Susuk tubuhnya yang tinggi lampai menyerlahkan penampilannya sebagai bekas atlet bola jaring kebangsaan suatu ketika dulu.
Malah siapa sangka pembabitannya dalam sukan bola jaring selama 5 tahun rupanya telah menjadi batu loncatan untuk dia yang juga bekas peragawati kini memulakan kerjaya baharu.
Melihat pada penampilannya terbaru yang sudah berhijab, ibu kepada tiga cahaya mata ini masih kelihatan anggun dan langsing seperti anak dara.
Dalam satu artikel, Fadzlun Abas memberitahu rahsia awet muda adalah hanya perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa berfikiran positif sepanjang masa.
“Jika sesiapa kenal saya, anda tahu saya jenis sukakan aktiviti lasak dan mementingkan gaya hidup sihat. Saya juga suka dedahkan anak-anak kepada aktiviti luar dan bersukan.
“Secara tidak langsung mereka dapat ilmu mengapa kita perlu ada kehidupan yang sihat. Kita juga perlu berfikiran positif dalam apa jua situasi dan persekitaran di sekeliling kita kerana ia turut mempengaruhi ‘body maintain’ seseorang,” katanya yang kini mengusahakan perniagaan produk kesihatan yang ada kaitanya dengan dirinya sebelum ini iaitu sebaqgai bekas atlet dan juga model.
Ads
Walaupun sudah bersara dari dunia sukan, tetapi Fadzlun mengakui minatnya terhadap sukan bola jaring tidak pernah luntur.
Malah sehingga hari ini, dia masih lagi mengendalikan klinik kejurulatihan bola jaring di kalangan kanak-kanak perempuan yang baru mula berjinak-jinak dalam sukan itu.
Jika diimbau, Fadzlun Abas mula terpilih negara pada 1998 ketika berusia 16 tahun dan berpeluang menyertai kejohanan mewakili Sukan Komanwel yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun itu.
Beliau juga terpilih dalam barisan skuad kebangsaan untuk menyertai Kejohanan Bola Jaring Dunia pada 1999, dua minggu sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ads
Seterusnya pada 2001 pula Pada 2001 pula, Fazdlun yang merupakan lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membantu pasukan Malaysia meraih pingat emas dalam kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur.
“Selepas memilih untuk bersara sebagai atlet bola jaring pada 2003, saya mula menceburi bidang peragaan dan tidak dinafikan ia menjadi lebih mudah kerana orang sudah mengenali saya sebagai pemain bola jaring ketika itu.
“Selain itu, penyertaan sebagai atlet juga banyak melatih saya untuk lebih berkeyakinan bila berdepan khalayak ramai, sentiasa merendah diri, berdisiplin, belajar bertanya dan bijak berkomunikasi.
Ads
“Orang mungkin melihat sukan ini sekadar beraksi di padang atau dalam gelanggang tetapi sebenarnya banyak aspek tersembunyi yang dipelajari sepanjang proses latihan dan pertandingan itu sendiri,” katanya kepada Sinar Bestari.
Dia juga sempat menitip pesan jika ada pelajar di luar sana berminat ceburi sukan bolang jaring, supaya teruskan hasrat kerana sukan berkenaan banyak laluan pengajian dan kerjaya masa depan.
Cara kekal langsing:
– Pastikan anda mempunyai tidur yang mencukupi, sebaik-baiknya tidur awal.
– Banyakkan minum air suam setiap hari, mulakan dengan minum dua gelas air pada waktu pagi.
– Amalkan pengambilan makanan yang sihat, terutama dengan memperbanyakkan buah-buahan.
– Elakkan tekanan, sentiasa bersikap positif dan tenang bagi mengurangkan tekanan.
Cara jaga kulit:
– Pengambilan air yang mencukupi amat penting bukan sahaja untuk kurus, tetapi juga untuk memperoleh kulit yang halus dan licin. Minum air setiap jam.
– Paling penting, jangan ambil produk penjagaan kecantikan sembarangan. Gunakan produk yang diperbuat daripada bahan semula jadi.
Bagi ibu yang baru bersalin terutama secara pembedahan sebenarnya boleh melakukan beberapa senaman mudah.
Ini adalah bagi membantu para ibu sembuh dengan lebih cepat. Juga memastikan ibu bertambah kuat dari segi mental dan fizikal.
Selain itu, ibu boleh melawan perasaan stres yang disebabkan oleh kelahiran dengan melakukan senaman.
Walau bagaimanapun, ibu-ibu perlu ingat supaya tidak terlalu memaksa diri untuk bersenam.
