
Bawang putih ini ada banyak khasiatnya, salah satunya menjadi penawar untuk masalah perut buncit dan sakit tumit kaki.
Mungkin dah puas cuba pakai losyen kaki untuk rawat masalah tumit kaki merekah, kali ini anda boleh cuba guna bawang putih.
Apa yang penting, sediakan bahan-bahan yang diperlukan dulu dan kemudian boleh ikut amalan Puan Hamizah Zakaria ini.
Petua Hilangkan Masalah Perut Buncit Dan Sakit Tumit
Orang cina cukup gemarkan makan bawang putih sebab bawang putih mengandungi allisin yang bantu merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dalam badan kita.

Hilangkan Masalah Tumit
Amalkan makan bawang putih seminggu 3 kali pun sudah memadai. Sama ada masak nasi bersama bawang putih atau bakar bawang putih dengan kulit sekali, makan sebelum sarapan. Boleh cincang dulu dan makan dengan jus lemon untuk lebih extreme.
Bangun pagi mesti terasa badan ringan. Siapa alami masalah sakit tumit boleh lah start amalkan.

Bawang Putih Buang Angin
Siapa amalkan makan bawang putih ni perut buncit beransur hilang. Angin dalam badan sentiasa keluar.

Rawat Masalah Sembelit
Untuk anak sembelit atau susah berak, anda boleh bakar bawang putih, rendam sekejap dengan sedikit air panas dah suam campur air rendaman dengan susu anak.

Selesema Pun Boleh Lega
Untuk leraikan selesema anak, bakar bawang putih 3 ulas dengan kulit sekali lumurkan dengan minyak zaiton atau minyak masak. Sapu di dada baby dan tapak kaki dia.
Hah, jangan kata susah nak buat pula sebab caranya sangat mudah dan cuma memerlukan bahan dapur sahaja. Jadikan amalan, inshaa Allah ada hasilnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pesakit Diabetes Lebih Mudah Dijangkiti Covid-19. KJ Pesan Amal Gaya Hidup Sihat!

Diabetes adalah antara penyakit yang paling ditakuti ramai kerana ia ada kaitan dengan gaya hidup sihat diamalkan.
Malah jika tidak dicegah lebih awal, boleh menyebabkan penghidapnya berpotensi untuk mendapat penyakit lain yang berkait seperti darah tinggi, buah pinggang dan jantung.
Pesakit diabetes juga adalah tiga hingga empati kali lebih mudah untuk dijangkiti gejala Covid-19 yang serius berbanding individu yang tidak menhidap penyakit berkenaan.
Ini menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ucapannya pada Kempen Perangi Diabetes anjuran Selangor FC dan syarikat farmaseutikal Sanofi Aventis Malaysia (Sanofi).

Artikel Lain: Baik Untuk Pesakit Diabetes. Pakar Pemakanan Jelaskan Manfaat Pemanis Tiruan Sebagai Ganti Gula!
Menurutnya juga oleh kerana dibetes telah lama ada dalam masyarakat kita, justeru beliau menyeru rakyat berusaha untuk membendungnya daripada terus menular yang akhirnya akan memberi kesan terhadap kualiti hidup penduduk Malaysia.
“Diabetes bukan sahaja dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan malah ia berkait rapat dengan cara pemakanan yang tidak terkawal dan amalan cara hidup yang tidak sihat,” katanya yang mengingatkan orang ramai kepentingan menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang serta mengamalkan cara hidup yang aktif.
“Ibu bapa juga harus menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup yang sihat bagi memastikan anak-anak kita terus sihat, cergas dan bebas daripada sebarang penyakit,” katanya.

Menurutnya tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi (NHMS) 2019 mendapati peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus (2019).
“Laporan ini telah menunjukkan satu daripada lima individu dewasa berumur 18 tahun ke atas di negara ini, hidup dengan diabetes atau persamaan hampir 4 juta penduduk Malaysia,” katanya.
Artikel Lain: Jangan Main-Main Masalah Tangan Kebas, Petanda Awal Diserang Diabetes Atau Stroke
Tanda & Gejala Diabets (Kencing Manis)
1. Kerap membuang air kecil
2. Serap dahaga
3. Kerap lapar
4. Urin mengandungi paras gula yang tinggi
5. Berat Badan turun mendadak
6. Cepat penat & lemah sepanjang masa
7. Penglihatan kabul
8. Resa kebab pada hujung sarar di telapak tandan dan kaki
9. Luka lambast sembuh
10. Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada kulit
Sumber: Berita Harian
Artikel Lain: “Bangun Dari Sakit, Start Diet & Exercise’ – Kisah Diet Wanita Ini Beri Inspirasi
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rupanya Bahaya Makan Ubat Tiada Kelulusan KKM, Boleh Rosakkan Buah Pinggang & Hati

Tidak dinafikan terdapat lambakan produk atau suplemen sama ada berasaskan buah-buahan ataupun perisa lain.
Tidak pasti sejauh mana keberkesanan produk dijual kerana masing-masing memberitahu baik untuk kesihatan dan boleh mengurangkan penyakit tertentu.
Namun, perlu diingatkan sebagai pengguna bijak, jangan sesekali percaya dengan apa yang diiklankan. Suplemen begini tidak begitu pasti keberkesanananya selagi tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM sendiri.
Perkongsian Dr. Arisman MD memberitahu mengenai perkara ini sebagai panduan untuk mengelak terus jadi mangsa scammer ubatan overclaim ini.
Artikel Lain: Nyawa 3 Anak Hampir Melayang, Gara-Gara Terhidu Kebocoran Gas Monoksida Tengah Tidur

