Setiap kali datang Tahun Baru Cina, pastinya buah limau Mandarin akan banyak dijual di pasaran.
Rasanya yang manis-manis masam menjadikan buahan ini menjadi popular dikalangan penggemarnya.
Namun yang menjadi persoalan adakah buah ini mempunyai bahan pengawet atau sebaliknya. Bagaimana pula caranya untuk elak daripada mengalami sakit tekak.
Menjawab persoalan itu, Pensyarah Kanan kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr Fatimah Salim tampil di laman Facebook rasminya memberi pencerahan.
“Benar, kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan juga menghalang pertumbuhan kulat,” katanya.
Namun, ujar beliau, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.
“SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detoks secara semula jadi. Ia selamat, sebab itu dibenarkan sebagai pengawet pada makanan,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Fatimah berkata, disebabkan buah berkenaan dijual murah pada musim perayaan, limau dimakan juga mungkin berlebihan.
Justeru, tidak hairanlah jika ada individu yang berasa sakit tekak, batuk, sakit dada atau mengalami kesukaran untuk bernafas.
Ads
Teknik Rendaman
Sebenarnya, selain bahan kimia pengawet SO2 digunakan pada buah limau Mandarin, ia juga digunakan dalam buah kering seperti kismis, prune, juga dalam minuman berkarbonat dan beralkohol.
Apa-apa produk makanan yang mengandungi bahan kimia SO2 wajib meletakkannya pada label sebagai panduan untuk individu yang sensitif.
Ini kerana mereka (individu yang sangat sensitif) kepada SO2 terutamanya yang mempunyai penyakit asma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan kronik.
Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin, tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini.
Maka, cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan.
Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah (SO2(g) + H2O(l) –> H2SO3(aq)), jelas pakar berkenaan.
Ads
Merendam seketika iaitu selama 10 minit dengan air garam atau baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga dapat disingkirkan.
“Untuk individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Di sinilah perlunya kita memerhati dan ambil tahu tindak balas badan sendiri terhadap apa juga jenis makanan yang dimakan.
“Ingat, tidak semestinya jika anda terkesan dengan SO2, orang lain juga akan mengalami kesan yang sama. Juga tidak semestinya anda yang tidak terkesan, menidakkan kesannya kepada individu sensitif lain. Usah pukul rata ya.
“Musim perayaan ini, berpada-padalah ya. Jika badan sudah mula memberikan maklumbalas, maka sedarlah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!,” katanya.
Ads
Fakta Menarik Buah Limau Mandarin
Serentak dengan itu, Dr Fatimah berkongsi beberapa fakta menarik mengenai bahan kimia semula jadi yang terdapat dalam buah limau Mandarin:
i) Rasa manis isi limau disumbangkan oleh gula ringkas semula jadi seperti fruktosa, glukosa dan sukrosa. Rasa masam pula disumbangkan oleh bahan kimia bersifat asid terutamanya asid sitrik. Rasa manis dan masam ini perlu seimbang untuk memberikan rasa limau yang sedap dinikmati.
ii) Isi limau Mandarin kaya dengan serat, protein dan pelbagai jenis vitamin (A, B, C, E) serta mineral (kalsium, magnesium, phosporus, potassium). Ia juga kaya dengan fitokimia bersifat antioksida seperti flavonoids dan phenolic acids.
iii) Warna oren kekuningan limau Mandarin adalah disumbangkan oleh bahan kimia pigmen beta-cryptoxanthin.
iv) Bau limau Mandarin adalah disebabkan oleh bahan kimia meruap seperti thymol, dimethylanthranilate, gamma-terpinene dan beta-pinene yang terbebas semasa kulitnya dikupas.
Sekitar tahun 2019, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad pernah mengalami masalah komplikasi jantung hingga menyebabkan dirinya terpaksa berehat panjang.
Menyedari betapa berharganya menjaga kesihatan, Uyaina atau mesra dipanggil Yana kini begitu menitik beratkan pengambilan waktu rehat yang cukup.
Oleh kerana dirinya terdedah dengan pelbagai aktiviti sihat dan aktif, jadi mengambil kisah pengalaman dulu menjadikan dia kini sangat berhati-hati dalam menjaga kesihatan.
“Sebelum itu Yana ada terfikir (ketika sakit), bolehkah Yana teruskan aktiviti yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Tetapi alhamdulillah, dengan langkah penjagaan kesihatan diri yang betul seperti mengambil ubat sepatutnya, paling penting mental kita main peranan perlu yakinkan badan kita yang diri kita ok sebenarnya.
“Kita kena tentukan untuk jaga tidur, rehat secukupnya, makan kena on time, makan ubat sepatutnya dan insyaAllah semuanya akan ok.
“Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi episod (seperti pertama kali melaluinya) dan harapnya akan berterusan. Yana rasa dah tahu bagaimana nak menjaga diri dan jaga kesihatan. paling penting rest, rest dan rest,” ujarnya ketika ditemui dalam majlis Pencarian Superwomen anjuran Majalah Nona baru-baru ini.
Tambahnya dia juga jika masuk kereta, akan mengambil masa untuk berehat dengan melelapkan mata seketika. Menurutnya inilah waktu terbaik curi masa untuk tidur dan berehat seketika sebelum kembali bekerja.
Ketika ditanya petua untuk menjaga kesihatan diri pula, Uyaina memberitahu dia lebih gemar mengamalkan cara tradisional.
