
Terdapat pelbagai kanser yang boleh menyerang kita. Salah satunya adalah kanser limfoma.
Menerusi laman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu makna Kanser Limfoma atau lebih dikenali sebagai kanser darah.
Limfoma terjadi apabila sel limfosit yang berada di kelenjar limfa membiak di luar kawalan.
Menurut kajian, limfoma pada awalnya mungkin tidak mempunyai simptom tetapi simptom yang terawal akan didapati adalah pembesaran kalenjar limfa.
Namun, beberapa tanda dan gejala yang perlu anda ambil tahu iaitu;
- Benjolan di leher, ketiak atau pangkal peha (tanda utama)
- Demam berpanjangan
- Hilang selera makan
- Hilang berat badan
- Ruam dan kegatalan kulit
- Keletihan dan tidak bertenaga
Siapa pula yang berisiko mendapat penyakit berbahaya ini? Antara golongan yang akan sering mendapat penyakit ini adalah mereka yang mempunyai sistem imum yang lemah.

Antara pesakit tersebut adalah;
- Peskait autoimum
- Pesakit jangkitan virus seperti HIV dan Hepatitis C
- Penerima organ
- Mempunyai keluarga terdekat yang menghidap limfoma.
Rawatan untuk kanser ini adalah bergantung kepada tahap kanser tersebut. Paling penting, pesakit tersebut perlu disiplin.
Jika ada anda ada tanda-tanda seperti diatas, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:
Doktor Ini Dedah Virus Covid-19 Mula Serang Orang Muda & Akui Jangkitan Makin Cepat
Aktif Hiking Di Bulan Puasa, Wanita Berusia 52 Tahun Ini Kongsi Rahsia Kekal Bertenaga
“Ketulan Putih & Berbau Busuk Dalam Mulut” – Doktor Gigi Ini Jelaskan Punca Sebenar Tonsil Stones
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doktor Dedah Rahsia Pesakit Usia 51 Tahun, Tiada Masalah Kolesterol & Maintan Awet Muda

Jarang sekali mereka yang memasuki usia 50 tahun ke atas, tidak berdepan dengan masalah kesihatan serius.
Selalunya pada penyakit seperti diabetes, tahap kolestrol tinggi dan juga darah tinggi pasti akan datang seiring dengan pertambahan usia.
Namun perkongsian Doktor Mazliana Mazlan yang memberitahu pesakit ditemui pada usia 51 tahun tiada masalah kesihatan dan tidak mengambil sebarang ubatan.
Tambahnya hanya satu dalam 50 orang sahaja akan mendapat keputusan tahap kolesterol cemerlang seperti ini.

Artikel Lain: Doktor Kongsi 7 Tip Elak Jangkitan Virus Covid-19, Semasa Aktiviti Kunjungan Raya
Tiada petua tertentu diamalkan cuma melakukan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Malah segala yang dilakukan memang memerlukan kesabaran dan disiplin tinggi.
Jarang-jarang sekali saya jumpa keputusan darah kolesterol pesakit cantik macam ni. Beliau tiada apa-apa masalah kesihatan, tidak mengambil apa-apa ubatan.
Saya kira, mungkin hanya akan jumpa 1 dalam 50 orang saja tahap kolesterol cemerlang begini.
Bila pesakit dah ada depan mata, saya cubalah kutip apa yang patut dari beliau.
Umur dah 51 tahun, tapi nampak macam 40-an saja usianya. Badan yang fit, cergas dan awet muda lagi.
Saya kongsikan di sini 10 perkara yang beliau kongsi dengan saya.
1. Puasa Isnin dan Khamis tak pernah tinggal, puasa-puasa sunat lain juga beliau amalkan.
2. Nasi hanya makan 1 kali sehari, cukup untuk isi perut yang lapar, bukan untuk mengenyangkan.
3. Makan bila lapar, bukan makan bila ada makanan. Berhenti sebelum perut rasa kenyang.
4. Makanan favourite adalah ulam-ulaman, sejak kecil diajar makan ulam oleh ibu ayahnya.
5. Kopi, teh dan milo tak pernah ambil sejak usia muda remaja. Beliau tahu ada kopi dan teh yang baik, tapi beliau tak minat. Katanya, kopi 3 in 1 betul-betul rosakkan badan.

