Pernah atau tidak sebagai wanita anda membayangkan tiba-tiba satu hari akan kehilangan rahim disebabkan beberapa masalah kesihatan.
Nampak menakutkan tetapi sebenarnya jika anda menghidap penyakit antaranya seperti kanser, pembuangan rahim memang digalakkan bagi membantu menjalani kehidupan lebih sihat.
Perkongsian Dr Chu Peng Teng, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Mahkota Medical Centre menerangkan lebih lanjut tentang proses pembuangan rahim dan kesannya lepas pembedahan.
Menurutnya prosedur ini akan dijalankan jika seseorang wanita itu mengalami masalah seperti ada fibroid, endometriosis ataupun sebab adanya kanser.
“Histerektomi merupakan procedure pembedahan di mana organ atau rahim wanita dikeluarkan dari badan.
“Antara sebab-sebab yang mewajibkan kepada prosedur ini adalah sebab kanser atau masalah bukan kanser.
Ads
“Antara masalah kanser berkenaan seperti servis, kanser ovari, kanser rahim, dan antara sebab bukan kanser seperti masalah disebabkan haid berlebihan, endometriosis ataupun mempunyai ketumbuhan besar sebabkan sakit dan ketidak selesaan seperti fibroid,” katanya katanya yang memberitahu ada kebaikan dan keburukan selepas menjalani prosedur Histerektomi.
“Ada kebaikan prosedur ini seperti membuang penyakit secara menyeluruh, di mana contoh pendarahan haid tidak boleh dikawal, atau penyakit kanser ketumbuhan boleh dikeluarkan secara menyeluruh.
“Dan selepas itu sekiranya penyakit adalah dari peringkat awal, tidak perlukan rawatan susulan.
“Keburukannya tiada kaitan dengan prosedur boleh menyebabkan hubungan kelamin merosot. Tetapi lepas pembedahan ada juga banyak pasangan alami perubahan baik dalam hubungan kelamin.
Ads
“Ini kerana penyakityang menganggu wanita itu tiada dalam badan dan memberi hubungan kelamin lebih baik.
“Biasanya dalam jangka masa satu atau dua tahun selepas pembedahan buang rahim dijalankan,” jelasnya yang turut berkata ada tempoh tertentu untuk pulih selepas itu.
Tempoh Pulih Berbeza-Beza
“Tempoh pulih ini berbeza. Jika dilakukan kaedah minima pesakit akan cepat turun dari katil dalam jangka masa satu atau dua hari.
“Tetapi lain halnya jika prosedur dilakukan secara terbuka, tempoh sembuh selalunya dalam tujuh hari.
Ads
“Dan selepas pembedahan secara minima juga wanita itu akan rasa kurang sakit dan kurang makan ubat tahan sakit. yakin menjaga diri dan luka tersebut,” tambah Dr Chua yang berkata luka juga bergantung pada tahap serius mana pembedahan berkenaan.
“Jika pemebedahan minima, selalunya luka sepanjang 1-2 cm sahaja, tetapi jika secara open pesakit perlu buka jahitan selepas pembedahan.
“Malah pesakit itu juga perlu rehat sehingga 6 minggu untuk luka dalam perut itu betul-betul kembali pulih sepenuhnya.
“Manakala penjagaan makanan pula kenalah seimbang. Pengambilan protein, fiber, masakan kukus juga perlu untuk memastikan tahap kesihatan kembali pulih seperti sediaka kala,” terangnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.
Bahaya Darah Beku Wanita Lepas Bersalin. Ini Sebab Dr Amalina Keluar Berjalan-Jalan Dalam Pantang! Ramai yang tidak tahu rupanya wanita selepas bersalin berkemungkinan boleh mendapat masalah darah beku di kaki (deep venous thrombosis – DVT).
Oleh sebab itu bagi mereka yang baru lepas bersalin dan sedang berpantang sangat digalakkan melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki bagi mengelak risiko berdepan masalah ini.
Perkongsian Dr. Amalina Che Bakri yang baru melahirkan anak pertamanya di UK memberitahu secara detail mengenai DVT ini.