Masa terbaik untuk alkukat senaman adalah tunggu sekurang-kurangnya 6-8 minggu selepas kelahiran.
Walau bagaimanapun, pastikan anda berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum melakukan senaman yang berat.
Ini antara senaman ringan yang dbenarkan sebaik saja selepas melahirkan.
1. Berjalan – Badan anda pasti akan berterima kasih jika anda berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah. Mental anda juga pasti akan rasa lebih baik jika anda bergerak sambil melapangkan minda.
2. Lakukan senaman kegel – Selepas bersalin, anda boleh lakukan senaman kegel untuk kuatkan lantai pelvis anda.
3. Lakukan regangan secara berkala – Cuba lakukan regangan pada bahagian leher, bahu, lengan dan kaki. Tapi, kalau boleh elakkan daripada lakukan regangan yang menekan kawasan c-section anda!
4. Salah satu senaman yang anda boleh lakukan ialah senaman abdomen. Selain dapat melindungi tulang belakang anda, senaman ini juga boleh bantu anda untuk bertenang dan membaiki postur tubuh.
5. Senaman wall sit boleh bantu para ibu bersalin secara cesarean untuk menguatkan otot hamstring, otot pada lantai pelvis dan bahagian bawah badan. Mudah sahaja jika anda ingin lakukan wall sit.
Berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak memberikan alasan untuk seseorang itu malas melakukan aktiviti senaman atau riadah yang mudah.
Dan salah satu yang sering dilakukan adalah seperti aktiviti menaiki basikal, brisk walk ataupun joging di kawasan berhampiran.
Namun begitu bagi yang mengamalkan aktiviti larian diinasihatkan agar tidak melakukan sesuatu kesalahan yang boleh mendatangkan kecederaan.
Ini antara perkara perlu dielakkan tidak kira anda berlari untuk tempoh 30 minit atau satu jam.
Elak Kecederaan Waktu Jogging
1. Lari Terlalu Banyak
Pertama sekali usahlah terlalu obses ingin mencapai sasaran jarak yang kadangkala tak masuk akal. Berlari merupakan aktiviti berimpak tinggi dan boleh menyebabkan badan menjadi penat dan kejang otot.
Tidak salah untuk berlari dalam jarak yang jauh cuma perlu dilakukan dalam jadual yang sesuai dengan ketahanan diri. Jarakkan larian jarak jauh diselang-selikan dengan larian recovery. Bina ketahanan diri sedikit demi sedikit agar badan anda lebih bersedia untuk berdepan cabaran larian jarak jauh.
Kredit” Pexel.com
2. Obses Dengan Kelajuan
Bila sudah lama aktif berlari setiap orang pasti ingin meningkatkan kualiti larian. Dan ia tidak lain tidak bukan dengan memperbaiki kadar pace larian dengan lebih baik.
Penggunaan peranti GPS dan jam pintar kini membuatkan semakin ramai yang obses dengan pace. Apatah lagi bila dikongsi ke laman media sosial. Kelajuan itu akan datang secara semula jadi dan tidak perlu dipaksa hingga boleh datangkan kecederaan.
3. Berlatih Dengan Terlalu Keras
Sehari selepas melakukan ,larian jarak jauh anda perlu masa untuk recover. Lakukan larian recovery pada jarak sederhana atau singkat bagi memberikan masa badan untuk pulih. Semakin jauh jarak larian semakin lama jugalah tempoh recovery.
Ingat, jangan paksa diri untuk melakukan larian jarak jauh dalam selang masa yang dekat.
4. Alami Kejang Otot Untuk Larian
Pencapaian hebat tidak akan dapat dalam sekelip mata. Memaksa diri untuk mencapai sasaran tak realistik hanya merugikan anda sahaja. Sebagai contoh jika anda seorang beginner dan ingin menyertai maraton dengan berlatih dalam masa 6 minggu sahaja, ia hanya mengundang masalah.
Persedian yang baik perlu dilakukan tanpa memaksa diri dan bagi mengelakkan berlakunya kekejangan otot dan kecederaan serius. Jika anda beginner berikan tempoh selama beberapa bulan sebelum menyahut cabaran menyertai maraton.
Kredit: Pexel.com
5. Masuk Salah Program
Setiap orang mempunyai kemampuan fizikal tersendiri. Tidak salah untuk menyertai mana-mana program larian atau latihan asalkan ia tidak membebankan fizikal anda.
Usah terlalu terikut-ikut dengan trend larian berkumpulan yang mungkin tidak sesuai dengan anda. Hasilkan rutin larian yang selesa dan tidak membebankan. Dapatkan nasihat daripada sesonal runner yang mempunyai pengalaman.