Nak tutup kedut bahagian mata? Okay, bagi anda yang selalu pakai eyeliner, pasti tahu betapa magiknya produk ini menaikkan seri wajah, buang masalah mata penat dan nampak lebih seksi!
Tutup Kedut Bahagian Mata
Pemakaian eyeliner akan menjadi sedikit sukar apabila usia meningkat, penglihatan akan jadi lemah atau tangan menjadi ketar-ketar. Bukan itu sahaja, ada juga yang alami kelopak mata yang kendur atau berkedut di sekitar wajah.
Sekiranya anda sedang alami situasi di atas (termasuklah orang muda yang baru alami tanda penuaan di sekitar mata), disyorkan untuk ikut tips lukis eyeliner di bawah;
Ads
Apa yang anda perlukan adalah eyeliner pencil, flat brush dan liquid eyeliner.
Pertama sekali, gunakan eyeliner pencil dan lukiskan garisan dari pangkal mata hingga ke hujung mata.
Selepas itu, ambil flat brush dan ‘adun’ di sekitar garisan yang dilukis tadi tanpa comotkan garisan tersebut. Tujuannya adalah untuk pastikan eyeliner nampak sedikit tebal tanpa comot.
Akhir sekali, lukiskan kitten wing di ekor mata menggunakan liquid eyeliner.
Jika anda mahu pakai eyeshadow, pastikan pakai selepas anda menggunakan flat brush.
Ketahui urut wajah ikut jenis kulit anda, boleh amalkan waktu pakai set penjagaan wajah tiap kali cuci muka atau sapu serum dan pelembap.
Jangan pandang rendah, penting untuk melakukan penjagaan kulit pada waktu pagi. Walaupun anda biasa melakukan aktiviti luar. Nah, cuba tengok video ini, boleh mudahkan anda buat dalam waktu yang singkat.
Namun begitu, penjagaan kulit tidak boleh diabaikan. Anda mesti faham susunan penjagaan kulit di waktu pagi untuk menjaga kesihatan kulit wajah.
Keadaan kulit yang normal bermakna wajah tidak mempunyai masalah kulit tertentu seperti kulit kering atau berminyak. Berikut adalah urutan penjagaan kulit pagi yang boleh anda lakukan jika jenis kulit muka anda normal.
1.Urutan penjagaan kulit pagi pertama untuk kulit normal ialah membersihkan muka dengan air micellar. Ini untuk menghilangkan kotoran pada kulit muka.
2.Gunakan serum mengikut masalah kulit yang anda alami, contoh serum atau pelembap anti-penuaan.
3.Gunakan pelindung matahari atau pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi.
Kulit kering biasanya dicirikan oleh permukaan yang kasar, bersisik atau bersisik.
Jika anda mengalami keadaan ini, jangan pilih produk penjagaan kulit dengan mudah. Berikut adalah urutan penjagaan kulit pagi untuk kulit kering.
1.Bersihkan muka anda dengan lembut dengan pembersih yang lembut dan bebas pewangi. Pembersih lembut biasanya tidak berbuih dengan baik.
2.Gunakan serum dan pelembap pada muka. Sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit.
3.Gunakan pelindung matahari yang bebas pewangi dan mempunyai SPF 30 atau lebih tinggi.
Wajah dengan kulit berminyak selalunya dicirikan oleh pori-pori yang membesar dan pengeluaran minyak yang berlebihan.
Keadaan ini menjadikan muka lebih terdedah kepada jerawat berbanding jenis kulit lain. Untuk menyelesaikan masalah ini, lakukan rutin penjagaan kulit berikut setiap pagi.
1.Pembersih Muka Yang Tepat untuk Kulit Berminyak ialah pembersih bebas alkohol dan minyak. Ia dipilih kerana ia dapat mengelakkan iritasi dan jerawat pada kulit wajah.
2.Urutan skincare pagi ialah serum dan pelembap bukan komedogenik. Ini akan menghalang produk yang anda gunakan daripada menyumbat liang-liang anda dan seterusnya menyebabkan bintik hitam terbentuk.
3.Pilih pelindung matahari yang bebas daripada minyak dan pewangi.
Kulit muka sensitif bertindak balas dengan cepat terhadap produk kosmetik yang tidak sesuai.
Intoleransi dicirikan oleh gatal-gatal, kemerahan atau terbakar. Di bawah ialah urutan penjagaan kulit pagi yang sesuai untuk kulit sensitif.
1.Gunakan pembersih muka dengan bahan tulen tanpa bahan tambahan seperti minyak jojoba atau detergen ringan.
2.Gunakan serum dan pelembap yang sesuai dengan wajah anda.Jangan tukar produk supaya keadaan muka anda tidak bertambah teruk.
3.Gunakan pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.
Jika anda mendapati kulit muka anda berminyak dan kering pada masa yang sama, kemungkinan besar anda mempunyai kulit kombinasi.
Kulit kombinasi selalunya berminyak di zon T, seperti hidung dan dagu. Di pipi pula rasa kering sangat.
Urutan penjagaan kulit pagi yang sesuai untuk jenis ini adalah untuk menyasarkan kawasan tertentu dengan produk yang berbeza.
Anda boleh memilih pembersih muka yang lembut dan mengelakkan produk yang menyebabkan jerawat atau kekeringan.
Penggunaan pelindung matahari setiap hari juga merupakan kunci untuk mengekalkan kulit wajah yang sihat.
Tampil Cantik & Lebih Kurus. Ini Rahsia Datuk Seri Vida Nampak Slim & Makin Lawa. Sebelum ini jika tampil dalam mana-mana majlis, pastinya penampilan Datuk Seri Vida menarik perhatian ramai dengan fesyen baju pelik yang digayakannya.
Bukan itu saja, dia juga berani tampil dengan solekan yang pelbagai bersesuaian dengan fesyen yang dipakai dalam apa juga majlis dihadiri.
Namun baru-baru ini, penampilan terbaru DSV dia dilihat berpakaian simple yang tidak sarat dengan batuan labuci dengan pilihan rona menarik menyerlah dirinya yang kelihatan sedikit kurus.
Menerusi kapsyen yang disertakan, DSV memaklumkan yang dia hadir ke kenduri perkahwinan dan sempat bertanya kepada warganet sama ada dia kelihatan muda ataupun tidak jika berpakaian sedemikian.
Dia yang hadir berbusana warna krim telah menerima pujian daripada netizen kerana menganggap fesyen tersebut sangat sesuai dengan imejnya.
Mereka juga merasakan yang usahawan itu lebih sesuai berpenampilan sebegitu berbanding ‘meriah’ menggayakan busana yang agak pelik dengan warna-warna yang garang.
Sekitar tahun 2019, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad pernah mengalami masalah komplikasi jantung hingga menyebabkan dirinya terpaksa berehat panjang.
Menyedari betapa berharganya menjaga kesihatan, Uyaina atau mesra dipanggil Yana kini begitu menitik beratkan pengambilan waktu rehat yang cukup.
Oleh kerana dirinya terdedah dengan pelbagai aktiviti sihat dan aktif, jadi mengambil kisah pengalaman dulu menjadikan dia kini sangat berhati-hati dalam menjaga kesihatan.
“Sebelum itu Yana ada terfikir (ketika sakit), bolehkah Yana teruskan aktiviti yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Tetapi alhamdulillah, dengan langkah penjagaan kesihatan diri yang betul seperti mengambil ubat sepatutnya, paling penting mental kita main peranan perlu yakinkan badan kita yang diri kita ok sebenarnya.
“Kita kena tentukan untuk jaga tidur, rehat secukupnya, makan kena on time, makan ubat sepatutnya dan insyaAllah semuanya akan ok.
“Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi episod (seperti pertama kali melaluinya) dan harapnya akan berterusan. Yana rasa dah tahu bagaimana nak menjaga diri dan jaga kesihatan. paling penting rest, rest dan rest,” ujarnya ketika ditemui dalam majlis Pencarian Superwomen anjuran Majalah Nona baru-baru ini.
Tambahnya dia juga jika masuk kereta, akan mengambil masa untuk berehat dengan melelapkan mata seketika. Menurutnya inilah waktu terbaik curi masa untuk tidur dan berehat seketika sebelum kembali bekerja.
Ketika ditanya petua untuk menjaga kesihatan diri pula, Uyaina memberitahu dia lebih gemar mengamalkan cara tradisional.
“Kakak Yana selalunya akan blend tomato. Kalau Ummi Yana pulak akan blend daun pegaga dibuat jus. Yana juga suka minum cuka epal yang dicampur dengan madu. Tiga benda ini dah cukup untuk Yana jaga kesihatan dalaman berbanding pengambilan suplemen lain.
“Cuma Yana ada juga cuba minum campuran air kunyit halia, manjakani yang diadun macam jamu tradisional. Dan Yana rasa benda ini bagus untuk menjaga kesihatan dalaman.
“Sebagai wanita bab menjaga kesihatan dalaman ini sangat penting. Selalunya Yana blend pegaga yang dibuat jus untuk stok seminggu,” jelasnya yang kelihatan tampil cukup berseri-seri ketika di majlis pernikahannya baru-baru ini.
Dia yang selamat diijabkabulkan dengan pasangan hatinya, Raja Syahiran pada Disember lalu di Colony Star Boulevard.
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia bersyukur ke hadrat Ilahi apabila majlis akad nikah berjalan dengan lancar.
Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai 2019.