Rupanya bukan saja makanan mempunyai tarikh luput, tetapi juga air minuman. Namun begitu, bahaya atau tidak bagi air minuman yang sudah melepasi tarikh luput ini.
Ikuti penjelasan Ahli Kimia Dr Fatimah Salim yang juga merupakan Pengasas dan Pentadbir Grup Makmal Makanan (MaMa) mengenai perkara ini.
Menurutnya walaupun air minuman mempunyai tarikh luput tetapi masih boleh selamat untuk diminum.
KENAPA AIR MINUMAN MEMPUNYAI TARIKH LUPUT?
Tahukah anda walaupun terdapat tarikh luput pada botol air minuman/ mineral, namun air minuman sebenarnya tiada luput?
Peraturan menyatakan tarikh luput pada semua makan dan minuman, termasuklah air kosong adalah sebenarnya digunapakai di New Jersey (1987), USA. Ianya bertujuan untuk menyeragamkan pembungkusan air.
Sesetengah air minuman hanya diberikan tarikh luput ‘baik sebelum’ (best by) dalam tempoh dua tahun atau kurang dari tarikh pembungkusan. Tarikh ini boleh membantu dalam mengenalpasti berapa lama air minuman itu telah dibungkus dalam bekasnya.
Ads
Ini kerana bergantung kepada kaedah penyimpanan, tahap pendedahan kepada cahaya dan suhu (contoh ditinggalkan dalam kereta atau terdedah dengan cahaya matahari secara terus) dan jenis bahan botol bungkusan (terutamanya plastik), boleh mengubah rasa air minuman ini.
Suhu dan cahaya berupaya menggangu integriti bahan binaan bekas bungkusan plastik dan menyebabkan komponen plastik bocor ke dalam air minuman.
Penyimpanan dalam tempoh masa yang lama juga boleh menyebabkan bahan penstabil (antioksida) pada bekas berkurangan berfungsi dan meningkatkan juga potensi kontaminasi bakteria.
Ads
Disamping, air juga berpotensi menyerap bahan kimia gas lain daripada persekitaran menyebabkan rasa air berubah.
Namun usah risau kerana kebanyakkan botol untuk membungkus air minuman/ mineral adalah diperbuat dari plastik jenis polyethylene terephthalate (PET- RIC No.1) dan high-density polyethylene (HDPE- RIC No.2).
Walaupun berlakunya bocoran, namun kedua jenis plastik ini adalah antara plastik yang paling selamat dan TIDAK akan membahayakan kesihatan.
Ads
Maka, walaupun telah melepasi tarikh luput, air minuman masih lagi selamat diminum.
Berapa kerap anda menukar gincu, bedak padat, pemerah pipi dan krim pelembap? Sesetengah pengguna menunggu hingga produk habis sebelum membuat keputusan membeli yang baru.
Namun, bagi yang jarang bersolek atau tidak mempraktikkan rejim kecantikan rutin, produk dibeli boleh digunakan hingga bertahun.
Jangan terkejut, sekiranya anda dinasihatkan mengganti produk lebih cepat dari tarikh luputnya.
Pakar kecantikan dari Hairtrade.com., Joanne Dodds mendedahkan, tempoh masa yang sesuai dan tepat untuk anda membeli produk baharu kosmetik kegemaran.
Joanne mengesyorkan, span solekan diganti setiap bulan manakala sesetengah minyak wangi boleh bertahan sehingga sepuluh tahun jika dijaga dengan betul.
Katanya, alat solek berkualiti selalunya menawarkan harga yang tinggi, sekali gus membuatkan pembeli menggunakannya hingga ke tarikh luput.
Namun, pakar kecantikan itu memandangnya sebagai tindakan mengundang padah, berikutan membawa pelbagai masalah kesihatan akibat jangkitan bakteria, cela wajah, radang kulit dan sebagainya.
Ia tetap berlaku, meskipun anda tidak pernah culas membersihkan berus mekap dan span.
Maskara pula katanya, perlu diganti genap empat hingga enam bulan selepas menggunakannya.
Joanne menegaskan, pengguna perlu peka tempoh hayat sesuatu produk selain jangan sayang membuangnya menjelang tarikh luput produk itu.
Beberapa produk lain turut dikemukakan Joanne untuk dipertimbangkan dibuang meliputi;
“Span bercampur kegunaan sepatutnya diganti selepas sebulan digunakan dan dibersih dengan pencuci muka selepas setiap penggunaan,” katanya Joanne.
Katanya, sebab lain span perlu ditukar termasuk sudah comot, koyak dan berderai tanpa sebab selain warnanya berubah pudar.
“Disebabkan berhubung terus dengan mata, had penggunaan maskara sepatutnya tidak melebihi tempoh tiga bulan,” Joanne memberi amaran.
Katanya, larangan berkenaan bertujuan mencegah bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan dan kerengsaan pada mata.
“Sebab itu, kebanyakan label di maskara menetapkan tempoh penggunaannya hanya sekitar empat hingga enam bulan sahaja,” katanya.
Tabiat membuka tutup berus maskara, mengepam masuk udara ke dalam tiub yang bukan saja menyebabkan maskara kering bahkan pencemaran bakteria.
Justeru, sewaktu memasukkan kembali berus maskara ke tempatnya, pastikan ditutup ketat bagi mengelakkan gelembung udara terperangkap di dalamnya.
“Sebaiknya, buang segera maskara yang kering dan mengalami perubahan warna, tekstur dan bau,” katanya.
