Melakukan hubungan intim menjadi tuntutan wajib perlu dilaksanakan bagi setiap pasangan suami isteri yang sudah berkahwin.

Namun pernah atau tidak anda mendengar jika ada antara pasangan yang tidak pernah atau tidak mampu lakukan hubungan intim ini.

Ini sebenarnya adalah satu penyakit yang memang wujud dan jarang diketahui orang, iaitu dikenali sebagai Vaginismus.

Apakah itu penyakit Vaginismus? Temubual oleh Sirap Limau bersama pakar Perubatan Keluarga, Dr. Siti Aishah Yunos mengupas lebih lanjut mengenai penyakit ini.

Artikel Lain: Batuk 3 Minggu Tanpa Henti Pulih, Lepas Cuba Petua Remedies Cina Guna Bawang Putih

Menurut Dr. Aishah, Vaginismus merupakan penyakit di mana, pasangan suami isteri mempunyai masalah tidak mampu melakukan hubungan seks.

Vaginismus terbahagi kepada dua iaitu primary dan secondary. Dr. Aishah berkata, primary merupakan keadaan seseorang wanita yang tidak pernah melakukan hubungan kelamin walaupun sekali. Katanya lagi, terdapat banyak sebab yang berlaku di dalam primary.

Doktor Jelaskan Pengalaman Bersalin Hingga Anxiety, Antara Sebab Penyakit Vaginismus Atau Faraj Tertutup
Gambar sekadar hiasan.

Antara Sebabnya:

  • Anxiety
  • Takut sakit
  • Otot mengeras
  • Sejarah silam

Anxiety terjadi apabila isteri takut melakukan hubungan seks kerana mendengar perkongsian rakan-rakan yang menyatakan bahawasanya ‘seks itu sakit’. Dr. Aishah menyatakan majoriti pesakit beliau datang disebabkan masalah anxiety dalam diri mereka.

Kesan anxiety, secara tidak langsung mendorong kepada tindak balas badan pesakit yang menjadikan otot-otot mengeras ketika melakukan hubungan intim itu.

“Apabila dia takut, otot badan otot kaki dan otot penis akan mengeras. Ini adalah yang paling selalu terjadi sebab kenapa pesakit itu ada Vaginismus.” kata Dr. Aishah.

Artikel Lain: Selain Aktif Berlari, Amal Minum Air Lepas Bangun Tidur. Rahsia Vanidah Imran Kekal Fit Lewat Usia 40an!

Mengungkap mengenai sejarah silam, Dr. Aishah menjelaskan menjadi mangsa cabul memungkinkan pesakit berasa sangat takut mendekati seks ekoran trauma yang dihadapi.

Manakala, secondary ialah wanita yang pernah melakukan hubungan seks tetapi tiba-tiba pada satu waktu dia tidak mampu lakukannya.

Ini Antara Sebabnya:

  • Anxiety
  • Bersalin
  • Pembedahan

Biasanya lepas bersalin atau pembedahan dekat vagina, mungkin pesakit berasa takut sakit atau pun dia fobia. Time tu dia jadi anxiety dan dia takut untuk buat hubungan seks.” kata Dr. Aishah.

Beralih kepada persoalan bagaimana boleh timbulnya perasaan takut kepada wanita untuk melakukan seks, ini yang disampaikan oleh Dr. Aishah.

“Rata-rata pesakit yang datang ke klinik saya, daripada pengalaman saya, kaum hawa ni dia takut nak buat hubungan seks dia dapat Vaginismus…sebab dia dengar cakap kawan.

“Kawan cakap seks itu sakit! Seks itu berdarah! Seks tu pedih! Maka dia pun takut sebab dia tak pernah lagi rasa sakit ni (seks) kan.” jelas beliau.

Tambahnya lagi, sebelum membuat rawatan Vaginismus pesakit akan ditanya terlebih dahulu mengenai penyakit lain yang juga boleh jadi faktor tidak mahu/takut lakukan seks.

Doktor Jelaskan Pengalaman Bersalin Hingga Anxiety, Antara Sebab Penyakit Vaginismus Atau Faraj Tertutup
Gambar sekadar hiasan

Antara Penyakitnya:

  • Jangkitan kuman pada vagina
  • Jangkitan kuman pada pundi kecing
  • Masalah dubur
  • Vulvar Vestibulitis (sensetif pada kawasan berhampiran tempat kemaluan)
  • Vulvodynia (urat saraf pada kemaluan yang sentiasa aktif akibatkan rasa sakit)
  • Masalah kulit
  • Menopause

Malah, Dr. Aishah turut berpesan kepada penghidap penyakit Vaginismus. Di mana, 80% adalah keinginan pesakit untuk berubah dan selebihnya adalah rawatan daripada doktor.

Pesakit tidak perlu berasa segan dan takut untuk mendapatkan rawatan. Pergilah bertemu dengan pakar yang bertauliah. Ternyata kita mampu mengubah dan jika mahu hidup bahagia bersama pasangan tercinta.

Artikel Lain: Bukan Seperti Varian Delta, Rupanya Omicron Tak Sebabkan Hilang Deria Bau. Tapi Gejala Sakit Kepala & Loya!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI