Kebiasannya jika kita pergi ke pasar malam dan membeli nasi kerabu, pasti akan menambah lauk daging bakar bersama dan dengan bawang putih jeruk.
Namun ada kalanya bawang putih jeruk ini ada yang bertukar warna menjadi kebiruan. Persoalannya apakah bawang bertukar warna ini selamat dimakan atau sebaliknya.
Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa tentang perubahan warna jeruk bawang putih yang menjadi biru.
Seperti penulisan saya sebelum ini, bawang merah atau bawang putih mengandungi bahan kimia semulajadi bersulfur.
Apabila ianya dikisar bahan kimia bersulfur ini boleh bertindakbalas dengan mengoksida bahan kimia logam seperti kuprum, zink, zat besi (aka ferum) atau manganese, lalu menghasilkan bahan kimia logam bersulfur aka bahan kimia kompleks.
Ads
Pembentukan bahan kimia kompleks ini adalah penyebab warna bawang berubah. Maksudnya di sini perubahan warna tidak semestinya biru sahaja, boleh jadi kelabu, kebiruan, kehijauan atau sedikit kemerahan bergantung kepada jenis logam berat yang wujud dan tahap pengoksidaan yang berlaku.
Untuk warna biru kehijauan ini adalah disebabkan oleh tindakbalas bahan kimia bersulfur dalam bawang dengan logam kuprum.
Dari mana datangnya logam-logam ini? Mereka boleh jadi terdapat dalam bawang itu sendiri atau luntur (leak) dari bekas penyimpanan, peralatan pengisar atau air paip. Dalam kes bawang jeruk, tentunya dalam bawang itu sendiri.
Ads
Adakah bawang yang telah bertukar warna ini selamat dimakan?
YA, ianya selamat untuk dimakan. Ini kerana logam berat tersebut tersangatlah sedikit dan jika berjaya diserap, kuprum boleh digunapakai oleh badan untuk membantu zat besi membentuk sel darah merah.
Kebiasannya bahan kimia sulfur pula akan dibebaskan sebagai kentut. Bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman pula, bahan kimia bersulfur ini boleh mengakibatkan kembung aka ‘angin’.
Ads
Nota kaki: Sebenarnya jenis tindakbalas sama juga berlaku apabila kita merebus telur dengan lama. Ya, pengoksidaan zat besi aka ferum menjadi ferum(II) sulfat adalah punca adanya lingkaran hijau pada telur kuning itu. Selamat saja makan kan?
Tidak dinafikan ramai antara kita tak dapat dipisahkan dengan masakan pedas. Jika setangkai dua cili tidak terasa pedasnya, tetapi kalau yang ambil banyak mesti tak cukup segelas minum air.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu tip untuk hilangkan pedas yang keterlaluan. Antaranya adalah makan mentega kacang selain gula.
Namun beliau turut menasihat agar tidak keterlaluan makan pedas kerana boleh menyebabkan masalah gastritis dan juga cirit birit.
“PEDAS GILA! MACAM MANA NAK HILANGKAN?”
Kalau tak pedas, tak sedap, tapi kalau terlebih pedas, merana! Pijar lidah, berpeluh-peluh dahi, dan kadang-kadang tak tahu kenapa, sampai gatal kepala.
Apa nak buat kalau termakan makanan yang pedas gila? Minum air? Kemam air? Itu tak berapa berkesan. Ada cara lebih cepat dan efektif untuk kurangkan pijar lidah.
Rasa pedas pada cili dan cabai adalah disebabkan bahan yang dipanggil #capsaicin. Ia mempunyai sifat tidak larut air, sebab itu minum air atau kemam ais tak berapa efektif kurangkan kepedasan.
Capsaicin adalah bahan yang mudah larut dalam bahan berminyak atau berlemak. Oleh itu, bahan-bahan berikut sangat efektif untuk kurangkan kepedasan di lidah.
Susu
Susu dan keju mengandungi lemak serta casein( protein) yang boleh memisahkan capsaicin dari tunas rasa. Santan dan soya pun boleh.
Coklat
Ini sedap! Coklat, terutamanya coklat susu mempunyai banyak minyak dan lemak, maka ia efektif larutkan capsaicin.
Mentega Kacang
Ini pun sedap! Kacang mengandungi minyak, ia membuatkan rasanya berlemak dan berkesan untuk basmi kepedasan.
Asid
Makanan Thai banyak gunakan cili padi, serta limau, cuka dan mangga muda. Kenapa? Sebab bahan berasid boleh mengurangkan rasa pedas.
Gula
Biasa dengar kan, orang tambah gula dalam masakan untuk kurangkan kepedasan? Rasa manis boleh membantutkan pedas. Nak sihat, guna madu.
Roti
Roti serta makanan berkanji seperti nasi boleh serap capsaicin. Mungkin sebab tu makan makanan pedas, mesti nasi bertambah. Haha!
Makanan pedas-pedas ini memang nikmat, tapi hendaklah berpada-pada. Makanan terlalu pedas boleh menyebabkan gastritis, cirit birit, dan masalah kesihatan yang lain.
Kalau kepedasan dah tahu nak buat apa? Apa lagi, kongsi tips ni supaya orang lain pun tahu!
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tips Hilangkan Pedas
Nota: baca senarai terfikir Nutella. Ada coklat, susu, kacang hazel, gula. Sapu pula atas roti. Fuh!
Walaupun perbezaan lebih 11 tahun ketika mengalami pertambahan berat badan, namun tidak mematahkan semangat untuk mendapatkan berat idaman.
