Jaga kulit ni bukan waktu di siang saja, wajah juga perlu di jaga pada waktu malam. Ini kerana pada waktu malam adalah saat yang paling bagus dan penting untuk merawat.
Pada waktu malam kulit tidak terkena sinar ultra violet terutama sewaktu anda sedang tidur. Sel kulit mati akan digantikan dengan baru terutama bila mendapat tidur yang secukupnya. Jadi anda patut ambil peduli untuk manjakan kulit pada waktu malam.
Jaga Kulit Waktu Siang Dan Malam
Ini ada empat tips menjaga kecantikan di waktu malam:
1. Bersihkan Make-up
Amalkan untuk membersih mekap-up sebelum tidur untuk mengelak dari bahan kimia yang terdapat dalam kosmetik. Gunakan kapas dan cleanser ya dan bilas menggunakan toner. Kalau salah bersih boleh timbul jerawat manja di wajah anda
2. Pakai Pelembap
Memang dikatakan saat anda tidur adalah paling sesuai untuk menggunakan pelembap. Pori-pori kulit terbuka di waktu malam. Boleh menggunakan krim malam yang sesuai dengan kuli anda dan disyorkan untuk digunakan setiap hari
3. Minum Air Masak
Petua untuk diet adalah minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter . Begitu juga jika ingin mendapat wajah yang cantik, minumlah segelas air masak sebelum tidur kerana bakal menambah vitamin E dan meneutralkan garam yang anda makan sebelum ini.
4. Tukar Sarung Bantal
Rajin-rajinlah mengganti sarung bantal . Seminggu sekali paling malas kerana bantal yang anda tidur mungkin tempat membiaknya kuman. Belum lagi dikira make-up yang tidak dibersih sepatutnya, minyak dan kotoran di rambut bakal menyinggah di situ.
Rugi jika anda tidak mencubanya untuk mendapatkan wajah yang cantik. Jadi, ingat bukan sahaja menjaga wajah cantik di pagi hari tetapi tengah malam pun kena jaga.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan bawang putih sememangnya mengandungi khasiat tersendiri untuk membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan.
Selalunya dicampur sebagai perisa bahan makanan atau dihiris halus dan digoreng untuk dimakan begitu saja.
Namun sebenarnya bawang putih yang diletakkan dalam nasi juga turut mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan.
Perkongsian Ahli Kimia Dr Fatimah Salim memberitahu kebaikan makan bawang putih yang ditanak bersama nasi dan juga yang masih mentah.
Saya memang suka tanak labu bawang putih yang sudah dibersihkan dalam nasi yang hampir-hampir selesai proses memasaknya. Saya suka rasa lemak berubi bawang putih yang sudah empuk. Apa lagi jika dinikmati bersama nasi berperisa seperti nasi ayam, nasi beriani, nasi daging, dan sebagainya.
Tahukah anda, bawang putih yang diambil mentah dan dimasak mempunyai khasiat yang berlainan? YA. Kepada yang terlepas perkongsian saya sebelum ini, jom baca
Bawang putih (garlic) mempunyai nama saintifik Allium Sativum yang berasal dari tumbuhan famili Amaryllidaceae. Bawang putih mampu memberikan manfaat kesihatan jika diambil bertujuan jelas dan dengah cara yang betul. Di sini pentingnya pemahaman sifat kimia bahan aktif dalam bawang putih supaya bukan hanya kesan placebo yang diperolehi.
Bahan kimia aktif utama dalam bawang putih ialah allicin. Ianya sejenis bahan kimia organik bersulfur (organosulfur) yang mempunyai bau tengit dan berasa pedas menyengat. Bahan kimia aktif ini terbentuk hasil tindakbalas bahan kimia pencetus alliin dan enzim alliinase.
Seperti di dalam tumbuhan bebawang lain, kedua bahan kimia pencetus (alliin dan enzim alliinase) terpisah di ruang masing-masing dalam sel. Semasa proses mencincang/melenyek bawang putih, sel-sel akan terpecah menyebabkan dua bahan kimia ini terbebas dari ruang masing-masing dan bertindakbalas membentuk bahan kimia aktif allicin.
