Buat masa ini, setiap rumah pastinya mempunyai bekalan kit ujian kendiri Covid-19 sebagai persediaan bagi membuat pemeriksaan sendiri jika mempunyai sebarang gejala.
Lambakan jenama yang dijual di pasaran dan pengguna berhak memilih untuk membeli yang murah atau mahal mengikut kemampuan masing-masing.
Namun perlu diingatkan agar tidak membeli 2 jenama kit uujian kendiri Covid-19 yang telah dibatalkan kelulusan bersyarat kerana gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
MDA memaklumkan, pembatalan itu berkuatkuasa serta-merta dan menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 berkenaan.
“Pihak MDA membatalkan kelulusan bersyarat bagi Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.
“Pembatalan ini dibuat kerana establismen berkenaan gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA.
“Berikutan itu, MDA menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan,” katanya dalam Facebook rasminya hari ini.
Jadi diingatkan sekali lagi kepada pengguna untuk mendapatkan ujian kit kendiri ini yang hanya diluluskan oleh MDA supaya dapat keputusan tepat setiap kali melakukan pemeriksaan.
Semahal apa pun alat solek, kalau tidak ada kemahiran, hasilnya belum tentu sempurna. Jadi anda patut tahu tip solekan yang sesuai dengan wajah masing-masing bagi mendapatkan hasil yang licin dan tahan lama.
Kunci untuk solekan tahan lama adalah dengan mengaplikasikan set penjagaan kulit terutamanya pelembap.
Pelembap muka berfungsi untuk melembapkan kulit walaupun sewaktu cuaca panas. Pelembap juga mampu menghidrasikan kulit muka anda.
Kesan tidak memakai pelembap adalah solekan akan kelihatan cracky dan tidak rata. Makeup juga tidak tahan lama tambahan pula penggunaan face mask masih diperlukan, jadi ia mudah untuk melekat di atas face mask anda.
Anda juga dinasihatkan untuk tidak memakai produk penjagaan muka dengan terburu-buru. Tunggu hingga kesemua set penjagaan kulit meresap ke dalam kulit sebelum mengaplikasikan alat solek. Jika tidak, ia akan membuatkan kesan piling pada solekan anda.
Bukan hanya pelembap, anda juga perlu mengaplikasikan sunscreen supaya kulit anda dilindungi daripada sinaran UV yang bakal merosakkan kulit yang terdedah.
Primer sangat penting diaplikasikan sebelum memakai alat solek supaya solekan nampak licin. Ia merupakan perkara asas bagi solekan untuk menghaluskan tekstur kulit, menutup kesan pori serta garis halus di muka.
Kulit diibaratkan seperti kanvas untuk melukis. Untuk menghasilkan karya yang licin dan sempurna, pelukis harus menggunakan base yang akan membuatkan lukisannya tampak lebih licin dan menarik.
Primer juga bertindak untuk menjaga kulit muka daripada alat solek yang bersentuhan secara langsung pada wajah. Bagi wanita yang memiliki kulit berminyak, sensitif, dan berjerawat, primer sangat penting untuk anda aplikasikan kerana dapat meminimumkan risiko kerosakan kulit bahkan iritasi.
Primer hadir dalam pelbagai tekstur iaitu cecair, gel ataupun krim. Tentukan primer yang bersesuaian dengan wajah anda supaya solekan anda kelihatan cantik dan berseri.
Tidak ada satu orang di dunia ini yang memiliki wajah terlalu bersih sehingga tiada sebarang parut jerawat, noda hitam, mahupun lingkaran gelap bawah mata. Permasalahan ini boleh ditutup dengan memakai concealer pada kawasan tertentu.
Letakkan concealer pada kawasan muka yang bermasalah dan biarkan selama dua minit sebelum meratakannya. Ini membantu concealer supaya tidak bercapuk dan crack
Pilih concealer yang lebih cerah daripada tona wajah anda untuk memberikan dimensi pada muka anda. Concealer juga berfungsi untuk membentuk kening dengan lebih cantik. Letakkan di keliling kening untuk menutup bulu kening yang berlebihan.
Ramai yang beranggapan cara mengaplikasikan foundation dengan tepat adalah dengan menggosok atau meleret menggunakan span atau berus.
Walhal, cara yang terbaik untuk mengaplikasikan foundation adalah dengan menggunakan teknik ‘dab’ secara perlahan-lahan ke seluruh muka. Teknik ini akan memberikan kesan yang sempurna tanpa sebarang cacat cela.
Pilih warna foundation sama seperti concelear. Hal ini kerana terjadinya proses pengoksidaan di mana berlakunya tindak balas kimia yang akan menyebabkan foundation bertukar menjadi warna gelap setelah memakai selama beberapa jam.
Berbeza dengan foundation, pemnilihan cushion harus dipilih menngikut warna kulit. Cara mengaplikasikannya adalah sama seperti memakai foundation. Namun, kalau sudah kering, hindari untuk melakukan layering kerana span cushion akan meninggalkan bekas yang membuatkan solekan anda tidak cantik.
