Ada antara kita yang sangat berpantang untuk makan atau menyentuh beberapa makanan kerana dikhuatiri mendatangkan masalah angin dalam badan.
Benarkah ia boleh berlaku dan apa kesannya jika terus diambil secara berlebihan. Masalah angin ini juga turut dikenali sebagai kembang urat.
Pakar Kimia dan juga Pensyarah Kanan di UiTM, Dr. Fatimah Salim dalam satu posting di laman sosial Facebook menjelaskan perkara ini dengan panjang lebar.
Ayuh, ikuti perkongsiannya.
Kenapakah memakan sesetengah buah atau sayur boleh menyebabkan ‘angin’ dan ‘kembang urat’?
Jawapan umum untuk pertanyaan mengenai ‘angin’ dalam badan:
Sebenarnya jenis tumbuhan seperti nangka, sukun, tarap, kekacang (legumes) dan yang seangkatan dengannya… mengandungi bahan kimia dari kumpulan karbohidrat seperti raffinose, stachyose, verbascose… yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia kerana kekurangan atau ketiadaan enzim alfa-galactoside.
Dan keberadaan enzim ini adalah bergantung kepada genetik dan peningkatan usia. Maka, usahlah hairan jika dulu kita makan tiada masalah dan kini mudah terkesan.
Ads
Disebabkan ketiadaan enzim khusus, maka tugas pencernaan ini akan diambil alih oleh bakteria yang ada dalam usus besar kita melalui fermentasi. Semasa proses fermentasi, bakteria akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti gas hidrogen dan metana. Gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut.
Sekiranya gas ini tidak dikeluarkan, ianya akan terus terkumpul/ terperangkap dalam usus yang juga dikenali dengan istilah ‘kembung perut’ atau orang kita bahasakan sebagai ‘angin’.
Harus diingat ‘angin’ ini ialah ‘benda asing’ yang berada dalam badan. Maka badan akan seboleh mungkin untuk mengeluarkannya dengan mekanisma yang mampu menggangu keseimbangan proses kimia badan yang lain.
Ketidakseimbangan kimia badan ini akan menyebabkan kita berasa ‘kurang selesa’ atau ‘sakit’ pada bahagian tertentu. Keadaan inilah yang agaknya orang lama istilahkan dengan ‘kembang urat’.
Tujuannya adalah sebagai ‘signal’ untuk kita berbuat sesuatu atau badan akan beradaptasi untuk mengembalikan semula keseimbangan kimia (Self-healing). Bahagian mana yang terkesan dan bagaimana, adalah bergantung kepada tahap kesihatan sedia ada dan mekanisma yang ‘paling’ kurang mudarat kepada system badan.
Untuk mengembalikan keselesaan, ada yang pergi berurut. Ada yang ambil ubat tahan sakit, ada juga yang ambil ubat buang angin. Ada yang baik sendiri hasil daripada pemakanan yang mengandungi pelbagai bahan kimia semulajadi yang membantu menyeimbang punca sakit tadi.
Ads
Pun begitu, sesetengah orang tidak mengalami masalah ‘angin’ ini disebabkan mempunyai enzim alpha-galactoside yang cukup dan/ atau juga memiliki kepelbagaian jenis bakteria dalam usus yang boleh saling ‘meneutralkan’ gas yang dihasilkan.
Tips untuk sistem penghadaman yang baik:
1) Amalkan senaman yang bersesuaian untuk mengaktifkan sel-sel badan termasuklah dalam sistem penghadaman. Bakteria yang baik sukakan badan yang sihat untuk ditumpang (win win situation).
2) Kunyah makanan jenis ini lama-lama untuk mengecilkan saiz makanan. Air liur mungkin mengandungi enzim alpha-galactoside yang boleh membantu dalam proses penguraian bahan kimia karbohidrat ini dan mengurangkan fermentasi oleh bakteria dalam usus besar.
3) Jenis kekacang atau beras pulut boleh rendam dulu untuk memudahkan proses penghadaman, seterusnya mengurangkan fermentasi oleh bakteria.
Ads
4) Amalkan sayuran dalam diet pemakanan sebagai sumber serat (prebiotik) dan fitokimia yang bagus.
5) Kurangkan makanan terproses. Kurangkan pengambilan gula tersedia.
6) Boleh tambahkan makanan difermentasi yang mengandungi mikrob baik (sumber probiotik) seperti yoghurt, tempoyak, tapai… untuk mempelbagaikan flora bakteria dalam usus.
