Tidak dinafikan kita digalakkan untuk membuat pemeriksaan gigi setahun dua kali bagi memastikan kesihatan mulut dan sekitarnya terjaga baik.
Namun ada juga yang takut untuk pergi ke klinik gigi dek kerana kos rawatan yang mahal, temujanji lambat dan juga mahu segera selesaikan masalah berlaku.
Dalam satu perkongsian di laman twitter seorang doktor gigi @ArepJawa memberitahu pengalaman seorang lelaki yang membuat rawatan gigi palsu di tempat yang tidak sepatutnya.
Lelaki berusia 52 tahun ini datang ke klinik untuk buat cabutan kerana keadaan gigi yang sudah goyang dan sakit ketika makan.
“Demi Jodoh, Aku Relakan”
Seorang lelaki berusia 52 tahun datang ke klinik untuk cabutan. Katanya gigi dah goyang sangat kalau makan sakit.
Apabila diperiksa, aku nampak sesuatu yang janggal.
“Encik, gigi palsu ini buat di mana?”
Rupanya apabila ditanya buat rawatan di sebuah hotel, bukan di klinik yang sepatutnya
“Oh, saya buat di ‘swasta’ dekat KL.”
“Swasta? Swasta mana? Apa nama kliniknya?”
“Err…entahlah dr.”
Aku dah rasa semacam.
“Encik, dr tu buat di klinik atau sekadar di hotel, rumah atau bilik?”
“Oh haaa dekat hotel!”
Ya Salam! Sah ini doktor gigi palsu!
Memang betul pesakit ini membuat rawatan gigi palsu yang palsu dengan harga sekitar RM500
Terkejut aku tengok keadaan gigi pesakit ini. Ingatkan pendakap gigi & veneer saja ada palsu, rupa-rupanya gigi palsu (denture) pun ada yang palsu?!
“Berapa encik pasang macam ni?”
“RM500 saja dr….”
Mengucap panjang aku. Satu klinik dengar. Pembantu aku dah geleng kepala.
Dah pasang sejak 2 tahun lepas sebab mahu berkahwin. Rasa segan disebabkan tiada gigi dan dapat tawaran yang dirasakan murah. Disebabkan ambil jalan pintas, giginya terpaksa dicabut atas bawah
“Kenapa encik pasang & dah berapa lama pasang?”
“Saya pasang sejak 2 tahun lepas sebab nak berkahwin. Seganlah takde gigi. Bila dapat tawaran murah begini saya sambar terus”.
Ini pengajaran yang diambil daripada kisah lelaki ini. Kenalah buat pemeriksaan secara berkala, kalau ada masalah boleh cegah lebih awal
Pengajarannya,
1. Jaga gigi dari awal lagi. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. 2. Buat pemeriksaan berkala. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau ada masalah sekurang-kurangnya boleh cegah awal. 3. Jangan percaya doktor gigi yang buat rawaran di hotel/rumah/bilik.
Rupanya harga gigi palsu di klinik/hospital kerajaan juga tidak terlalu mahal. Jadi jika tahu ada kegiatan buat rawatan palsu, terus saja laporkan pada pihak berwajib
Gigi palsu dekat kerajaan yang penuh atas & bawah baru RM100.
Kalau yang separa penuh tak sampai RM100 pun huwaaaa.
Kalau ada jumpa mana-mana doktor gigi palsu atau mereka yang memberikan perkhidmatan pergigian selain di klinik gigi, segera laporkan ke sini!
Ini antara info lain jika mahu buat pemeriksaan atau cabutan yang tidak perlukan temu janji di kawasan klinik berhampiran tempat tinggal
Sekali lagi aku kongsikan.
Kalau untuk pemeriksaan & cabutan sekarang dah tak perlu janji temu. Boleh masuk secara langsung.
Janji temu hanya untuk tampalan & cucian.
Nak tahu keadaan gigi & rawatan apa yang patut kita buat datang saja terus ke klinik dapatkan konsultasi.
Klinik kerajaan mana-mana lah. Kamu duduk mana? Pergi ke klinik yang berhampiran dengan kamu.