Disebabkan ketidakstabilan, allicin kemudiannya akan melalui beberapa fasa perubahan struktur molekul membentuk pelbagai bahan kimia organosulfur berkaitan yang mana memberikan kepelbagaian kepada bau dan rasa bawang putih ini.
Bolehkah bahan kimia aktif allicin terhasil tanpa memusnahkan sel bawang putih?
Tidak. Proses biosynthesis penghasilan allicin hanya akan berlaku apabila sel pada bawang putih dimusnahkan dengan aktiviti memotong, melenyek, mencincang atau menumbuk.
Semakin banyak sel yang dimusnahkan (semakin lumat), semakin tinggi potensi untuk bahan kimia pencetus alliin dan enzim alliinase bertemu. Maka, semakin banyak allicin akan terhasil.
Jelas di sini cara pengendalian bawang putih sangat penting untuk penghasilan bahan aktif yang optimum. Tambahan pula, cara mengunakan bawang putih juga penting.
Apakah akan berlaku apabila bawang putih diMASAK (rebus, panggang, goreng)?
Tanpa daya memusnahkan sel bawang:
Apabila sel bawang putih tidak dimusnahkan, bahan kimia pencetus alliin tidak akan bertemu dengan enzim alliinase, dan bahan kimia aktif allicin TIDAK akan terbentuk.
Apabila diikuti dengan aktiviti memasak, enzim alliinase akan termusnah (denatured). Enzim ini akan ternyahaktif pada suhu 40 degree Celsius, iaitu sedikit tinggi daripada suhu badan normal manusia.
Haba berterusan pula akan memusnahkan sel-sel bawang putih dan bahan kimia pencetus alliin juga ternyahasli.
Dengan daya memusnahkan sel bawang:
Semestinya bahan kimia aktif akan terbentuk. Namun, haba yang berterusan akan menyebabkan bahan kimia aktif allicin meruap.
Jadi, adakah bawang putih yang sudah masak ini tidak elok?
Tidak juga. Selain dari bahan kimia aktif allicin, bawang putih juga mengandungi nutrisi stabil lain seperti karbohidrat, protein, mineral, vitamin dan pelbagai fitokimia yang memberikan keunikan bau dan rasa kepada bawang putih. Dan ini juga boleh dimanfaatkan oleh badan kita.
Bagaimana pula jika bawang putih dinikmati bersama bahan berasid (aka masam)?
Aktiviti enzim alliinase berlansung pada keadaan neutral (pH 6.5-7). Dengan menambahkan bahan berasid seperti cuka, limau, lemon, asam keping dan yang seangkatan dengan mereka, akan menyebabkan enzim ini kurang aktif. Maka peratusan pembentukan bahan kimia aktif allicin dari alliin juga akan menjadi kurang.
Bagaimana pula dengan membakar seketika?
Membakar seketika bawang putih dengan api perlahan, dan diikuti dengan memusnahkan sel bawang akan mengaktifkan lagi aktiviti enzim alliinase dan seterusnya menghasilkan lagi banyak bahan kimia aktif allicin.
Senarai gambar di bawah ini ialah kepelbagaian cara penyediaan bawang putih yang saya lakukan sendiri untuk menguji jumlah kehadiran bahan kimia aktif allicin secara perbandingan.
Rasa pedas menyengat terbanyak adalah dalam bawang putih yang dibakar seketika (berkulit menambah sedikit keunikan dalam rasa), diikuti dengan mentah. Goreng dan rebus tidak mempunyai rasa ini. Memasukkan bawang putih cincang dalam air dan madu juga memberikan rasa yang berlainan.
Adakah pengambilan bawang putih mentah memberikan kesan sampingan?
