Anda mesti suka kulit glowing, bukan? Maklumlah glowing bukan sahaja buatkan kita nampak cantik, tapi skin pun nampak sihat dan tak kering.
Namun anda jangan salah faham, muka berminyak pun akan buatkan kulit nampak macam glowing. Walaupun sebenarnya itu adalah lebihan minyak di kulit muka.
Jadi jom belajar daripada saudari Kyleeyaa bab rutin kecantikan kulit untuk buatkan muka nampak glowing dengan sihat.
1. DOUBLE CLEANSING METHOD
Pernah dengar tak double cleansing method? pernah cuba double cleansing method? Double cleansing method sangat lah bagus untuk anda yang suka mekap selalu berada di luar dan terdedah pada cahaya matahari dan habuk.
Double cleansing method akan membuatkan dan memastikan kulit muka bersih dari segala kekotoran. Macam mana nak buat double cleansing method?
Ads
Anda kena mulakan dengan mencuci wajah menggunakan oil base cleanser. Oil base cleanser akan menyebabkan lebihan minyak pada kulit wajah dapat ditanggalkan dengan lebih baik.
Kemudian anda boleh teruskan dengan step seterusnya iaitu gunakan pencuci muka. Pastikan pencuci muka gentle to your skin untuk mengurangkan iritasi kulit.
Ads
2. HYDRATING TONER
Ada toner yang akan menipiskan kulit dan membuatkan kulit terasa panas,tegang dan mengelupas. Jadi untuk dapatkan kulit yang glowing dari dalam, kena pastikan toner yang dipakai dapat memastikan kulit sentiasa hydrate. Dari situ, kulit akan rasa lebih bouncy, lebih lembut dan tak kering. Bila hidrasi dijaga dengan baik,kulit akan nampak glowing dan sihat!
3. SUNSCREEN
Ads
Tak boleh skip atau lupa pakai sunscreen. Sunscreen amat penting untuk memastikan kulit terjaga dan terlindung dari sinar UV yang sangat merbahaya.
Apa kesan pada kulit kalau lupa atau selalu skip sunscreen? Jerawat akan mudah tumbuh, sunburn dan pigementasi akan menjadi lebih teruk.
Anda nak ke kulit jadi kusam dan tak bermaya?Kalau tak nak, anda kena pastikan pakai sunscreen dan reapply bila perlu.
Itu sahaja rutin kecantikan yang wajib anda buat untuk dapat kulit glowing!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semakin ramai artis buat pembedahan bariatrik, terbaru personaliti TV3, Anim Ezati mengakui bahawa dirinya juga salah seorang yang mengambil jalan itu untuk kurangkan berat.
Bekas pramugari Air Asia itu berkongsi, dia membuat pembedahan bariatrik untuk tujuan kesihatan sekitar tahun 2022 selepas mendapatkan nasihat dari doktor dan juga pakar.
Namun keputusan itu dibuat kerana dia sukar untuk menurunkan badan selepas melahirkan anak sulungnya pada 2020 walaupun telah mengamalkan diet sihat.
“Lepas bersalin, berat saya hampir mencecah 100kg. Tetapi, selepas mengamalkan diet dan juga bersenam, berat saya hanya turun jadi 89 kg.”
Ujarnya lagi, pembedahan tersebut turut membantu untuk dirinya menjaga penampilan sebagai seorang personaliti TV selain meningkatkan keyakinannya untuk berada di hadapan kaca televisyen.
Pun begitu, Anim turut memberitahu bahawa kuantiti makanannya kini perlu diambil dengan sedikit kerana sebahagian perutnya telah dibuang sebagai salah satu prosedur pembedahan bariatrik.
“Bila dah buat pembedahan ni, keluasan perut tinggal dalam 20%. Jadi, saya makan dalam dua ke tiga sudu sahaja pun dah kenyang.”
Walaupun kuantiti makanan diambil dengan sedikit, pengacara Helo Doktor itu turut menegaskan bahawa dia perlu mengisi perut semula setiap dua jam agar tidak terlalu lapar.
Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan yang dirinya masih lagi mengamalkan diet sihat selain masih melakukan ‘follow up’ bersama penasihat pemakanannya untuk mengekalkan berat badan.
Sebenarnya tak salah pun buat pembedahan bariatrik jika anda mampu, sekurang-kurangnya boleh ringankan badan untuk buat aktiviti dan beribadah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gara-gara menaip 5-6 jam sehari, tangan Kebas, Sakit Menyucuk. Rupanya Sindrom Capal Tunnel!Dek kerana faktor bekerja yang perlu menggunakan tangan terutama dalam bab menaip di papan komputer menyebabkan tangan sering menjadi sakit.
Rasa sakitnya hingga menyebabkan mahu mengangkat tangan juga tidak berdaya. Terasa menyucuk di bahagian tangan yang sering digunakan untuk menaip. Situasi ini sebenarnya menunjukkan anda sedang mengalami sindorm Carpal Tunnel.
Perkongsian Dr Samhan memberitahu secara detail mengenai sindrom Carpal Tunnel ini dan cara rawatan terbaik.
“Ok, saya akan terangkan tentang penyakit encik ini”
CARPAL TUNNEL SYNDROME(CTS)
Carpal tunnel syndrome ataupun sindrom terowong karpal merupakan penyakit disebabkan himpitan pada saraf median tangan. Ia akan menyebabkan tangan merasa kebas, sakit dan merasa kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
BAGAIMANA IA TERJADI?
Terowong karpal adalah salah satu laluan untuk beberapa struktur daripada bahagian lengan ke bahagian tapak tangan. Struktur yang berada di dalam terowong tersebut adalah saraf median dan juga tendon daripada otot.
Terowong ini disempadani dengan tulang karpal dibahagian bawah dan ditutupi oleh tisu penghubung yang dinamakan sebagai ‘Flexor retinaculum’.
Apabila kawasan dalam terowong itu membengkak, ia akan menghimpit saraf median dan mengganggu fungsi saraf tersebut.
Pesakit pada mulanya akan mengalami rasa kebas, sakit dan rasa semut. Apabila keadaan ini berlaku secara kronik, saraf motor iaitu saraf yang melibatkan pergerakkan otot pula akan terlibat sama.
Hasilnya, kekuatan genggaman tangan semakin berkurangan dan pada tapak tangan dapat dilihat otot tersebut semakin mengecut.
SIAPA YANG BERISIKO?
1. Pekerjaan: Melibatkan pekerjaan yang menggunakan tangan yang banyak seperti menaip sepanjang hari,chef,tukang jahit. 2. Umur yang meningkat: Kebanyakan pesakit berumur 30 tahun ke atas 3. Jantina perempuan: Kajian mendapati nisbah antara perempuan kepada lelaki bagi penyakit ini adalah 3-10:1 4. Berat badan yang semakin meningkat 5. Mereka yang ketinggian rendah 6. Mengandung 7. Hypotiroidisme(kurang hormon tiroid) 8. Keturunan: Mereka yang mempunyai saudara yang mempunyai masalah ini akan mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendapat sindrom ini. Ini mungkin disebabkan mereka mempunyai persamaan daripada struktur badan. 9. Beberapa jenis penyakit: Kencing manis, rheumatoid arthritis, kegagalan buah pinggang, tumor dalam terowong karpal, amyloidosis dan beberapa jenis penyakit lain
SIMPTOM
1. Tangan kebas 2. Sakit 3. Rasa semut-semut 4. Selalunya ketiga-tiga simptom ini akan menjadi semakin teruk apabila waktu malam. Pesakit akan tiba-tiba terbangun disebabkan kesakitan pada tangan yang terlibat. 5. Kekuatan untuk gengaman dan mencubit juga semakin berkurangan 6. Dapat dilihat perbezaan otot di antara tangan yang mengalami sindrom tersebut dengan tangan yang normal. Tangan yang mempunyai masalah tersebut mempunyai otot yang lebih kecil.
RAWATAN Selalunya para doktor akan menasihati untuk melakukan rawatan yang tidak melibatkan pembedahan terlebih dahulu. Ini kerana simptom tersebut mungkin kurang ataupun hilang apabila melakukan perkara-perkara tersebut.
