Bentuk halia agak unik kerana bercabang. Ada yang kecil dan besar. Halia juga boleh dibuat jus tetapi lebih sedap jika dicuba bersama madu.
Tumbuhan herba ini juga dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Sangat sesuai diamalkan untuk rutin harian.
Untuk membuat jus ini, perlu digandingkan dengan beberapa bahan lain yang juga mengandungi banyak khasiat seperti lemon dan madu.
Tiga bahan ini sahaja terbukti sudah mampu untuk membuat jus yang berkhasiat.
Antara khasiatnya adalah boleh keluarkan angin dalam badan, rendahkan paras kolesterol, turunkan berat badan dan sebagainya.
Ads
Jus ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira jantina lelaki atau perempuan.
Bahan-bahan: 3 biji lemon
6 inci halia
3 cawan air
3 cawan madu
Cara-cara membuatnya;
1. Potong lemon dan halia.
2. Rebus dalam periuk bersama tiga cawan air (750 ml).
3. Rebus hingga air tinggal separuh. Sejukkan, kisar dan campur tiga cawan madu (lebih kurang 250ml). Ikut cita rasa masing-masing.
4. Boleh juga dimasukkan ke dalam dan simpan dalam peti sejuk.
Ads
Boleh amalkan minum satu sudu pagi dan malam sebelum tidur. Jika mahu lebih manis, tambah madu lagi ikut cita rasa masing-masing.
Setiap kali datang Tahun Baru Cina, pastinya buah limau Mandarin akan banyak dijual di pasaran.
Rasanya yang manis-manis masam menjadikan buahan ini menjadi popular dikalangan penggemarnya.
Namun yang menjadi persoalan adakah buah ini mempunyai bahan pengawet atau sebaliknya. Bagaimana pula caranya untuk elak daripada mengalami sakit tekak.
Menjawab persoalan itu, Pensyarah Kanan kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr Fatimah Salim tampil di laman Facebook rasminya memberi pencerahan.
“Benar, kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan juga menghalang pertumbuhan kulat,” katanya.
Namun, ujar beliau, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.
“SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detoks secara semula jadi. Ia selamat, sebab itu dibenarkan sebagai pengawet pada makanan,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Fatimah berkata, disebabkan buah berkenaan dijual murah pada musim perayaan, limau dimakan juga mungkin berlebihan.
Justeru, tidak hairanlah jika ada individu yang berasa sakit tekak, batuk, sakit dada atau mengalami kesukaran untuk bernafas.
Sebenarnya, selain bahan kimia pengawet SO2 digunakan pada buah limau Mandarin, ia juga digunakan dalam buah kering seperti kismis, prune, juga dalam minuman berkarbonat dan beralkohol.
Apa-apa produk makanan yang mengandungi bahan kimia SO2 wajib meletakkannya pada label sebagai panduan untuk individu yang sensitif.
Ini kerana mereka (individu yang sangat sensitif) kepada SO2 terutamanya yang mempunyai penyakit asma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan kronik.
Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin, tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini.
Maka, cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan.
Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah (SO2(g) + H2O(l) –> H2SO3(aq)), jelas pakar berkenaan.
Merendam seketika iaitu selama 10 minit dengan air garam atau baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga dapat disingkirkan.
“Untuk individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Di sinilah perlunya kita memerhati dan ambil tahu tindak balas badan sendiri terhadap apa juga jenis makanan yang dimakan.
“Ingat, tidak semestinya jika anda terkesan dengan SO2, orang lain juga akan mengalami kesan yang sama. Juga tidak semestinya anda yang tidak terkesan, menidakkan kesannya kepada individu sensitif lain. Usah pukul rata ya.
“Musim perayaan ini, berpada-padalah ya. Jika badan sudah mula memberikan maklumbalas, maka sedarlah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!,” katanya.
Serentak dengan itu, Dr Fatimah berkongsi beberapa fakta menarik mengenai bahan kimia semula jadi yang terdapat dalam buah limau Mandarin:
i) Rasa manis isi limau disumbangkan oleh gula ringkas semula jadi seperti fruktosa, glukosa dan sukrosa. Rasa masam pula disumbangkan oleh bahan kimia bersifat asid terutamanya asid sitrik. Rasa manis dan masam ini perlu seimbang untuk memberikan rasa limau yang sedap dinikmati.
ii) Isi limau Mandarin kaya dengan serat, protein dan pelbagai jenis vitamin (A, B, C, E) serta mineral (kalsium, magnesium, phosporus, potassium). Ia juga kaya dengan fitokimia bersifat antioksida seperti flavonoids dan phenolic acids.
iii) Warna oren kekuningan limau Mandarin adalah disumbangkan oleh bahan kimia pigmen beta-cryptoxanthin.
iv) Bau limau Mandarin adalah disebabkan oleh bahan kimia meruap seperti thymol, dimethylanthranilate, gamma-terpinene dan beta-pinene yang terbebas semasa kulitnya dikupas.
