Tidak dinafikan ramai antara kita yang sanggup berhabis duit untuk memiliki set pinggan mangkuk yang didatangkan dengan pelbagai corak warna-warni.
Bukan sahaja cantik dan menarik, tetapi juga boleh dijadikan koleksi hiasan di kediaman masing-masing.
Namun ada juga yang menghidangkan pinggan ini untuk meletakkan hidangan dimasak. Adakah ia selamat digunakan untuk tujuan ini.
Artikel Lain: Pilih Workout Aerobik Sebab Cepat Keluar Peluh. Wanita Akhirnya Berjaya Kuruskan Badan!
Perkongsian Public Health Malaysia ada memberitahu mengenai kesan penggunaan pinggan mangkuk warna-warni yang diperbuat secara tradisional dengan tanah liat ini.
Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik. Namun berhati hati, kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.
Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.
Antara ciri ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum adalah
– Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat
– Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik
Artikel Lain: Rebus Herba Terpilih Termasuk Kurma Cina, Minuman Alternatif Bantu ‘Boost’ Tenaga Musim Panas
.
Pinggan yang selamat adalah
– Pinggan berwarna putih tanpa corak
– Corak pinggan di bawah atau luar pinggan
Sebaik baiknya, elakkan mengguna pinggan seperti ini, tetapi jika anda masih ingin menggunakannya
– Elakkan meletakkan makanan panas
– Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar, microwave
– Jangan simpan makanan terlalu lama
Artikel Lain: Pilih Bersenam & Jaga Makan Sebagai Gaya Hidup, Wanita Berjaya Kurus Tanpa Guna Produk