Tahun berganti tahun namun kelihatan pelakon jelita Song Hye-kyo tetap tak dimamah usia. Tetap cantik malah semakin jelita dengan berkulit putih gebu tanpa sebarang cela.
Figura bertubuh genit ini sememangnya cantik semula jadi walaupun tanpa solekan. Potongan bentuk badan yang langsing membuatkan teruja dan memuji anugerah yang dia miliki.
Bagi peminat pelakon Korea ini, anda patut tahu serba sedikit amalan gaya kehidupannya.
1. Senaman
Sering melakukan senaman yoga dan kardio untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Aktif berolahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.
Ads
2. Urut wajah dengan ais
Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing. Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah itu juga berkesan untuk mengurangkan kesan sembab pada wajah akibat kurang tidur.
3. Guna produk perawatan wajah anti penuaan
Ibu Song Hye-kyo menasihatkannya memulakan penggunaan produk anti penuaan walaupun masih muda. Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.
Ads
4. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan air mineral secukupnya
Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat.
BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN MEMANG WAJIB ADA DALAM DIET HARIANNYA TERUTAMA LABU.
5. Masker wajah daripada campuran putih telur dan madu asli.
Merawat wajah dengan masker yang diperbuat daripada bahan dapur. Ramuan kegemarannya ialah masker wajah campuran putih telur dan madu asli.
6. Masker wajah madu asli
Pupur wajah daripada madu asli menjadikan kulit wajah lebih cerah dan menyamarkan garis-garis halus.
Sekadar info, Song Hye-kyo pertama kali debut sebagai watak utama dalam drama Autumn in My Heart, memegang watak Eun-seo bersama aktor Song Seung-heon dan Won Bin.
Beliau sebelum itu telah banyak berlakon dalam sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakit puan yang biasa dialami golongan wanita.
Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 dan 45 tahun menghidapinya.
Endometriosis tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita, di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pelvis iaitu pundi, usus serta organ reproduktif. Ia kerap ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus.
PUNCA-PUNCA
Punca sebenar yang menyebabkan keadaan ini masih samar dan tidak jelas. Teori yang biasa dikatakan merujuk kepada ‘retrograde menstruation’ atau pembalikan darah haid di mana sebahagian daripada darah haid mengalir secara terbalik ke arah pembukaan peritoneal melalui saluran fallopio. Sel-sel endometrium akan melekatkan dirinya kepada bahagian berlainan pada pelvis.
TANDA-TANDA ENDOMETRIOSIS
1. Haid yang banyak dan tidak teratur
2. Senggugut (sakit semasa haid)
3. Sakit semasa hubungan seks
4. Sakit di bahagian pelvis dan bawah abdomen (pertengahan haid)
5. Boleh mendatangkan kesan kepada keupayaan wanita untuk hamil
Bagaimanapun ada wanita yang menghidap endometriosis tidak mengalami sebarang simptom. Penting untuk diingatkan bahawa tahap kesakitan yang dialami tidak berkait dengan pertumbuhan endometriosis.
Terdapat wanita yang tidak merasa sakit walaupun ketumbuhan endometriosisnya banyak tetapi ada juga wanita yang mana ketumbuhannya sedikit merasa kesakitan yang teruk.
Sewaktu haid, ketumbuhan endometriosis juga akan gugur seperti mana lapisan uterus gugur sebagai tindakbalas terhadap hormon dalam kitaran haid.
Bagaimanapun, tidak seperti lapisan uterus, ketumbuhan ini tidak akan keluar dari tubuh badan. Jika wanita itu hamil atau mengalami menopause, ketumbuhan ini akan mengecil dan kesakitan akan berkurangan.
UJIAN PEMERIKSAAN
1. Pengimejan
Penggunaan mesin ultrasound, CT-scan dan Magnetic Resonance Imaging(MRI) hanya berguna pada kes yang telah teruk. Ini kerana mereka hanya mampu melihat perlekatan diantara organ bahagian pelvik disebabkan endometriosis tersebut. Ia tidak mampu memeriksa mengesahkan kehadiran endometriosis yang kecil.
2. Pembedahan
Bedah dan lihat merupakan satu cara untuk benar-benar mengesahkan kehadiran penyakit endometriosis. Tetapi pembedahan hanya akan dilakukan jika risau akan kewujudan penyakit lain seperti kandungan di luar rahim, appendicitis dan beberapa penyakit lain.
Sebagai contoh pembedahan dijalankan untuk rawat penyakit appendicitis, tetapi terjumpa endometriosis. Ketika pembedahan, organ ataupun tempat yang terlibat dengan endometriosis akan kelihatan seperti serbuk yang berwarna biru kehitaman.
RAWATAN
Rawatan perubatan atau pembedahan bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi. Tujuan rawatan diberikan adalah untuk :
1. Mengurangkan kesakitan dan simptom lain
2. Menghalang ketumbuhan daripada membesar atau berulang di masa depan
3. Mengekalkan kesuburan bagi wanita yang tidak berupaya untuk hamil
4. Menjamin fungsi reproduktif untuk kehamilan seterusnya
Rawatan bagi endometriosis adalah bertujuan untuk mengurangkan tahap estrogen dan progesterone wanita yang meransang ketumbuhan endometriosis. Ubat yang biasa digunakan adalah pil kontraseptif oral, hormon progesterone dengan dos tinggi dan hormon tiruan lelaki seperti danazol.
