Pelakon, Mawar Rashid mendedahkan emosinya terganggu sejak kebelakangan ini dan terpaksa berjumpa pakar psikiatri bagi membantunya berhubung kesihatan mental.
Menerusi portal Mstar, Mawar, 28, berkongsi yang dia nekad berjumpa doktor selepas mengesan emosi dirinya tidak stabil dan sering menangis kerana ketakutan.
“Kenapa saya berjumpa doktor sebab satu hari tu ada sesuatu trigger saya sampai saya terkejut.
“Sampaikan saya menangis… saya tanya pada suami saya (Raf Yaakob) yang saya tak gilakan?
“Semasa itu memang rasa takut sangat, rasa macam nak gila. Apa-apa pun doakan saya dan keluarga ya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mawar berkata dia belum bersedia untuk berkongsi mengenai kapsyen ‘I’m not okay but I will be okay’ yang dimuat naik olehnya di Instastory miliknya, baru-baru ini.
Namun kalau rujuk perkongsiannya di Instagram, Mawar pernah menulis tentang emosinya selepas kena panic attack.
My life now. 3 days after event. Masih lagi recovery dari panic attack haritu. Pastu tengah demam juga sebab jangkit ngan anak-anak. Rafael dah demam dah 5 hari. Dr bagi antibiotic yang lebih kuat sebab demam lama sangat, dah check demam sebab bacterial infection. But alhamdulillah Rafael & Cinta dah tak demam. Cuma tengah nak abiskan antibiotic.
Honestly after kene panic attack, ambil masa untuk recovery. Sampai hari ini pun masih lagi kuatkan diri untuk lawan.
Jadi penat, tak boleh bangun, dah 2 hari Mawar jadi mengantuk, duk tidur je. Tidur bangun tidur bangun. Badan tu rasa melekat je kat katil.
Rasa tak boleh buat kerja. Otak tak rasa productive seperti sedia kala. Kesian nya sesiapa yang struggle macam mawar.
Korang pun ada rasa macam Mawar ke? Take care tau korang. We can get through this. We just need time & support.
Jadi kepada anda di luar sana yang melalui situasi yang sama, rasa emosi ketat dan ketakutan, boleh jumpa pakar untuk dirawat.
Dengan bantuan pakar, anda dapat belajar cara yang terbaik untuk mengatasi masalah kebimbangan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini pelakon Indonesia, Marshanda berkongsi tip turunkan 9KG kepada orang ramai selepas dia sendiri berdepan dengan masalah berat badan.
Sebenarnya sejak didiagnosis dengan penyakit bipolar sejak berusia 15 tahun, berat badannya naik mendadak akibat kesan sampingan ubat yang diambilnya. Sejak itu, selera makannya makin meningkat.
Kenaikan berat badannya bukan sahaja mencuri perhatian ramai, malah penurunan beratnya juga. Baru-baru ini, Miss Murai melihat Instagram miliknya dan mendapati penampilan Marshanda terkini lebih langsing dan nampak kurus betul!
Psst… Kalau kamu nak tahu, berat badannya turun kerana Marshanda sedang menjalani program diet. Apa yang lagi mengejutkan, berat badannya turun sebanyak 9KG selepas itu.
Nak tahu tak tips dietnya? Semak cepat di bawah;
Kongsi Marshanda, sebagai sebahagian daripada dietnya, dia telah mempelajari apa itu ‘EmotionalEating’. Untuk pengetahuan kamu, Emotional Eating merupakan situasi yang membuatkan kamu makan untuk buatkan diri rasa lebih baik.
Situasi ini sudah pasti menaikkan berat badan tiap kali seseorang itu makan jika dia berasa sedih, tertekan atau cemas tetapi ia bagus untuk membuatkan diri kamu berasa lebih baik dan gembira.
Walaupun emotional eating ada bagusnya, tetapi lebih baik kalau kamu makan makanan organik. Seperti Marshanda, pengambilan makanan organik boleh buatkan badan menjadi lebih sihat dan kurus dalam satu masa.
Seterusnya, jangan lupa untuk perbanyakkan minum air kosong. Ramai yang tahu air kosong mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan. Salah satunya dapat mengurangkan iritasi, racun berbahaya dan hasil perkumuhan daripada organ penting dalam badan.
Kongsi Marshanda, dia juga tidak lagi makan makanan segera. Ini kerana makanan segera mengandungi garam yang tinggi, kalori dan lemak. Malah khasiat dalam makanan segera juga rendah, menyebabkan berat badan boleh naik dengan cepat.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyakit Jilatan Jin, Gatalnya Sedap Bila Digaru. Lepas 24 Jam Tak Baik, Doktor Nasihat Buat Ini! Pernah atau tidak anda berdepan dengan masalah ruam kemerahan yang berbintik-bintik atau bertompok kecil di kawasan tertentu.
Ada kalanya rasa gatal yang menyucuk menyebabkan gatal tangan untuk menggarunya. Makin lama digaru makin sedap sampai tidak sedar boleh mencederakan diri.
Ada macam-macam nama untuk menyebut penyakit ini. Dalam perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Saadan memberitahu penyakit jilatan jin atau ruam seperti ini adalah tanda alahan atau alergik.
PENYAKIT JILATAN JIN
Ruam seperti ini adalah tanda alahan atau alergik. Nama-nama yang biasa digunakan selain daripada jilat/ludah jin adalah: ◾B. Melayu: gegata, kelopak garam ◾B. Inggeris: wheals, hives ◾Perubatan: urticaria
Alahan adalah reaksi tubuh terhadap allergen, atau bahan alah yang merangsang tubuh menghasilkan histamine. Histamin inilah yang menghasilkan gejala-gejalan alahan.
Gejala alahan yang lazim adalah urticaria, diikuti dengan semput, bengkak dan pengsan akibat tekanan darah rendah.
Urticaria selalunya ruam yang timbul dan leper (bintat), berwarna kemerah-merahan, dan gatal. Gatalnya selalu digambarkan sebagai merenyam atau miang, dan sedap bila digaru.
Jika alahan tidak serius, urticaria akan hilang sendiri dalam masa 24 jam, namun jika ragu-ragu anda digalakkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Rawatan urticaria: ◾Antihistamine (hilangkan gatal) — Contoh: chlorpheniramine, cetirizine, loratadine — Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi ◾Losyen/krim (hilangkan kerengsaan) — Contoh: calamine, pramoxine — Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi ◾Steroid pil atau suntikan (jika alahan teruk) — Contoh: prednisolone, betamethasone — Perlukan preskripsi doktor
Jika alahan kerap berulang dan alergen tidak dapat dikenalpasti, doktor mungkin merujuk anda kepada pakar kulit untuk ujian alergi untuk mengenal pasti punca alergi.
Mengenal pasti alergen bukan perkara mudah kerana setiap orang alah kepada benda berlainan, mungkin sesuatu yang dimakan, dihidu, bersentuh dengan kulit/mukosa, sengatan haiwan, sinaran matahari atau suhu sejuk.
Doktor pakar akan cadangkan ubat sesuai dengan keadaan pesakit. Walaupun urticaria ini digelar jilat/ludah jin, ia bukan akibat perbuatan jin. Ia berlaku akibat kita terdedah kepada alergen. Mungkin kita kena ubah namanya kepada jilat/ludah alergen.
Semoga bermanfaat! Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan #notakesihatandrkamarul