Produk krim boleh bertahan cuma sekitar enam bulan kerana kandungan pelembap di dalamnya mampu membiakkan pertumbuhan bakteria.
“Amati dan kenal pasti sekiranya ada kulat, berbau dan warna kekuningan. Segera buang sekiranya krim itu nampak pelik,” kata Joanne.
Tempoh hayat bagi penggaris mata berbentuk cecair adalah enam bulan namun yang lebih membimbangkan, produk ini dikatakan mudah terdedah kepada bakteria.
Pensil celak boleh bertahan sehingga dua tahun dengan syarat, ia ditutup sempurna selepas digunakan. Mereka mengalami jangkitan mata, disyorkan tidak menggunakan pensil mata melebihi tempoh jangka hayatnya kerana dikhuatiri lebih menambah risiko jangkitan tidak diingini.
Bedak asas berbentuk krim dan cecair boleh bertahan sekitar enam bulan hingga setahun berdasarkan kandungan air, minyak dan ejen penghidratan yang membentuknya sekali gus memendekkan jangka hayat namun menambah kemunculan bakteria.
Bedak dalam bentuk serbuk kata Joanne, mampu bertahan sehingga dua tahun kerana lebih padu sekali gus menyukarkan bakteria membiak.
“Penting untuk pengguna ketahui bahan-bahan dalam bedak asas menggalakkan pembiakan kuman. Justeru, amalkan membaca label yang ditampal di belakang bedak selain buat catatan tarikh luput produk itu. Sebaiknya, cuci secara kerap perkakasan menyolek selain amalkan membersihkan tangan sebelum menyentuh sebarang kosmetik,” beritahu Joanne.
Sebagaimana maskara, kerap membuka dan tutup penutupnya membawa udara masuk ke dalam tiub sekali gus menjejaskan kualitinya.
Beli baharu sekiranya pengilat bibir anda menunjukkan perubahan warna, tekstur mahupun ketebalannya.
Pengilat kuku antara produk tidak tahan lama. Sebaik penutupnya dibuka, ia akan berwap menyebabkan cecair pengilat itu menebal malah merekah.
Bagi mengelakkan cepat rosak, pastikan penutupnya sentiasa ditutup ketat setiap kali selepas digunakan.
“Buang segera penyamar noda yang dilihat sudah mengering, berubah tekstur, berketul, pecah serta merekah selain mengeluarkan bau tidak enak,” nasihat Joanne.
Penyamar noda yang sudah rosak katanya, bukan saja menyebabkan wajah kelihatan bercapuk bahkan menghalang anda memperoleh solekan sempurna.
Berbanding pemerah pipi dan bronzer mempunyai tempoh hayat yang lama, bedak masih kelihatan elok meskipun sudah melampaui tarikh luput.
Bagaimanapun, bedak berkenaan menjadi keras dan tidak membantu mendapatkan solekan cantik selepas tamat tempoh. Begitupun, anda boleh mengurangkan pencemaran bakteria dengan kerap membersihkannya selain tidak membiarkan ia terdedah kepada udara,
Namun, jangan simpan bedak yang penutupnya rosak, berkulat dan mengeluarkan bau pelik.
Gincu yang dijaga dengan baik mampu bertahan hingga dua tahun. Bagi memastikannya kekal elok, jangan sesekali meninggalkan gincu tanpa penutup dan sesekali, lap bahagian lapisan permukaan atas gincu yang berpotensi membiakkan bakteria.
Minyak wangi yang disimpan dengan baik kekal elok meskipun sudah melebihi tarikh luput. Syaratnya, elak menyimpannya di bilik yang panas, di bawah pencahayaan terik selain memastikan ia sentiasa ditutup selepas digunakan.
Tempat terbaik menyimpan minyak wangi adalah di dalam almari namun jangan alpa memerhatikan perubahan warnanya.
Tidak pernah mengalah dan putus asa dalam misi menurunkan berat badan, wanita ini Eleeza Natasha sangat bermotivasi untuk melihat perubahan pada dirinya.
Berkat keras keras dan bersemangat mengamalkan diet melalui cara diet suku-suku separuh (DSSS) dan selepas setahun dia berjaya melenyapkan 37 kg.
Kalau dulu dia terpaksa membeli baju saiz XXXL tetapi kini tersenyum kerana boleh menggayakan baju size L.
Dia yang bertekad untuk menurunkan 10 kg berkongsi dia memang menolak terus air manis agar matlamatnya tercapai.
Alhamdulillah,hari ni genap 1tahun buat Diet Dsss..Kiranya,semalam hadiah untuk birthday tahun ni kepada diri sendiri sebab berjaya buat tanpa giveup
Banyak perubahan,yang dapat diri sendiri ni rasa. Tapi ada sikit lagi ni nak kena kejar target lagi,ada lagi 10kg target nak turun
Start wieght : 99kg Current weight : 62kg Total weight lost : 37kg
Tips yang saya selalu amalkan hanya memang buat Dsss je dan jugak workout 3/4kali seminggu.
Air manis memang tak ambik langsung. Malam selalunya saye stop makan pukul 7@8malam.
Sambil saya buat dsss,sambil tu saya buat defisit kalori sekali..saya jaga kuantiti kalori makanan saya
Selepas berjaya mendapat berat ideal, Eleeza memberitahu kakinya juga sudah tidak sakit atau mengalami masalah semput masa berjalan.
Kalau tidak suatu ketika dulu dia kena berhenti berjalan setiap 10 minit. Dia juga kini tidak malu untuk membeli baju takut tidak muat atau tiada size.