Chef Wan

Terkejut mendengar khabar berita Chef selebriti, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, 65, disahkan menghidap kanser limfoma.

Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, Chef Wan memaklumkan dirinya kini dalam keadaan stabil kerana kanser dihidapinya masih di peringkat awal.

Jelasnya, beliau didiagnos menghidap kanser itu selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital petang tadi.

Chef Wan Disahkan Hidap Kanser Limfoma, Pilih Kekal Positif Dan Reda

Chef Wan Disahkan Hidap Kanser Limfoma, Pilih Kekal Positif Dan Reda

“Saya baru sahaja menjalani ujian ECG. Pada jam 3 petang doktor memaklumkan mengenai keputusan biopsi saya.

“Mereka perlu menjalankan ujian sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan itu. Saya sememangnya menghidap kanser limfoma.

“Saya perlu menjalani imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser ini sudah merebak ke organ lain termasuk menentukan ia di tahap berapa,” katanya.

Chef Wan Disahkan Hidap Kanser Limfoma, Pilih Kekal Positif Dan Reda

IKLAN

Dalam pada itu, Chef Wan memaklumkan beliau mempunyai peluang kira-kira 70 hingga 80 peratus untuk sembuh dengan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran dalam jangka tempoh 13 minggu.

“Isnin ini, saya akan melakukan ujian sumsum tulang kerana kanser limfoma juga dikaitkan dengan organ itu.

“Saya juga akan menjalani kemoterapi dan memulakan rawatan serta-merta sebanyak 13 kitaran iaitu bermaksud selama 13 minggu.

“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M Daud Kilau, Samy Velu, Liberace dan ramai lagi,” tulisnya.

Positif Dan Terima Dengan Hati Terbuka

Chef Wan Disahkan Hidap Kanser Limfoma, Pilih Kekal Positif Dan Reda

IKLAN

Biarpun dalam situasi menggusarkan, Chef Wan dilihat kekal positif dan menerima ketentuan itu dengan hati terbuka.

“Inilah kehidupan… anda hanya perlu melaluinya dengan positif. Anak perempuan dan menantu saya sedih mendengar berita ini. Tetapi saya kata jangan menangis, saya belum pergi lagi.

“Saya perlu kuat dan sihat kerana saya juga perlu menjaga ramai orang. Insya-Allah, Allah akan jaga saya.

Selain itu:  Bahayanya Hepatitis B Boleh Sebabkan Kanser Hati, Kena Tahu Cara Mencegah & Rawatan Terbaik

“Terima kasih atas semua doa dan ucapan. Tolong jangan risau kerana kita semua akan melalui ini bersama-sama supaya kita boleh memberi inspirasi dan membantu orang lain di masa hadapan,”tulisnya.

Apa Itu Kanser Limfoma

Chef Wan Disahkan Hidap Kanser Limfoma, Pilih Kekal Positif Dan Reda

IKLAN

Menurut Hello Doktor, Limfoma adalah kanser yang bermula dalam sel-sel sistem imun, yang juga dipanggil limfosit.

Biasanya terdapat pada nodus limfa, limpa, timus, sumsum tulang, dan bahagian-bahagian badan yang lain.

Sistem limfa ini sepatutnya menjadi rangkaian melawan penyakit di dalam badan anda. Mempunyai limfoma bermakna limfosit berubah dan berkembang di luar kawalan.

Ada banyak jenis limfoma tetapi dua kategori utama apa itu limfoma ialah limfoma Hodgkin dan limfoma bukan Hodgkin.

Masalah kesihatan ini biasa berlaku terutamanya kepada orang tua dan lelaki. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya.

Tanda dan simptom utama limfoma adalah:

– Kelenjar bengkak di sepanjang leher, ketiak, atau pangkal paha
– Batuk, sesak nafas
– Demam, gatal-gatal
– Berpeluh malam
– Sakit perut, belakang atau sakit tulang
– Rasa penat, kurang tenaga
– Pengurangan berat badan
– Menggigil
– Hilang selera makan
– Limfedema
– Neuropati
– Darah dalam najis atau muntah
– Aliran kencing tersumbat
– Sakit kepala
– Sawan

Apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Chef Wan moga kembali sembuh dan terus ceria seperti biasa.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI