Ini antara tip solekan bebas daripada cakey dan comot, yang best mekap akan tahan lama seharian, barulah yakin nak keluar masuk majlis tertentu.
Nak-nak cuaca panas, memang mekap akan terusik kalau anda main pakai tanpa tahu syaratnya! Jom semak apa yang anda perlu lakukan.
1. Compress wajah menggunakan ketulan ais
Tip pertama untuk mekap tahan lama sepanjang hari adalah dengan memampatkan (compress) wajah menggunakan ketulan ais.
Siapa sangka memampatkan muka dengan ketulan ais sebenarnya boleh menghasilkan solekan yang tahan lama. Bonus, ketulan ais juga boleh membuatkan pori muka nampak lebih kecil yang menyebabkan pengeluaran sebum dan peluh berlebihan akan berkurangan.
Balut beberapa ketul kiub ais ke dalam tuala bersih. Selepas itu, letakkan dan diamkan tuala yang mengandungi ketulan ais di muka seketika. Pastikan anda memampatkan setiap bahagian muka dengan baik supaya hasilnya optimum.
Ads
2. Pakai primer
Keduanya, kalau nak solekan maintain sepanjang hari anda kena pakai primer.
Penggunaan primer sangat penting untuk menjadikan solekan hari raya anda tahan lebih lama dan tidak luntur sepanjang hari. Selain itu, primer juga boleh menyamarkan penampilan pori-pori besar dan menjadikan kulit lebih licin.
Gunakan primer selepas menggunakan pelembap. Pastikan sapu primer pada kulit wajah dengan sekata ya.
3. Kunci foundation dengan bedak tabur
Ads
Tips ketiga pula ialah mengunci foundation dengan bedak tabur.
Foundation merupakan salah satu produk yang wajib digunakan pada majlis-majlis khas. Jadi nak hasil tahan lebih lama dan tidak mudah cakey, pastikan tutup foundation dengan bedak tabur (loose powder).
Berbanding compact powder, bedak tabur boleh menghasilkan solekan yang lebih semula jadi berkat teksturnya yang halus dan lembut. Semestinya menggunakan bedak tabur sangat membantu anda yang tidak mahu hasil solekan nampak cakey atau putty.
4. Guna maskara kalis air
Ads
Seterusnya, guna maskara kalis air (waterproof) sebagai tips solekan tahan lama sepanjang hari yang keempat. Agar solekan tidak rosak dengan maskara yang menurun, pastikan anda menggunakan maskara dengan formula kalis air.
Sekarang banyak jenama solekan yang mempunyai maskara kalis air dan juga kalis peluh (sweatproof). Jadi, pilih salah satu daripada mereka dan tidak perlu lagi risau tentang solekan mata menjadi rosak.
5. Sembur setting spray
Tip akhir sekali ialah dengan menyembur setting spray pada wajah. Salah satu kunci solekan tahan lama, cuma sembur setting spray secara merata pada wajah anda di akhir proses solekan.
Selepas itu, anda tidak perlu lagi bersusah payah mengemas solekan setiap kali berasa panas atau berpeluh sepanjang berjalan sebab setting spray mengandungi pelbagai bahan yang boleh menyerap minyak pada wajah dengan berkesan.
Hah, nanti pilih lah salah satu yang mana anda rasa boleh buat setiap kali mekap ya. Barulah mekap maintain cantik sepanjang hari!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hah, jangan suah hati sebab anda boleh cuba sapu drying lotion, tak sampai 3 hari pun sudah nampak kesan jerawat makin mengecil.
Apa yang best sangat mudah digunakan, okay jom ambil tahu tentang drying lotion ini.
Apa itu drying lotion?
Satu produk penjagaan wajah yang jadi sensasi awal tahun 2017 dan dipopularkan dari jenama Mario Badescu. Sejak itu, muncul juga drying lotion jenama lain seperti Cosrx, Pink By Pure Beauty dan banyak lagi.
Produk ini sejenis pati cecair yang pekat dengan pelbagai bahan untuk membasmi bakteria, memulihkan kulit dan merawat keradangan kulit.
Biasanya drying lotion akan mengandungi bahan seperti salicylic acid, zinc oxide dan glycerin yang berkuasa mengeringkan permukaan jerawat dan akhirnya menghilangkannya.
Jangan khuatir, drying lotion sesuai untuk semua jenis kulit.
Ramai yang masih keliru cara menggunakan drying lotion. Nah, cuba belajar cara yang mudah dan paling penting mujarab.
Drying lotion digunakan sebagai rawatan penjagaan wajah pada waktu malam. Jadi sapu drying lotion ketika pada waktu malam, khususnya sebelum tidur.
Pastikan wajah anda telah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan penyegar, serum, pelembap dan sebagainya. Tunggu dahulu semua produk krim atau gel meresap kedalam kulit.
Guna putik kapas yang bersih dan celupkan kedalam bekas drying lotion. Sapu cecair pada kulit berjerawat. Jangan gosok!
Awas, jangan pula celup guna putik kapas yang sama! Bimbang dijangkiti bakteria.
Petua paling penting, jangan gatal tangan mengoncang botol drying lotion. Tujuan utamanya ialah untuk mendapatkan pati pekat dasar bawah botol.
Serius! Bila guna drying lotion anda akan rasai perbezaan. Jerawat lebih mudah kecut dan parut samar-samar sahaja.
Bakal memasuki usia 40-an tahun hadapan, pelakon utama The Princess Diaries, Anne Hathaway masih kekal muda macam anak remaja.
Menjadi selebriti sensasi dan terkenal di Hollywood pastinya Anne ada cara tersendiri untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan untuk kekal relevan di dalam dunia seni.
Antara perkara yang menjadi rutin kepada pelakon ini untuk kekal cantik dan sihat adalah:
Pakai Sunscreen setiap hari
Pernah berkongsi antara rahsia rutin kecantikan yang ibunya sendiri amalkan adalah pemakaian sunscreen sejak dari remaja. Menurut Anne dia akan menggunakan sunscreen untuk melindungi wajah daripada sinaran UVA dan UVB serta radikal bebas.
Ambil makanan anti-radang
Dipetik daripada (Shape), jurulatih pemakanan Anne, Jackie Keller mendedahkan aktres ini akan mengambil makanan anti-radang, bijirin penuh, tepung yang ditapis, avokado dan sayur-sayuran. Turut mengambil pencuci mulut, Anne biasanya akan makan biskut coklat cip tanpa gluten.
Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit
Selain bersenam di gim, Anne peruntukkan masa untuk berjalan kaki. Menurut aktres kelahiran New York ini senaman kardio yang dilakukan dapat membantu melancarkan peredaran darah serta udara yang dihirup di luar rumah sangat bagus untuk kesihatan mental.
Minum air secukupnya
Mengamalkan pengambilan air putih yang secukupnya setiap hari membantu Anne mendapatkan badan yang sihat dan juga kulit yang segar sepanjang hari.
Jaga kesihatan mental dan kecantikan dalaman
Selain mengamalkan makanan sihat dan bersenam, Anne juga tidak abaikan kesihatan mental dan kecantikan dalamannya. Menerusi perkongsian di Instagramnya, dia mencadangkan buku panduan penyembuhan iaitu ‘The Clarity Cleanse’ untuk bahan bacaan. Ujarnya buku ini mengandungi tentang pemulihan tenaga yang baik untuk diri.
Sumber: Majalah Remaja & Instagram Anne Hathaway
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!