Ramai tak ambil peduli tentang cara ukur saiz kasut yang sesuai. Padahal bukan selalu barang ada depan mata, sesekali suka juga beli online. Akhirnya, bila barang sudah sampai, tak muat dan lagi sakit hati tak selesa!
Tahu tak, memilih kasut dengan betul boleh memastikan kesihatan postur tubuh kita terutamanya tulang belakang?
Cara Ukur Saiz Kasut Yang Tepat, Senang Nak Beli Online!
Kalau nak pilih kasut pun, kena lah sesuai dengan majlis. Contohnya, memakai kasut khas ketika bersukan, kasut yang selesa untuk aktiviti lasak, juga kasut yang sepadan dengan penampilan ketika ke tempat kerja. Tambah pula dekat nak raya, kasut adalah antara item kedua terpenting selepas baju yang cantik untuk dikenakan di pagi raya.
Namun kadang harga kasut yang sama di kedai online lagi murah. Masalahnya kalau nak membeli online, kita mesti ada masalah nak ukur saiz kasut dengan betul.
Bukan semuanya sama, ada pelbagai saiz mengikut negara termasuklah saiz US, Europe, UK dan juga ukuran saiz kasut dari negara China.
Lagilah pening dibuatnya. Jadi ini antara cara nak tahu saiz kasut kita.
Cara Ukur Saiz Kasut Yang Sesuai
1. Tentukan Ukuran Panjang Tapak Kaki
Lihat pada carta dibawah. Tanda garis biru tu adalah ukuran bahagian dalam kasut. Saiznya kita boleh sesuaikan dengan ukuran panjang tapak kaki kita. Antara cara lain nak ukur saiz kasut ialah:
Ambil satu pita pengukur dan letakkan kaki kita rapat ke dinding (kaki dalam keadaan selesa).
Alaskan tapak kaki dengan kertas putih.
Tandakan pada bahagian jari kaki paling panjang.
Ads
Kemudian ukur dan tuliskan panjang tapak kaki.
Panjang tersebut adalah panjang kaki anda dalam ukuran centimeter (cm) atau milimeter (mm) dan padankan pada carta saiz kasut mengikut spesifikasi kasut yang ingin dibeli.
Kalau untuk kanak-kanak pula ada carta khas saiz kasut kanak-kanak.
Contoh Pengiraan Saiz Tapak Kaki Untuk Kasut
Ukuran tapak kaki anda paling panjang adalah 240 mm (atau 24.0 cm)
Jantina adalah perempuan.
Maka saiz kasut yang sesuai adalah US 7, UK 4 atau EU 37.
Ads
Tips Membeli Kasut Yang Sesuai Dengan Kegunaan
Jika anda memang jenis suka pakai stoking, lebih baik ditambah sedikit saiz sehingga 0.5 hingga 1 inci (1.27 hingga 2.54 cm) untuk beri ruang kaki untuk stokin.
Pilih kasut yang sesuai dengan bentuk kaki. Ada sesetengah pengeluar kasut akan memberi info jenis kasut mereka seperti jenis menguncup di bahagian depan atau jenis yang besar di depan.
Jika mempunyai kaki yang agak besar di bahagian jari, anda tidak boleh memakai kasut jenis menguncup di depan. Akibatnya kaki akan cepat melecet semasa berjalan.
Ukur saiz kaki anda ketika waktu petang. Ketika ini kaki dalam keadaan yang baik (saiz optimum).
Kasut Yang Selesa, Mestilah Kena Pakai LARRIE
Anda masih mencari sepasang kasut yang selesa untuk dipakai ke mana-mana? Apa kata cuba koleksi baharu daripada jenama LARRIE!
Kasut ini diilhamkan dari konsep yang menawan, ikonik dan mengikut arus permodenan dunia fesyen, koleksi baharunya yang bertemakan Milano Fair menampilkan warna yang lembut dan sesuai digayakan dalam pelbagai majlis.