Pilihan rawatan perubatan yang terbaru adalah analog GnRH (Hormon pembebasan Gonadotropin). Ia merupakan suntikan yang diambil setiap bulan atau tiga bulan bagi mengawal penghasilan estrogen dengan menggalakkan ‘menopause-induced’. Tempoh masa yang diberikan boleh berlanjutan sehingga 6 bulan.
Rawatan pembedahan boleh dilakukan samada secara laparoskopi atau pembedahan biasa. Pembedahan ini boleh bersifat rekonstruktif (pembuangan endometriosis dan pemulihan organ yang dijangkiti) di mana kesuburan perlu dikekalkan.
Ia juga boleh menjadi ablasi (pembuangan rahim dan kadangkala ovari) untuk mengurangkan kesakitan yang teruk pada wanita selepas kaedah-kaedah rawatan yang dinyatakan sebelum ini teah menemui kegagalan.
Penyakit endometriosis memberikan kesan yang berlainan kepada setiap individu. Sebaik-baiknya pemilihan rawatan bagi endometriosis haruslah mengikut keperluan dan kepentingan wanita berkenaan.
KOMPLIKASI
Kesan sampingan daripada rawatan dengan suntikan GnRH ini termasuklah rasa panas dan tidak selesa (‘hot flushes’), kurang keinginan nafsu syahwat (libido) dan kekeringan vagina. Terapi rawatan mungkin menyebabkan sedikit kerapuhan tulang tetapi keadaan ini akan berkurangan atau sembuh selepas habis rawatan.
Namun harus diingatkan dan dijelaskan bahawa penyakit ini boleh berulang selepas rawatan diberikan. Oleh itu terapi yang berterusan perlu bagi wanita yang mengikuti rawatan ini serta tidak merancang untuk hamil.
Tidak dinafikan virus Covid-19 tidak mengira siapa mangsanya. Dan salah seorang yang menjadi korban adalah seorang frontliner yang bertugas sebagai jururawat.
Perkara ini dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Nur Amin yang berkongsi rasa kehilangan kakak tersayang disebabkan wabak ini.
Daripada penjelasannya, kakaknya meninggal dunia disebabkan Covid-19. Allahyarham dikatakan mendapat jangkitan daripada pesakit memandangkan dia adalah seorang jururawat.
Apa yang menyedihkan, Allahyarham Siti Aishah Mohd Zamri juga dikatakan sedang mengandung dan bayi dalam kandungan juga tidak dapat diselamatkan.
Kedua-duanya meninggal di Hospital Labuan. Sebelum itu juga suami arwah, Muhammad Iqmall ada muat naik minta orang ramai mendoakan kesihatan isteri dan anak dalam kandungan.
Namun, perancangan Allah lebih hebat apabila frontliner berkenaan ‘gugur’ dalam melawan wabak tersebut.
Selain itu salah seorang sepupu arwah juga turut menzahirkan rasa sedih dengan berita kehilangan ini di laman twiternya pada akaun @shewasokay.
Menurutnya juga arwah bukan menjaga wad pesakit Covid-19, tetapi ada pesakit yang positif terlepas ke wad biasa dan daripada situ ia berjangkit.
Ternyata perkongsiannya mendapat simpati warganet apabila turut mengucapkan salam takziah pada keluarga Allahyarham.
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan ingatan untuk kita teruslah berada di rumah jika tiada urusan bagi mengekang penularan rantaian jangkitan Covid-19.
Anda tahu tak cara nak guna foundation balm? Katanya cara ini sesuai untuk orang yang tak suka mekap sangat tapi lebih mudah dan memberi hasil solekan semula jadi.
Jadi kalau anda nak cepat keluar ke mana-mana, guna saja tip ini. Senang tapi berseri-seri.
Baiklah, bedak asas jenis balm ini dicipta seperti krim lembut dan kemudian akan meninggalkan kesan seperti memakai bedak alas. Ia mampu melitupi cela wajah secara sederhana dan dapat meninggalkan kesan kulit lebih halus (tidak bercapuk).
Sama seperti jenis foundation yang lain. Kamu boleh memilih foundation balm mengikut kulit, tona dan finishing.
Boleh guna jari! Atau untuk hasil foundation yang sempurna seakan-akan kulit anda boleh guna berus jenis flat-brush. Sapu keseluruhan wajah secara satu arah ke atas.
Kalau kamu ingin tutup cela seperti tompok gelap hiperpigmentasi atau parut jerawat. Tambah produk ke atas kawasan bermasalah. Kemudian ‘dab dab’ sehingga foundation sekata.
Hah, kalau anda cuba, boleh cuba jenama KVD Beauty Good Apple Skin-Perfecting Foundation Balm.Foundation ini diformulasi matte untuk mereka kulit berminyak dan kombinasi. Malah dengan ekstrak epal untuk membantu menyuburkan kulit.
Owh ya, jangan risau foundation ini non-comedogenic, jenis tidak menyumbat pori-pori.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.