Klinik swasta pun boleh je masuk kalau sekadar nak buat pemeriksaan & konsultasi.
Selalunya kita menyangka golongan yang bergelar doktor pasti sangat menjaga kesihatan dan akan jarang berdepan masalah penyakit.
Namun hakikatnya mereka juga manusia biasa yang yang tidak lari dari berdepan dugaan apabila turut mengalami masalah kesihatan.
Ini yang berlaku pada Dr Say, Pengacara Program My Doctor yang sering berkongsi pelbagai tip kesihatan dan rumahtangga.
Dalam perkongsian terbarunya di laman sosial, Dr say memuat naik hasil pemeriksaan kesihatan dirinya memberitahu buah pinggang miliknya mengalami kerosakan tahap dua.
Ternyata keputusan diterima membuatkannya terduduk walaupun menunjukkan buah pinggang lebih baik berbanding sebelumnya.
Ini kerana didapati ada kandungan darah dalam air kencing membuatkanya sedikit cuak.
Walau bagaimanapun dalam masa sama dia lega kerana tidak perlu mengambil ubat kolesterol untuk masalah kesihatannya, sebaliknya harus mengubah cara hidup terutama dari segi pemakanan dan juga senaman dalam tempoh tiga bulan ini.
Semestinya berkait rapat dengan gambar ni yakni terduduk saya dibuatnya. Januari 2021 total cholesterol sy 8.3, Alhamdullilah tahun 2022 ni total cholesterol sy turun kepada 7.0.
Akan tetapi bacaan ni masih tinggi sebab normal value should be lower than 5.2. Bacaan cholesterol jahat (LDL) sy pulak dari 6.2 turun kepada 5.44 akan tetapi masih tinggi sebab normal value should be lower than 2.58. Selain tu buah pinggang saya berada pada kerosakan tahap 2 & pada masa yang sama pada air kencing saya ada darah detected.
Besar kemungkinan ada batu pada buah pinggang Wallahualam tapi sy nak check lagi later. Status hati okay, garam dalam badan okay, bacaan untuk gout okay, gula dalam badan okay.
Am i worried? Semestinya. Tang kolestrol & tang buah pinggang tu. Walaupun kalau dibandingkan status buah pinggang saya lagi elok keadaannya tahun ni berbanding tahun lepas tapi kali ni ada darah dalam air kencing tu yang buat saya sedikit cuak sebab normalnya takde darah pada air kencing unless ada jangkitan atau ada batu pada buah pinggang.
Mungkin nak kena buat ultrasound sebab taknaklah dari tahap 2 tiba-tiba makin teruk yang sampai nanti kena cuci darah kalau buah pinggang dah rosak tahap 5. Kalau tanya perasaan saya, saya sedikit lega tapi lebih kepada cuak ahaha. Sedikit lega tang bacaan kolestrol makin better & lebih cuak sebab kolestrol masih tinggi & kisah buah pinggang tu.
Adakah saya kena makan ubat kolestrol? Mengikut nasihat pakar perubatan saya, katanya tak perlu lagi. Cuba lifestyle changes dari segi pemakanan & senaman untuk 3 bulan ni & repeat balik ujian kolestrol bulan 4 nanti.
Kalau korang ikut story saya memang saya start jaga dah pemakanan & senaman sejak 1.1.2022 aritu. Moga dengan keputusan medical checkup ni buat saya kekal motivated untuk teruskan healthy lifestyle saya.
Badan nak guna lama peeps. Apa guna ada bini cantik, anak handsome, duit berkepok kalau kesihatan tunggang langgang. Siapa yang tak buat medical checkup lagi, nasihat saya malam ni puasa pukul 12 malam, esok 8 pagi pergi klinik berdekatan untuk buat basic medical checkup. The best investment you can make is in your own health.
Kerap bersin petanda resdung. Tak payah risau, nak cepat sembuh rawat guna petua tradisional Cina. Salah satu tanda mengalami resdung adalah apabila seseorang kerap bersin terutama waktu pagi.
Jika situasi ini berlaku, hidung akan jadi merah, berair dan ada kalanya sampai mengeluarkan air mata.