Mendengar ada seorang teman yang meninggal dunia disebabkan jangkitan virus Covid-19. Namun dia juga sebelum ini memang mengalami penyakit asma yang kronik.
Adakah ia saling berkaitan dan bagaimana bahaya mereka yang menghidap asma sekiranya diserang Covid-19 ini.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menerangkan penyakit asma yang memberitahu ia adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan.
Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk.
Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.
Walaupun tiada sebab yang khusus diketahui untuk penyakit asma, semua penghidap mempunyai persamaan yang sama iaitu keradangan saluran pernafasan yang kronik. Saluran pernafasan mereka adalah sangat sensitif kepada pelbagai sebab.
Jika terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku, saluran pernafasan akan menjadi radang (saluran pernafasan mengandungi lendir, bengkak, dan sempit).
Seterusnya otot yang berhubung dengan saluran pernafasan ini menjadi lebih sempit daripada biasa. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan boleh menyebabkan serangan asma.
FAKTOR PENCETUS ASMA
1. Jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan seperti selesema.
2. Alahan terhadap bulu binatang, habuk, tepung, hama atau debunga.
3. Pendedahan kepada bahan bawaan udara seperti asap kimia, asap dan pencemaran udara.
Ads
4. Faktor cuaca sejuk, berangin, panas berdebu, lembap dan perubahan suhu drastik.
5. Keadaan bilik lembap, berkulat dan berhabuk.
6. Tekanan.
7. Emosi berlebihan seperti kesedihan berlarutan, terlalu marah dan ketawa.
8. Aktiviti fizikal seperti bersukan.
9. Ubat antiradang (aspirin, naproxen dan ibuprofen) dan beta blocker (biasanya diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah jantung atau tekanan darah tinggi).
10. Makanan atau minuman termasuk makanan yang diproses, makanan siap, minuman botol jus buah-buahan, bir dan wain.
Ads
11. Alahan makanan seperti kacang.
12. Penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau penyakit menyebabkan asid perut kembali ke dalam esofagus sehingga merengsakan saluran gastrousus atas.
Jika seseorang menghidapi asma, dia perlu mengikuti pelan tindakan doktor sebagai langkah berjaga-jaga untuk bersedia menghadapi ancaman serangan asma.
Sesiapa yang merasakan boleh berada di dalam kesukaran untuk bernafas atau sesak nafas akut hendaklah segera mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan.
Nasihat ini juga disarankan bagi penghidap asma yang merasakan keadaan mereka adalah lebih buruk/teruk daripada biasa atau tidak bertindak balas kepada rawatan yang biasa.
Gejala-gejala asma dan serangan boleh bertambah baik dengan rawatan. Jika asma tidak dirawat, pesakit boleh mendapat asma yang lebih teruk dari masa ke masa.
Ini boleh menyebabkan kerosakan di saluran udara yang kekal. Tujuan penjagaan asma adalah untuk mengelakkan serangan asma yang boleh memburukkan lagi keadaan pesakit.
Ads
UBATAN UNTUK PESAKIT ASMA
Terdapat dua jenis ubat-ubatan asma :
1. Ubat-ubatan pengawal – adalah untuk kawalan asma yang berterusan. Ubat-ubatan ini membantu mengurangkan keradangan ketika serangan asma. Ubat-ubat ini perlu diambil setiap hari sama ada seseorang mempunyai gejala atau tidak. Ubat pengawal termasuk kortikosteroid dihidu (jenis ubat utama) dan perencat leukotriene. Contoh ubat : Beclomethasone, Budesonide, Fluticasone.
2. Ubat Penyelamat – diambil apabila tanda-tanda serangan asma bermula dan ia boleh menghentikan serangan tersebut.Antara ubat yang digunakan termasuk beta-agonis dan anticholinergic. Contoh ubat: Salbutamol, Terbutaline, Fenoterol, Ipratropium bromide (Atrovent).
Bagi kedua-dua ubat pengawal dan ubat penyelamat di atas alat sedut adalah kaedah yang berkesan, dimana pesakit perlu mengendalikan alat sedut tersebut dengan betul supaya ubat tersebut boleh mencapai bahagian dalam paru-paru yang memerlukannya.
Adalah penting untuk mempelajari penjagaan dan penggunaan alat sedut tersebut dengan betul.
Ramai memuji dan terpesona dengan personaliti media sosial, Maryam You Narae yang merupakan isteri kepada Ryzal Ibrahim. Bersih cantik kulit wajahnya tanpa perlu memakai mekap yang tebal.
Malahan penampilan Maryam yang begitu sopan dalam busana jubah dan bertudung litup telah membuatkan mata yang memandang tak jemu dengan keayuan gadis berketurunan Korea itu.