6. Jarang sangat ambil air manis. Seminggu sekali pun susah.
7. Sentiasa ada buah-buahan di rumah walau 1 biji. Bila lapar, cari buah dan bukan biskut.
8. Setiap tahun beliau wajibkan diri buat ujian darah untuk lihat tahap kesihatan diri. Bila ada keputusan yang tidak cantik, beliau usaha belajar dan cari ilmu untuk kawal dengan pemakanan.
Artikel Lain: Kopi Campuran Antara 12 Produk Makanan Disahkan KKM Mengandungi Racun Berjadual. Sila Take Note!
9. Beliau tak percaya langsung dengan iklan makanan dan minuman yang ada di TV, sebab kebanyakannya adalah makanan tinggi gula. Banyak mata telah dikaburi.
10. Buat sesuatu, sentiasa fikir kebaikan dan keburukan. Apa kita nak makan dan minum, fikir dulu samada ia baik atau buruk untuk tubuh badan kita.
Ini gaya ayah-ayah yang nasihatkan anak. Saya belum mampu buat sepenuhnya apa yang beliau berjaya buat sejak usia muda.
Seawal beliau masuk ke bilik, saya siap tanya lagi, “Encik makan ubat kolesterol ke?” Sebab cantik sangat kolesterol beliau, sangsi pula saya kot ada ambil ubat kolesterol dari farmasi.
Rupa-rupanya, ada cerita menarik tentang gaya pemakanan beliau yang perlu kita contohi.

Mazliana Mazlan
Follow saya di FB dan telegram t.me/sembangsihat untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Artikel Lain: Lepas 10 Bulan Berjaya Sarung Baju Saiz Kecil. Kongsi Kisah Diet Wanita Ini Tanpa Produk !
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sapu Minyak Zaitun Buat Kulit Lembap Dan Cantikkan Kuku, Ini Caranya!

Minyak zaitun mempunyai khasiat yang tersendiri terutama untuk kecantikan wajah dan kesihatan tubuh badan.
Oleh sebab itu harganya agak mahal sedikit di pasaran dan penggunaannya juga tidak perlu banyak seperti minyak masak lain. Jom, kita lihat khasiatnya mengikut kategori.
Khasiat Minyak Zaitun Untuk Kulit:
1. Melembapkan Kulit
Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat. Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.
2. Memperbaiki Kesihatan Kulit
Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat, dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.

3. Membantu Buang Mekap
Minyak zaitun dara adalah alternatif pembuang mekap yang mudah dan murah berbanding daripada jenama lain yang berada di pasaran. Ia bertindak dengan baik tanpa merosakkan kulit anda.
4. Mempunyai Elemen Antipenuaan
Apabila umur anda meningkat, kulit akan mula mengendur dan kedutan akan terbentuk. Anda boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan ini dengan menggunakan minyak zaitun.
Sebagai skrub bibir:
Minyak zaitun boleh membuatkan bibir anda nampak lembut dan cantik dengan mencampurkan beberapa titis minyak zaitun bersama gula perang yang telah dihancurkan dan sedikit jus lemon, kemudian sapukan campuran ini di permukaan bibir anda.
5. Sembuhkan Tumit Merekah
Gosokkan tumit anda dengan menggunakan air lemon yang panas dan sapukan sekali minyak zaitun pada tumit untuk menambahkan kelembapan dan kelembutan. Anda boleh memakai stoking untuk kelegaan yang lebih cepat.
Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Kesihatan
1. Memperbaiki Kesihatan Kuku
Vitamin E dalam minyak zaitun boleh meningkatkan penampilan kuku yang terjejas oleh penyakit.
2. Membantu Cegah Kanser Payudara
Dalam kajian Arab Saudi, didapati bahawa oleuropein, sebatian semula jadi yang terdapat pada daun zaitun, mempunyai potensi sebagai antikanser payudara. Di dalam percubaan klinikal yang lain yang dijalankan di Sepanyol, didapati bahawa wanita yang mengamalkan diet yang mengandungi minyak zaitun, 62 peratus daripada mereka kurang berkemungkinan menghidap kanser payudara.
3. Bantu Cegah Diabetes
Menurut Harvard School of Public Health, diet yang kaya dengan lemak mono dan “polyunsaturated’, seperti yang terkandung dalam minyak zaitun, dapat membantu mencegah diabetes. Dalam kajian lain yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, penggunaan minyak zaitun dikaitkan dengan berkurangnya risiko diabetes dalam kalangan wanita.

4. Elak Penyakit Alzheimer
Menurut Scientific American, oleocanthal dalam minyak zaitun dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer. Persatuan Kimia Amerika juga turut menjumpai penemuan yang serupa. Dalam kajian Amerika, minyak zaitun “extra virgin” didapati dapat meningkatkan pembelajaran dan memori pada tikus, menyokong kemungkinan replikasinya pada manusia yang menderita penyakit Alzheimer.
5. Kuatkan Tulang
Dalam kajian yang melibatkan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean, didapati minyak zaitun mungkin menyumbang kepada tulang yang kuat. Darah mereka didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi, yang merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat.
6. Rawat Kemurungan
Minyak zaitun boleh meningkatkan tahap serotonin, bahan kimia dalam otak. Ini, telah dijumpai, serupa dengan kesan beberapa antidepresi.
7. Bantu Kurangkan Berat Badan
Satu kajian yang diterbitkan di Harvard School of Public Health telah menyokong keberkesanan minyak zaitun dalam membantu penurunan berat badan. Kehilangan berat badan yang berlaku disebabkan oleh dua jenis diet yang berbeza (diet Mediterranean berlemak sederhana yang mengandungi minyak zaitun dan diet rendah lemak) dibandingkan. Menjelang akhir kajian, hanya 20 peratus daripada sukarelawan dalam kumpulan rendah lemak yang masih mengikut diet.
8. Bantu Kawal Kolesterol Dalam Badan
Minyak zaitun mengandungi tahap lemak tepu dan lemak tak tepu yang minima. Ini membolehkan ia mengawal paras kolesterol dalam darah pada badan. Minyak zaitun mengandungi tahap tertinggi bagi lemak “monounsaturated” – sekitar 75-80 peratus, yang membantu membentuk kolesterol baik dan HDL dalam badan.
9. Legakan Sembelit
Minyak zaitun kaya dengan lemak “monounsaturated”. Ini membantu dalam meningkatkan mobiliti supaya makanan dapat bergerak dengan lancar melalui usus besar tanpa sebarang masalah. Ia juga membantu dalam mempercepatkan pergerakan usus dan menghalang sembelit.