Ini juga jadi menyebab kenapa beliau mengambil peluang berjalan-jalan kawasan sekitar selepas beberapa hari melahirkan Arabella Mia walaupun masih dalam tempoh berpantang.
𝐃𝐞𝐞𝐩 𝐯𝐞𝐧𝐨𝐮𝐬 𝐭𝐡𝐫𝐨𝐦𝐛𝐨𝐬𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐩𝐮𝐥𝐦𝐨𝐧𝐚𝐫𝐲 𝐞𝐦𝐛𝐨𝐥𝐢𝐬𝐦
Tahukah anda wanita mengandung dan baru bersalin ada risiko lebih tinggi utk mendapat darah beku di kaki (deep venous thrombosis – DVT) & darah beku ini boleh pergi ke paru-paru yg menyebabkan pulmonary embolism (PE).
Anda ingin tahu kenapa saya berjalan perlahan-lahan apabila mampu selepas bersalin? Kerana saya ingin mengurangkan risiko darah beku. Apakah simptom DVT di kaki? – Sakit, bengkak pada 1 kaki, biasanya di bahagian belakang kaki (betis) – Sakit mungkin lebih teruk apabila anda berjalan – Kulit merah, terutamanya di bahagian betis
Jika darah beku itu pecah ke dalam aliran darah, ia boleh menyekat saluran darah di dalam paru-paru. Ini dipanggil PE & memerlukan rawatan kecemasan.
Apakah simptom PE? – mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba – mengalami sakit atau sesak di dada atau belakang – batuk berdarah
Sebab Dr Amalina Keluar Berjalan-Jalan Dalam Pantang
Anda lebih berkemungkinan mendapat DVT pada mana-mana peringkat kehamilan anda & sehingga 6 minggu selepas kelahiran berbanding org yg tidak hamil pada umur yg sama.
Risiko anda mendapat DVT semasa kehamilan adalah lebih besar jika anda:
– Anda atau ahli keluarga terdekat pernah mengalami DVT sebelum ini – Berusia lebih 35 tahun – Obesiti (BMI 30 atau lebih) – Pernah mengalami jangkitan teruk atau kecederaan serius, seperti patah kaki – Mempunyai masalah blood clots (trombofilia) – Sedang mengandung anak kembar atau multiple babies – Telah menjalani rawatan kesuburan – Menjalani pembedahan caesarean – Merokok – Mempunyai varicose veins yang teruk – Mengalami dehidrasi
Mereka yang baru bersalin yg berisiko tinggi (e.g selepas Caesarean section) akan diberi injection utk elakkan darah beku & digalakkan memakai TED stockings, gerakkan toes and feet in circular motion untuk membantu pengaliran darah.
Bagaimana untuk mencegah DVT? – Kekalkan berat badan yang sihat – Kekal aktif – berjalan kaki – Minum 2-3L air kosong untuk mengelakkan dehidrasi – Jangan duduk untuk jangka masa yang lama – bangun & bergerak setiap jam – Jangan menyilang kaki semasa anda duduk, ia boleh menyekat aliran darah – Jangan merokok – Jangan minum alkohol
Selalunya kaum wanita yang sangat mengambil berat soal penjagaan badan. Maklumlah siapa saja yang tidak mahu tampil cantik di mata suami.
Tetapi bagi wanita ini Darina Sekeri, dia bukan saja mengambil berat penampilan dirinya, tetapi juga suami tercinta.
Perkongsian yang mana dia telah menyediakan pelbagai menu sihat sebagai bekal untuk suami turunkan berat badan sejak tahun 2019 hinggalah 2020.
Lebih menggembirakan dia berkata dengan menu yang disediakan, suaminya kini berjaya turunkan berat sebanyak 20 kgdan kini boleh memakai baju dari saiz baju XL ke S.
Sebelum.Selepas.
Bantu Suami Dari Saiz Xl ke S
Setelah berjaya membantu suami saya lost 20 kg, dari size XL ke size S, dari seluar size 36 ke size 28, dari 85 kg ke 65kg dan maintain dari tahun 2019-2020.
