Diambil Setiap Hari Secara Sederhana, Ini 8 Manfaat Habatussauda Untuk Kesihatan

Share

Tidak dinafikan habatussauda kini jadi pilihan ramai yang diambil sebagai suplemen tambahan untuk kesihatan tubuh kala musim pandemik Covid-19.

Herba kecil berwarna hitam ini diakui mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan tubuh jika diambil secara konsisten mengikut sukatan dibenarkan.

Untuk mengetahui khasiatnya, Syaza Nutritionist

memberitahu 8 manfaat habbatussauda yang dikatakan tinggi dengan kandungan antioksida.

1. Tinggi dengan kandungan antioksida boleh bantu lindungi tubuh seseorang daripada pelbagai masalah kesihatan.

2. Juga boleh bantu rendahkan kadar kolesterol, penting untuk bantu fungsi tubuh jadi lebih baik.

3. Bantu merencatkan petumbuhan sel kanser dalam badan.

4. Habatussaauda bersama ubat antibiotik dapat bantu meningkatkan keberhasilan dalam bunuh kuman.

5. Membantu kurangkan penyebab keradangan dan mengelak kesan tekanan oksidatif.

6. Juga bantu melindungi organ hati daripada rosak yang disebabkan oleh radikal bebas.

7. Pengambilan 2gm sehari dapat bantu stabilkan gula dalam darah

8. Juga dapat kurangkan kejadian ulser perut

Banyak manfaat untuk kesihatan manusia, tetapi bukan ubat yang boleh merawat penyakit. Pengambilan secara konsisten dengan 1-3gm setiap hari sudah memadai.

Artikel Berkaitan:

Kentang, Buahan Kuning Keemasan Paling Popular. Punya Banyak Manfaat Untuk Kecantikan & Kesihatan!

Kailan Sayuran Hijau Yang Banyak Vitamin. Sangat Berkhasiat Untuk Kesihatan & Kecantikan!

Murah & Sedap, 5 Buahan Paling Baik Diambil Untuk Cantikkan Wajah Secara Semulajadi

IKLAN