Ads
Pilihan Terbaik Untuk Wanita
Diinspirasikan dari gaya Milano yang bergaya, koleksi ini menampilkan selipar, sandal dan Mary Jane dalam warna pilihan wanita kini seperti merah jambu, biru diraja dan putih romantis.
Eh, kasut sneakers jenis wedges pun antara yang menjadi trend untuk digayakan dengan baju kurung mahupun kebaya.
Menariknya, setiap koleksi didatangkan bersama kusyen di dalam tapak kasut yang tebal dan lembut. Tentunya kelebihan ini membantu menyokong dan memberikan keselesaan kaki sepanjang hari kepada si pemakai.
Jadi kalau nak berjalan banyak memenuhi jemputan musim raya ni pun, memang tak ada masalah!
Haaa… bukan hanya wanita, LARRIE juga membawakan koleksi lebaran dengan tema warna musim bunga dan musim panas buat sang jejaka. Ini termasuklah kasut kulis, loafers dan slip on.
Paling best, kasut ini didatangkan dengan kusyen tumit yang berfungsi sebagai serapan hentakan yang lebih baik selain membantu mengurangkan keletihan pada kaki. Tak ada lah rasa sakit kaki kalau nak berjalan lama.
Koleksi Aidilfitri LARRIE ini boleh didapati di semua Gedung membeli-belah utama di seluruh negara dan pilihan kedai dalam talian bermula serendah RM99 hingga RM399.
Layari larrieconceptstore.com atau www.larrieshoes.com untuk maklumat lanjut. Apa salahnya berbelanja lebih untuk kesihatan kaki kan? Barulah alah membeli, menang memakai!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi wanita paling cantik di dunia, ini rupanya petua kecantikan Princess Diana. Pastinya masih ramai yang mengkagumi kecantikan dan kejelitaan Princess Diana yang terkenal seantero dunia.
Wajahnya yang terlihat penuh sifat keibuan dengan senyuman yang sentiasa terukir dibibir menjadikan dirinya idola bagi kebanyakan wanita di seluruh didunia. Ramai wanita memuji kecantikan Princess Diana yang dilihat sangat bersederhana dalam penampilannya.
Biarpun sudah hampir 25 tahun Princess Dunia meninggal dunia akibat kemalangan kereta, namun masih ramai yang memuja dan memuji kecantikan dimilikinya ini.
Ayuh, kita kongsi ritual regim kecantikan Princess Diana atau juga dipanggil Lady Diana yang kini hanya menjadi sejarah manis untuk dikenang.
1. Penjagaan Kulit Wajah
Princess Diana akan menjaga kulitnya setiap hari. Untuk menjaga kesihatan kulitnya, Lady Diana akan membuat masker sendiri secara alami dengan menggunakan bahan alpukat, putih telur, air lemon dan madu. Campuran bahan ini akan dioleskan di wajahnya dengan meletakkan hirian timun menutup mata dan mengenakan masker selama 40 minit.
Manfaat masker ini adalah untuk menjadikan kulitnya lebih lembut, wajah jadi sihat dan cerah setelah seharian wajah bermekap dan menyegarkan kulit yang lelah.
2. Dandanan Rambut
Seperti yang kita ketahui, rambut Princess Diana pendek namun sangat menarik. Dia akan merapi dan menyusunnya setiap hari untuk menjadikannya kelihatan cantik. Walau bagaimanapun dia akan mengelakkan diri dari memakai produk buatan yang akan merosakkan kualiti rambutnya yang indah.
3. Bahagian Mata
Untuk matanya, Princess Diana akan menggunakan liner dan maskara dan membuat penampilan terampil cantik dan bergaya untuk dirinya sendiri. Dia tidak akan bergaya dengan penampilan keterlaluan kerana tidak sesuai dengan keperibadiannya. Dia juga akan menggunakan concealer yang sesuai untuk menyembunyikan semua kecacatan dari kawasan mata.
