Benjolan Di Leher, Ketiak & Pangkal Peha Tanda Kanser Limfoma. Semak 6 Lagi Gejala Lain!

Share

Terdapat pelbagai kanser yang boleh menyerang kita. Salah satunya adalah kanser limfoma.

Menerusi laman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu makna Kanser Limfoma atau lebih dikenali sebagai kanser darah.

Limfoma terjadi apabila sel limfosit yang berada di kelenjar limfa membiak di luar kawalan.

Menurut kajian, limfoma pada awalnya mungkin tidak mempunyai simptom tetapi simptom yang terawal akan didapati adalah pembesaran kalenjar limfa.

Namun, beberapa tanda dan gejala yang perlu anda ambil tahu iaitu;

  • Benjolan di leher, ketiak atau pangkal peha (tanda utama)
  • Demam berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Hilang berat badan
  • Ruam dan kegatalan kulit
  • Keletihan dan tidak bertenaga

Siapa pula yang berisiko mendapat penyakit berbahaya ini? Antara golongan yang akan sering mendapat penyakit ini adalah mereka yang mempunyai sistem imum yang lemah.

Antara pesakit tersebut adalah;

  • Peskait autoimum
  • Pesakit jangkitan virus seperti HIV dan Hepatitis C
  • Penerima organ
  • Mempunyai keluarga terdekat yang menghidap limfoma.

Rawatan untuk kanser ini adalah bergantung kepada tahap kanser tersebut. Paling penting, pesakit tersebut perlu disiplin.

Jika ada anda ada tanda-tanda seperti diatas, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

 

Artikel Berkaitan:

Doktor Ini Dedah Virus Covid-19 Mula Serang Orang Muda & Akui Jangkitan Makin Cepat

Aktif Hiking Di Bulan Puasa, Wanita Berusia 52 Tahun Ini Kongsi Rahsia Kekal Bertenaga

“Ketulan Putih & Berbau Busuk Dalam Mulut” – Doktor Gigi Ini Jelaskan Punca Sebenar Tonsil Stones

Published by
Siti Zurina Mat Saman