Berberapa yang boleh dibuat untuk mengurangkan simptom sindrom terowong karpal adalah:
1. Penggunaan anduh pada pergelangan tangan: Ia perlulah digunakan terutamanya waktu tidur supaya kedudukan tangan pada posisi yang neutral. 2. Menjalani fisioterapi 3. Penggunaan ubat: Suntikan steroid dalam terowong karpal telah terbukti mampu mengurangkan simptom tersebut. Ia selalunya dibuat apabila rawatan lain tidak berkesan. 4. Pembedahan Pembedahan Pesakit yang masih mempunyai simptom setelah rawatan diberikan mungkin akan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan.
Dalam pembedahan ini, bahagian atas terowong karpal iaitu tisu flexor retinaculum akan dibuka dan dilepaskan untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong tersebut.
Selalunya, pembedahan akan melibatkan bius setempat. Iaitu bius pada bahagian tangan sahaja. Pesakit tersebut masih sedar ketika mana pembedahan tersebut dibuat. Pesakit akan dibenarkan pulang pada hari sama pembedahan kerana ia melibatkan pembedahan yang kecil sahaja
“Maksudnya, urat saya tersempit la kan?”
“Ya betul. Kita kalau kena tekan pun akan stress. Betul tak?”
Nota: saya juga banyak berkongsi ilmu kesihatan di telegram saya
Ada orang risau punya pipi tembam, sampai sanggup diet melampau semata-mata nak kuruskan bahagian muka.
Kononnya yang pipi tanpa isi terkeluar dari tudung itu lebih cantik dan manis. Eh, rasanya yang pipi tembam itulah nampak lebih comel!
Bila senyum, nampak pipi itu yang jadi penyeri. Malah rasa nak tarik-tarik pipinya sebab geram.
Menurut kajian, ini kelebihan berpipi tembam yang semua wanita harus banggakan.
Biasanya pipi yang tembam ini dianugerahkan menerusi genetik. Boleh jadi, keturunan anda sememangnya berpipi bulat. Okay cuba lihat ibu, ayah atau kedua nenek dan atuk. Nampak mereka jauh lebih muda daripada usia asal kerana penampilan pipi tembam itu berbanding yang cengkung macam sakit. Betul tak?
Sekarang mungkin anda rasa tak suka dengan penampilan pipi tembam, tapi bila wajah sudah semakin tua, pipi tembamlah menjadi penyelamat buat anda nampak muda.
Kalau pipi penuh, kedutan kurang nampak berbanding apabila anda memiliki pipi yang lebih tirus atau berahang tajam.
Beberapa kajian rambang telah dilakukan terhadap lelaki dan rata-ratanya menyatakan bahawa, wanita yang memiliki pipi bulat lebih menarik, dan comel.
Individu yang memiliki bentuk pipi penuh lazimnya lebih mudah didekati kerana mereka terlihat ramah dan mesra. Ini kerana jika diikut pada logik akal, wajah yang memiliki pipi tembam akan kelihatan lebih lembut berbanding wajah yang berpipi tirus.
Payah orang nak baca emosi negatif kerana sememangnya memiliki pipi tembam ini buat wajah serta-merta nampak natural dan ceria sentiasa. Tak senyum pun nampak manis.
Cukup sekali pandang orang akan terus ingat siapa anda. Mengikut pandangan sains, kita lebih mudah mengingati wajah seseorang apabila individu itu memiliki karakter atau struktur wajah babyface.
Jadi kenapa nak mengeluh punya pipi tembam kalau itu yang jadi ‘penarik’ dalam penampilan dan mampu memikat hati yang memandang?
Tapi kalau anda nak kontrol bahagian isi pipi yang keluar dari pipi, boleh cuba tip mekap macam ini ya. Jangan risau!
Hah, ada juga tip yang boleh selamatkan penampilan anda. Apa pun jangan rasa kurang yakin. Anda tetap nampak ‘booomm’ dengan pipi chubby! Jom raikan anugerah yang Tuhan bagi.