Bagi wanita ini, apa yang penting terus berusaha dan kekal bersemangat dalam usaha menurunkan berat badan. Apa yang penting niat untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan dijauhi segala penyakit.
Perkongsian dari Shida Razak yang memberitahu pengalamannya dalam Grup Diet Suku-Suku Separuh berjaya mengurangkan berat badannya hingga 28 kg berbanding sebelum itu dalam masa 8 bulan saja.
2010 ( 30 tahun) vs 2021(41 tahun). Berat 80kg vs 55kg Sis dtg lagi. Kali ni KC share tips dan jadual pemakanan KC k.
#DSSS
Tips utk kurus KC (kc for kakcik)
1. Betulkan niat. Niat nak jaga tubuh badan menjadi sihat dan minta dijauhi dari segala penyakit kerana menjaga tubuh badan yg dipinjamkan ini juga salah satu amanah Allah. Semoga Allah bg kita kesihatan yang baik dan ringankan lah beratku ya Allah untuk memudahkan segala urusan ibadah dan riadahku. Menjaga keluarga dan mencari rezeki dgn sihat dan kuat. Insyaallah semua akan berjalan lancar. Kurus dan sihat akan muncul sebagai ganjaran Insyaallah.
2.Selalu bahagia dan tolak stress ke tepi. Stress juga mengudang kesusahan untuk kurus dan sihat.
3. Ini amalan setiap pagi KC. Selalu minum smoothie setiap pagi sblm kc buat yoga atau senaman dan pekerjaan permulaan pagi.kc akan minum smoothie utk kesihatan liver..penjagaan liver/hati ni bukan luaran ja..dalaman kita juga iaitu rohaniah kita kene jaga juga..penyakit hati rohaniah harus di hindarkan..selalu happy tengok orang happy..jangan suka kecam2 dan cari salah/cela orang..baiki penyakit hati.pupuklah hati yang harmoni selalu..insyaallah akan lancarkan segala urusan kita.
4. Makan berhenti sebelum kenyang adalah calory counter sy.. jika anda makan tak kenyang2. Mulakan dgn pengiraan kalori pengambilan makanan harian. konsep pemakanan suku2 separuh menjadi pilihan. Suku nasik suku protin separuh sayuran dan buah.
5. Lebihkan minum air kosong setiap hari ikut keperluan tubuh.
6. Bila dah kurus..Untuk maintain berat ideal pula adalah maintainkan segala usaha kita dan pemakanan sihat kita waktu kita nak kurus dulu…jangan dah kurus mula kembali kepada life style lama kita….makanlah makanan yg anda gemar dan bertukar kepada gaya hidup sihat..diet itu bukan penyiksaan..diet yang betul dgn konsep fahaman yang betul adalah kenikmatan berpanjangan buat kesihatan tubuh badan.
Jadual pemakanan KC.
– KC makan 5-6 kali sehari. – 15%-20% senam ( yoga dan berjalan di taman/ treadmill).mengemas rumah juga adalah – Senaman KC juga. – 80% makan sihat – Air kosong 2 liter atau lebih bila dahaga. – Air ni minum ikut pada berat masing2.
Bangun subuh pukul 6 pagi kc akan minum segelas air bersama 1 sudu apple cider vinegar ( kc pilih jenama BRAGG)..tujuan..kita nak flush bacteria jahat selain ianya juga membantu dalam pemecahan protin yg kita ambil…boleh jugak dia amalkan 2 jam sblm tidur. Tapi tak semua sesuai dgn ACV..
KC amalkan dulu sebab doctor yang merawat gastric suruh amalkan..mmg berkesan secara natural merawat gastric..now..i am ok dah..takde gastric teruk macam dulu..namun bagi yang dah ada ulser teruk dalam perut..tak sesuai utk consume..tak semua sesuai..boleh gantikan dgn air kosong campur dengan habbatusauda dan sedikit madu..atau paling2 pun segelas air kosong saja.
ACV nilah paling banyak bantu kc menguruskan badan.dia kontrol paras gula dlm darah.nanti boleh tengok speech dr doctor pakar (Dr Noordin) dalam youtube berkenaan khasiat ACV ni…bagi anda tak suka ACV boleh je minum segelas air kosong bersama madu dan habatussauda..pun bagus..habis2 sangat takde..air kosong je pun boleh.
7.30 – breakfast ( selalunya kc akan minum smoothie buah& sayur+rolled oat. kalau kc sempat kc akan buat roti whole grain bakar letak salad2 dan telur/ nasik goreng sihat banyakkan sayur2an..goreng bersama olive oil dengan tumisan perlahan/ nasik lomak pun sodap..boleh makan..sambal kurangkan lebihkan timun. jaga portion nasik)
10.00am – snack 1 – ( kekacang atau biskut oat bersama secawan hot coklat /secawan green tea )
12.30 pm – lunch – Makan nasik ikut pinggan sihat malaysia
– Suku nasi – Suku protien – Separuh sayur dan buah – Menu2 berpantang antara pilihan kc
3.00pm – snack 2 – ( boleh rujuk gambar2 contoh dlm post ini utk idea snack)
5.30pm/6.30pm – dinner – Ubi kentang bakar besama dada ayam grill/salad telur bersama jagung dan salad/ubi keledek ungu atau ubi oren rebus makan bersama ikan bakar dan sayuran..ikut kegemaran anada..selalunya kc tak amik nasik untuk dinner..variasikan dengan bijirin lain..nak makan nasik pun boleh..apa beras pun takpe..janji suku dr pinggan hidangan.