Kisah pelakon, Uqasha Senrose menjadi tular di media sosial apabila ada segelintir individu yang menegur tentang kenaikan berat badannya. Malah ada juga yang membuat pelbagai spekulasi tentang fizikal pelakon wanita ini dan meninggalkan komen-komen negatif di Instagramnya.
Namun baru-baru ini, Uqasha mendedahkan dia sebenarnya pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sepanjang tiga tahun bergelar isteri kepada Kamal Adli.
Jelasnya, situasi itu berlaku semasa dia mengalami haid yang berpanjangan dan dia pula tidak tahu dirinya sedang berbadan dua.
“Dua kali saya gugur, rasa sebak pula bila cakap pasal ini. Mungkin bukan rezeki lagi. Pertama kali saya tak tahu saya mengandung semasa tunaikan umrah.”
Uqasha memberitahu dia mengalami haid berpanjangan tanpa henti namun menyangka ia adalah perubahan hormon selepas berkahwin. Dia kemudiannya didatangi haid berpanjangan sekali lagi semasa mengerjakan ibadah umrah bersama suami dan juga semasa Pilihan Raya Umum ke-15.
Ads
“Saya cakap dengan suami tentang masalah datang haid tak berhenti itu dan bimbang kalau-kalau ada masalah dalaman, saya hubungi doktor sakit puan dia suruh beli ujian kehamilan (UPT).”
Putuskan Untuk Jumpa Doktor
Pelakon itu kemudian membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor sebelum dimaklumkan bahawa kandungannya yang berusia dua bulan tidak dapat diselamatkan. Dalam masa yang sama, Uqasha juga perlu melalui pembedahan bagi membuang darah yang terkumpul di bahagian ovum.
Ads
“Bila buat ujian dapat dua garisan, kami terus pergi hospital kerana bimbang mengandung luar rahim tapi bila periksa anak dalam kandungan dah tak ada. Bila dapat tahu mengandung masa itu, tertanya-tanya kenapa tak jaga tapi Kamal bagi semangat kata tak apa kita cuba lagi.”
Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, Uqasha memberitahu dia redha dengan ketentuan itu dan dia serta suami tidak merancang untuk memiliki anak buat masa ini. Tambahan pula pada ketika ini dia sedang sibuk bekerja dan menjalani penggambaran drama sebanyak 70 episod.
Wanita Yang Gugur, Kuatkan Semangat!
Sementara itu, ini nasihat daripada Dr Imelda Balchin buat anda yang mengalami keguguran.
Ads
Bila seorang wanita mengalami keguguran, jangan kata “Rahim awak tak kuat”
Kalau anda tak boleh memberi kata-kata yang menyejukkan hati wanita yang keguguran, baik DIAM. Kalau anda hanya boleh memberi kata-kata yang membimbangkan wanita yang keguguran, DIAM.
Jangan mencari kesalahan wanita yang keguguran. Jangan tuduh rahim wanita itu tidak kuat jika keguguran yang awal berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Jika anda bukan doktor yang merawat wanita yang keguguran, anda DIAM.
Kalau tak boleh memberi wanita kata-kata yang memberi ‘empowerment’ ‘motivasi’ ‘semangat’, anda DIAM saja.
Untuk wanita yang telah mengalami keguguran awal, sebelum 14 minggu kehamilan. Tak payah beli produk cuci rahim, produk kesuburan, produk kuat rahim. Insyallah kebanyakan wanita yang hamil semula tidak ada masalah.
Dan bagi wanita yang pernah mengalami keguguran selepas 14 minggu kehamilan, anda juga tak perlu beli produk cuci rahim, produk kesuburan, produk kuat rahim. Untuk kehamilan yang berikutnya, sila jumpa pakar gynae pada 12 minggu kehamilan untuk pemeriksaan dan rawatan terbaik untuk mencegah keguguran atau kelahiran pramatang.
Kita mesti berfikiran positif dan berusaha dengan cara yang terbukti berkesan sebelum bertawakal, tetapi apa yang tidak perlu ialah kata-kata kesat yang mengguris hati wanita dan mencari kesalahan wanita yang mengalami keguguran.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat anda yang masih tak tahu, bedak ada banyak jenis sebenarnya. Tetapi antara yang paling ramai suka pakai.
Menurut seorang wanita yang suka berkongsi tip cantik, Puan Sumayyah, kalau anda suka pakai bedak, anda perlu tahu bedak mana yang sesuai dengan jenis kulit anda ya. Jom semak!
Jenis Bedak Yang Patut Anda Tahu, Barulah Pakai Tu ‘Ngam’ Elok!
1. COMPACT POWDER
– senang bawak pergi travel
– ringan di muka, finishing sangat natural tak bercapuk
– sesuai untuk pakai daily
– sesuai untuk kulit kering
2. TWO WAY CAKE
– bedak berasaskan foundation
– tekstur agak creamy dan berat
– finishing full coverage, tayah pakai foundation dah
– finishing dia pun flawless dan tahan lama
3. LOOSE POWDER
– tekstur bedak sangat halus
– sesuai untuk oily skin sebab dia menyerap minyak berlebihan
– makeup jadi tahan lama dan cantik
Jadi, lepas ini jangan main beli ikut orang pakai ya! Pastikan anda dapat sesuaikan dengan kulit dan puas hati dengan hasilnya tak bercapuk. Barulah ‘ngam’ elok sapu bedak, tak terlalu putih dan cukup kemas.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan bukan mudah untuk mendapatkan berat badan idaman. Pelbagai cara dilakukan termasuk pengambilan sumplemen, diet makan, tetapi semuanya tidak menjadi.