Tip Jaga Kulit Macam Maryam
Perempun kadang tak cukup masa untuk bersiap, especially kalau kita nak kulit cantik waktu-waktu nak kejar masa. Dengan nak siapkan anak-anak lagi.
Tetapi tak apa, Maryam pernah kongsi tips untuk cantikkan kulit pada saat-saat kecemasan dengan rutin mudah. Jadi mungkin cara ini membantu anda yang mengidam nak kulit cantik.
Pastikan anda cuci muka dengan cara double cleansing, pakai serum yang sesuai dan jangan sesekali lupa sapu pelembap ikut jenis kulit anda. Dan akhir sekali lindungi kulit dengan sunscreen!
Cara ini pasti ringankan muka walau banyak langkah, yang penting boleh bawa keluar tanpa mekap yang tebal. Nak capai tahap flawless pun boleh, asalkan konsisten pakai skincare.
Kalau tengok ruangan komen Insta miliknya, ramai yang rasa terhibur melihat gelagat Maryam dan tidak kurang juga yang memuji kesopanan dan keanggunan Maryam ketika mengenakan busana patuh syariah itu.
Untuk rekod, Maryam dan suami Rizal Ibrahim telah diijabkabulkan pada tanggal 15 Ogos 2019. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan, yang diberi nama Rina Ryzal dilahirkan pada Oktober 2021.
Kira-kira 23 tahun lalu negara digemparkan dengan kisah bagaimana seorang penderma hati, Wan Mohd Hafizam yang menjadi orang petama mendermakan sebahagian hatinya.
Biarpun tanpa pertalian darah, tetapi dia telah mendemakan hati kepada Mohd Afiq Ikmal yang ketika usia berusia 14 bulan.
Peristiwa ini telah mencatat sejarah negara apabila berjaya menjalani pembedahan pemindahan hati pertama di Malaysia di sebuah pusat perubatan swasta pada tahun 1999.
Malah kisah ini turut mendapat liputan meluas hingga membuka mata dan kesedaran seluruh rakyat Malaysia tentang kepentingan pendermaan organ.
Namun setelah 23 tahun menerima hati, akhirnya hari ini Mohd Afiq Ikmal telah meningal dunia setelah dilaporan kritikal sebelum ini akibat komplikasi hati.
Dalam laporan Harian Metro selepas 18 hari tidak sedarkan diri, penerima hati pertama negara itu meninggal dunia subuh tadi, setelah dimasukkan ke Hospital Selayang sejak 13 Februari lalu.
Bagi Wan Mohd Hafizam yang juga Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam (APM), dia tergamam dan tidak keruan selepas mendapat pangilan daripada bapa Mohd Afiq Ikmal mengatakan arwah sudah tiada.
“Tidak seperti kebiasaannya ketika menguruskan jenazah lain, apabila melihat Afiq, kaki saya jadi lemah dan tidak kuat menghadapi situasi itu seolah-olah saya yang sedang kaku dimandikan.
“Namun, hati saya sejuk apabila tengok wajah dan kulit Afiq berseri-seri dan suci bersih,” katanya.
“Walaupun tiada pertalian darah dengannya saya turut merasai kesedihan yang dialami keluarganya sampaikan mengalir air mata kerana saya sedar sebahagian hati saya dibawa pergi bersamanya.
“Namun, saya reda malah bersyukur Allah memberi peluang meminjamkan hati saya selama 22 tahun kepada Afiq,” katanya yang turut memberi penghormatan terakhir mengiringi jenazah Mohd Afiq yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Barokah, Kampung Masjid Tikam Batu, sekitar pukul 6 petang tadi.
Ini petua toner timun yang boleh bantu hilangkan jerawat dan buat kulit glowing. Mungkin anda rasa kurang yakin nak guna bahan semula jadi seperti ini.
Namun salah seorang pengguna, Puan Syikin Manan sudah mendapat hasilnya. Tak susah untuk membuatnya, anda hanya perlukan dua bahan alami. Jom semak.
Petua Toner Timun, Hilangkan Jerawat Dan Buat Kulit Glowing
Bahan-bahan:
Timun
Lemon
Caranya:
1. Hiris kan Timun dan kemudian kisarkan sehingga hancur.
2. Kemudian tapiskan dan campurkan dengan sedikit limau.
3. Pastu masukkan ke dalam peti sejuk.
Jadi bila anda nak guna, terus keluarkan dari peti sejuk dan semburkan ke muka. Memang rasa segar je muka. Toner ini guna bahan semula jadi. Boleh tahan hanya 3-5 hari.
Kalau dah berbuih, bermakna dah tak boleh guna. Anda kena lah buat yang baru. Hampas Timun tu jangan buang, boleh buat maker.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!