Siapa sangka wanita yang subur juga turut berpotensi untuk mendapat Polycystic ovary syndrome (PCOS). Walaupun nisbahnya hanya 10% tetapi tetap berpotensi untuk mendapatnya.
Bila seseorang ada PCOS itu seseorang itu sukar untuk hamil dan berisiko ada masalah kardiovaskular, diabetes dan kanser endometrium.
Apa agaknya gejala PCOS yang ramai wanita terlepas pandang. Walaupun nampak remeh, tetapi boleh jadi serius jika tidak dikesan lebih awal.
Polycystic ovary syndrome (PCOS) adalah kondisi yang mempengaruhi tahap hormon wanita apabila tubuh menghasilkan hormon androgen lebih tinggi berbanding biasa.
3 ciri utama PCOS ialah: 1. Haid tidak teratur yang bermaksud ovari tak kerap mengeluarkan telur (ovulasi)
2. Androgen berlebihan iaitu tahap hormon “lelaki” yang tinggi dalam badan, yang boleh menyebabkan tanda fizikal seperti bulu di muka atau badan yang berlebihan
Ads
3. Polycystic ovaries – ovari membesar dan mengandungi banyak kantung berisi cecair (folikel) yang mengelilingi telur. Kalau mempunyai sekurang-kurangnya 2 ciri ini, seseorang mungkin didiagnosis dengan PCOS.
Antara simptom lain ialah: 1. Keguguran rambut yang dikenali sebagai, androgenic alopecia atau, keguguran rambut bercorak wanita.
Ini disebabkan oleh tahap androgen yang tinggi pada wanita dengan PCOS.
2. Tahap hormon androgen yang tinggi akan menyebabkan kulit berjerawat & berminyak. Androgen menyebabkan kelenjar kulit menghasilkan lebihan bahan berminyak yang dikenali sebagai sebum.
3. PCOS juga boleh buatkan kulit menjadi gelap. Perubahan warna kulit bukanlah gejala PCOS. Tapi, penghidap PCOS yang ada rintangan insulin boleh mencetuskan acanthosis nigricans. Ini ialah satu keadaan kulit yang menyebabkan perubahan warna gelap pada lipatan & celahan badan.
4. PCOS juga boleh menyebabkan gangguan tidur & sentiasa keletihan akibat rintangan insulin. Insulin ialah hormon yang membolehkan sel menggunakan gula dalam menghasilkan tenaga. Bila ini berlaku, sel-sel akan kehilangan kemampuan untuk bertindak balas secara normal terhadap insulin, akhirnya boleh menyebabkan diabetes jenis 2.
5. Pening kepala juga merupakan gejala PCOS yang disebabkan oleh tahap hormon yang turun naik.
6. Pesakit PCOS juga sering mengalami pendarahan haid yang lebih banyak. Kondisi ini dikenali sebagai menorrhagia, disebabkan oleh tahap progesteron yang rendah. Menorrhagia ialah pendarahan teruk selama 7 hari atau lebih lama.
Ads
7. PCOS menyebakan kitaran haid jadi tak menentu disebabkan oleh tahap androgen yang tinggi dan insulin berlebihan.
8. Naik berat badan juga merupakan simptom PCOS disebakan tubuh perlu menghasilkan lebih banyak insulin dalam usaha mengekalkan tahap gula darah yang normal.
9. Penghidap PCOS juga susah untuk hamil tapi tak bermaksud tak boleh hamil terus. Ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon mengganggu pertumbuhan dan pembebasan telur dari ovari (ovulasi). Bila tak berovulasi, adalah mustahil untuk hamil.
Kalau korang rasa korang ada masalah diatas, segelah berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.
Ramai yang suka guna warna putih untuk naikkan seri, tetapi cara basuh cadar langsung tak peduli. Akhirnya lama-lama nampak kuning dan kena beli baru.
Haaa… tahu tak, ada cara yang betul kalau anda nak basuh kain warna putih, semak langkah-langkah yang dikongsikan Puan Zaza Zalina ini. Tanpa clorox ya, tetap bersih elok!
Cadar putih memang nampak minimalist dan membuatkan bilik kelihatan kemas dan berseri tetapi penjagaan cadar putih agak susah kerana jika salah cara membasuhnya akan menyebabkan kekuningan.
Begitu juga dengan tuala putih, perlu cara menggunakan cara betul supaya kekal putih dan tidak kekuningan.
Cara Basuh Cadar Dan Tuala Putih Dengan Betul, Barulah Tak Kuning!
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila dibentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip.
Kaedah jimat gunakan tuala tangan yang kecil masukkan ke dalam tempat letak sabun. Dapat juga lah mengurangkan karat terjun terus ke kain cucian. Alhamdulillah dah tak ada kotoran tu lagi.
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri-seri gitu. Bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya sebab akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.
Bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Saya suka nila yang cair sdikit.
Hasilnya! Cantik putih berseri-seri macam baru dibeli di kedai kan?