Namun jika kekal berusaha dan disiplin, pastnya impian itu akan terlaksana.
Seperti perkongsian gadis ini yang berkongsi cara menurunkan berat badan tanpa perlu mengelak pengambilan nasi.
Menurut Ameera dalam perkongsiannya di laman twitternya tahun 2019, perjalanan penurunan berat badannya bermula pada November tahun 2018. Selain berdiet, dia juga turut melakukan senaman.
Ujarnya lagi, dia tidak mengikut diet tertentu yang popular seperti diet atkins, IF dan sebagainya. Dia hanya berdiet mengikut caranya sahaja.
Gadis 27 tahun ni berkongsi rahsia dietnya. Menurutnya, dia hanya makan dalam kuantiti yang banyak pada sebelah pagi.
Untuk sarapan dia akan mengambil nasi dan lauk seperti biasa. Namun, untuk makan tengahari, dia hanya akan makan buah-buahan dan tidak mengambil apa-apa untuk makan malam.
Tambahnya lagi, dia akan mengambil 2 senduk nasi, lauk ayam dan sedikit kuah untuk sarapan.
Katanya, jika kita tidak bersarapan kita lebih cenderung untuk mengambil lebih banyak makanan pada tengahari
“Saya mula lakukan diet dan senaman ini pada November tahun lalu. Pada awalnya berat saya 83kg dan terkini berat saya turun ke 69kg,”
Untuk tengahari, dia akan mengambil buah potong dan tidak meletakkan sebarang perisa asam atau kicap.
Untuk makan malam, permulaan memang agak sukar untuk anda tidak mengambil sebarang makanan. Jadi anda bolehlah mengambil biskut atau roti high fiber.
Dia mula melakukan senaman seperti berlari/jogging selama 30 minit atau berbasikal selama 30 minit.
Ini merupakan antara tip lain yang dikongsikan olehnya adalah seperti berikut:
– Untuk permulaan anda memulakan senaman, untuk orang yang berat lebih baik buat cycling dulu.
– Kemudian baru boleh buat joging secara perlahan. Jangan terlalu paksa diri masa buat kardio. Buat ikut kemampuan, tapi kena sentiasa konsisten.
– Perlu displinkan diri dengan jangan mengambil sebarang makanan ringan, makanan segera dan makanan yang manis-manis.
Jadi diingatkan bagi yang mahu turunkan berat badan cara sihat, boleh ikut tip dikongsi Ameera ini. Apa yang penting keazaman untuk kembali langsing.
Sebelum anda membuat pilihan nak pakai sunscreen atau foundation, lebih baik anda ketahui dulu kelebihan dua produk ini lebih jauh.
Mungkin ada yang suka pakai foundation atau lebih dikenali bedak asas tebal untuk tutup cela, tetapi kalau tiada pelindung apa gunanya? Jom baca perkongsian daripada Sakinah Zaily Johari berkenaan dua produk ini.
Sunscreen Dan Foundation, Mana Satu Pilihan Terbaik?
“Dalam foundation saya dah ada spf. Perlu pakai lagi ke sunscreen?”
Biasa tak dengar ayat macam tu? Okay, kalau awak yakin nak pakai foundation sama jumlah sunscreen dengan 2 JARI. Dipersilakan.
Tetapi wajah anda akan kelihatan seperti ini lah. Agak-agak selesa ke? Dengan berminyak, tebal dan berat je rasa. Dah, rupa apa entah muka.
Mahu ke pakai foundation tebal macam itu?
Rajin dan sanggup ke tiap 3 jam sekali nak tepek foundation macam ni?
Yelah, nak sama kan dengan sunscreen kena apply balik. Rasanya lebih baik pakai sunscreen lah dari pakai foundation sampai banyak macam ni jadinya.
Untuk pengetahuan anda, Spf yang ada dalam pelembap, foundation, cc cream, bb cream tak sama formulasi dalam sunscreen.
Pilihan terbaik nak lindungi kulit perlu lah pakai SUNSCREEN.
Yang memang khas untuk melindungi kulit dari UVA/UVB. Tolong sematkan diminda tu. Skincare dan make up tidak sama. Berbeza.
Cara Pakai Sunscreen
Cara memakai sunscreen adalah sapu pada bahagian kulit wajah dan tubuh secara rata, sekitar 15-30 minit sebelum mula beraktiviti. Pilih jenis sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit. Kulit kering tak akan sama dengan jenis kulit berminyak, itu anda patut tahu.
Ini Pula Cara Pakai Foundation
Kalau nak jimat, pakai jari saja. Cara ini sesuai untuk semua jenis kulit dan memberikan coverage yang nipis atau sederhana. Tapi sebelum itu, pastikan tangan anda bersih untuk mengelakkan sebarang kotoran atau bakteria daripada tersebar.
Picitkan foundation sebesar syiling 10 sen ke bahagian belakang tapak tangan. Kemudian, sapukan sikit-sikit ke muka. Cara yang sesuai ialah tepek-sapu-tepek-sapu dengan menggunakan dua jari. Ini memastikan foundation itu betul-betul rata.
Ambil peduli bahawa, skincare untuk melindungi dan merawat kulit. Manakala solekan seperti foundation itu fungsinya untuk kecantikan.
Harap semua boleh faham dan raya nanti mampu buat pilihan terbaik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!