Ramai antara kita yang sering mengabaikan penjagaan wajah ketika mahu masuk tidur.
Tetapi tahukah bahawa penjagaan wajah sebelum masuk tidur juga penting bagi memastikan kulit kekal terjaga dengan sebaiknya.
Sebenarnya, rutin penjagaan pada waktu malam penting dan perlu diambil berat. Barulah anda akan kelihatan lebih cantik bila bangun pagi.
Di sini disediakan lima tip yang boleh anda amalkan setiap malam sebelum tidur. Mahu cantik kena berusaha sedikit demi mengekalkan kecantikan wajah dan kesegaran tubuh badan tatkala bangun dari tidur.
Walau penat sekalipun rutin ini wajib dilakukan, iaitu sebelum tidur muka telah dicuci sebersih yang mungkin, jangan lupa untuk menggunakan teknik double cleanse.
Teknik ini dapat memastikan kulit muka bebas dari segala sisa kotoran dan paling penting make up, jika tidak proses regenarasi sel kulit akan terbantut dan ini akan menyebabkan jerawat muncul di wajah. Jika perlu, pakai make up remover ataupun petroleum jelly untuk lebih senang hilangkan make up dan juga kotoran yang lain.
Ramai yang tidak suka pelembap kerana merasa wajah akan melekit ketika tidur. Sebenarnya jika anda pakai pelembap ia membantu mengelakkan kulit menjadi kering ketika tidur. Terutama jika anda tidur di tempat sejuk atau berhawa dingin. Apabila kulit kering, penuaan cepat berlaku.
Banyak kajian menyatakan tabiat tidak menggosok gigi sebelum tidur boleh mengakibatkan masalah kesihatan serius. Antaranya seperti masalah jantung. Jadikan ia rutin secara kosisten sebelum tidur untuk mengurangkan risiko penyakit. Bukankah tidur anda akan menjadi lebih selesa bila gigi bersih.
Manfaat air lemon sebelum tidur akan memberi hidrasi pada tubuh dan membantu membersihkan kulit ketika tidur. Kulit akan lebih anjal dan berseri-seri apabila bangun tidur. Ia juga membantu mempercepatkan metabolisma, meningkatkan tenaga serta emosi.
Tip terakhir sebelum tidur amalkan pemakaian masker atau topeng penjagaan kulit. Ia penjagaan tambahan untuk kulit, cukup diamalkan tiga atau empat kali seminggu.
Nak tak belajar cara mekap Dato Alha Alfa masa raya nanti? Haaa… inilah masanya untuk anda asah kemahiran yang ada. Dan kalau berjaya, anda siap boleh buat duit tepi!
Untung, bukan? Sebab tak ramai orang yang pandai mekap walau untuk bersolek sendiri. Kadang pakai kejap, mekap sudah cair dan nampak bercapuk. Jenuh pula nak touch up semula.
Jadi bagaimana nak atasi masalah muka bercapuk ini?
Jom ikuti tip daripada Dato Alha Alfa bagaimana nak elak muka bercapuk lepas guna foundation, menerusi step mekap yang dikongsikan di bawah. Ini contoh kalau nak mekap mudah-mudah pergi pasar. Tetap kena cantik!
Serum
Untuk permulaan, kamu perlu sapukan muka dengan serum booster bagi meningkatkan kualiti kulit sebelum memakai mekap.
Untuk buatkan muka nampak natural dan tidak sarat, campurkan krim foundation bersama serum booster untuk buatkan pemakaian mekap tahan lama dan ringan.
Selesai memakai rata krim foundation, masuklah pula bahagian concealer. Gunakan concealer pada bahagian bawah mata, tulang hidung, dahi dan juga dagu, sapu rata concealer guna beauty blender.
Penggunaan shade dan highlight dalam bertatarias, merupakan step yang perlu dilakukan bagi membuatkan mekap muka kelihatan menyerlah serta muka tidak nampak terlalu tebal.
Untuk langkah seterusnya, pastinya penggunaan loose powder tidak boleh ditinggalkan, ianya dapat menyempurnakan lagi mekap muka.
Pemilihan pembayang mata atau eyeshadow haruslah sama seperti rona warna kulit, agar terserlah kecantikan semulajadi dan tidak menyebabkan meka jadi terlalu heavy.
Dan penggunaan gincu matte guna hendaklah menggunakan rona warna yang serasi dengan tona warna kulit muka, seperti warna matte coklat, matte krim cair, dan sebagainya.
Lepas ini kalau nak mekap, bolehlah ikut step-step yang Dato Alha Alfa kongsikan seperti dalam video Facebooknya ini. Confirm lepas ini, muka tak lagi bercapuk atau keluar banyak sangat minyak muka.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.