10. Bantu Hapuskan Batu Karang Pada Buah Pinggang
Penggunaan minyak zaitun juga dapat membantu melarutkan batu karang pada buah pinggang.
11. Bantu Cairkan Tahi Telinga
Ia membantu melembutkan tahi telinga, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk mengeluarkan tahi telinga. Sebaik sahaja ia telah disapu secukupnya, tahi telinga akan pecah menjadi kepingan yang lebih kecil, dan mula bergerak keluar di saluran telinga, di mana ia boleh dibersihkan dengan kain lembut atau tisu.
Artikel Berkaitan:
Ikan Siakap Kaya Sumber Protein & Kandungan Omega-3. Baik Untuk Kesihatan Jantung!
Masalah Kecacatan Pada Jari Kaki Atau Bunion. Guna Kaedah Pembedahan Buang Benjolan Tulang!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tolong Hentikan Ambil Green Tea Atau Air Lemon Berlebihan, Salah Gaya Boleh Masuk Hopsital!

Kalau anda jenis yang suka minum green tea dan air lemon, sila semak balik cara yang diamalkan itu betul atau salah.
Sebab kata coach Arif Sukri, masih ada yang amalkan cara detox yang salah dengan minum terlampau banyak dan sampai tak makan nasi langsung, akhirnya masuk hospital.
Akibat Nak Kurus Cepat
Tak tahan kena kutuk. Seorang client saya pernah buat diet tinggal nasi secara terus. Minum hari-hari Green Tea dan Lemon. Sampai terpaksa warded seminggu di Hospital.
Kisah-kisah macam ni dah banyak kali saya dapat. Terutama dari kalangan mereka yang terdesak, dan mencari result cepat untuk kurus.
Doktor terpaksa lakukan endoscopy. Specialist bagitau perutnya bengkak, bahasa kampung angin banyak dalam badan. Dan lepas diagnos, tahulah mereka ia berpunca dari diet yang dia buat masa itu.
Yang lagi parah bila minum green tea dan air lemon awal tu dia dah perasan. Mesti gastrik habis. Bukan gastrik menyucuk biasa-biasa je. Tapi sampai susah nak bernafas.

Cara Salah Ambil Green Tea Dan Air Lemon
Katanya, dulu air lemon setiap hari dia minum 3 liter. Green tea pula 5 cawan mesti tak kurang. 5 cawan gaisss! Allahu.
Saya faham. Kadang bila kena kutuk, rasa diperlekehkan kita akan rasa down yang teramat. Tambah-tambah bila libatkan “Body Shaming” di khalayak ramai.
Namun kena ingat, tiada jalan pintas untuk diet ni. Kita kena ingat. Dalam sains pemakanan, apa sahaja yang berlebih-lebihan tetap akan membawa mudarat.
Tak kisah sama ada jenama apa pun makanan itu, setinggi apa manfaatnya tapi bila lebih pasti akan bawa mudarat.
Green tea takkan kuruskan badan. Lemon kalau berlebihan akan datangkan mudarat pada sistem usus. Nasi jangan tinggal. Badan kita Tuhan buat semua nutrisi kena ada.
Lemak
Karbo
Protein
Pastikan lemak, karbo dan protein ada di dalam hidangan kita. Jangan tinggal salah satunya. Apa yang utama adalah bijak dalam memilih kuantitinya.
Tolong hentikan pengambilan green tea atau air detox limau secara berlebih-lebihan. Benda tu tak bawa manfaat, lebih banyak mudarat lagi ada lah. Begitulah harapan saya.
Harap nak masuk 2023 ni tak ada yang usung air lemon berbotol-botol lagi ya.
Jadi bagi anda yang betul berniat nak kurus, sila amalkan diet yang sihat dan baca betul-betul ilmu air detox sebelum jadikan minuman harian. Badan berisi yang elok-elok sihat tetiba kena masuk hospital sebab nak kurus, itu cari penyakit namanya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!


