitan telinga.

Artikel Lain: Bahaya ‘Hot Dog’ Boleh Bunuh Kanak-Kanak Dalam Beberapa Saat. Juga Boleh Jadi Sebab Kanser Usus!

4. Masalah Pembuluh Darah

Bersin boleh mengeluarkan banyak tekanan dan ketika berusaha menahan bersin, perkara ini boleh menyebabkan masalah pembuluh darah pada bahagian mata, hidung dan gegendang telinga.

5. Masalah Lain

Pada 2015, sebuah laporan menunjukkan tabiat menahan bersin boleh menyebabkan keretakan tulang di bahagian tekak namun keadaan ini jarang sekali terjadi.

Atas sebab itu, jangan sesekali untuk ada cuba menahan bersin dan lepaskan sahaja agar tidak memberi kesan kepada kesihatan kelak.

Sumber: Mstar

Artikel Lain: Senarai Stok Ubat Kena Ada Di Rumah. Sebagai Persediaan Jika Dijangkiti Virus Covid-19!

Published by
Siti Zurina Mat Saman