Bahaya Guna Ubatan/Suplemen Tanpa Kelulusan KKM
“Doktor, kalau saya ambil jus ****** dan vitamin ****** ok tak? Untuk lawaskan kencing kotor saya.” tanya pesakit.
“Minta maaf puan. Saya tak tahu pasal jus dan nama produk vitamin puan ni. Jadi saya tak boleh nak cakap bagus atau tak.” jawabku
Pesakit cuba menunjukkan gambar produk dalam galeri handphone beliau “ … yang ni doktor, yang ni…”
“Maaf puan. Saya masih tak tahu pasal dua produk ni. Puan beli dari mana? Online? Pharmacy?” Tanyaku kepada pesakit.
“Yang ni (sambil tunjuk gambar dalam hp) saya beli online, yang vitamin ni ada anak kawan jual.” jawab pesakit.

“Beginilah puan. Saya ni doktor perubatan memang kami tak pernah belajar tentang produk-produk begini. Bukan bidang tugas kami untuk pastikan. Saya cuma tahu bahawa ada komponen-komponen tertentu yang tidak sepatutnya ada dalam satu produk minuman misalnya yang mengandungi steroid. Ia ubat terkawal dan tidak boleh dicampurkan dalam produk minuman.”
“Ada yang merasa sihat dan bertenaga selepas minum jus atau teh produk tertentu, padahal cuma teh biasa. Kenapa boleh jadi begitu? So kena hati-hati sebab boleh jadi ada campuran bahan terlarang didalamnya tetapi tidak dipaparkan dalam kotak produk.”
“Yang akan rosak nanti kemudian hari adalah buah pinggang dan hati kita.”
“Waktu tu kalau nak salahkan produk dan nak saman, amat susah nak menang sebab dah lama dan banyak produk lain yang diambil. Menyesal sangat nanti. Yang menanggung derita si pembeli. Saya ada pernah berjumpa pesakit saya yang buat dialisis beberapa kali kerana mengambil produk terlarang ini.” jawabku.
Artikel Lain: Rebus Herba Terpilih Termasuk Kurma Cina, Minuman Alternatif Bantu ‘Boost’ Tenaga Musim Panas
“Saranan saya kepada puan, untuk bersihkan buah pinggang dan cepat sembuh dari kencing kotor puan ni, pertama terpaksa ambil ubat antibiotik untuk bunuh kuman dulu puan. Kedua silakan minum air banyak supaya kencing kerap dan ini satu cara alami untuk sihatkan buah pinggang kita. Sangat mudah dan murah untuk sihatkan buah pinggang. Kan?” jawabku.
“Ya. Betul doktor. Faham.” pesakit tadi jawab dengan nada perlahan.
Berhati-hati dengan jualan produk kesihatan yang memberi tuntutan melampau. Apatah lagi jika produk itu tidak ada kelulusan dari KKM.
Begitu juga halnya apabila anda pergi berjumpa doktor di klinik atau pergi ke farmasi, jangan terpengaruh dengan promosi dan penjualan produk suplemen mereka yang sebenarnya tidak perlu pun. Berhati-hati ya.

Dr. Arisman, MD.
“Sama-sama belajar”
Ekonomi sekarang tak stabil sangat, berjimatlah. Amalkan gaya sihat InshaAllah.
(Gambar adalah contoh sahaja)
Artikel Lain: Elak Beli Ubat Tidak Dilulus KKM, Doktor Nasihat Jangan Jadi Mangsa Scammer Produk ‘Overclaim’
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedap Masakan Pakai Kuali ‘Legend’, Tapi Bahaya Untuk Kesihatan. Pakar Ini Dedah Sebabnya!

Kata orang kalau nak sedap hasil masakan, masak perlu gunakan periuk kegemaran atau dipanggil periuk legend.
Biasanya periuk sudah lama digunakan dengan kondisi permukaan agak sudah hitam dan sedikit berkerak.
Namun tahukah kita adakah selamat menggunakan periuk lama ini dan kesannya pada kesihatan kita.
Ahli kimia yang juga Pengasas dan Pentadbir Makmal Makanan (MaMa), Dr Fatimah Salim berkongsi menegnai perkara ini di laman sosial Facebooknya dengan menjelaskan lapisan hitam itu sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan sebati tanpa disental atau dikikis.

ADA APA DENGAN KUALI HITAM LEGEND??
Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya.
Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya?
YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.
Tips untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:
• Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
• Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
• Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping… Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.
Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.

Nota:
1) Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
2) Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, boleh lah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.
Semoga bermanfaat!
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Artikel Berkaitan:
Rupanya Bakteria Di Telefon Lebih Banyak Dari Mangkuk Tandas, Doktor Kongsi Fakta Kesihatan Menarik
Gemar Aktiviti Lasak & Jaga Makan. Rahsia Kecantikan & Kekal Awet Muda Normala Samsuddin
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!


