Cara Kurangkan Debu Dalam Rumah, 3 Bahan Ini Sangat Membantu!

Share

Sebelum tinggalkan rumah untuk balik kampung, pastikan anda tahu cara kurangkan debu yang ada dalam rumah. Eh, mana boleh tinggalkan dalam keadaan kurang bersih, nanti balik, ini semua boleh ganggu emosi dengan badan yang penat.

Paling tak best, anak-anak dan pasangan kena penyakit sebab debu yang ada pada perabot dan lantai. Jenuh lah nak merawat pula.

Ini antara gejala yang biasa dilalui, iritasi mata, hidung atau kulit. Kulit pula akan menjadi susah untuk bernafas. Penyakit ini akan mengehadkan aktiviti seharian anda walaupun impaknya kelihatan kecil.

Lebih teruk sampai ada ahli keluarga yang terkena alergi atau asma! Boleh stres nak hadap situasi ini sendirian, nak-nak dekat waktu raya. Jadi sebelum makin parah, jom belajar cara nak kurangkan debu dengan menggunakan tip paling jimat.

Cara Kurangkan Debu Dalam Rumah, 3 Bahan Ini Sangat Membantu!

Tip ini mungkin terkenal dalam kalangan ibu untuk mengelakkan habuk-habuk terkumpul pada perabot dengan menggunakan cecair pelembut.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Botol spray
Satu penutup pelembut pakaian
1 liter air

Cara penyediaannya yang mudah:

1. Campurkan cecair pelembut pakaian bersama air dalam satu botol.

2. Setelah campuran sebati, masukkan ke dalam botol spray.

3. Sembur pada perabot bagi mengelakkan perabot melekat.

4. Kemudian, lap pada kawasan semburan dan kesannya rumah anda akan kurang perangkap habuk.

TIP UNTUK ELAK MASALAH RUMAH BERHABUK

Kurangkan peletakan hiasan atau peralatan yang boleh memerangkap debu di kawasan kediaman.

Letakkan alas kaki. Satu di luar pintu dan di dalam kediaman untuk memerangkap debu di luar dibawa masuk ke dalam rumah.

Guna blind dari kayu, metal atau plastik yang mudah dibersihkan berbanding kain.

Penggunaan sofa jika materialnya daripada fabrik, pastikan mempunyai zip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan debu terperangkap.

Kebersihan dan keselesaan rumah itu adalah nombor satu, jika berjaya dicapai, itulah tanda anda telah mencapai salah satu kebahagiaan hidup.

Dengan tiga bahan ini, debu di rumah dapat dikurangkan dan secara serta merta masalah rumah berhabuk dapat diselesaikan. Cara yang sangat simple dan juga tak makan banyak masa. Boleh anda cuba di rumah!

Kini anda dapat hidup dengan selesa dalam rumah idaman masing-masing. Anak dan suami pun selesa nak menjalani urusan seharian dalam rumah tersebut.

Selamat Mencuba!

Kredit gambar: wawadels

IKLAN