Sebenarnya dengan mengamalkan jenis-jenis makanan tertentu ia dapat membantu mengurangkan hormon Estrogen berlebihan yang menjadi punca pelbagai penyakit berkaitan peranakan wanita.
Semua wanita berisiko mendapat penyakit berkaitan peranakan maka mencegah lebih awal adalah lebih baik.
Datuk Dr Hamid Arshat, Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan yang terkenal dan berpengalaman luas selama 30 tahun dalam bidang berkaitan penyakit wanita, berkongsi cara mudah untuk para wanita mengelakkan diri daripada mendapat penyakit berikut.
Pengambilan makanan yang berkhasiat
Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:
1. Delima/ Promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.
2. Sayur- Sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.
3. Minyak Zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan
4. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.
5. Biji Anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.
6. Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.
Ads
7. Oats
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.
8. Buah – Buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah jus ke dalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.
9. Bawang- Bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.
10. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron.
Ads
11. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.
12. Makanan – Makanan fermented
Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen
13. Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen
14. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.
15. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen.
Ads
Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormone serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.
Langkah-langkah mengawal Estrogen
1. Kekalkan berat badan ke tahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.
2. Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron
3. Mengawal stres. Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.
Tiada alasan sebenarnya bagi mereka yang sedang melalui fasa pasca Covid-19 untuk tidak berpuasa, malah jika kesihatan mengizinkan, mereka sangat dituntut untuk melakukan kewajipan ini.
Perkara ini dijelaskan oleh Doktor Perubatan di Klinik Swasta, Shah Alam, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman.
Menuru Dr Arisman,tiada ada alasan kuat untuk pesakit PascaCovid-19 dengan gejala Long Covid-19 ringan untuk tidak boleh berpuasa, kecuali yang berada dalam kondisi teruk, memerlukan rawatan dan disarankan oleh doktor untuk jangan berpuasa sehinggalah sembuh sepenuhnya.
Begitu juga halnya dengan pesakit pascaCovid-19 yang memiliki penyakit kronik tertentu seperti kegagalan buah pinggang tahap teruk atau penyakit ulser dalam perut yang sedang aktif dalam rawatan.
Ini kerana mereka tidak boleh berpuasa kerana boleh meningkatkan keparahan penyakit dan boleh memudharatkan kesihatan.
Ketika ditanya pula sama ada kekebalan tubuh golongan itu dapat ditingkatkan dengan berpuasa, doktor perubatan tersebut berkata, ia tidak boleh dipastikan.
Namun demikian, banyak kajian di seluruh dunia menyokong bahawa dengan berpuasa, ia dapat memulihkan sistem (kekebalan) tubuh manusia.
“Ada juga penyelidikan yang menyatakan bahawa perantara atau mediator keradangan seperti inflammatory cytokines, oxidative stress markers dan C-reactive protein mampu dikurangkan dalam tubuh orang yang berpuasa,“ ujarnya lagi kepada Sinar Plus.
Berdasarkan fakta juga, kata Dr Arisman, berpuasa selama tiga hari sudah mampu membuatkan badan seseorang menghasilkan sel darah putih baharu yang penting untuk melawan jangkitan kuman.
Tidak sukar sebenarnya untuk seseorang itu kelihatan cantik dan maintain awet muda walaupun usia sudah mencecah 30-an.
Sebenarnya tidak perlu menggunakan produk penjagaan wajah yang mahal sebaliknya hanya memilih makanan yang bukan saja menyihatkan dalaman badan, tetapi juga menyerlahkan kecantikan semula jadi.
5 Jenis Makanan Lambatkan Proses Penuaan
Air Kelapa
Boleh dikatakan amalan meminum air kelapa sudah diterapkan sejak kecil lagi. Bukan sahaja minuman tersebut mudah didapati, tetapi ia juga seakan menu wajib sekiranya berada di kawasan tepian pantai.
Bagi yang tidak menggemari air kelapa, anda sudah boleh mula untuk meminum minuman tersebut mulai sekarang. Hal ini kerana air kelapa mengandungi harmon estrogen yang dapat membentuk kolagen dan elastin.
Kedua-duanya berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses kedutan kulit wajah. Manfaat air kelapa lain ialah mencegah daripada dehidrasi, mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan tekanan darah dan membantu meningkatkan stamina badan.
Ubi Keledek
Ubi keledek mempunyai pelbagai variasi warna seperti kuning, ungu, jingga, merah jambu dan putih. Ia juga tergolong dalam kategori tumbuhan menjalar. Kandungan ubi keledek yang kaya dengan vitamin C dan E dapat membantu mengekalkan keanjalan termasuk kelembapan kulit wajah.
Lobak Merah
Kandungan vitamin A, E dan C yang ada dalam lobak merah dipercayai dapat membantu untuk melawan sel kanser. Selain vitamin, lobak merah juga kaya dengan kandungan mineral seperti kalsium, potasium, alpha karotin dan beta-carotene.
Pengambilan lobak merah baik kerana kandungan antioksidan dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari, mengelakkan jerawat, kulit kering, kedutan pramatang dan mencerahkan kulit wajah.
Bayam
Tumbuhan ini sangat mudah untuk didapati di Malaysia dan yang popularnya ialah bayam merah dan hijau. Selain enak dimakan tumbuhna ini juga berfungsi sebagai salah satu agen anti-penuaan dan dapat melicinkan kulit wajah.
Bayam juga dapat menguatkan akar rambut manakala kandungan vitamin K boleh mengurangkan masalah keradangan dalam sel.
Kacang Badam
Sering dijadikan sebagai bahan kudapan saat membaca buku atau menonton televisyen, pengambilan kekacang juga sebenarnya baik untuk kulit wajah.
Kekacang seperti badam mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi termasuk vitamin E yang sangat baik untuk kulit seperti menghapuskan sel kulit mati dan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
Bermacam-cara cara diet yang diamalkan bagi mereka yang mengalami masalah kenaikan badan mendadak untuk mendapatkan berat ideal.
Apatah lagi jika usia makin bertambah, semakin digalakkan untuk menjaga kesihatan terutama pemakanan bagi mengelak datangnya pelbagai penyakit.
Jika suami kepada Faezah Elai hanya makan 12 biji terus sehari, cara sama diamalkan seorang lagi pelakon drama, Shah Jaszle yang juga mengamalkan pemakanan sihat.
Dalam artikel di Astro Gempak, pelakon ini mendedahkan dia berjaya turunkan berat badan sebanyak 16 kilogram hanya dalam tempoh 23 hari sahaja.
“Setiap kali sebarang produksi mencadangkan nama saya kepada stesen televisen, mereka akan bertanyakan saiz tubuh pada waktu berkenaan. Justeru, atas nasihat kawan-kawan saya ambil keputusan untuk berdiet.
“Malah peminat juga tidak kenal saya apabila berat badan berisi. Namun sekarang saya sudah mendapat berat ideal,” katanya mengakui tidak mudah untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Apatah lagi di rumah isterinya akan masak masakan sedap dan menyebabkan dia terpaksa lawan keinginan untuk makan dan hadkan pengambilan kalori.