“Kakak Yana selalunya akan blend tomato. Kalau Ummi Yana pulak akan blend daun pegaga dibuat jus. Yana juga suka minum cuka epal yang dicampur dengan madu. Tiga benda ini dah cukup untuk Yana jaga kesihatan dalaman berbanding pengambilan suplemen lain.
“Cuma Yana ada juga cuba minum campuran air kunyit halia, manjakani yang diadun macam jamu tradisional. Dan Yana rasa benda ini bagus untuk menjaga kesihatan dalaman.
“Sebagai wanita bab menjaga kesihatan dalaman ini sangat penting. Selalunya Yana blend pegaga yang dibuat jus untuk stok seminggu,” jelasnya yang kelihatan tampil cukup berseri-seri ketika di majlis pernikahannya baru-baru ini.
Dia yang selamat diijabkabulkan dengan pasangan hatinya, Raja Syahiran pada Disember lalu di Colony Star Boulevard.
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia bersyukur ke hadrat Ilahi apabila majlis akad nikah berjalan dengan lancar.
Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai 2019.
Pernah tak setiap kali anda berdepan pengalaman setiap kali untuk dicucuk jarum suntikan, mengalami perasaan berdebar-debar, berpeluh dan seperti nak lari dari situasi ini.
Jika ini berlaku bagaimana mahu berdepan dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang memerlukan bahagian lengan kiri dicucuk dengan vaksin.
Menurut Pakar Psikitari, Dr Rozanizam Zakaria berkata situasi ini dinamakan Fobia Jarum atau Trypanophobia di mana 1 dari 10 orang dewasa fobia terhadap jarum.
Selain itu individu tersebut akan sebolehnya mengelak dari segala yang berkait dengan objek tersebut.
Biasanya ada sejarah ahli keluarga lain yang takut pada objek yang sama ataupun pengalaman lampau yang buruk berkait dengan objek tersebut.
Fobia datang dengan tahap berbeza.
Ada yang ringan – tidak selesa, tetapi boleh dilakukan jika terpaksa.
Ataupun teruk – seperti akan alami gejala panik yang serius seperti pengsan.
Apa yang boleh dilakukan?
1. Terus tentang dengan Doktor atau pihak yang merawat.
Ini penting supaya mereka boleh menjangkakan reaksi
2. Praktik teknik pernafasna dalam dari awal. Tarikh perlahan-lahan, tahan dan hembus.
3. Gradual desensitization – dedahkan diri sedikit demi sedikit dengan proses suntikan – bercakap tentangnya, tengok gambar, tengok video, berbual dengan orang yang sudah disuntik, bayangkan, pergi ke tempat suntikan dan kemudian dapatkan suntikan.
4. Kenalpasti fikiran yang datang – Cuba gantikan dengan fikiran alternatif
Contoh: “matilah aku..” tukar kepada “tiada yang mati sebab kena suntikan” / “perlu suntikan sebab tak matilah..” / “sekejap sahaja”
4. Jangan tengok
5. Cuba fokuskan perhatian pada ransangan sensori
Contoh bawa sesuatu untuk digenggam, dilihat atau dihidu. Sibukkan otak dengan fokus6.pada tugasan memproses deria.
6. Jika masih tak boleh kawal, maklum pada person-in-charge.
7. Jika phobia anda bukan sekadar pada jarum, terapi pada semua jenis rawatan perubatan dan ia menggangu kesihatan anda kerana tak boleh dapatkan rawatan sepatutnya – dapatkan bantuan dengan berjumpa psychologist atau Doktor Psikiatri untuk penilaian lanjut.
Kiub masker kentang ini bagus untuk digunakan di sekitar mata, tetapi kali ini seorang wanita bongkarkan rahsia macam mana dia pudarkan masalah jeragat dengan menggunakan kiub kentang.
Menerusi perkongsian Puan No Or, di laman media sosial miliknya, dia sudah lama nak kongsi petua menarik ini tetapi tak sempat nak ambik gambar bagai. Petua ni jima poket dan selamat nak sapu pada wajah terutamanya orang yang memang ada masalah jeragat.
Kiub Masker Kentang
Petua yang cuma guna 2 bahan saja, okey jom tengok macam mana nak buat.
Bahannya:
Kentang
Lemon
Bekas kiub ais
Caranya:
Mula-mula parut kentang hingga halus.
Campurkan dengan perahan lemon.
Gaul sebati, selepas itu masukkan dalam bekas kiub ais.
Ini pula cara nak guna kiub masker:
1. Cuci muka bersih
2. Ambil kiub kentang, sapu pada muka perlahan-lahan. Sapu rata keseluruhan muka. Sapu sampai kiub tu semua cair.
3. Bilas dan cuci muka dengan air bersih. Boleh di lakukan setiap hari.
Petua ini sesuai jugak untuk hilangkan sunburn, bagi orang yang hari-hari terdedah pada cahaya matahari.
Nak tahu tak kenapa Cik No guna kentang?
Haaa… sebab kentang ni tinggi antioksida untuk singkirkan jeragat tu. Kentang ni juga boleh halang terbentuknya pigmentasi, alaa yang lingkaran gelap hitam tu.
Bila kentang dah bergabung dengan lemon lagi lah kuasa dua! Tu yang dapat kesan super power best tu. Lemon ni sendri pun mampu pudarkan jeragat. Dalam lemon ada agen pemutih untuk bagi kulit kita jadi cerah dan bersih.
Anda boleh simpan dalam peti kiub kentang ini dan boleh guna setiap hari. Okey, selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!