Setting spray adalah langkah terakhir dalam pemakaian alat solek. Ia berfungsi sebagai alat yang membuatkan solekan tahan lama dan kelihatan natural.
Cara pemakaian setting spray ini sangat mudah dengan menggoncang botol terlebih dahulu supaya partikelnya tersebar ke seluruh muka dengan jarak 10-25 sentimeter.
Jangan sembur terlalu banyak kerana akan mengakibatkan cairan tersebut terkena mata lalu mencairkan solekan mata. Semburan yang terlalu sikit pula akan menyebabkan cecair tidak tersebar dengan rata.
Jadi, selepas ini pastikan anda tahu cara bersolek yang betul untuk hasil terbaik pada wajah ya!
Semua wanita nak cantik tetapi tak amal doa waktu bersolek, ruginya! Sebenarnya istilah indah pada rupa perlu lah selari dengan dalaman.
Tidak bergantung kepada penjagaan kulit semata-mata, sebaiknya anda boleh amalkan doa-doa terbaik untuk naikkan seri wajah.
Ini antara dua doa yang terbaik yang sememangnya mempunyai maksud yang baik dan bagus untuk dijadikan amalan sewaktu selepas solat.
Bukan sembarangan, doa ‘pemanis’ wajah ini adalah doa Nabi Yusuf a.s. Doa ini mempunyai banyak keistimewaannya dan salah satunya adalah jadikan wajah lebih cantik berseri.
1. Baca potongan ayat 4, dalam surah Yusuf sebanyak tiga kali.
2. Kemudian teruskan membaca potongan ayat 39 dalam surah Thaahaa sebanyak tiga kali dan sapu ke seluruh wajah.
3. Lakukan setiap kali sudah solat atau sebelum bersiap.
Doa ini bukan sahaja menyerikan wajah, tetapi boleh juga kalau sang isteri mahukan suaminya terus menyayangi dan sejuk mata memandangnya.
Haaa.. jangan baca saja, pastikan anda amalkan doa-doa ini setiap kali selepas solat atau tengah bersolek.
Selamat beramal!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saya rasa ada ketulan di breast kanan, kanser ke ni doc?
Ada 2 jenis ketulan payudara bukan kanser iaitu fibrosista(fibrocystic) dan fibroadenoma.
Fibroadenosis adalah ketulan abnormal yang tidak merbahaya (benign) di payudara, menyebabkan payudara rasa berketul dan kadangkala boleh terasa sakit.
Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon semasa remaja pertama kali datang haid (permulaan haid) dan wanita yang pra-menopaus.
Ketulan fibroadenosis secara umumnya akan sembuh sendiri dan tidak membawa sebarang risiko untuk berubah menjadi kanser.
Fibroadenoma adalah ketulan licin pada payu dara, yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenjar (adenomatous).
Ketulan tersebut kenyal, licin, bulat dan boleh bergerak di bawah kulit apabila di periksa dan biasanya dipanggil sebagai ‘tetikus payu dara’.
Fibroadenoma dipengaruhi oleh hormon estrogen, kerana fibroadenoma paling kerap ditemui pada wanita di peringkat usia pre-menopausal atau hamil, atau wanita yang menopaus atau yang mengambil terapi hormon gantian (HRT).
Ketulan fibroadenoma adalah tidak merbahaya (benign) dan jarang bertukar jadi kanser.
Walaupun hanya 1 dalam 10 ketulan payu dara adalah kanser, 10 dalam 100 orang wanita adalah berisiko mendapat kanser payu dara dalam jangka hayat mereka.
Semua wanita dinasihatkan untuk memeriksa payudara sendiri setelah habis kitaran haid pada setiap bulan.
– Berdiri depan cermin dengan meluruskan bahu dan tangan di pinggang. Perhatikan saiz, bentuk dan warna payudara dalam keadaan normal.
– Angkat tangan keatas dan perhatikan perubahan yang sama.
– Perhatikan sebarang cecair keluar dari salah satu daripada puting (ianya mungkin berbentuk air, cecair berwarna susu, cecair berwarna kuning atau darah).
– Dalam keadaan baring, raba payudara dan celah ketiak untuk cari pembengkakkan dengan gerakan bulat.
– Dalam keadaan berdiri atau duduk rasakan sebarang bengkak dalam gerakan bulat.
Dengan cara ini, sebarang kejanggalan pada payudara dapat dikenalpasti. Jangan segan untuk jumpa doktor dan dapat rawatan awal.
Bantu saya untuk #share info penting ini sebab ramai wanita tak ambil berat dengan ketulan di payudara dalam lambat dapatkan rawatan doktor.
Dr. Ahmad Samhan Untuk belajar lebih banyak tentang info kesihatan, follow telegram saya
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.