Sebenarnya, cara basuh baju putih dengan menggunakan sabun mandi Lux Rose telah lama dipraktikkan oleh ramai ibu atau suri rumah.
Sudah lama saya R&D dengan berbagai jenis formula dan brand sabun untuk menjadikan baju sentiasa putih. Tetapi tidak pernah menjadi.
Nak guna clorox, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna Vanish, kos agak mahal.
Disebabkan perkara itu, saya bertanya kepada sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang berkerja sebagai seorang Nurse.
Apakah rahsia semua jururawat menjaga pakaian seragam atau uniform mereka untuk sentiasa kelihatan putih bersih?
Cara Basuh Baju Putih Lebih Bersih, Guna Sabun Mandi Lux Rose Je!
Haaa.. rupanya cuci baju guna sabun Lux sahaja. Jom kita tengok caranya macam mana.
Ads
Antara yang boleh dipraktikkan adalah;
1. Pastikan setiap kali cucian akhir baju, masukkan pelembut pakaian. Nanti bila nak gosok, pakaian jadi lebih lembut dan mudah
2. Gantung atau hanger terus pakaian yang telah di cuci. Lebih baik, anda jemur dengan menggunakan hanger. Ia mambantu mengurangkan kedutan pada pakaian
Ads
3. Letak lapisan aluminium foil di bawah alas papan gosok. Aluminium foil tadi akan memantulkan semula haba yang diterima dari seterika. Ini secara tidak langsung menjadikan ke dua-dua bahagian pakaian anda digosok serentak
4. Jangan gosok secara membulat ia akan merosakkan tekstur fabrik anda.
5. Bila menggosok sesuatu yang bersaiz besar seperti langsir dan alas meja, letak dua biji kerusi di bahagian hadapan iron board anda. Tarik bahagian yang telah siap digosok untuk digantung terus pada kerusi
Ads
6. Alas permukaan fabrik anda dengan kain nipis seperti napkin atau kain cotton untuk menggosok fabrik jenis sensitif dan mengelakkan kesan kekuningan selepas di gosok. Hal ini biasa berlaku pada pakaian satin berwarna putih
7. Gosok fabrik jenis tebal seperti baju kemeja di bahagian dalam terlebih dahulu. Kemudian baru bahagian luar.
8. Mulakan menggosok dengan pakaian yang tidak memerlukan haba yang tinggi dan fabrik lembut seperti sutera dan satin. Ia mampu mengelak masalah anda salah suhu ketika menggosok. Jika tidak, pakaian anda mudah terbakar
9. Gosok bahagian kolar, cuffs tangan dan hems terlebih dulu untuk mengelak bahagian tersebut berkedut ketika menggosok bahagian lain.
Okay, anda dah tahu cara basuh baju putih dengan lebih berkesan, jangan lupa cuba buat tau!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita yang awet muda.
Nora Danish Maintain Cantik
Baru-baru ini anak kelahiran Terengganu itu dipuji bakat lakonannya ketika drama Tentang Dhia yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu bersama pelakon lelaki Adi Putra.
Nora Danish juga sering menjadi tumpuan dek kerana memiliki wajah cantik dan tidak dimamah usia kerana sentiasa kelihatan muda dan bertenaga.
Jaga Makan Tapi Tak Memilih
Tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @inayahbeautysdnbhd yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 30 ribu, tanda suka sebanyak 421 dan sebanyak 14 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Nora Danish yang memberitahu bahawa dirinya tidak memilih makanan walaupun hanya makan nasi bersama telur.
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Nora Danish seorang yang tidak memilih terutamanya dalam memilih makanan.
Melihat kepada pakaiannya juga semakin sopan dan terjaga, ramai netizen yang semakin suka dengan perubahan penampilan pelakon ini.
Tidak meminta lebih semoga Nora Danis istiqamah dan maintain menjaga auratnya sebagai seorang pelakon wanita yang dikenali ramai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda tahu tak cara nak guna foundation balm? Katanya cara ini sesuai untuk orang yang tak suka mekap sangat tapi lebih mudah dan memberi hasil solekan semula jadi.
Jadi kalau anda nak cepat keluar ke mana-mana, guna saja tip ini. Senang tapi berseri-seri.
Cara Nak Guna Foundation Balm, Sapu Ini Je Kalau Tak Suka Mekap
Baiklah, bedak asas jenis balm ini dicipta seperti krim lembut dan kemudian akan meninggalkan kesan seperti memakai bedak alas. Ia mampu melitupi cela wajah secara sederhana dan dapat meninggalkan kesan kulit lebih halus (tidak bercapuk).
Sama seperti jenis foundation yang lain. Kamu boleh memilih foundation balm mengikut kulit, tona dan finishing.
Boleh guna jari! Atau untuk hasil foundation yang sempurna seakan-akan kulit anda boleh guna berus jenis flat-brush. Sapu keseluruhan wajah secara satu arah ke atas.
Kalau kamu ingin tutup cela seperti tompok gelap hiperpigmentasi atau parut jerawat. Tambah produk ke atas kawasan bermasalah. Kemudian ‘dab dab’ sehingga foundation sekata.
Hah, kalau anda cuba, boleh cuba jenama KVD Beauty Good Apple Skin-Perfecting Foundation Balm.Foundation ini diformulasi matte untuk mereka kulit berminyak dan kombinasi. Malah dengan ekstrak epal untuk membantu menyuburkan kulit.
Owh ya, jangan risau foundation ini non-comedogenic, jenis tidak menyumbat pori-pori.
Seperti yang kita tahu kerajaan sedang giat menjalakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak Mac lalu bagi membendung penularan virus Covid-19 ini.
Namun begitu bagi mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin juga masih boleh dijangkiti Covid-19.
Cuma apa yang membezakannya adalah mereka yang lengkap divaksin ini akan mengalami gejala ringan atau langsung tiada gejala.
Walau bagaimanapun para penyelidik telah menemui satu gejala biasa yang dialami mereka yang susah lengkap divaksin iaitu bersin.
Gambar sekadar hiasan.
Bersin boleh disebabkan oleh alahan, selesema biasa, atau alahan debu, namun bersin yang berlebihan dalam kalangan individu yang telah divaksinasi sepenuhnya, boleh menjadi satu gejala COVID-19.
Itu dapatan kajian pengendali aplikasi ZOE COVID Symptom Study, yang merupakan kajian terbesar berkaitan COVID-19 setakat ini.
“Data kami menunjukkan bahawa orang yang telah divaksinasi dan kemudian diuji positif untuk COVID-19 lebih cenderung melaporkan bersin sebagai gejala, berbanding mereka yang belum divaksin,” kata penyelidik seperti yang dipetik dalam portal Independent UK.
Bagaimanapun, belum ada pengesahan dari segi sains yang membuktikan bersin sememangnya gejala COVID-19.
Gambar sekadar hiasan.
Justeru orang ramai diminta berwaspada terhadap gejala-gejala lain, sama ada mereka yang telah divaksinasi atau belum.
“Gejala lain termasuk demam, sakit badan, batuk berterusan, hilang deria rasa atau bau, sakit kepala, keletihan dan sesak nafas. Jangan fokus pada bersin sahaja.
“Sekiranya anda telah diberi vaksin dan kerap bersin tanpa sebab, pergilah menjalani ujian saringan, terutama jika anda tinggal atau bekerja di sekitar mereka yang berisiko,” tambah mereka.