Nila jadi cair begini ya tapi airnya tetap kebiru-biruan.
Jadi selepas ini tak perlu lah beli baru cadar putih sebab anda dah tahu cara macam mana nak putihkan kain baju putih jadi bersih.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan tidak menjadikan alasan untuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz melakukan aktiviti senaman setiap pagi.
Jika dilihat di laman Instagramnya, beliau memang rajin melakukan aktiviti larian setiap hari sama ada secara individu atau bersama isteri tersayang.
Baru-baru ini beliau turut berkongsi tip untuk mereka yang gemar berlari. Menurutnya waktu terbaik untuk larian adalah waktu pagi dengan perut kosong.
Pesannya jangan makan apa-apa tetapi hanya minum air sekurang-kurangnya 500 ml sebelum berlari supaya tidak ‘dehydrated’.
Tip Sebelum Mulakan Larian
Selamat pagi, Malaysia! Hari ni saya nak share tips untuk mereka yang gemar berlari. Waktu terbaik untuk larian adalah pada waktu pagi, dengan perut kosong.
Jangan makan apa-apa tetapi minum air sekurang-kurangnya 500ml sebelum berlari supaya tak ‘dehydrated’.
Ini akan membantu membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. Sejurus selepas habis berlari, penting untuk kita mengambil makanan atau minuman yang kaya dengan protein untuk membantu pemulihan otot. Saya gemarkan telur rebus atau protein shake.
Pagi ni saya mulakan larian lebih kurang pukul 6 pagi, selepas solat Subuh. I stopped to take a moment and appreciate the sunrise today, sampai lupa ambil gambar.
InsyaAllah, mentari yang menyinari hari ini akan membawa kekuatan baru buat diri dan jiwa kita semua.
Yakinlah dengan kekuatan diri sendiri dan kemampuan kita sebagai sebuah keluarga yang mampu menyokong antara satu sama lain. Jangan sekali-kali putus asa! Happy Sunday!
Ada yang kata kalau suka makan pedas boleh bantu seseorang itu untuk jadi kurus lebih cepat.
Apa kaitan antara makan pedas dengan dapat memecahkan lemak yang terkumpul dalam badan.
Perkongsian Syaza Nutritionist merungkai kata-kata ini adakah benar makan pedas boleh menyebabkan seseorang itu jadi kurus dengan cepat.
MAKAN PEDAS BOLEH KURUS?? Betul ke?
Musim-musim pandemik ramai yang duduk rumah dan banyak idea untuk menghabiskan waktu dengan menonton dan makan.
Sebagai rakyat Malaysia, makanan yang pedas tu salah satu makanan yang diminati ramai. Ada juga yang tak pernah makan pedas pon terasa nak makan bila lihat ramai buat cabaran makan pedas.
Tapi sejauh mana makanan pedas ini boleh membantu untuk kurus?
Menurut kajian makanan pedas yang terhasil daripada lada atau cili ini mempunyai bahan aktif yang dikenali sebagai Capsaicin.
Antara kebaikan Capsaicin:
1. Membantu sistem pengaliran darah yang lebih lancar
2. Mempunyai kesan anti-keradangan yang boleh mengurangkan penghasilan keradangan
3. Membantu meningkatkan kadar metabolisma tubuh melalui pembentukan haba (thermogenesis)
3. Membantu menguatkan sistem imuniti melalui kadar antioksidan iaitu beta carotene.
4. Membantu melawan kanser sel
5. Membantu memanjangkan hayat seseorang
Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu bersederhana kerana jika diambil secara berlebihan ia akan memberikan kemudaratan terhadap tubuh badan kita.
Antara kesan jika pengambilan makanan pedas yang berlebihan ialah; boleh menyebabkan sakit perut, cirit-birit, dan muntah-muntah serta memburukkan lagi masalah GERD, pedih ulu hati, dan gastrik. Ini berlaku disebabkan oleh stimulasi yang berlebihan terhadap sistem saraf. Berita baiknya ia tidak menyebabkan kerosakan terhadap lapisan usus.
Walaupun sebelum ini dipercayai bahawa makanan pedas boleh membawa kepada ulser, bukti semasa kini mengesahkan bahawa capsaicin memberikan perlindungan terhadap patogen ulser, H. pylori. Capsaicin juga bertindak sebagai meredakan kesakitan apabila digunakan secara sapu atau dimakan.
Secara kesimpulannya, jika anda baru nak belajar makan makanan pedas, anda perlu meningkatkan pengambilan secara perlahan-lahan untuk mengurangkan gejala yang tidak diingini. Manakala bagi yang mempunyai masalah kesihatan, pengambilan yang bersederhana adalah sangat penting.
Dan nota penting bagi yang nak kurus tu, makan pedas bukanlah jalan pendek untuk kurus anda masih perlu bergerak aktif dan mengawal pengambilan makanan. Jika anda ambil makanan pedas dan bertambah ia tidak akan membantu anda untuk kurus malah akan memasukkan anda dalam kategori berat badan berlebihan.