Selain menjaga kecantikan wajah, kita juga digalakkan untuk menjaga pemakanan.
Penjagaan makanan yang sihat dan seimbang penting untuk kita menjalani kehidupan yang sempurna. Bila badan sihat, akan terpancarlah wajah yang ceria.
Namun jika pemakanan tidak dijaga rapi, penampilan diri akan nampak lesu dan tidak bermaya. Dan itulah menyebabkan anda nampak lebih tua dari usia sebenar.
Untuk mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang, ada sembilan jenis makanan dan minuman yang perlu anda elak dalam diet harian.
Percayalah jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan di kemudian hari.
1. Minuman Berkarbonat
Seperti yang kita semua tahu, minuman berkarbonat adalah sejuk, segar, manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin tidak sedar yang anda telah mencetuskan kebergantungan dan ketagih terhadap minuman berkarbonat.
Minuman berkarbonat ini hampir tidak mempunyai khasiat. Oleh itu, ia perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian anda. Tambahkan pengambilan air putih, teh hijau serta jus buah-buahan dalam diet harian anda.
2. Minuman Kafein Berlebihan
Seperti minuman berkarbonat, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Sama ada kopi O atau kopi susu rendah kalori. Kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesan kopi O tanpa menambah susu, krimer atau gula.
Ads
3. Produk Yang Kaya Dengan Tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di bleached dan kehilangan khasiat berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
4. Roti, Kek & Pastri
Roti keju yang besar dan mufin bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan baik untuk diet harian. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi. Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak.
Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
5. Makanan & Minuman Pek Segera (Instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Makanan dan minuman jenis ini yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu, anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi adakah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi?.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan. Pengambilan makanan dan minuman jenis ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini atau lebih baik cuba elak kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori tinggi.
Ads
6. Makanan Dalam Tin
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
7. Makanan Bergoreng
Setiap makanan goreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu atau makanan digoreng dengan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepsi.
Ads
8. Makanan Segera
Siapa yang tidak suka burger dan kentang goreng bukan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak dan jarang mempunyai vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada satu hingga dua kali sahaja setiap bulan.
9. Snek Buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah buah semula jadi dan segar daripada buah-buahan yang diproses.
Nak cerahkan ketiak berkerak disebabkan pakai deodorant, anda kena rajin sental dengan cara yang betul.
Seperti yang dikongsi oleh saudari Irdina, dalam 2 minggu pun sudah nampak kesan. Kalau dilihat selepas amalannya, tip ini sangat bagus kalau anda cuba buat sendiri dekat rumah. Jimat!
Petua Cerahkan Ketiak Berkerak
Bahan-bahannya:
1 sudu besar air lemon
1 sudu besar baking soda.
Caranya:
Anda cuma perlu sebatikan dua bahan ini dan gosok pada bahagian bawah ketiak.
Selepas itu boleh lah basuh dan ulang dalam 3-4 kali dalam 2 minggu.
Biasanya ramai serah diri pada Spa sahaja sebab tak rajin nak buat. Tetapi buat anda yang nak jimat poket, boleh cuba cerahkan ketiak yang berkerak dengan cara ini. Jangan lupa cuba, ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang terpegun melihat kecantikan dan keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin yang mencemar duli menerima undangan istimewa sebagai daripada Bilik Berita RTM untuk menyampaikan berita secara langsung dalam slot Berita Perdana di Studio Wisma Berita, Angkasapuri bersempena sambutan Hari Ulang Tahun RTM ke-75, 1 April lalu.
Untuk rekod, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 2 dekad sejak tahun 1996 dan kali terakhir ke udara lima tahun lalu pada 31 Ogos 2016.
Dan tanggal 4 Jun merupakan hari ulang tahun kelahiran DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang ke 50.
Hebahan ini dikongsi melalui laman Instagram Selangor Royal Official yang mendoakan Tuanku berada dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-50 Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat.
Daulat Tuanku!
Biarpun usia sudah mencecah separuh abad, namun kecantikan dimilki Tengku Permaisuri Norashikin membuatkan ramai yang tertawan.
Malah warganet juga turut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran untuk baginda Tuanku dan memuji kecantikan dimiliki permaisuri kesayangan ramai ini.
Tengku Permaisuri Norashikin diijabkabulkan dengan Sultan Sharafuddin oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis pernikahan baginda berdua berlangsung secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.
Malah, ramai wanita menjadikan Tengku Permaisuri Norashikin sebagai sumber inspirasi bukan sahaja dari segi keperibadian dan penampilan baginda yang sangat menyenangkan.
Ramai yang suka pakai mekap tebal walau cuaca terik panas di luar, tanpa mengambil kira apa akan berlaku pada kulit jika lama sangat terdedah dengan cahaya matahari.
Mungkin nak nampak cantik tetapi kalau dah sampai bercapuk dan berpeluh, mungkin sebaliknya yang akan berlaku. Jadi comot!
Pakai Mekap Tebal Dengan Cuaca Panas, Ini Yang Akan Berlaku Pada Kulit!
Bagi wanita yang tinggal di Malaysia, kebanyakan kita mempunyai satu masalah yang sama iaitu cuaca yang panas.
Kesannya tak sampai setengah hari, boleh jadi cair, rosak dan crack akibat suhu yang panas serta peluh. Jadi apabila mekap ketika panas, anda sebenarnya berisiko untuk mendapat beberapa ‘masalah’ ini:
Jerawat
Perkara biasa yang terjadi apabila kenakan mekap ketika cuaca panas adalah jerawat. Apabila kamu kenakan foundation atau bedak, ini akan buatkan pori kamu tersumbat. Kesannya minyak lebihan, peluh dan sisak mekap yang tersumbat menjadikan jerawat mula muncul di sekitar wajah.
Jangkitan mata
Ada sesetengah wanita, mereka suka all out mengenakan mekap mata. Penting untuk kamu tahu, kulit di sekeliling mata adalah kawasan yang sangat sensitif. Jadi bila pakai ketika cuaca panas, mekap akan menjadi cair dan membuatkan ia mudah memasuki sudut mata sehingga terjadinya iritasi serta jangkitan.
Pori jadi tersumbat
Memiliki pori terbuka membuatkan wajah kamu akan mudah tersumbat dengan bakteria dan kotoran di wajah. Ditambah pula dengan pakai mekap, kulit akan mengunci kelenjar peluh dan memerangkap sisa kotoran di wajah ke dalam liang.
Akibatnya, wajah akan alami kerengsaan dan kemerahan. Ada yang jadi kering, berminyak dan kusam.
Pakai mekap ketika cuaca panas boleh akibatkan beberapa keadaan ini berlaku pada kulit:
Kulit akan jadi terlalu kering dan merekah akibat berpeluh.
Ada sesetengahnya akan nampak terlalu kusam.
Wajah menjadi sangat berminyak dan mekap akan buatkan wajah nampak bercapuk dan crack di bahagian bawah mata, garis senyum dan dahi.
Proses penuaan jadi lebih cepat
Mungkin ada yang tak percaya, tetapi mekap boleh buatkan proses penuaan menjadi lebih cepat. Ini kerana bahan-bahan dalam alat mekap itu cenderung untuk menyerap vitamin serta mineral penting dalam kulit. Hasilnya selepas pakai, anda akan nampak kedutan mula muncul dan kulit jadi terlalu kering.
Jadi sebaiknya kalau nak bermekap dalam cuaca panas, jangan lah pakai tebal sangat. Cukup pakai skincare dan mekap nipis yang simple sahaja asal muka tak nampak pucat supaya masalah di atas tidak berlaku.