Patutlah Orang Kata Elok Amal Minum Lemon Waktu Pagi, Ini Salah Satu! Sekarang ini ramai berlumba-lumba untuk kekal sihat dan jadi awet muda.
Malah ramai yang membeli supplemen kesihatan dari luar yang dijual untuk memastikan untuk menjaga kesihatan diri daripada gangguan kesihtan.
Namun sebenarnya kita boleh kekal sihat dan jadi awet muda hanya dengan mengamalkan petua tradisioal. Dengan hanya pengambilan lemon setiap pagi mampu memberi kesihatan yang bagus untuk kesihatan diri kita.
Amal Minum Lemon
Lemon mengandungi asid sitrik, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. Selain itu lemon juga terkenal sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati atau detox.
Caranya ialah dengan menghiris lemon dan memerahkan dalam air suam. Minumlah setiap pagi dan hidangkannya tanpa gula untuk khasiat optimum.
Mengambil lemon setiap pagi boleh mengalkali tubuh. Oleh kerana sifatnya yang alkali, lemon boleh meneutralkan asid dalam badan. Asid berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai kemudharatan dan kelesuan.
Ayuh semak 12 khasiat minum lemon setiap pagi dan sangat bagus diamalkan untuk sesiapa sahaja.
Khasiat Minum Lemon Setiap Pagi Untuk Kecantikan & Kesihatan
#1. Elak Masalah Penghadaman
Minum air lemon sebaik sahaja bangun dari tidur boleh melegakan dan mampu mengelak masalah penghadaman seperti gastrik, kembung perut, angin dalam badan dan pedih ulu hati.
#2. Mengaktifkan & Membersihkan Organ Hati
Bertindak sebagai agen detox. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja. Air suam sememangnya membantu merangsang saluran penghadaman ditambah dengan lemon yang dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati .
#3. Bertindak Sebagai Vitamin C
Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh. Ini bermakna Vitamin C sangat sangat penting seawal kita bangun dari tidur.
#4. Bersifat Alkali
Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang atau merendahkan asid dalam badan.
#5. Elakkan Masalah Sembelit
Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
#6. Bantu Rawat Sakit Tekak
Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
#7. Sesuai Untuk Rawat Selesema
Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Sesuai bagi merawat selesema, minum bersama air suam.
#8. Sebagai Antibiotik & Antioksidan
Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
#9. Mempunyai Ciri-Ciri Anti-Karsinogik
Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak risiko barah.
#10. Boleh Membakar Lemak
Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus dengan sihat dan selamat.
#11. Hilangkan Bau Mulut Awal Pagi
Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
#12. Bantu Menghadam Lemak Degil & Berkesan Turunkan Berat Badan Secara Sihat
Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil. Hal ini membantu bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan.
Tidak pernah mengalah dan putus asa dalam misi menurunkan berat badan, wanita ini Eleeza Natasha sangat bermotivasi untuk melihat perubahan pada dirinya.
Berkat keras keras dan bersemangat mengamalkan diet melalui cara diet suku-suku separuh (DSSS) dan selepas setahun dia berjaya melenyapkan 37 kg.
Kalau dulu dia terpaksa membeli baju saiz XXXL tetapi kini tersenyum kerana boleh menggayakan baju size L.
Dia yang bertekad untuk menurunkan 10 kg berkongsi dia memang menolak terus air manis agar matlamatnya tercapai.
Alhamdulillah,hari ni genap 1tahun buat Diet Dsss..Kiranya,semalam hadiah untuk birthday tahun ni kepada diri sendiri sebab berjaya buat tanpa giveup
Banyak perubahan,yang dapat diri sendiri ni rasa. Tapi ada sikit lagi ni nak kena kejar target lagi,ada lagi 10kg target nak turun
Start wieght : 99kg Current weight : 62kg Total weight lost : 37kg
Tips yang saya selalu amalkan hanya memang buat Dsss je dan jugak workout 3/4kali seminggu.
Air manis memang tak ambik langsung. Malam selalunya saye stop makan pukul 7@8malam.
Sambil saya buat dsss,sambil tu saya buat defisit kalori sekali..saya jaga kuantiti kalori makanan saya
Selepas berjaya mendapat berat ideal, Eleeza memberitahu kakinya juga sudah tidak sakit atau mengalami masalah semput masa berjalan.