Puteri Diana akan menyerlahkan bibirnya dengan menggunakan warna berry kegemarannya. Malah gincu hitam yang dipakai sangat ringan pada masa-masa yang memberikannya rupa yang sangat bergaya dan sejuk kerana ia adalah berbeza dengan warna kulit putihnya yang tajam. Dia juga akan memakai bata merah dan oren pada masa-masa berlainan yang meningkatkan daya tarikannya.
Ini Rupanya Petua Kecantikan Princess Diana
5. Menjaga Diet
Princess Diana sangat berhati-hati memilih apa yang dia makan dan mengikut diet yang sihat. Dia akan memulakan hari dengan secawan kopi dengan sarapan pagi yang berkhasiat. Dia juga minum jus lobak, epal dan timun. Walau bagaimanapun, setiap pagi menjadi keutamaan Lady Diana untuk minum secawan air dengan lemon.
6. Lakukan Senaman
Bagi memastikan dirinya kekal fit dan bertenaga, Princess Diana akan berjoging setiap pagi setiap hari dan melakukan senaman crunches dan inilah adalah rutin kecergasan hariannya yang diamalkan setiap hari.
7. Menjaga Tidurnya
Salah satu rahsia kecantikan dan kesihatannya adalah tabiatnya yang sentiasa menjaga dirinya. Dia percaya tidur yang cukup dan bersenam setiap hari untuk kekal sihat dan aktif sepanjang masa. Dia tidak akan mengambil apa-apa alkohol dan ini akan menjejaskan kulitnya dengan cara yang positif. Mengurus kesihatan dan kecantikan dengan baik inilah yang membuatkan Princess Diana begitu popular.
8. Tanggal Solekan
Princess Diana akan sentiasa menanggalkan soleknya sebelum tidur. Dia percaya mempunyai rutin kulit yang sihat kerana dia tidak akan tidur dengan soleknya. Dia akan memastikan wajahnya bersih sebelum masuk tidur dan mempunyai wajah bersih sebelum memakai solekan.
9. Bersikap Terbuka
Diana seorang yang bersikap terbuka dengan gayanya dan gemar mencuba perkara baru. Diana beranggapan rambut dan solekan adalah sesuatu yang tidak patut dipandang remeh oleh sesiapa pun. Dia tidak kisah bereksperimentasi dengan gaya baru dan warna. Semua wanita harus berbuat demikian agar anda tidak kekal dengan gaya yang sama sahaja.
Sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia ke-75, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas pukul 8 malam tadi di saluran TV1, RTM.
Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita terbabit menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.
Menurut penerbit Berita Perdana Khas, Khairul Azli Rahim, beliau berasa sangat berbesar hati dan teruja kerana Tengku Permaisuri Selangor berkenan untuk menyampaikan berita yang disunting olehnya.
Melalui Instagram Selangor Royal Official memberitahu ini adalah kemunculan julung-julung kali Baginda di saluran RTM sebagai penyampai berita, setelah kali terakhir ke udara lima tahun lalu pada 31 Ogos 2016.
Untuk rekod, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 20 tahun bermula pada tahun 1996.
Baginda pernah diiktiraf sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa iaitu pada tahun 2001 dan 2005.
Dalam pada itu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga berkenan menzahirkan ucapan syabas dan tahniah di atas sambutan ulang tahun ke-75 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 2021.
Baginda berharap agar RTM terus menjadi wadah penyebar maklumat dan informasi yang tepat dan telus kepada rakyat jelata, serta terus relevan sebagai sumber media utama yang sahih dan berkaliber.
Ternyata kemunculan Bağında Tengku Permaisuri Selangor memang ditunggu-tunggu ramai.
Malah ramai memuji kecantikan Baginda dan aura serta penampilan masih kekal anggun serta dianggap ‘legenda’ dalam dunia penyiaran.
xearoxas Dah jadi permaisuri,skill pembaca berita tetap mentenn!
alif.mishary Masih kekal dengan profesionalisme yang berbisa tapi tetap merendah diri walau bergelar Permaisuri…. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya… Daulat Tuanku