YA. Disebabkan Kehadiran bahan kimia semulajadi bersulfur, bawang putih mempunyai bau masam menyengat yang kuat yang mana boleh menyebabkan nafas berbau.
Bahan kimia aktif allicin bersifat asid yang mampu merengsakan kulit. Maka, cairkan dengan air, minyak atau madu.
Bawang putih mempunyai sifat pencairan darah. Maka, elakkan mengambilnya secara berlebihan apabila terluka kerana proses pembekuan darah pada kawasan luka akan menjadi lambat. Ini akan menyebabkan pendarahan berterusan.
Terdapat kajian yang menunjukkan bawang putih mampu berinteraksi dengan aktiviti ubat rawatan. Maka, mereka yang ‘on medication’, berbincanglah dengan doktor perubatan anda sebelum mengambil bawang putih mentah bersama dengan ubat.
KESIMPULANnya, sama ada ingin menikmati bawang putih secara mentah atau masak adalah bergantung kepada TUJUAN. Sekiranya ingin dijadikan ubat, maka ambillah mentah. Cuma ingat ‘jumlah’ yang diambil akan menentukan kesan teraputik. Dan ingat, apa-apa yang berlebihan berpotensi membawa mudarat. Ambil tahu tahap kesihatan diri dan jaga badan yang Allah amanahkan kepada kita sebaiknya.
Cuaca panas kebelakangan ini menyebabkan ada antara kita memilih untuk tidur di atas lantai yang diperbuat daripada jubin atau seramik.
Ini kerana ia boleh menyejukkan badan daripada bahang panas di luar. Namun adakah cara ini baik untuk kesihatan dan apakah impák kepada tubuh badan seseorang jika mengamalkannya setiap hari.
Pakar Paru-Paru dan Perunding Onkologi, Hospital Pirngadi Medan, Dr Mohammad Ramadhani Soeroso berkata, masih belum ada kajian yang mendedahkan bahayanya tidur atas lantai sepanjang malam.
“Namun, tidur di atas lantai boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan sekiranya lantai itu banyak kuman dan bakteria,” katanya kepada Kompas.
Tambah beliau, bakteria jenis Streptococcus pneumoniae yang terdapat di lantai boleh menyebabkan gangguan pada saluran pernafasan atau jangkitan paru-paru.
Sementara itu, Pakar Perubatan Dalaman, Dr Andi Khoemini Takdir Haruni turut senada dengan Dr Mohammad Ramadhani.
Ujarnya, cara berkenaan tidak akan menimbulkan penyakit secara langsung kecuali jika lantai itu kotor dan berdebu menyebabkan seseorang menghirup udara kotor itu.
Antara gejala seseorang mengalami alahan apabila terhidu habuk, menurut Dr Andi Khoemini adalah seperti berikut:
– Bersin berair
– Gatal
– Mata merah
– Batuk
– Bersin
– Kesukaran bernafas
Merujuk portal Healthline, tidak semua individu boleh tidur di atas lantai. Berikut merupakan golongan yang tidak digalakkan melakukan perkara itu:
i. Orang yang lebih tua.
– Apabila usia semakin meningkat, tulang akan menjadi lemah dan individu biasanya kehilangan banyak lemak.
– Oleh itu, tidur di atas lantai boleh meningkatkan risiko patah tulang atau berasa terlalu sejuk.
ii. Orang yang mudah merasa sejuk.
– Keadaan seperti anemia, diabetes jenis 2 dan hipotiroidisme boleh menyebabkan kesejukan yang keterlaluan jika tidur atas lantai.
iii. Kesukaran bergerak yang terhad.
– Sekiranya seseorang menghadapi masalah untuk duduk di atas lantai dan bangun semula. Sebaiknya, tidur di atas katil.
– Elakkan tidur di atas lantai sekiranya mempunyai masalah sendi seperti arthritis.
Kalau anda tergolong dari mereka yang tidak digalakkan tidur di atas lantai, sebaiknya, cuba elakkan. Sebaliknya pilihlah tidur diatas katil mempunyai tilam.