Kalau tidak suatu ketika dulu dia kena berhenti berjalan setiap 10 minit. Dia juga kini tidak malu untuk membeli baju takut tidak muat atau tiada size.
Sebelum anda membeli, pastikan anda tahu langkah pilih saiz bra yang betul untuk kesan yang panjang. Nanti anda akan rasa lebih selesa pakai sepanjang hari dan bentuk pun akan nampak lebih menarik.
Kalau ikutkan, bukan anak remaja sahaja yang patut ambil peduli masalah ini, tetapi orang dewasa pun kena tahu sebab masih ada yang kurang cakna tentang pemilihan bra.
Tiga Langkah Pilih Saiz Bra Yang Betul, Barulah Selesa Pakai!
Bila silap ambil saiz, bukan badan sahaja boleh kelihatan besar, malah payudara mengendur dan lebih teruk lagi penampakan bonjolan-bonjolan yang tak sepatutnya. Itu buruk!
Tak susah pun nak dapatkan ukuran yang tepat untuk mendapatkan saiz bra sesuai. Sama ada minta bantuan staf di butik atau awal-awal ukur di rumah. Guna pita pengukur pun boleh.
Ada tiga langkah mudah nak tentukan size bra anda, baca ini dulu:
1. Ukur Band Size
Ini kalau salah pilih memang tak selesa. Rasa ketat di bahagian bawah dada. Berdiri depan cermin dan lilitkan tali pengukur ke sekeliling bahagian tulang rusuk betul-betul di bahagian bawah buah dada. Relaks, jangan tahan nafas pulak semata nak bra yang sepadan. Lakukan dalam posisi mendada ke depan. Jika saiz ukuran bernombor ganjil, genapkan ke nombor selepasnya.
2. Ukuran Lilitan Payudara
Ukuran ini bagi menentukan saiz cup bra. Lilitkan di sekeliling bahagian payudara. Ingat, jangan terlalu ketat! Bundarkan sahaja ukuran tersebut jika size asal adalah nombor ganjil.
3. Menentukan Saiz Cup Bra
Ukuran pada step 2 tolakan dengan ukuran step 1. (Step 2 – Step 1 = ?) Jumlah ukuran yang anda dapat itulah menentukan saiz yang anda cup yang anda pakai. Kalau perbezaan 1 inci saiz cup anda adalah A cup.
• 1 inci bersamaan cup A
• 2 inci bersamaan cup B
• 3 inci bersamaan cup C
• 4 inci bersamaan cup D
• 5 inci bersamaan cup DD
Dah selesai dengan saiz, kini tibalah masanya untuk memilih bra idaman. Yang biasa dengan Triumph mesti dah tahu material yang digunakan cukup-cukup selesa!
Triumph memperkenalkan Flex Smart, koleksi Muzim Bunga/Musim Panas 2023 (SS23) baharunya. Flex Smart berkisar tentang diri anda sebagai wanita dengan fikiran, perasaan dan keperluan harian tersendiri.
Keselesaan menjadi aspek utama menerusi bandeau top yang mengikut pergerakan tubuh. Cukup sesuai dijadikan persalinan ‘inner’ mahupun ‘outer’ mengikut citarasa anda. Paling best, boleh dipakai dengan atau tanpa tali bra.
Bra multi-fungsi ini diperbuat daripada fabrik regangan yang lembut supaya tidak menghalang pergerakan anda dalam apa jua aktiviti harian.
Jangan tak tahu, koleksi ini turut menampilkan seluar dalam High Leg Brief dengan reka bentuk ergonomik yang bukan sahaja lembut dan ringan, malah menyerlahkan potongan badan semulajadi anda.
Sempena kempen SS23 ini, Triumph juga teruja mengumumkan kolaborasinya dengan WILDEHOUSE yang turut memfokuskan pada keunikan ciri individu wanita. Koleksi yang diilhamkan secara inklusif ini dapat menampung segala bentuk siluet serta mengetengahkan interpretasi gaya baharu dengan kombinasi grafik dan rona berani.
Eh, tak mahal pun sebeb koleksi Triumph Flex Smart SS23 bermula pada harga RM89.90. Sesuai dengan rasa selesa bila pakai.
Okay info selebihnya boleh layari https://my.triumph.com/pages/triumph-flexsmart atau kunjungi butik Triumphberhampiran anda. Sesekali berbelanja demi keselesaaan sendiri apa salahnya kan?
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!