Ini antara menu bekal suami isteri, saya suka bekal ulam sebab lebih senang nak prepare
Ayam/ikan goreng guna airfryer (tanpa minyak)
Nasi itu nnampak putih saja, saya ada simpan budu sebotol kat ofis. Nak mkn letak budu. Letak sikitt tak ada masalah. Asalkan ada rasa
Ini selera org kampung. Kang kata eat clean orang kata salah pulak sebab makan budu
Air dan minuman manis kena stop. Sekali sekala makan karipap itu ok, sekali sekala minum starbucks pun boleh.
Tapi tiap hari kena minum air kosong, kopi o kosong, limau kosong (semua tanpa gula)
Kena juga bersenam untuk badan fit baru la badan tak menggelebeh bila dah kurus.
Ini Menu Sihat Yang Disediakan
1. Nasi putih + ayam goreng + ulam pegaga
2. Nasi putih + ulam pucuk paku dicelur + ikan goreng
3. Nasi putih + ulam pegaga + ayam goreng
4. Nasi putih + ulam kacang botol + ayam goreng
5. Nasi putih + telur rebus + ayam goreng + kacang botol
6. Nasi putih + ikan goreng + pucuk ubi dicelur
7. Nasi putih + ayam penyet + kerabu daun pudina
8. Nasi putih + ikan rebus air asam + ulam raja
9. Nasi putih cili + daun pegaga + ayam goreng
10. Nasi putih cili + ikan goreng + pucuk ubi dicelur
11. Nasi putih + kerabu daun pudina + ikan rebus
12. Nasi putih + ulam + telur rebus
13. Nasi putih + sambal cili tumbuk + ulam pegaga+ ikan rebus
14. Nasi putih + ayam goreng + cili tumbuk + bayam dicelur
Biasanya sebaik melakukan aktiviti kecergasan, seseorang akan mengambil minuman bertenaga yang dikatakan mampu meningkatkan tenaga.
Walaupun ada kebaikan kerana mampu meningkatkan tenaga dan cecair daripada tubuh yang keluar akibat berpeluh lepas bersenam.
Namun terdapat juga pelbagai kesan yang boleh dialami seseorang yang kerap mengambil minuman jenis ini termasuklah;
1. Menyebabkan Dehidrasi
Minuman bertenaga sebahagian besarnya mengandungi kafein yang menjadi sumber utama penambah tenaga. Minuman ini boleh menyebabkan kesan diereutik yang meningkatkan jumlah garam dan air yang dilepaskan oleh tubuh melalui air kencing.
Kesan daripada kafein yang ada pada minuman ini boleh menyebabkan dehidrasi.
2. Meningkatkan Degupan Jantung
Selain memiliki kandungan dieuretik, kafein juga boleh meningkatkan degupan jantung. Sebuah kajian mendapati seseorang yang mengambil minuman bertenaga mengalami peningkatan aktiviti jantung dan tekanan darah yang lebih tinggi.
Terdapat juga kajian bahawa ia mampu meningkatkan ritma jantung pada golongan remaja terutamanya yang aktif bersenam.
3. Merosakkan Gigi
Minuman bertenaga mengandungi asid sitrat yang bersifat menghakis pada gigi. Perkara ini boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan gigi terutamanya ketika mengambil minuman itu secara kerap.
Tidak hanya itu, gigi boleh menjadi sensitif dan menipis sehingga nampak kuning dan kotor.
4. Tidak Memberi Tenaga Tambahan
Meskipun sering disebut sebagai minuman bertenaga, faktanya minuman ini tidak memberi sebarang tambahan tenaga.
Sebaliknya tambahan tenaga daripada minuman ini berasal daripada kadar gula yang boleh memberi kesan buruk seperti masalah diabetes.
5. Penyebab Sakit Kepala & Perubahan Mood
Kandungan guarana dalam minuman bertenaga boleh mengganggu sistem saraf dan ini menyebabkan kehadiran sakit kepala, insomnia, badan rasa tidak selesa dan perubahan mood. Ketika ia diambil bersama ubat-ubatan tertentu, ia boleh memberi kesan lebih berbahaya kepada tubuh.